Quantcast
Channel: K-POH / THYROID (TIROID DAN ANDA)
Viewing all 323 articles
Browse latest View live

TED | THYROID EYE DISEASE | GRAVES' ORBITOPHATY

$
0
0
Sumber: Fb TIROID DAN ANDA

TED ( Thyroid Eye Disease) atau nama lain Graves' Orbitophaty berpunca dari penyakit Graves' Disease / Hyperthyroid .

Antara tanda-tanda TED:
1-double vision
2-mata kabur
3-mata kering
4-mata bengkak merah
5-sakit bila mata digerakkan
- bila buat ujian mata, kita kena gerakkan mata ke kiri,kanan,bawah,atas dan tepi.

Yang boleh membantu mengurangkan penyakit ini:
-kurangkan merokok ( jika merokok)
-makan ubat Tiroid secara berkala
-kawal Tiroid anda
- buat regular blood test

Yang mengalami masalah ini, mestilah dirujuk kepada Opthalmologist ( pakar mata).

- (Nor Azlina)

Dicopypaste oleh:
~ kpah k-poh ~

STRESS | TIROID | TIROID DAN ANDA

$
0
0
Sumber : Fb TIROID DAN ANDA

Assalamualaikum KPah...maaf gangu. Saya ada masalah tak puas bernafas Yang saya perasan , jika dari silap pemakanan, itu tak berapa teruk.

Yang memburukkan keadaan bila ada masalah yg mendatang.Semua masalah,saya boleh hadapi..tetapi satu yang saya tidak boleh hadapi ialah masalah dgn mertua...ibarat saya ini "kawin bermadukan mertua".

Bila timbul masalah ni..akan terjadilah masalah pernafasan yg tak puas ....sekejap2 menguap..menguap pun kadang2 tak puas juga..jadi itu mungkin punca sy menghidap tiroid..sebab tekanan perasaan.

Suami saya tak faham keadaan saya ini..dan mungkin tersepit antara isteri dan ibunya.Saya dah banyak redha dgn sikap mertua saya..tunaikan semua kehendaknya sebab x nak pening kepala.

Suami pula jenis patuh pada telunjuk ibu dia...
Cukup lah saya bagitahu KPah , duit bulanan RM 1000 sebulan (mungkin lebih) dengan seorg pembantu rumah di sediakan oleh suami saya ,utk mertua saya tu.

Adakala bukan sebab rasa tidak puas hati dgn mertua saja...on the way hendak pergi kerja pun, saya bercakap sendiri utk lepaskan marah..kadang2 dlm bilik air bila tidak ada orang lain,saya akan bercakap depan cermin ...saya imagine kan mertua saya tu ada depan saya..konon sy sedang bercakap dgn dia..

Apa yg patut saya buat utk pulihkan tiroid saya ini? Perlu ke saya berjumpa dgn pakar psikatri..maaf lari dr tajuk group..tapi itu mungkin sebab sy kena tiroid

Terima kasih.

DIcopypaste 3sept16
~ kpah k-poh ~

PENYUSUAN SUSU IBU | CARBIMAZOLE | THYROXINE | TIROID DAN ANDA

$
0
0

Assalamualaikum

Memang benar carbimazole/methimazole keluar melalui susu ibu. Pembuat ubat tersebut melabelkan ubat tersebut sebagai tidak sesuai utk ibu yg menyusukan anak. Walaubagaimanapun autorithy perubatan seperti American Academy of Pediatric menyatakan ubat tersebut boleh diambil ketika menyusukan anak

"Lactation: Drug distributed in breast milk; use contraindicated by manufacturer (American Academy of Pediatrics [AAP] Committee states that drug is compatible with nursing; American Academy of Family Physicians [AAFP] states that it is safe for nursing)"

Sesetengah doktor menasihatkan agar ibu menyusu memggunakan propylthiouracil (PTU).. sama seperti carbimazole.. komen drpd autorithy "Lactation: distributed in breast milk, contraindicated by some sources (AAP Committee states compatible w/ nursing ; AAFP states safe for nursing)"

Secara umum kedua2 jenis ubat boleh diambil pada sewaktu menyusu tanpa mengganggu fungsi tiroid anak, terutamanya sekiranya dos yg digunakan adalah kecil seperti 10mg carbimaxole atau 100mg propylthiouracil sehari. Walaubagaimanapun ibu2 perlu tahu tanda2 hipotiroid jika berlaku pada bayi seperti kuning berpanjangan (lebih seminggu), sembelit, tangisan bayi menjadi garau dan berat badan tidak naik dsb dan pergi mendapatkan ujian utk bayi jika ia berlaku

Thyroxine boleh diambil ketika menyusu. Tiada masalah

Sekian
Assalamualaikum

ASSIST PROF DR MOHAMMAD ARIF SHAHAR


~ kpah k-poh ~

JOM JOIN TIROID DAN ANDA | FACEBOOK GRUP

THYROID STORM | HYPERTHYROID | TIROID DAN ANDA | KERASUKAN

$
0
0

Saya share post dr Dr. Abdul Rahman..
Harap kita x seperti ini.. worth reading#

DOKTOR, ISTERI SAYA DIRASUK

▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️

Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Doktor Farhan sedang bertugas di zon merah. Malam ini agak sepi berbanding malam2 lain.
Kebiasaannya pada waktu ini sudah ada 2-3 kes kritikal yang dibawa masuk, tapi malam ini tidak.

Zon merah kosong dan tenang. Pesakit terakhir baru saja ditolak naik ke ICU 15 minit yang lepas.
Apabila suasana tenang seperti ini, staf2 mengambil peluang untuk berehat seketika. Suasana di jabatan kecemasan sukar diramal. Kadang kala ketenangan yang dinikmati adalah merupakan keamanan seketika sebelum jabatan menjadi huru hara seperti dilanggar todak.
Mat Saleh kata, "The calm before the storm."

Farhan baru hendak duduk di kerusi apabila loceng kecemasan berbunyi 3 kali menandakan ada kes kritikal baru yang akan masuk ke zon merah. Farhan menghela nafas panjang dan staf2 bergegas ke zon merah. Ada yg mulutnya masih mengunyah baki makanan yang dimakan tadi. Mereka tidak tunggu menghabiskan juadah sebaliknya meninggalkan saja makanan demi mengutamakan pesakit.

"Mana MA Fairuz?" tanya Farhan.
Masing2 meninjau2 mencari MA Fairuz yang belum kelihatan.
Kedengaran suara yang baru masuk ke zon merah, "Ada boss. Saya dah sampai. Sorry, saya di tandas tadi" kata Fairuz sambil segera memakai apron dan gloves.

Farhan tersenyum sambil mengusik, "ko sempat istinjak tak?"
MA Fairuz hanya ketawa sambil kata, "Sempat boss. Sempat. Kejap je. Bukan mandi wajib."😜

Seluruh pasukan menunggu dengan berdebar2 utk kes yang bakal tiba. Pintu dibuka dan seorang pesakit wanita dalam lingkungan umur 30 tahun ditolak masuk dengan troli.

Pesakit kelihatan kurus dan cengkung. Matanya terjegil seolah2 tersembul dan kelihatan menakutkan. Pesakit kelihatan bernafas dengan kencang dan kelihatan amat gelisah. Bacaan oksigennya hanya 80% sedangkan sepatutnya ia lebih dari 97% bagi orang yang normal. Denyutan nadi pesakit amat laju sekitar 140 denyutan/minit. Badannya panas dengan suhu 39 darjah Celcius.

Farhan segera memberikan bantuan oksigen dan mula merawat pesakit. Dalam keadaan pesakit tercungap2 seperti itu tidak memungkinkan Farhan mendapatkan maklumat dan cerita dari pesakit. Perubatan kecemasan begitulah....kita akan merawat sekalipun diagnosis belum disimpulkan. Yang penting pesakit mesti distabilkan.

Doktor2 muda, jururawat dan para MA bersama2 bertungkus lumus melakukan pelbagai rawatan terhadap pesakit sambil mendengar arahan2 yang diberikan oleh Farhan dari semasa ke semasa.

Di tengah2 kesibukan itu seorang lelaki masuk ke zon merah dan memperkenalkan dirinya sebagai suami pesakit.
Alhamdulillah! Ini peluang! Apabila pesakit tidak mampu bercerita, waris adalah sumber maklumat yang penting bagi para doktor. Peluang ini sesekali tidak mahu disia2kan Farhan.

Farhan lantas bertanya, apakah masalah pesakit.
Suami pesakit menghela nafas panjang dan berkata, "Saya kalau cerita doktor tak percaya. Tapi saya bagitau jugaklah. ISTERI SAYA INI DIRASUK HANTU."

Farhan terkejut. Dah lah tengah2 malam ni, mai pulak cakap pasal hantu pulak.
Farhan memberanikan diri dan bertanya, "Apa maksud encik? Boleh cerita lebih lanjut?"

Suami pesakit mengeluh panjang dan bercerita,
"Isteri saya ni dulu sihat, doktor. Sejak setahun ni dia terkena buatan orang. Ada orang yang tak puas hati dengan keluarga kami hantar hantu.
Jadi dia sakit2 semenjak itu."

"Maksud encik, sakit2 macam mana tu?" tanya Farhan mencungkil lebih dalam.

"Doktor bayangkan...tengah2 malam dia kata panas dan berpeluh2. Dia sentiasa gelisah. Marah2 anak tak ketahuan. Tak boleh tidur malam. Kalau dia tido pun, dia mimpi yang buruk2."

Farhan mendengar dengan teliti sambil mengangguk2.

"Macam2 bomoh, ustad saya dah bawak. Depa kata ni hantu Siam. Susah benau nak halau.
Badan isteri saya jadi semakin kurus hingga tinggal rangka."

"Selera makan bagaimana?" soal Farhan, sambil matanya memantau proses rawatan yang dilakukan pada pesakit.

"Itulah yang peliknya doktor. Jin hantu yang duduk dalam badan isteri saya tu makan punyalah banyak. Selera isteri saya bertambah tapi semua zat yang dia makan disedut hantu tu. Dia semakin kurus dan cengkung. Mata pun dah tersembul. Jiran2 tengok pun takut. Sekarang haid dia pun dah 3 bulan tak datang. Tok Ayah yang rawat dia kata dia bunting anak jin," sambung suami pesakit bersungguh2.

Farhan hanya mendengar. MA Fairuz yang turut berada di sebelah menepuk bahu Farhan seolah2 mengerti gelora hati yang sedang berlaku di dalam hati Farhan.

Farhan menarik nafas panjang dan bertanya, "Selama ni ada bawa isteri jumpa mana2 doktor tak?" Farhan bertanya sekalipun dia sudah boleh mengagak jawapannya.

"Takde doc. Sakit macam ni bukan bidang doktor. Benda ni soal alam ghaib," kata suami pesakit.

"Jadi kenapa datang kali ni ke hospital?" soal Farhan kehairanan.

"Tok Ayah suruh mai spital sebab isteri saya dah sesak nafas dan meracau2. Dia kata, hantu dah kenakan sakit gila pada bini saya. Tok Ayah nak isteri saya dimasukkan ke wad sakit jiwa utk rawatan. Nanti dia sambung balik rawat semula," kata suami pesakit dengan bersemangat.

Farhan tidak dapat menahan perasaannya. Kini bomoh dah start refer kes dengan arahan untuk admit ward. Siap buat diagnosis psikiatri lagi sesuka hati. Muka Farhan merah padam. Dia melihat pesakit yang pernafasannya mula perlahan. Tanda2 vital signs seperti saturasi oksigen kini 98% dan denyutan nadi pesakit juga telah turun sedikit ke 130.

Farhan lantas meminta suami pesakit tunggu di luar dan pergi bertemu pesakit.

"Saya tak gila doktor..." Kata pesakit tersebut sayu sejurus Farhan tiba di sisi katil.

"Saya tahu puan. Puan jangan risau," kata Farhan. Segera dia menyelak tudung pesakit untuk melihat leher pesakit dan kelihatan sebuah benjolan yang besar di leher pesakit.

"Tok Ayah kata bengkak ni santau yang dihantar orang," kata pesakit tersebut.

Farhan sudah mempunyai diagnosis kini. Dari cerita dan pemeriksaannya dia sudah ada diagnosis dalam fikirannya. Dia hanya perlu melakukan ujian pengesahan. Segera ujian darah diambil dan dihantar ke makmal. Farhan menelefon Juruteknologi Makmal Perubatan kerana hendakkan bacaan segera keputusan darah. MLT Liza yang menjawab panggilan bersetuju menjalankan ujian segera.

Seperti dijangka, bacaan ujian mengesahkan diagnosis Farhan. Pesakit ini sedang mengalami Thyroid Storm. Ia adalah penyakit disebabkan rembesan hormon thyroid yang keterlaluan di dalam badan.

Tanpa berlengah masa, Farhan memulakan rawatan2 khusus untuk penyakit ini dengan diberikan ubat2an. Farhan juga merujuk kes tersebut ke doktor medical dan juga doktor ICU kerana pesakit memerlukan rawatan rapi lanjutan.

Kasihan pesakit ini. Setahun dia menderita dek kedunguan suaminya yang terlalu mempercayai syirik dan khurafat. Sedangkan sakitnya amat mudah dirawat dengan hanya memakan ubat Carbimazole dan Propanolol saja.

Farhan memanggil suami pesakit dan menerangkan secara panjang lebar kepada pesakit dan suaminya. Tercengang mulut sang suami mendengar penjelasan Farhan.

"Jadi bini saya tak gila?" tanya suaminya.

"Isteri encik tak gila. Dia sakit thyroid. Dia tidak dirasuk dan juga tidak bunting anak jin. Kesemua gejala yang encik ceritakan adalah disebabkan hormon thyroid yang terlalu banyak di dalam badan. Kita boleh rawat sakit ini dengan ubat yang akan mengurangkan penghasilan hormon thyroid ini. Strategi rawatan lanjut akan diberitahu oleh doktor pakar perubatan di wad nanti," kata Farhan sambil tersenyum.

Pesakit ditolak ke ICU selepas itu. Sebelum pergi, pesakit sempat membuka topeng oksigen dan berkata kepada Farhan, "Terima kasih doktor." Farhan cukup gembira dan puas hati.

****************************

Selang sebulan kemudian, ketika bekerja di zon yang sama, sekali lagi pesakit yang sama dikejarkan masuk ke zon merah.
Kali ini simptom lebih teruk lagi dengan jantung yang bengkak dan kegagalan jantung hingga paru2 berair. Pesakit terpaksa ditidurkan dan dimasukkan tiub bantuan pernafasan.

Suami pesakit kembali menemui Farhan.
Farhan kehairanan dan bertanya, "Isteri encik makan ubat tak?"

Suaminya menjawab dengan penuh keyakinan, "Kami dah stop ubat2 doc. Ubat2 ni semua bahan kimia. Kami nak berubat natural dan ikut 'sunnah'. Jadi saya bagi bini saya makan madu dan habbat saja."

Muka Farhan kembali merah padam menahan marah. Dia bertanya lanjut, "Ada makan ubat2 lain selain Madu dan Habbat tak?"

"Ada doc. Nama ubat tu Selmek. Saya baca dalam page Facebook Masyarakat Kena Tipu (MKT), depa kata ubat ni boleh memulihkan segala penyakit. Abu Nanah kata semua sakit boleh baik termasuk kanser tahap 4. Mahal doc. Tapi takpa la...janji isteri saya bebas dari ubat2 syubahat hospital," kata suami pesakit dengan bangga sambil kembang kempis lubang hidungnya.

Farhan sugul. Dia bercerita kepada rakannya Doktor Firdaus setelah habis syif.
Dr Firdaus memujuk Farhan.
Dr Firdaus kata, "Sabar bro. Hanya kaki khurafat saja yang menjadi macai pseudoscience. Keluar mulut naga, masuk mulut buaya. Kita hanya mampu doa saja depa2 ni dapat hidayah."

Sesungguhnya pesakit tidak dirasuk. Sebaliknya Valak2 yang memakai jubah2 ugama sentiasa gigih menjerumuskan golongan yang jahil ke arah kebinasaan.

#Isteri_saya_dirasuk

Copy paste oleh :
~ kpah k-poh ~

Tiroid | PENGAMBILAN PIL PERANCANG KELUARGA

$
0
0
Sumber : fb grup TIROID DAN ANDA

Pesakit thyroid boleh
mengambil pil perancang keluarga tanpa ada masalah berkaitan thyroid dan tidak ada kaedah khusus utk merancang keluarga khas utk penghidap penyakit thyroid.

Walaubagaimanapun, perlu diambil peringatan bahawa pil perancang atau cara merancang keluarga akan bergantung pada faktor2 lain seperti darah tinggi, sejarah mengalami darah beku, kanser payudara dsb.

Maksudnya disini penyakit thyroid tidak menyebabkan seorg pesakit tidak boleh mengambil pil perancang. Tetapi faktor2 lain yg tidak berkaitan thyroid yg ada pada pesakit thyroid tersebut yg perlu diambil kira

Sekian terima kasih
Assist Prof Dr. Arif Shahar


~ kpah k-poh ~

FOLLICULAR THYROID CANCER | PAPILLARY | TIROID DAN ANDA

DIAGNOSIS KANSER TIROID | ULTRASOUND | BIOPSI | FNAC | TIROID DAN ANDA


HYPOTHYROID | HYPERTHYROID | TSH | T4 | TOTAL T4 | T3 | FB GRUP TIROID DAN ANDA

$
0
0
HYPO: paras hormon TSH menjadi lebih tinggi manakala T4 lebih rendah drp julat normal. (Range normal)
(Keadaan kekurangan hormon tairod dlm darah dan menyebabkan Metabolisma tubuh menjadi perlahan)

HYPER: rembesan hormon tairod berlebihan dlm darah dan menyebabkan mekanisma tubuh menjadi lebih cepat.
(Paras hormon TSH jadi lebih rendah manakala T4 lebih tinggi atau normal berbanding julat normal)

Antara tanda2 individu alami hypo atau hyper:
-mudah letih serta penat
-mudah mengantuk
-sukar tidur
-perubahan berat badan yg ketara menurun / meningkat
-sembelit atau cirit birit dlm jangkamasa panjang
-menorthagia
-bengkak pada leher
-lemah otot dan sendi yg menjejaskan keupayaan utk bergerak
-kemurungan
-hilang selera makan
-perubahan kulit jadi kasar dan kering

TSH: ujian paras TSH sangat penting bagi mengetahui status fungsi tairod. Paras TSH yang tinggi atau rendah ( di luar julat normal) menunjukkan ada kemungkinan kalenjar tairod tidak berfungsi.

T4: dlm edaran darah, hormon T4 terbahagi kpd 2 jenis:
Free T4- hormon tiroksin yg tidak terikat kpd tiroglobulin. Free T4 adalah hormon T4 bentuk aktif dan bertindakbalas dgn memasuki sel2 tisu badan. Bagi analisa fungsi tairod, ujian free T4 perlu diberi keutamaan dan dijalankan bersama2 ujian TSH.

Total T4: T4 yg terikat kpd tiroglobulin dan tidak aktif kerana tidak boleh memasuki sel2 tisu utk bertindakbalas.

T3: dilakukan utk pendiagnosa hypertairodisme serta mengetahui keseriusan tahap hypertairodisme. Kebiasaannya ujian T3 jarang dilakukan bagi pesakit Hypo.

ANTIBODI TAIROD:
Antibodi yg biasa diukur ialah antibodi tairod peroksidase dan antibodi tiroglobulin. Kebiasaannya dilakukan setelah ujian TSH,T4 dan T3 menunjukkan fungsi tairod yg tidak normal. Ia bertujuan mengesan punca penyakit autoumin sama ada berkaitan tairod atau organ lain yg menjejaskan fungsi tairod.

TIROGLOBULIN
Dijalankan bagi mengetahui keberkesanan rawatan kanser tairod. Kegunaannya dalam diagnosa hypo atau Hyper adalah kurang signifikan.

-Google-


~ kpah k-poh ~

MAYAT RADIOAKTIF | FB ALZAMANI MOHAMMAD IDROSE | (RAI)Radioiodine | KANSER TIROID

$
0
0
Sumber Fb ALZAMANI MOHAMMAD IDROSE

MAYAT RADIOAKTIF
-----------------------------
BAHAGIAN 1
-----------------------------

"Doktor, kita ada satu situasi"

Telefon bimbitku bergema dengan nada dering yang nyaring. Jam menunjukkan pukul 1.10 minit pagi. Pelik juga. Aku tidak bertugas atas panggilan.

Tetapi bukanlah sesuatu yang aneh. Apabila bertugas di Jabatan Kecemasan, ada masanya suatu insiden luar biasa boleh berlaku seperti insiden kemalangan, letupan atau apa-apa bencana seumpamanya. Dalam situasi sebegini, hospital akan berada sama ada dalam situasi 'yellow alert' (semboyan kuning) atau 'red alert' (semboyan merah).

Dalam situasi red alert kami harus segera ke hospital tetapi jika hanya yellow alert kami hanya perlu menunggu arahan lanjut kerana kejadian sebenar belum dapat dipastikan lagi.

Apa agaknya kali ini? Kemalangan bas lagikah? Memang kemalangan bas kerap berlaku. Atau kilang meletup? Tanah runtuh? Bangunan runtuh? LRT terbakar?

Semuanya bermain di fikiranku. Butang 'jawab' ditekan, aku sudahpun bersedia dalam fikiran akan sebarang kemungkinan.

"Assalammualaikum Dr. Ini Azhar bercakap," kedengaran suara dari speaker telefon. Aku kenal Encik Azhar merupakan ahli fizik di hospital aku. Dia bertanggungjawab terhadap bahan-bahan radioaktif di hospital.

Hospital Kuala Lumpur memiliki bahan-bahan radioaktif seperti yang digunakan untuk rawatan kanser. Kami biasa bekerjasama rapat dalam membuat pelan radiasi hospital.

"Ya Azhar, ada apa?" aku bertanya

"Begini doktor. Kita ada satu situasi. Ada seorang pesakit kanser tiroid. Dia baru menerima rawatan menggunakan bahan radioaktif Iodin-131. Biasanya kita kuarantikan setiap pesakit selama 3 hari di 'Wad Iodin' supaya kesan radioaktifnya turn hingga ke paras selamat. Selepas itu barulah dibenarkan dibawa keluar ke wad biasa. Malangnya pada hari pertama, baru sekejap tadi, dia meninggal dalam wad. Pesakit orang Islam dan keluarga hendak bawa pulang ke kampung di Kedah untuk dikebumikan, " terang Azhar.

Wad Iodin adalah wad khas di mana ia merupakan sebuah bilik yang terasing. Tandas di dalamnya dibuat dengan saliran khas ke tangki simpanan 'decay tank' di mana semua bahan kumuh dari pesakit dikumpulkan dalam tangki diperbuat dari plumbum.

Sekarang aku berhadapan dengan situasi yang penuh dilema. Pesakit mempunyai bahan radioaktif Iodin-131 di dalam badannya. Jika dia dibawa keluar, semua orang yang menghampirinya akan menerima sinaran radioaktif.

Jika melebihi dos, mereka yang menerima bahan ini boleh mengalami kesan radioaktif. Ia boleh menyebabkan 'Acute Radiation Syndrome' atau kesan jangkapanjang seperti kanser.

Menuju ke Hospital

"Tak apa Azhar, saya datang sekarang," ucapku ringkas. Aku memberitahu isteri yang aku perlu ke hospital, mengambil kunci kereta dan menekan minyak menuju ke hospital.

Dalam perjalanan, beberapa perkara bermain di fikiranku.

Badan simati akan berterusan memancarkan sinar radioaktif dan sesiapa yang berada di sekeliling simati pasti akan terkena sinar ini. Bahaya !

Untuk dibawa keluar dan dibiarkan sesiapa sahaja mendekati mayat, pastinya akan memberikan kesan sampingan yang buruk. Kalau diikutkan prosedur, mayat perlu ditinggalkan selama 3 hari sebelum dibenarkan dibawa keluar.

Tetapi kasihan juga. Aku juga orang Islam. Dan kalau ini keluargaku sendiri, tentu aku tidak mahu mayat tersadai selama 3 hari. Tentu aku mahu dikebumikan segera.

Tentu aku mahu dimandikan dan dikapankan dengan baik. Tentu aku mahu semua ahli keluarga dan kenalan berziarah untuk kali terakhir. Tentu aku mahu dia dikebumikan dengan sebaik mungkin.

Semua orang Islam tahu proses mengebumikan orang Islam.

Mayat akan dimandikan dan dikapankan : 4 orang boleh terlibat dan mereka ini boleh terdedah.

Mayat akan dibawa dengan kereta jenazah : Pemandu dan pengiring boleh terdedah.

Mayat dibawa ke rumah keluarga : semua ahli keluarga yang mendekati dan mengucup simati boleh terdedah

Mayat diusung ke kubur : semua pengusung boleh terdedah

Mayat dimasukkan ke liang lahad : semua yang membantu menurunkan mayat akan terdedah.

Aku berfikir lagi. Mereka semua pastinya akan terdedah dengan kesan radioaktif.

Sukar situasi ini.
-------------------------------
BAHAGIAN 2
-------------------------------

Kereta Proton Wira Aeroback yang bertahun setia menemaniku dalam semua urusan kerja diletakkan untuk parkir berhampiran bangunan Wad Onkologi. Aku berjalan memasuki pintu masuk dan setelah bertanya kepada pengawal tentang lokasi kejadian aku ditunjukkan arah ke 'Wad Iodin'.

Aku tiba di situ dan staf wad bersama Encik Azhar ada di situ. Ahli keluarga ada di luar. Setelah sedikit tunduk hormat kepada mereka, aku masuk ke dalam dan bertemu dengan Encik Azhar untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

'Alat Geiger-Mueller Iodin-131'

"Macamana doktor? Kalau ikutkan, mayat kena ada di sini untuk 3 hari," Encik Azhar bersuara dan bersambung, "Saya sudah survey menggunakan alat Geiger Meter dan bacaan menunjukkan mayat memberikan kesan radioaktif pada sesiapa dalam jarak 2 meter," Azhar memaklumkan. Suaranya menyirat semua dilema yang berkumpul akan situasi ini.

Secara teknikal, mayat tersebut mempunyai kontaminasi bahan radioaktif. Sesiapa yang menghampirinya akan menghadapi bahaya terkena sinaran radiasi Iodin-131 yang berada dalam tubuhnya. Iodin -131 ini berupaya memancarkan sinar gama yang dapat memancar sejauh kira-kira 2 meter dari sumbernya.

Aku melihat staf di situ termasuk pegawai perubatan atas panggilan. Keadaan seperti buntu. Agak sukar untuk diberitakan kepada ahli keluarga yang mayat perlu dibiarkan di situ selama 3 hari sebelum dapat berbuat apa-apa.

Staf perubatan juga takut untuk mendekati mayat tersebut.

Aku berbincang dengan pegawai perubatan serta meneliti nota pesakit. Pesakit menerima rawatan Iodin-131 yang diambil dengan menelan bahan tersebut.

Tujuan rawatan ini adalah untuk melemahkan atau mematikan fungsi kelenjar tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan dalam badan yang menyebabkan kesan yang dipanggil hyperthyroidism seperti degupan jantung yang laju, peluh berlebihan, gugur rambut, cirit-birit dan ketar tangan.

Prosedur ini adalah satu pilihan yang baik untuk rawatan dalam kes-kes kanser tiroid sebegini. Malangnya, pesakit mengalami jangkitan paru-paru dan kumannya masuk ke dalam salur darah yang dipanggil sepsis.

Sepsis ini sangat berbahaya kerana kuman tersebar ke seluruh badan setelah masuk ke salur darah. Ia boleh membunuh kerana jangkitan kuman mengganggu fungsi organ-organ utaman badan seperti buah pinggang, salur darah dan jantung.

Pesakit ini sebenarnya mati bukan disebabkan oleh pemberian bahan radioaktif Iodin-131 kepadanya untuk rawatan hyperthyroidsm tetapi akibat kesan dari sepsis ini.

Apa aku nak buat? Tak pernah berlaku situasi macam ni. Mana ada panduan untuk insiden seperti ini.

Haruskah aku bertegas dengan keluarga supaya mayat dibiarkan di sini selama 3 hari?

Bolehkah keluarga menerima yang bapa mereka harus ditinggal di sini dan hanya boleh diambil selepas 3 hari?

'Get back to basic!'

Aku duduk di hadapan kaunter. Dari situ, aku nampak mayat berhampiran wad. Mayat diletakkan menjauhi semua orang. Di situ, aku terpandang papan putih di sebelah kaunter. Aku mula memikirkan beberapa pilihan sebagai strategi.

"Azhar, jom kita buat strategi. Nurse, ambilkan saya marker," aku mula memberikan arahan.
Segera mata-mata kami tertancap ke papan putih tersebut.

"Jom get back to basic. Kita tahu asas perlindungan ada 3 sahaja apabila kita menghadapi situasi radioaktif iaitu distance, time and shield atau ringkasnya DTS," aku cuba kembali ke prinsip asas yang kupelajari sebelum ini berkenaan bahan radioaktif. Aku tahu kami tidak pernah berhadapan dengan situasi sebegini.

Tidak ada panduan seumpamanya dalam mana-mana garispanduan di dunia termasuklah yang ada dalam dokumen International Atomic Energy Board. Yang aku pasti kami perlu kembali ke prinsip asas untuk semua dilindungi dari menerima sebarang radiasi dari mayat ini.

Aku memegang pena papan putih lalu mula memasang rancangan bersama Azhar.

Prinsip 'DTS'

"Ok, kita tahu asasnya adalah DTS, aku mula menulis. Maka satu persatu kita rangka. Pertama, untuk distance kita tahu jarak yang selamat dari ukuran alat Geiger tadi adalah 2 meter. Maka kita letakkan had keselamatan sejauh 2 meter. Semua orang akan dihalang melepasi had ini. Yang mengandung dilarang sama sekali untuk mendekati pesakit. Kedua, untuk time kita tahu semua orang boleh menerima radiasi asalkan tidak melebihi had maksimum. Jadi Azhar, awak kirakan berapa lama had masa setiap orang boleh berada dekat dengan mayat. Dari situ, kita akan tentukan berapa lama tukang mandi mayat boleh berada bersama pesakit," aku tuliskan di papan putih sambil aku meluahkan apa yang berada dalam fikiranku.

"Mandi mayat doktor?" Azhar bertanya seperti tidak percaya. Tidak pernah proses mandi mayat dijalankan dalam Wad Iodin.

---------------------------------
BAHAGIAN 3
---------------------------------
Mandi Mayat Radioaktif

"Ya Azhar. Saya rasa tak sanggup kita biarkan mayat tinggal di sini untuk 3 hari. Jadi kita rangka supaya proses mandi mayat kita buat di sini. Kita panggil orang dari Pejabat Agama untuk mandi mayat di sini. Kita tahu had radiasi adalah 50 mSV setahun bagi setiap orang. Dan dari garispanduan MOSTI, 1 mSV setahun untuk orang biasa dan 20mSV untuk pekerja radiasi seperti juruXRay dan sebagainya. Jadi kita benarkan mereka memandikan mayat dan kapan berdasarkan had kiraan radiasi yang mereka serap supaya tidak lebih dari 1 mSV" terangku. Aku nekad membuat keputusan ini. Azhar mengangguk dan bersetuju.

Sekarang nampaknya, kami mula menemui cahaya di hujung terowong. Aku menyambung lagi, " Ketiga, dari segi shield kita ada pilihan untuk mereka yang hampir memakai pakaian plumbum. Tapi saya fikir ini berat dan hanya melambatkan pergerakan. Jadi kita lupakan perlindungan ketiga ini, " Aku cuba merangka bersama Azhar. Aku tahu Azhar sangat mahir dan dia faham apa yang cuba kucapai. "Boleh doktor. Dari kiraan saya kadar dos adalah 0.025 mSv seminit. Setiap petugas ada masa sekitar 40 minit had masa."

Maka semukanya jelas. Kami merumuskan kini berdasarkan prinsip DTS seperti berikut :
D = 2 meter (sesiapapun akan selamat pada jarak ini)
T= 40 minit (setiap orang yang menghampiri mayat tidak boleh melebihi had waktu ini)
S= pakaian plumbum (tapi tidak praktikal)

Ia menjadi asas untuk semua respons kami selepas ini.
Kami menyenaraikan semua rancangan kami dengan senarai di atas papan putih tersebut. Kami merancang untuk memanggil tukang mandi mayat dari pejabat agama ke hospital. Aku mendapatkan pakaian perlindungan untuk mereka. Berdasarkan kiraan Azhar, mereka ada masa selama 40 minit untuk berada dekat dengan mayat. Jika solat jenazah hendak dilaksanakan, kami akan sarankan supaya ia dilaksanakan pada jarak 2 meter dari mayat.

Van Jenazah Untuk Mayat Radioaktif

Bersama Azhar aku mula berbincang tentang perjalanan panjang balik ke kampung simati di Baling Kedah yang akan mengambil masa selama 5 jam. Ini akan memudaratkan pemandu van jenazah kerana dia akan berada bersama pesakit melebih jangakamasa 40 minit.

Kami mendapat satu idea. Iodin-131 akan berkumpul di bahagian kelenjar tiroid yang berada pada leher. Jika kami boleh meletakkan jarak 2 meter di antara pemandu dan leher mayat, pemandu tidak akan mendapat sebarang kesan radioaktif memandangkan jaraknya adalah selamat. Setelah berbincang, kami sepakat untuk mendapatkan van jenazah dari Angkatan Tentera Malaysia yang merupakan kenderaan long wheelbase. Waris simati harus diberi penerangan. Kubur perlu dikorek sedia supaya mayat tidak lama terdedah dan mengenai waris dan ahli keluarga. Juga tidak boleh terlalu lama proses menurunkan jenazah ke liang lahad. Ia mesti dilakukan tidak lebih dari 40 minit selaras dengan kiraan kami. Liang lahad juga harus dikorek sedalam 2 meter supaya selamat orang di permukaan kubur yang akan membaca talkin, menyiram air mawar, menabur bunga atau lalu-lalang di atasnya.

"Ok bagus. Jadi macam ni. Selepas ini kita perlu terangkan rancangan kita kepada keluarga. Kita perlu membuat ahli keluarga faham," Azhar akur. Jururawat bertugas faham. "Saya panggil ahli keluarga ya doktor?" kata Jururawat Anis. Aku menggangguk.

Berbincang dengan Keluarga

Waris keluarga masuk masuk ke depan kaunter wad. Terdapat isteri waris dan anaknya di situ. Mereka kelihatan sugul tetapi tenang.

"Makcik Faridah, Encik Fauzi, saya Dr Alzamani, pakar perubatan kecemasan. Ini Encik Azhar, pegawai fizik perubatan. Kami semua ucapkan takziah kerana arwah Pakcik meninggal disebabkan jangkitan kuman dalam darah. Prosedur pemberian Iodin ni khusus untuk masalah kanser tiroid pakcik. Prosedur berjalan baik tetapi masalah jangkitan kuman menyebabkan arwah tidak dapat bertahan. Untuk itu kami harap Makcik dan encik dapat bersabar dengan ketentuan tuhan dan di luar keupayaan kami, " Kedua mereka sudah maklum akan kematian lebih awal. Mereka juga tahu yang bahan Iodin digunakan adalah radioaktif kerana telah diterangkan oleh jururawat dan doktor yang merawat sebelum itu.

"Saya faham doktor. Tapi kami nak bawa balik mayat ke kampung di Baling, Kedah. Saya tahu bahan Iodin yang digunakan tu radioaktif. Tetapi kami tak sanggup biarkan mayat mereput selama berhari-hari doktor," keresahan anaknya boleh aku fahami.

"Saya faham encik, makcik. Begini, dengan encik Azhar kami sudah membuat beberapa cara bagi membolehkan pakcik dibawa balik ke Kedah. Biar saya terangkan kepada makcik dan encik," aku menerangkan semua strategi dan mereka faham.

"Perlu kerjasama ya encik. Kita akan usahakan supaya arwah pakcik siap dimandikan, dikapan malah disembahyangkan di sini. Di kampung nanti, minta kubur digali siap. Kalau keluarga hendak berziarah jangan lama, tak boleh lebih 40 minit. Saya syorkan dibawa terus ke masjid. Boleh solat jenazah ringkas. Selepas itu, dikebumikan terus dan dikambus kuburnya dengan segera. Kedalaman kubur harus 6 kaki atau 2 meter," mataku melihat reaksi anaknya dan makcik. Mereka kelihatan lega bahawa mayat tersebut boleh dibawa pulang ke kampung halaman.

Tukang Mandi Mayat Pakai Baju ICU

Tidak lama selepas itu, sekumpulan tukang mandi mayat tiba. Mereka semua diberikan pakaian perlindungan yang merangkumi penutup kepala, topeng perlindungan, apron dan but.

Mereka memakai pakaian tersebut dengan dibimbing oleh jururawat wad. Setelah selesai memakainya mereka semua kelihatan seperti petugas di ICU atau wad isolasi.

Sejurus itu, mereka memulakan kerja seperti biasa memandikan mayat. Dalam ertikata lain, mayat tersebut juga mengalami proses 'dekontaminasi'.

Mayat dimandikan, dikapan dan disembahyangkan. Semuanya mengambil masa tidak lebih 40 minit. Selesai solat jenazah, van jenazah pun sampai.

Mayat diletakkan dengan kepala di hujung pintu belakang van. Ini berbeza dengan aturan sebelum ini yang mana kaki yang diletakkan hampir ke pintu van. Jarak di antara pemandu dan pengiring yang duduk di depan melebihi 2 meter apabila diukur ke leher mayat.

Pemandu pastinya terselamat dari terkena sinaran radiasi. Yang akan terkena radiasi mungkin 'Mat Rempit' yang menunggang hampir dengan pintu ambulans. Tetapi kami tidak bimbang kerana kebarangkalian Mat-mat Rempit mati akibat kemalangan jalanraya adalah lebih tinggi dari sebab terkena radiasi.

Mayat dimasukkan ke kereta jenazah. Pintunya ditutup. Kami menghantar Encik Rahmat, seorang lagi pegawai fizik perubatan untuk di duduk di bahagian hadapan ambulans.

Enjin kereta jenazah dihidupkan dan mereka mula bergerak dalam perjalanan tanpa henti ke Baling, Kedah. Keluarga simati mengikuti.

6 Kaki di Bawah Tanah

Kira-kira 5 jam kemudian, mayat tiba di kampung halaman. Ahli keluarga dan kenalan berziarah dan sempat memberi kucupan terakhir.

Semua dipantau oleh ahli fizik perubatan supaya tidak melebihi had masa selamat yang ditetapkan iaitu tidak lebih 40 minit. Sejurus selepas itu, mayat dibawa ke masjid dan solat jenazah sekali lagi disempurnakan. Mayat di bawa ke liang lahad yang tersedia lalu dikebumikan secepat mungkin dengan masa tidak melebihi 40 minit.

Setelah selesai dikebumikan, talkinpun dibaca. Memandangkan, mayat kini berada 6 kaki di bawah tanah iaitu bersamaan 2 meter, semua yang membacakan doa selepas talkin di kubur selamat dari sebarang bahaya radiasi mayat radioaktif.

Pegawai fizik perubatan yang mengiring pulang bersama pemandu van jenazah kosong kembali ke Kuala Lumpur.

Sesuatu yang sangat disyukuri adalah apabila jenazah dibuka untuk dilihat buat kali terakhir di kampung, arwah kelihatan tenang umpama yang ada adalah 'radiasi' iman dari tubuhnya seolah-olah tiada apa yang luarbiasa. Kami doakan arwah ditempatkan di syurga di kalangan orang-orang beriman. Amin.

Nota : Cerita ini berasaskan kisah benar. Walaubagaimanapun nama waris pesakit ditukar bagi metahsiakan identiti. Usaha dibuat untuk mengikuti apa yang terjadi sebenarnya tetapi sedikit pengubahsuaian dibuat terutamanya pada dialog untuk melancarkan jalan cerita. Bagaimanapun konteksnya adalah asli

#alzawrites


Copypaste oleh:
~ kpah k-poh ~ 26/12/16

UBAT-UBATAN UNTUK RAWATAN PENYAKIT TIROID | TIROID DAN ANDA

$
0
0
SUMBER : facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

UBAT-UBATAN UNTUK RAWATAN PENYAKIT TIROID

Semasa saya menunggu bas untuk pulang ke rumah, terdengar perbualan dua orang pak cik yang juga sedang menunggu bas di hentian luar perkarangan Hospital. Salah seorang daripada pak cik tersebut bertanyakan kepada rakannya apakah ubat yang baru sahaja diambil dan rakannya itu menjawab “saya mengambil ubat tiroid”. Kelihatan pada wajah pak cik yang bertanya itu seribu satu persoalan, apakah itu ubat tiroid? Maka perbualan mereka diteruskan dan saya terus memasang telinga untuk mendegar perbualan mereka.

Tentu ramai yang ingin tahu berkaitan ubat tiroid. Selain daripada insulin dan adrenalin, hormon tiroid juga merupakan hormon penting dalam sistem tubuh manusia. Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar tiroid dan rembesannya dikawal oleh sebuah kelenjar dikenali sebagai kelenjar pituitari.

Hormon tiroid memainkan peranan, sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pelbagai sistem tubuh dan organ utama badan. Antaranya adalah sistem pernafasan, sistem saraf pusat dan periferi, degupan jantung, suhu badan, serta sistem otot dan skeletal.

Kecacatan atau perubahan fungsi kelenjar tiroid atau kelenjar pituitari boleh menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit berkaitan hormon tiroid. Dua penyakit biasa yang dikaitkan dengan perubahan paras hormon tiroid ialah hipertiroidisme dan hipotiroidisme. Hipertiroidisme ialah satu keadaan apabila paras hormon tiroid dalam badan manusia melebihi paras normal. Pada kebiasaannya ia disebabkan oleh kelenjar tiroid yang terlalu aktif. Hipotiroidisme pula adalah keadaan sebaliknya, iaitu apabila kelenjar tiroid menghasilkan terlalu sedikit hormon tiroid.

Gejala penyakit hipertiroidisme dan hipotiroidisme

Seseorang yang menghidap hipertirodisme biasanya akan mengalami penurunan berat badan, jantung berdegup laju, tangan bergetar, keresahan, pergerakan usus yang laju dan lemah otot. Berlawanan dengan itu, penyakit hipotiroidisme pula kerap ditunjukkan dengan keadaan peningkatan berat badan, metabolisme badan menjadi perlahan, suhu badan menurun, kulit dan rambut menjadi kering, sembelit, perasaan tertekan, kekejangan otot dan sesetengah pesakit mungkin mengalami bengkak di bahagian depan leher akibat pembesaran kelenjar tiroid.

Rawatan untuk penyakit hipertirodisme

Secara umumnya, rawatan yang diberi adalah untuk sama ada mengurangkan penghasilan hormon tiroid daripada kelenjar tiroid atau mengurangkan kuantiti hormon tiroid bebas dalam peredaran darah.

a. Ubat carbimazole dan methimazole
Carbimazole ialah ubat anti-tiroid yang biasa digunakan untuk rawatan hipertiroidisme. Methimazole pula ialah bentuk aktif carbimazole dalam badan. Carbimazole bertindak dengan mengurangkan penghasilan hormon tiroid oleh kelenjar tiroid. Doktor akan memulakan pesakit dengan dos yang tinggi yang diambil dua hingga tiga kali sehari untuk tempoh beberapa minggu sehingga hormon tiroid pesakit kembali ke paras normal. Kemudian pesakit akan diteruskan pula dengan dos pengekalan yang lebih rendah.

Kesan sampingan biasa yang dikaitkan dengan carbimazole termasuklah ruam kulit, rasa loya, sakit kepala, perubahan sistem gastrousus dan sesetengah pesakit akan mengalami pengurangan sel darah putih. Keadaan ini akan kembali normal selepas ubat berhenti diambil. Penggunaan ubat carbimazole untuk wanita mengandung perlu diberi lebih perhatian, terutamanya jika pesakit perlu mengambil dos yang tinggi. Ubat perlu diberhentikan dengan arahan doktor pada hujung kehamilan jika perlu. Selain itu, carbimazole juga didapati boleh masuk ke dalam kelenjar susu. Penggunaan oleh wanita yang menyusukan anak juga perlu lebih berhati-hati.

b. Ubat propylthiouracil (PTU)
Ubat PTU ini bertindak dengan cara yang sama seperti carbimazole dengan kesan tambahan kepada hormon tiroid yang terdapat di bahagian periferi badan. Walau bagaimanapun, disebabkan kesan sampingan ubat ini kepada fungsi hati, penggunaannya dihadkan untuk pesakit yang tidak boleh mengambil carbimazole atau iodin radioaktif sahaja, termasuklah pesakit yang mengandung trimester pertama. PTU perlu ditukar kepada carbimazole selepas kandungan masuk trimester kedua dan ketiga. Kesan sampingan PTU adalah hampir sama dengan carbimazole.

c. Iodine radioaktif (Iodine - 131)
Produk ini mengandungi iodide, prekursor untuk penghasilan hormon tiroid. Apabila ia diserap masuk ke dalam kelenjar, iodide akan mengeluarkan sinaran beta dan menyebabkan sel tiroid yang menghasilkan hormon akan musnah. Ia tidak sesuai digunakan untuk pesakit berusia kurang 30 tahun, atau pesakit yang pernah menggunakan ubat anti-tiroid sebelum ini.

d. Ubat perencat reseptor beta adrenergik (beta blocker)
Ubat kumpulan ini tidak memberi kesan kepada paras hormon tiroid. Ia hanya membantu dalam mengurangkan simptom hipertirodisme seperti memperlahankan degupan jantung, mengurangkan getaran dan rasa gelisah pesakit dengan merencat reseptor beta adrenergik. Contoh ubat ini yang banyak digunakan ialah propranolol.

Rawatan untuk penyakit hipotirodisme

Rawatan yang diberikan bertujuan untuk meningkatkan semula paras hormon tiroid ke paras normal. Ubat-ubat yang digunakan untuk tujuan rawatan ini menyerupai kedua-dua jenis hormon tiroid, iaitu hormon T3 dan T4.

a. Levothyroxine
Ubat ini ialah digunakan secara meluas sebagai gantian kepada hormon tiroid. Ia mempunyai kesan yang lebih panjang dan potensi yang lebih konsisten. Ubat ini diambil sekali sehari pada dos yang ditetapkan oleh doktor semasa perut kosong. Dos permulaan yang biasa ialah 50 – 100 mikrogram tetapi dos ini perlu dikurangkan bagi pesakit yang lebih berusia atau mempunyai penyakit berkaitan jantung kerana mereka lebih sensitif kepada hormon tiroid. Dos permulaan bagi kumpulan pesakit seperti ini adalah 25 mikrogram.

Ubat ini biasanya akan menyebabkan kesan sampingan ringan seperti kegelisahan, tubuh bergetar, lemah otot, banyak berpeluh, jantung berdegup laju, penurunan berat badan dan beberapa keadaan lain yang hampir menyamai simptom hipertirodisme.

b. Liothyronine
Ubat ini ialah sediaan sintetik bagi hormon T3. Ia mempunyai waktu bertindak yang lebih cepat berbanding levothyroxine. Oleh sebab itu, ia sesuai digunakan untuk kes-kes hipotirodisme yang lebih serius dan memerlukan kesan T3 yang lebih pantas

Kesimpulan

Melalui perbualan dua orang pak cik tersebut, saya dapat mengetahui bahawa pak cik yang mengambil ubat tiroid itu adalah pesakit yang menghidap penyakit Hipertiroidisme kerana beliau memberitahu rakannya beliau mengambil ubat bernama ‘carbimazole’.

Bagi pesakit yang sedang menerima rawatan penyakit tiroid, rawatan ubat-ubatan yang diberikan boleh mengurangkan gejala sekiranya ia ubat diambil mengikut dos dan aturan yang telah ditetapkan oleh doktor. Kepatuhan kepada rawatan ubat-ubatan untuk penyakit tiroid adalah penting. Selain itu, pesakit memerlukan rawatan ubat ini untuk tempoh jangka masa panjang. Justeru, pemahaman mereka berkaitan ubat-ubat tiroid yang diambil adalah penting.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1 800-88-6722.

Oleh:
Mohd Shahiri bin Abd Ghapar
Pegawai Farmasi
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang


Copy paste 28 Disember 16
~kpah k-poh ~

GOROTEX TYROPLASTY | TIROID | PETI SUARA | TIROID DAN ANDA

$
0
0
SUMBER: Rakan FB TIROID DAN ANDA

Salam semua. Syukur alhamdullilah sebab dapat masuk group ini. Kawan saya EB terima kasih add saya ke group ini.
Saya total tyroidectomy 22/2. Terpaksa operate sebab selalu sesak nafas. Doktor cakap bengkak ke dalam dan menghimpit salur pernafasan.

Laporan radiologi:
Both tyroid lobesare hetengerous with multiple mixed solid cystic nodules.
Right lobe 3.9 x 5.0 x 7.6 cm
Left lobe 2.6 x 4.2 x 8.4 cm
The largest nodules is at isthmus measures 2.9x3.6cm.
Multinoduler goiter.

Selepas operation saya cuba minum air guna straw tapi tersedak sehingga tidak dapat bernafas dalam beberapa saat. Doctor inject ubat tahan sakit tapi termuntah ubat tu. Rupanya side effect ubat tahan sakit tu. Doctor terpaksa inject ubat tahan muntah. Satu malam Dr. Sa...jaga saya. Beberapa kali doctor tanya nak ubat tahan sakit atau tidak. Saya jawab tidak. Tidak sanggup muntah lagi. Terlalu sakit. Jadi fobia dengan ubat tahan sakit walau pun akan diberi ubat tahan muntah. Kedua - dua buku lali saya sakit. Begitu juga pinggang saya. Gigi pun sakit sangat. Entah kenapa lain tempat pula sakit.

Keesokan hari tu doctor yang operate saya bagi ubat untuk melegakan tekak. Ubat tu seperti minyak kayu putih ditambah dengan air panas dan diisi di dalam jug. Macam jug batu. Saya kena sedut perlahan - lahan. Tidak tahu apa nama ubat tu sebab ada juga doctor hairan tengok benda tu.

Sebenarnya pertukaran doctor berlaku untuk kes operation saya. Di OT baru terbaca nama doctor in charge. Sempat lagi saya tanya mana doctor yang sepatutnya operate saya masa tu. Mereka cakap doctor tu ada kes lain. Ya Allah saya mula takut masa tu. Saya tak kenal doctor tu. Dia tak pernah check/ jumpa saya sebelum ni.

Hari ke 4 saya dibenarkan pulang ke rumah. Saya makan bubur saja. Takut makan nasi sebab tekak masih sakit. Selepas discaj saya ada appointment dengan doktor gigi, ENT, ORL dan Ortopedik.

Sebulan lepas operate doctor ENT pasang rice tube sebab peti suara kiri tak gerak. Risau sisa makanan masuk dalam peparu. 10 hari saja bertahan. Ya Allah sakit sangat tube ni. Sakit tekak, sakit telinga. Saya ke hospital berhampiran untuk membuka rice tube. Macam mati hidup semula. Sepanjang 10 hari saya asyik terbaring kesakitan oleh rice tube. Bila jumpa doctor ENT selepas itu saya kena marah sebab removed rice tube. Biarlah janji saya tidak kesakitan lagi.

Pakar ortopedik menyukat kaki kiri dan kanan. Nampaknya kaki kiri kecil 3cm dari kaki kanan.
Bulan May admit di wad untuk MRI. Doctor cakap kes saya pelik sebab semua ok tapi kaki kiri mengecut.

Jumpa speech theraphy, fisio theraphy, kaunseling dan pakar saraf. Beberapa ujian dibuat untuk check saraf. Sakit la EMG dan EMC tu. Pakar saraf mengesahkan saya tiada masalah saraf.

123 hari saya MC. Stress melampau sehingga terpaksa mengambil ubat dari psikatri. Doctor masih bagi MC tapi untuk mengelakkan daripada masalah perkhidmatan saya terpaksa pergi ke sekolah. Saya seorang guru. Camana seorang guru nak mengajar dengan soft voice? Badan pun sangat lemah. Syukur alhamdullilah dapat GB dan kawan - kawan yang amat prihatin dan memahami. Sehingga bulan Oktober kawan - kawan masuk kelas saya.

Apa yang saya kesalkan saya tidak pernah jumpa doctor yang operate saya sehingga satu masa saya marah doctor yang sepatutnya operate saya. Saya mahu berjumpa dengan doctor yang operate saya. Saya sangat marah sebab selama beberapa bulan berganti - ganti doctor yang jumpa saya hanya bagi MC. Doctor yang sepatutnya operate tu lepas tangan. Family pun marah dan mahu saman pihak hospital tapi saya tidak bersetuju. Tambah stress. Tidak keterlaluan jika saya mention nama doctor - doctor tu berbanding dengan kesakitan yang saya alami. Doctor yang sepatutnya operate saya ialah Miss S... tapi Mr C...yang operate saya. 18/8 baru saya berpeluang jumpa Mr. C... Hampir dua jam saya di bilik menangis apabila Mr. C... cakap selepas enam bulan itulah your permanent voice. Saya tanya apa masalah sebenar semasa operation. Mr. C... cakap masa keluarkan tyroid tu urat tertarik. Maknanya Mr. C... sudah tahu ada masalah dengan suara saya dari awal. Silapnya saya langsung tidak berpeluang berjumpa dengan Mr. C... selama enam bulan ni. Boleh - boleh lagi Miss S. cakap " kau tidak sepatutnya jadi begini". Kenapa Miss S...boleh mengeluarkan kata - kata macam tu sedangkan dia sepatutnya bertanggung jawab ke atas kes saya. Saya marah bila Miss S...cakap macam tu. Saya jawab "siapa suruh Miss S... suruh Mr C...operate saya? Sekarang Miss S...cakap macam itu". Keadaan inilah buat saya sangat stress. Kerja saya memerlukan suara.

Syukur alhamdullilah Mr C... call Mr H.... pakar ENT. Mr C...terkejut saya tidak pernah jumpa Mr H....sedangkan kes saya berat.
Seminggu kemudian saya berjumpa dengan Mr H..... Seorang doctor yang baik hati dan prihatin dengan pesakit. Sempat Mr H.... bagi tazkirah. Bagi semangat untuk sembuh. Mr H....cakap saya kena buat rawatan di HUKM untuk mendapatkan kembali suara saya walaupun tidak 100%. Ya Allah terima kasih. Sebelum operate mesti consultant dulu dengan Prof. Dato Dr S... Mungkin November dia datang Sabah.

Tiga bulan penantian yang agak mengecewakan. Mr H....cakap saya kena pergi ke HUKM sendiri untuk consultant. Saya risau kos yang tinggi. Selama ini banyak guna duit beli susu Ensure/Enercal Plus dan makanan tambahan lain. Kos ke hospital untuk appointment juga banyak.

Mr H....cakap saya kena jumpa Prof Dr Marina. Dia baru balik dari UK. Mr H....akan buat appointment selepas dia balik dari umrah nanti.
Kuasa Allah siapa yang dapat melawan. Allah mengetahui segalanya.
25/11 petang Mr H....call bagi tahu Prof Dr Marina ada hubungi dia dan 29/11 saya kena datang ke HUKM untuk operation 30/11.

Saya menangis sedih dan gembira. Sedih tidak tahu dari mana dapat duit untuk beli tiket. Kebetulan tiket Air Asia dan Mas habis sehingga 30/11. Terpaksa beli Malindo. Punyalah mahal. Nasib baik ada keluarga tolong.
Masa yang dinanti pun tiba. Prof. Dr Marina seorang yang baik hati. Bercakap pun lemah lembut. Dia terangkan secara terperinci proses pembedahan nanti.

Gorotex tyroplasty itulah operation yang dibuat.
Syukur alhamdullilah semua berjalan lancar.
Hari ini hari ke 19 lepas operation. Scar di leher nampaknya makin cantik. Saya masih jaga makan minum. Saya mengamalkan pemakanan yang saya rasa boleh mengurangkan berat badan yang naik sejak jadi hypotyroid.
Kalau berjaya dalam mengurangkan berat badan saya akan kongsi denan kawan - kawan semua.
In sha Allah.
Minta maaf banyak - banyak jika perkongsian saya ini ada menyingggung perasaan mana - mana pihak. Saya cuma kongsi hal yang sebenar untuk dijadikan panduan pada mereka yang mengalami nasib seperti saya. — feeling positive.

DA.


~ kpah k-poh ~

RISIKO GANGGUAN PETI SUARA | TIROID DAN ANDA

$
0
0
Risiko gangguan pita suara

Oleh Hajahfarhana Tarmudi

Suara memainkan peranan penting terutama bagi individu yang terbabit secara langsung dalam kerjaya seperti pensyarah, guru, ahli politik, penyanyi atau seumpamanya.

Hakikatnya, tiada siapa yang menafikan bahawa suara mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap orang untuk berkomunikasi atau menyampaikan mesej kepada individu lain.

Namun, tanpa disedari laring atau pita suara yang berfungsi untuk menghasilkan suara ketika bercakap boleh mengalami kelumpuhan.

Pita suara terletak di dalam tekak yang melancarkan fungsi pernafasan, mencegah makanan masuk ke dalam paru-paru dan mengeluarkan kahak apabila batuk selain menghasilkan suara.

Menurut Pakar Perunding Jabatan Otorinolaringologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM PPUKM) dan Pusat Pakar UKM (UKMSC), Profesor Madya Dr Marina Mat Baki, pita suara ialah struktur di dalam laring yang tertutup serta bergetar ketika bercakap dan menelan serta terbuka tatkala bernafas.

“Bagi mereka yang mengalami kelumpuhan, sebahagian pita suara ini tertutup manakala bahagian yang mengalami kelumpuhan terus terbuka.

“Apabila kedua-dua bahagian pita suara ini tidak bertemu, ia tidak boleh bergetar. Keadaan ini menyebabkan suara yang keluar menjadi serak, kurang jelas dan intonasinya rendah,” katanya.

Ujarnya, kelumpuhan yang dialami ini mengakibatkan pesakit mengalami gangguan pita suara, sekali gus menyebabkan komunikasi pertuturan menjadi kurang jelas, sukar difahami dan nada suara pula kedengaran terlalu rendah.

Masalah kelumpuhan pita suara boleh berlaku sama ada pada bahagian kanan, kiri atau kedua-duanya. Pita suara disarafi dan dikawal oleh saraf ‘recurrent laryngeal’ yang berada hampir dengan tenggorok di kiri serta kanan leher.

Bahagian kiri saraf yang bermula dari otak akan terus bersambung ke leher, jantung, membelit aorta dan akhirnya ke pita suara. Sebaliknya, saraf pada bahagian kanan bermula dari otak terus ke leher dan pita suara tanpa ke jantung.

Sekiranya kedua-dua saraf ini lumpuh, ia menyebabkan pesakit tidak boleh bernafas kerana pita suara tidak boleh terbuka untuk laluan pernafasan.

Namun, jika sebelah saraf yang lumpuh, ia menyebabkan suara menjadi lemah. Dalam keadaan normal penghasilan suara, aliran udara yang dihasilkan oleh paru-paru akan menggetarkan kedua-dua pita suara yang terutup.

Apabila sebelah pita suara lumpuh, ia tidak akan tertutup dengan rapat menyebabkan kebocoran kepada aliran udara yang bertanggungjawab menggetarkan pita suara.

Ini menyebabkan getarannya lemah atau tiada. Suara yang kedengaran daripada pesakit seolah-olah berbisik.

Keadaan akan bertambah buruk apabila pita suara yang lemah dan tidak tertutup rapat ketika menelan ini membenarkan kemasukan makanan dan air ke dalam paru-paru, seterusnya boleh menyebabkan pneumonia atau jangkitan kuman paru-paru.

Masalah pita suara lumpuh boleh berlaku disebabkan beberapa faktor. Antaranya:

1. Sebab utama ialah pembedahan di bahagian leher seperti membuang tiroid, kanser esofagus, jantung atau dada kiri.

2. Mereka yang pernah terbabit dalam kemalangan atau trauma pada leher.

3. Ketumbuhan sama ada sel kanser mula merebak ke dalam saraf dan menyebabkan pita suara tidak berfungsi atau ketumbuhan (bukan kanser) yang menekan pita suara.

4. Strok.

5. Sesetengah kelumpuhan suara yang tidak diketahui puncanya (idiopathic paralysis).

Tanda dan gejala lumpuh peti suara:

1. Suara serak atau kasar.

2. Pernafasan pendek.

3. Sakit yang perit pada tekak ketika hendak bercakap dan bertambah perit apabila banyak bercakap.

4. Suara berubah lemah atau tidak normal misalnya kedengaran seperti berbisik.

5. Cepat penat atau lelah apabila bercakap.

6. Tidak boleh menghasilkan batuk yang lancar.

7. Tidak boleh meneran.

8. Sukar bercakap dengan nada suara yang tinggi.

9. Sering tersedak apabila makan atau minum.

Diagnos dan rawatan

Lumpuh pita suara boleh dikesan secara luaran iaitu melalui perbualan dengan pesakit untuk mengenal pasti perubahan suara yang dilontarkan. Selain itu, ia juga boleh dikesan melalui endoskop untuk melihat bahagian tekak pada skrin televisyen dan dapat dirakam pada perakam video.

Endoskop yang digabungkan dengan stroboskop membantu menghasilkan imej getaran pita suara yang lebih jelas. Alat skop gentian optik yang dimasukkan melalui hidung adalah kaedah yang paling mudah digunakan kerana ia tidak merangsang rasa loya kepada pesakit.

Bagi mengesahkan kesahihan masalah lumpuh yang dihadapi pesakit, ujian laryngeal electromyography (LEMG) perlu dijalankan. Ujian ini bagi menilai keadaan sistem saraf di dalam pita suara secara lebih jelas ketika pesakit bercakap.

Selepas pesakit disahkan mengalami kelumpuhan pita suara, mereka akan menjalani rawatan secara berperingkat iaitu sementara atau kekal.

“Rawatan sementara seperti suntikan laryngoplasty berfungsi untuk menjadikan pita suara yang lumpuh membengkak dalam tempoh empat hingga enam bulan.

“Suntikan ini dilakukan bagi membantu memudahkan pita suara lumpuh bertemu dengan bahagian pita suara normal ketika bercakap. Terapi suara oleh pakar terapi pertuturan juga boleh membantu pada peringkat ini.

“Selepas tempoh berkenaan tamat, keadaan pita suara pesakit akan dinilai. Jika tidak bertambah baik, pesakit disarankan melakukan rawatan kekal untuk memperbaiki pita suara yang lumpuh,” katanya.

Pembedahan yang dikenali sebagai thyroplasty itu membolehkan pesakit berkomunikasi seperti individu normal yang lain tanpa sebarang masalah.

Ia adalah sejenis kaedah rawatan yang digunakan untuk pesakit yang mengalami kelumpuhan pita suara. Kaedah memasukkan implan (Gore-Tex) akan menolak pita suara yang lumpuh ke tengah sehingga kedua-dua bahagian pita suara bertemu dan bergetar apabila bercakap.

Pembedahan yang membabitkan pembiusan setempat ini membolehkan pesakit berada dalam keadaan sedar dan boleh berinteraksi dengan doktor ketika ia dijalankan.

Interaksi antara pesakit dan doktor ini membolehkan suara pesakit didengari bagi memperoleh intonasi suara yang sesuai.

Ujarnya, implan yang dimasukkan ke leher boleh dikeluarkan jika pesakit tidak berpuas hati dengan suara yang terhasil.

Terdapat satu lagi kaedah rawatan kekal untuk pita suara lumpuh ini iaitu teknik laryngeal reinnervation - pensarafan semula otot pita suara yang lumpuh.

“Pembedahan laryngeal reinnervation pula bertujuan untuk ‘mensarafi’ pita suara yang lumpuh bagi mengembalikan ketegangan, kekuatan (tone) dan isipadu (bulk) pada otot pita suara yang lumpuh.

“Berbanding thyroplasty, teknik pembedahan ini dilakukan ketika pesakit tidak sedar dengan memberi pembiusan keseluruhan.

“Kaedah ini mengambil saraf lain yang tidak cedera di leher dan menyambungkannya dengan saraf yang bermasalah yang menyebabkan kelumpuhan berkenaan.

“Aktiviti saraf yang baru akan dipinjamkan kepada otot yang lumpuh. Melalui kaedah ini, otot pita suara yang lemah disebabkan kelumpuhan akan bertenaga semula,” katanya.

Cara berkenaan membantu mengembalikan atau memperbaiki ton suara walaupun pesakit mengalami lumpuh kekal. Fungsi komunikasi secara berkesan dikembalikan, seterusnya pesakit boleh melalui kehidupan harian secara normal.

Panduan penjagaan suara:

1. Kesihatan

- Amalkan cara hidup sihat. Lakukan senaman, amalkan diet yang sihat, rehat secukupnya serta urus dan kawal emosi atau tekanan dengan bijak.

- Berhenti merokok. Merokok boleh menyebabkan risiko mendapat kanser paru-paru dan tekak. Keradangan dan ‘polyps’ (benjolan kecil) pada lapisan pita suara juga boleh berlaku. Ini akan menyebabkan suara menjadi serak, kasar dan lemah.

2. Pemakanan

- Minum air masak sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas setiap hari. Ini dapat memberikan kelembapan dan melincirkan pita suara. Minum air masak dengan kuantiti banyak jika keadaan persekitaran tempat tinggal dan tempat kerja kering atau berhabuk.

- Elakkan minum air yang mengandungi kafein (seperti teh dan kopi), alkohol serta minuman berkarbonat kerana pengambilan minuman ini boleh menyebabkan pita suara kering.

3. Penggunaan suara

- Rehatkan suara. Kurangkan bercakap dalam satu jangka masa lama. Kurangkan bercakap semasa selesema, batuk, sakit tekak dan demam.

- Elakkan daripada menjerit atau bercakap dengan kuat. Berhenti bercakap dan berehat seketika apabila tekak terasa kering atau penat.

- Elakkan daripada berbisik. Berbisik akan menyebabkan ketegangan pada pita suara. Justeru, perlahankan suara saja semasa bercakap.

- Kurangkan berdehem dan batuk dengan kuat. Berdehem atau batuk yang berlebihan akan menyebabkan kecederaan pada pita suara. Minum air atau menelan air liur untuk mengurangkan kekerapan berdehem atau batuk.

- Gunakan pernafasan dan postur badan yang betul semasa bercakap. Aliran pernafasan yang baik boleh membantu penghasilan suara dengan lebih baik.

Penghasilan suara yang baik adalah semasa menghembus nafas dan bukan semasa menarik nafas.

- Gunakan mikrofon apabila bercakap di depan kumpulan orang yang ramai atau membuat pembentangan. Penggunaan mikrofon dapat membantu mengurangkan ketegangan pada peti suara anda.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:05 AM

2016 © Harian Metro.
New Straits Times Press (M) Bhd.


~ kpah k-poh ~

TIROID | KALSIUM | PARATHYROID | TIROID DAN ANDA

$
0
0
Pengidap tiroid yang telah menjalani pembedahan total thyroidectomy, akan mengalami masalah dengan bekalan kalsium dalam badan. Sewaktu pembedahan, kadang-kadang doc tidak dapat menyelamatkan Kalenjar kalsium ( Parathyroid ) disebabkan oleh keadaan ketulan terutama pembedahan yang melibatkan kanser tiroid, memang doc akan korek semua sisa Kalenjar Tiroid supaya tidak ada sel-sel kanser yang tertinggal. Keadaan inilah yang menyebabkan parathyroid pun terbuang sekali. Ada 4 biji parathyroid gland yang menepek pada Kalenjar Tiroid . Setiap sebelah Kalenjar Tiroid ,ada dua biji parathyroid gland. Selalunya pesakit ini mesti mengambil pil-pil kalsium dalam jumlah yang banyak.

Bagi yang bukan kanser tiroid tetapi menjalani total thyroidectomy juga, doc berupaya menyelamatkan mungkin dua biji parathyroid gland. Memang pembedahan ni disebut total,buang semua,tetapi 'tapak' parathyroid gland tu tidak akan diusik untuk menyelamatkan parathyroid gland tersebut. Dengan ini,pesakit masih dapat menghasilkan kalsium untuk badan dan tidak perlu ambik pil-pil kalsium yang banyak.




Apabila ujian darah untuk kalsium menunjukkan kita kekurangan kalsium, doc akan beri dos kalsium yang agak tepat untuk keperluan badan kita. Tidak boleh terlebih dos kalsium sebab ia boleh membina batu karang dan juga boleh merosakkan buah pinggang.

Selain dari pil-pil kalsium, kita juga boleh mengambil makanan / minuman yang tinggi kalsium agar pengambilan pil-pil kalsium dapat dikurangkan dari masa ke semasa.

Bagi pengidap tiroid , ada yang mengalami masalah kekurangan kalsium yang sangat teruk. Hypocalcemia ( boleh Google simptom-simptomnya).

~kpah k-poh ~ saya pengidap Hypothyroid

TIROID DAN ANDA | PENGALAMAN RAKAN

$
0
0
SUMBER : FB GRUP :
TIROID DAN ANDA

~Assalamualaikum...😊 saya malu luah kat timeline saya takut d kata mengada² 😅 jadi saya berani kan diri luahkan kat sini...kerana saya yakin disini ramai memahami perasaan saya...selama ne saya cuma silent reader...tapi hari ne rasanya nak sangat kongsi kegembiraan ne...😊 setelah 7 tahun menghidap tiroid...bermula hypertiroid dan menjadi hipotiroid selepas RAI 2 tahun lepas Alhamdulillah segala puji bagi Allah hari ne bacaan hormon tiroid saya normal 😊 walaupun belum sembuh total dan berkemungkinan tak kan sembuh total tapi dapat tengok keputusan bacaan hormon tiroid ne normal betul² menggembirakan saya...rasa nak nangis pun ada...doktor bagitau tadi saya betul² tak terkata...berkat tunjuk ajar panduan dalam TDA terutama kPah..segala info dan pantang larang saya ikut dengan sebaiknya..sebelum² ne saya banyak makan supplement..minum itu makan ini tapi semuanya takda perubahan...tapi selepas saya konsisten makan ubat hospital tanpa mengambil mana² supplement lagi...hanya 2 bulan bacaan hormon tiroid saya normal...bukanlah saya katakan segala macam yang saya minum tu tidak membantu langsung..cuma mungkin yang segala macam tu tak ngam dengan saya....dan akhirnya hanya ubat hospital juga yang ngam dengan saya 😄 Alhamdulillah...semoga baik² saja..semoga kegembiraan saya hari ini berpanjangan 😊 saya masih ada temujanji doktor macam biasa dan masih mengambil ubat Levothyroxine sebiji sehari...😊 sekian luahan saya..maafkan saya jika terlebih gembira 😅 ~

#Sayangsemua
#TiroidDanAnda — feeling happy with Kpah K-poh SharifahNor.


~ kpah k-poh ~

TIROID | PAPILLARY THYROID CANCER | PENGALAMAN | TIROID DAN ANDA

$
0
0



Sumber : FB GRUP : TIROID DAN ANDA

Salam alaik warga TDA,

Saya berumur 23, masih belajar di upm dan salah sorang silent reader kat group ni. Saya nak share pengalaman saya melalui 2 kali pembedahan thyroid.
Dari 2009 lagi sebenarnya saya perasan ada ketulan kat leher, tapi time tu budak budak lagi jadi biar je hehe.

Hujung tahun lepas saya perasan jantung saya laju kemain lepas tu tangan tremors dan bp tinggi (149/86). Saya pergi ke klinik upm, dan klinik upm terus refer saya direct ke hospital putrajaya.

Kat HPJ, biasa lah, routine, ambil darah, USG, FNAC, biopsy semualah, semua result time tu suspicious tapi tak tahu ape. Tambah tambah suspicious, result TFT normal, tapi symptoms ade. Last sekali, Dr sarankan supaya saya buang sebelah kiri dahulu, untuk tengok apemende. Jadi saya remove sebelah kiri 8 april haritu.

Result keluar sebagai Papillary thyroid cancer. Sedih jugak la dalam dua tiga hari macam tu, lepas tu malas dah nak sedih... (hehe..)

Kemudian saya diberi tarikh baru untuk completion thyroidectomy (buang sebelah kanan pulak) pada 13 May di IKN. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Dr cakap masa dalam OT ada bleeding sikit, tapi semuanya terkawal. Pagi tadi saya dah discharge dan sekarang dah sampai rumah pun heee. InsyaAllah esok start 200mg Levethyroxine. Tarikh untuk RAI insyaAllah Dr akan bagitau nanti.

Untuk persediaan pembedahan pulak, hmm biasa biasa je rasanya. Parent saya bekerja jadi masa melawat tu agak limited, jadi biasanya diorang tinggalkan straw sebelum balik untuk saya senang minum hehe. Yang lain lain tu saya banyak tidur je ehehe.

Kepada kakak kakak dan abang abang yang masih belum dapatkan rawatan, try lah ke hospital yang berdekatan. InsyaAllah thyroidectomy ni tak berapa sakit sangat dan rasa legaaa sangat. So far takde dah jantung laju semua.

Terima kasih kepada semua warga TDA yang best dan selalu bagi saya semangat melalui posts kat group ni. Kalau saya down je, saya suka scroll group ni hehe. Itu je lah sikit experience yang saya boleh share.

DIcopypaste oleh ~kpah k-poh ~
http://kpkakaktua.blogspot.com


TIROID DAN ANDA | SUB CLINICAL HYPOTHYROID

$
0
0
Sumber : rakan fb TIROID DAN ANDA


~ kpah k-poh ~

TIROID DAN ANDA | MULTINODULER GOITRE

$
0
0
Sumber :fb grup TIROID DAN ANDA


~ kpah k-poh ~

SEBAB HAID TIDAK TERATUR | MEDICAL MYTHBUSTERS MALAYSIA | TIROID DAN ANDA

$
0
0
Sumber: fb Medical Mythbusters Malaysia


#10_Perkara_Yang_Anda_Perlu_Tahu_Mengenai_Haid_Tidak_Teratur

Apabila sepatutnya datang haid pada bulan itu, anda menjadi tidak keruan apabila haid anda tidak muncul pada ketika itu dan berfikir segala macam masalah atau penyakit yang mungkin melanda diri anda. Anda mula berasa risau dan gundah gulana memikirkan haid yang tidak teratur dan tidak berkunjung tiba pada bulan itu.

Pertama-tamanya, anda perlu tahu corak haid yang dikatakan ‘normal’ untuk diri anda.

Setiap wanita adalah unik dan mempunyai corak haid yang berlainan , dan mungkin adalah normal bagi wanita itu sendiri. Untuk mengetahui apa yang normal buat anda, anda perlu mencatat hari-hari anda datang haid pada kalendar dan juga tarikh bilanya haid berhenti. Ambil masa untuk kenal pasti corak haid anda, berapa hari haid dan juga pendarahan yang berlaku ditengah-tengah bulan sementara anda menanti haid yang berikutnya.

4 dari 10 wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama haid mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke ‘hari subur’ dan kesilapan menjangka kedatangan haid yang seterusnya.

Jangan malu atau segan untuk bertanya doktor

Jika anda mengalami perubahan yang anda rasakan tidak normal untuk kitaran haid pada bulan itu, terus bertanya pada doktor anda. Haid yang tidak teratur mungkin menandakan tanda-tanda anda akan mencapai umur menopos, ataupun ada sesuatu yang tidak kena pada perubahan hormon badan yang memerlukan penyiasatan dan penilaian para doktor.

Hamil – sebab biasa haid tidak datang

Sebab ini mungkin tidak memeranjatkan anda atau sebaliknya. Walaupun begitu, pada awal kehamilan sesetengah wanita mengalami pendarahan yang boleh menyebabkan pendarahan juga yang selalu mengelirukan sama ada ianya darah haid atau tidak, tanpa anda sedari anda sebenarnya sudah pun hamil. Ujian air kencing untuk mengesahkan kehamilan boleh membantu.

Penyusuan badan

Sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!

Menopos?

Menopos atau Putus haid adalah keadaan di mana seseorang wanita itu tidak lagi didatangi haid, umur purata mencecah dalam 50 tahun. Walaupun begitu tempoh peralihan daripada umur boleh melahirkan anak ke menopos ini boleh berlaku untuk beberapa tahun dan dikenali sebagai perimenopos. Dalam tempoh peralihan ini, perubahan hormon yang berlaku menyebabkan haid menjadi tidak teratur, pendek atau tidak datang langsung. Haid mungkin berhenti buat seketika, dan boleh muncul semula selepas beberapa bulan.

Anda mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan?

Haid yang tidak teratur mungkin adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, Kencing manis yang tidak terkawal , ketumbuhan yang merembeskan hormon prolaktin Pemeriksaan doktor akan dibuat untuk memastikan anda tidak mengalami mana-mana masalah kesihatan.

Berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.

Tekanan Emosi

Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti. Kegiatan fizikal yang berlebihan seperti senaman yang berlebihan, kehilangan berat badan yang banyak, menghadapi masalah permakanan turut menyumbang kepada perkara ini. Berbincang dan luahkan masalah anda pada doktor jika anda berasakan menghadapi tekanan emosi di sekolah, rumah mahupun tempat kerja

Ubat-ubatan

Ada sesetengah ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon bole menyebabkan kitaran haid terganggu. Berbincang dengan doktor anda, sebelum memberhentikan ubat-ubatan ini. Mungkin doktor akan mengubah dos, mengubah ubat bergantung kepada masalah perubatan itu.

Jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik yang lain boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita. Jangan lupa bagi tahu doktor yang merawat anda nanti.

Anda tetap subur walaupun haid tidak teratur

Walaupun anda tidak datang haid, tidak bermakna anda tidak subur dan tidak boleh mengandung. Jika anda ingin menjarakkan kelahiran atau merancang keluarga anda perlu menggunakan cara perancangan yang efektif dan berkesan walaupun tidak datang haid. Dapatkan nasihat doktor anda untuk ini.

Ingin hamil mungkin menjadi masalah dengan haid yang tidak teratur

Walaupun telah saya nyatakan, tidak datang haid tak bermakna anda tidak subur, tetapi kejayaan untuk hamil itu kadang-kadang adalah sukar. Rawatan sentiasa ada untuk mereka yang menghadapi masalah ini. Jangan risau, sila berbincang dengan doktor anda.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Perbidanan & Sakitpuan
#MedicalMythbustersMalaysia
www.facebook.com/drmuhammadizzat

~kpah k-poh ~

TANDA-TANDA DAN GEJALA KANSER TIROID | TIROID DAN ANDA

$
0
0

Tanda-tanda dan Gejala Kanser Tiroid.
(Translate from American Cancer Society)

Kanser Tiroid boleh disebabkan oleh mana-mana tanda dan gejala seperti di bawah ini.

- ketulan di leher, kadang-kadang membesar dengan cepat.

- bengkak di leher.

- sakit di bahagian depan leher,kadang-kadang sampai ke bahagian telinga.

- suara jadi serak atau ada perubahan lain pada suara yg tidak pulih.

- masalah menelan.

- masalah pernafasan.

- batuk berterusan yg bukan disebabkan oleh sebab biasa sprt selsema,demam.(cold)

Jika anda mempunyai mana-mana tanda atau gejala tersebut,berbincanglah dengan doktor anda dengan segera.
Tetapi, ada antara gejala tersebut,bukan disebabkan oleh kanser ( non-cancerous conditions).

Ketulan dalam Tiroid adalah biasa dan ia selalunya tidak berbahaya ( usually benign).
Namun, jika anda ada antara gejala di atas,adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda dengan segera supaya boleh dikesan dan dirawat.

~ kpah k-poh ~
Viewing all 323 articles
Browse latest View live