Quantcast
Viewing all 322 articles
Browse latest View live

(RAI)Radioiodine | Hyperthyroid | Kanser Tiroid | TIROID DAN ANDA

(RAI)Radioiodine . Cecair iodine yg beradioaktif utk menurunkan Hormon Tiroid yg tinggi bagi hyperthyroid.

utk kecutkan bengkak tiroid tapi bengkak dari jenis tertentu saja.

untuk mereka yg ambik carbimazole lebih dari dua tahun tapi hormon tiroid turun naik tak pernah stabil.

dan juga utk mengesan,membunuh dan menghalang sel2 KANSER TIROID dari merebak.

Bila ambik RAI ni, kena kuarantin 8 hari. Dos tinggi ( kanser) kena kuarantin di ward 4-5 hari. Sambung kuarantin di rumah bagi cukup 8 hari. tambah lagi beberapa hari jika ada anak kecik.

Dos rendah ( kanser / Hyperthyroid ) kuarantin 8 hari di rumah.
Ada lah nanti nurse akan bagi risalah utk terangkan apa yg perlu pesakit buat sblm,semasa dan selepas ambik radiaoktif ini.


~ kpah k-poh ~

PENGALAMAN RAKAN TIROID DAN ANDA

Sumber: rakan fb grup TIROID DAN ANDA

Hai assalammualaikum.semua sorry sy tksempat nk kongsi .Nk tanya apa beza hypotiroid n hyper tiroid ni?N nk tanya kenapa sy tkdpt ubat....Dr kata ada ketulan kiri 3 kanan 2.dr kata bedah boleh tkbedah pun takpe sbb hanya neubogoiter bin canser.ketulan kecik jew.tp jika sy sesak nafas atau tkboleh telan Dr srh buang separuh dua dua kiri dan kanan.tp hormon n srh sy ok...Mcmna ye ...Takut nk bedah sbb tu sy tknk bedah.dr kata ok tak bahaya.tp kdg kdg memg rasa mcm tercekik.tkde bengkak.apa patut sy buat bedah atau tak?Nt bln 12 jumpa pakar LG jika ok Dr kata sy discaj Dr rawatan pakar sopd..Peliklah ....Adakah sy ok ? Ada tak yg alami mcm sy.takut tkbuang nt jd lain plak.?


Waalaikumsalam

- Hyperthyroid - terlebih pengeluaran Hormon Tiroid .
Hypothyroid - terkurang pengeluaran Hormon Tiroid .

- kenapa tak dapat ubat:
Bila result ujian darah tu normal, maknanya bukan Hyperthyroid atau Hypothyroid. Hanya mrk yg disahkan Hyperthyroid / Hypothyroid saja yg perlu makan ubat. Yg normal maksudnya tidak mengidap gangguan Hormon Tiroid .

- neubogoiter tu apa?

- 3 ketulan kiri,2 ketulan kanan.. multinoduler goiter tu. Bedah boleh..nak simpan pun boleh. Masalahnya, nak simpan untuk apa? Tak ada untung. Ketulan kecik saja tidak menjanjikan bukan kanser. Tapi sbb ketulan banyak, jadi risiko kanser adalah tipis..

- hormon dan darah ok :
Wpun ada ketulan, tapi Hormon Tiroid dan darah ok tu perkara biasa saja. Pengidap kanser Tiroid , masa cek darah utk Tiroid ,pun..Hormon Tiroid mrk normal.

- takut nak bedah sbb tu tak nak bedah :
Ok jer kalau tak nak bedah. Tapi jika nanti2.. Bengkak akan jadi teruk contohnya melekat pada salur pernafasan... maka risiko buat pembedahan adalah sangat tinggi berbanding skrg ni.

- kalau dah rasa tercekik tu,eloklah operate saja. Nanti awak jugak akan alami tersedak ketika tidur. Itu sbb Bengkak menghimpit salur pernafasan.

- discaj dari sopd bila pesakit menolak utk buat pembedahan. Tutup file.Bagi yg alami masalah Hyperthyroid / Hypothyroid dan perlu sambung ubat, doc sopd akan turunkan pesakit ke bahagian pesakit luar.

- bila sebut operation , semua pun akan cemas sbb setiap operation pasti akan ada risiko tersendiri tak kiralah operation apa pun.
Doc tak akan suruh operation melainkan dengan sebab yg menasabah. Cumanya, operation tiroid masa muda ni, proses utk sembuh tu tak lama jika dibandingkan operation pada usia 50 tahun ke atas.

- doc pernah bgtau.. kalau tak ada masalah..kalau bukan kanser..nak simpan Bengkak tu sampai jadi sebesar buah kelapa pun tak apa... masalahnya..kita kena pecahkan semua cermin sbb hari2 kita akan belek leher.. boleh dapat tekanan jiwa..elok2 tak makan ubat tiroid..kena pulak makan ubat penenang dari doc pakar sakit jiwa..dan org yg terdekat pulak akan jemu dengan pertanyaan kita..nampak Bengkak tak? Nampak besar tak?




- Posted using BlogPress from my iPad

THYROGLOBULIN | TIROID DAN ANDA | KANSER TIROID

Thyroglobulin dihasilkan oleh sel sel thyroid samada normal atau kanser. Selepas pembedahan, biasanya masih terdapat sedikit sel normal yg tertinggal.

Radioiodine pertama akan membakar kesemua sel thyroid normal. Radioiodine kedua akan menunjukkan sekiranya ada kanser sel thyroid terutama di luar kawasan leher.

Terkadang, sel tiroid normal tak habis dibakar dengan sekali saja dan perlukan radioiodine lgi. Ini diulang sehingga tiada lagi tanda tanda pada radioiodine ie no uptake.

Bila dah clear, thyroglobulin sepatutnya kosong 0. Sekiranya thyroglobulin masih detectable, maknanya kanser tu masih ada. Kalau dah 0 kemudian jadi tinggi, maknanya kanser tersebut datang balik dan radioiodine diulang

Dalam kes tertentu, TG tinggi. Ini mungkin disebabkan false reading yg disebabkan oleh anti-TG. Kalau anti-tg rendah dan tg tinggi, ini bermakna tg is genuinely tinggi. Masalah bila anti-tg juga tinggi menyebabkan pemantauan menjadi lebih sukar

Masalah paling susah ialah bila TG tinggi tapi radioiodine negative. Ini akan diikuti oleh PET scan. Kalau PET scan positive, mmmmm lain ceritanya dan tak sesuai utk dibincangkan disini sebab lebih complicated.

Ujian Thyroglobulin (tg):
Ujian tg bukan utk mengesan kanser. Ujian tg dilakukan hanya bagi mereka yg telah menjalani total thyroidectomy diikuti dengan Radioiodine .

Kalau buat total tetapi belum menjalani radioiodine, biasanya tg masih boleh dikesan dan menjdi tidak tepat.

Terdapat dua kedaan tg test - stimulated dan unstimulated.

stimulated ialah tg dilakukan semasa tsh>30 iaitu selepas berhenti mengambil thyroxine selama 1 bulan atau menggunakan thyrogen. Ini lebih sensitive

Unstimulated tg ialah test dibuat tanpa Memberhentikan thyroxine dan test ini biasanya tidak Mengesan kanser berulang diperingkat awal atau masih kecil.
-Prof. Rohaizak Muhammad UKMSC.



~ kpah k-poh ~

KUARANTIN DI RUMAH | (RAI)RADIOIODINE | TAIROD DAN ANDA | KANSER TIROID | HYPERTHYROID

SUMBER : fb grup TAIROD DAN ANDA
Yong Rafidah Haji Buyong


Kuarantin di rumah?

Ini pengalaman Kyong...mungkin dapat memberi sedikit bayangan untuk adik-adik TDA....

Bilik Kyong di tingkas atas dan mempunyai bilik air di dalamnya...so Kyong tidak risau untuk berkongsi dengan sesiapa....

1. Semasa menjalani kuarantin, Kyong memakai pakaian ringkas sahaja....Baju Kelawar....hihihi siang malam pagi petang memang pakai baju kelawar sebab selesa dan takde siapapun nak tgk....pakaian ini dibasuh dan disidai di dalam bilik air itu...ini adalah kerana setiap barangan dari dalam bilik kuarantin tidak boleh dibawa keluar dari bilik....pakaian kita tidak dibenarkan basuh bersama-sama dengan pakaian orang lain...

2. Makanan Kyong dihantar oleh suami ataupun anak2...menggunakan pinggan kertas/polisterin (ada juga pinggan kaca Kyong simpan di dalam bilik)...Ini kerana pinggan yang dah masuk ke dalam bilik, tidak boleh dibawa keluar sepanjang tempoh kuarantin...jadi bayangkanlah jika setiap hari pinggan kaca berkumpul di dalam bilik kita...Itu sebabnya mengapa Kyong pakai pinggan pakaibuang..

3. Letak beg sampah plastik hitam yg besar di sudut bilik, buang semua brg yang tidak digunakan lagi (pinggan2, tisu paper dsb) ke dalam beg sampah itu...Ikat kemas2 sebelum dikeluarkan pada hari terakhir

4. Mandi dengan kerap....minum banyak air supaya radioaktif dapat dibuang melalui air kencing.....Flush tandas sebanyak tiga kali selepas menggunakannya...jika berkongsi bilik air, pastikan anda menyiramnya beberapa kali selepas digunakan....

5. Buka semua tingkap bilik setiap pagi supaya angin bersih dapat masuk ke dalam bilik...dan radiasi dapat dikurangkan....

6. Selepas tempoh kuarantin, basuh semua baju2, cadar, sarung bantal yang digunakan...setelah bersih ianya boleh digunakan seperti biasa...

Selepas lapan hari, insyaallah radiasi akan lemah dan segalanya boleh dilakukan seperti biasa


~ kpah k-poh ~

SAKIT KRONIK DAN UBAT AJAIB Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

WAJIB BACA SEBAGAI PERINGATAN KITA.

Image may be NSFW.
Clik here to view.

(5 Februari 2017)

Penulis adalah bekas pesakit buah pinggang kronik. Pernah menjalani rawatan cuci darah (C.A.P.D). Sembuh daripada sakit ini selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada tahun 2010, menerima buah pinggang ibu saudaranya.

“Kalau buah pinggang kecut masih boleh diubati! Produk kami ni mampu menghidupkan kembali sel-sel buah pinggang awak. Nanti selepas beberapa ketika buah pinggang awak akan kembang balik.”

Itu antara janji seorang penjual produk ajaib kepada saya dahulu. Setahu saya buah pinggang adalah anggota kekal seperti tangan, kaki, telinga dan sebagainya. Adakah tangan yang putus akan tumbuh balik setelah makan produk ajaib itu? Adakah anggota tubuh manusia seperti ekor cicak? Boleh tumbuh semula apabila putus?

Pernah isteri saya bertembung dengan seorang peguam yang turut mempromosi ubat perawat sel yang didakwa sangat ajaib dan mampu mengubati segala penyakit atas “planet bumi.” Isteri saya menolak dengan sopan dan mengatakan tarikh pembedahan buah pinggang sudah ditetapkan pihak Hospital Selayang. Si penjual ubat ajaib dengan yakin berkata:

“JANGAN BUAT PEMBEDAHAN ITU DAHULU! Makan produk ini dahulu! Sebabnya apabila dah buat pembedahan maka tiada harapan lagi untuk sembuh!”

Apabila isteri saya berkeras tak mahu mendengar ceramah ubat ajaibnya, si penjual mula menyerang peribadi setelah melihat wajah isteri saya pada waktu ada sedikit jerawat:

“Kenapa muka awak tu berjerawat? Jerawat pun boleh diubati dengan produk saya ini!”

Pernah seorang kawan Ustaz mencadangkan agar saya mengambil perubatan Sunnah seperti madu dan sebagainya. Saya tolak dan mengatakan fisiologi tubuh pesakit buah pinggang bukan lagi seperti orang normal yang mampu memproses apa sahaja yang masuk ke dalam badan. Kawan saya lantas berkata:

“Itulah masalah anta! Percaya sangat dengan perubatan moden.”

Saya hanya senyum sambil berkata dalam hati:

“Anda boleh cadangkan apa sahaja, tapi tubuh saya yang menanggung derita atau duka atas cadangan spekulasi anda. Bukan saya tidak percaya dengan perubatan nabawi tapi ia masih terbuka untuk perbincangan oleh para ulama’ hadith.”

Lalu pengalaman tahun 2009 menjengah minda. Pada waktu itu saya baru memulakan rawatan Dialisis Air atau dipanggil C.A.P.D. Dalam bulan Ramadhan tahun itu, saya mengimamkan solat terawih di Masjid Ibn Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Ketika dalam solat, “DADA SAYA BERASA SANGAT TIDAK SELESA. JANTUNG BERDEBAR DENGAN TIDAK TERATUR.” Dalam kalangan Jemaah kami ada seorang murid dewasa saya yang juga seorang Doktor pakar. Beliau adalah Mejar Jeneral (b) Datuk Dr. Zin bin Bidin. Selepas solat beliau memeriksa rentak nadi saya dan menasihatkan saya agar mengurangkan pengambilan kurma. Mengapa kurma? Bukankah kurma bagus untuk orang yang berpuasa? Rasulullah SAW sendiri pun berbuka puasa dengan kurma?

Lain halnya dengan pesakit buah pinggang. Kurma, pisang dan beberapa buah-buahan yang lain mempunyai kandungan potassium yang sangat tinggi. Bagi tubuh yang normal, buah pinggang bertindak menstabilkan paras potassium dalam darah. Bagi pesakit buah pinggang, kandungan potassium tidak mampu diimbangi tubuh, lalu potassium berlebihan akan menggangu rentak jantung. Pesakit buah pinggang yang tidak mengawal kandungan potassium boleh mendapat “serangan sakit jantung!”

Pernah seorang penjual ubat ajaib yang lain mengesyorkan saya mengambil produk soya yang dia jual. Apabila saya maklumkan bahawa pesakit buah pinggang kronik tak boleh makan soya kerana ia akan membebankan buah pinggang yang sudah rosak, ini jawapannya dengan penuh yakin mengalahkan para doktor pakar:

“Produk soya kami ni lain! Ia sudah ditapis halus dan tak akan memberi kesan pada buah pinggang awak.”

Alhamdulillah! Allah memberikan saya kesabaran serta kecerdikan untuk mengelak daripada terjerumus ke dalam “fakta auta” si penjual ubat ajaib.

Setelah lama menderita sakit buah pinggang sejak tahun 2001, saya mulai menghargai kesihatan dan menghormati profesyen perubatan. Pengorbanan mereka selama bertahun mempelajari ilmu perubatan adalah jihad yang sangat hebat. Setelah lama berdamping rapat dengan para doktor sebagai “ahli kelab paksa hospital selayang” dengan rawatan susulan setiap 2 atau 3 bulan, saya semakin memahami firman Allah ini:

وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Ertinya: Dan Kami tidak mengutus para Rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); MAKA BERTANYALAH KAMU KEPADA ORANG BERILMU JIKA KAMU TIDAK MENGETAHUI (al-Anbiya’ [21:7]).

Konteks sebenar ayat ini adalah bertanya kepada Ahli kitab tentang “KEMANUSIAAN PARA RASUL.” Ia berpunca daripada sikap penduduk Mekah yang tidak percaya bahawa manusia seperti Rasulullah SAW boleh menjadi utusan Allah. Mereka beranggapan nabi sepatutnya muncul dari spesis malaikat. Ternyata orang Yahudi dan Nasrani mengakui tiada nabi yang pernah diutus dalam kalangan malaikat? Oleh itu mereka sepatutnya menerima Rasulullah SAW sebagai utusan Allah kepada mereka (Tafsir Ibn Kathir).

Perkataan “أهل الذكر” atau orang berilmu dalam ayat ini jika diterjemahkan kepada bahasa moden adalah “PAKAR BIDANG.” Beginilah cara al-Quran mengajar kita untuk hidup selamat di dunia dan di akhirat. Apabila buntu dan perlukan penjelasan, tanya ahlinya dan bukan percaya cakap sebarang orang. Tanyalah orang yang menghabiskan usia mengkaji atau mempelajari sesuatu bidang.

Jangan ditanya cara membuat bangunan dari seorang nelayan, kelak runtuh bangunan kerana kiraan besi dan simen yang tidak cukup. Jangan juga ditanya hukum hakam berkaitan agama dari seorang pakar Matematik, kerana agama bukan subjek berkaitan nombor. Jangan juga ditanya pak ustaz tentang cara memproses petroleum, kelak rosak enjin dan tangki kereta anda. Kesimpulannya, hormatilah pakar bidang!

Usahkan para penjual ubat ajaib, para doktor pun memiliki pengkhususan bidang yang berbeza. Setahu saya, tiada doktor yang serba tahu atau pakar semua bidang perubatan. Jika kita jumpa seorang doktor yang pakar semua aliran dan bidang perubatan (nefrologi, urologi, bedah, radiologi, telinga, mata, hidung, otak, saraf, jiwa dan semuanya), sudah pasti doktor itu adalah jelmaan nabi Isa AS atau berasal dari planet lain.

Malangnya, semua kepakaran para doktor perubatan yang bertahun mengkaji perihal tubuh manusia langsung diatasi oleh para penjual ubat ajaib yang hanya “bermodal air liur, andaian dan spekulasi.” Testimoni mereka pun masih terlalu jauh untuk menyaingi dapatan kajian dalam perubatan moden.

Tambah parah sesetengah penjual ubat ajaib ini berani menunggang agama dengan mendakwa ubat mereka adalah ubat yang disebut oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadith:

لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ فَإِذَا أُصِيبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Ertinya: Bagi setiap penyakit mempunyai ubatnya. Apabila sesuatu ubat menyentuh sesuatu penyakit, maka ia akan memberikan penyembuhan dengan izin Allah (Sahih Muslim).

Hadith ini bukan semudah itu boleh diambil untuk menjadi “MASKOT ATAU DUTA” ubat ajaib anda. JAUH BEZANYA ANTARA UBAT SEBENAR DENGAN SPEKULASI UBAT TANPA BUKTI YANG CUKUP! Apa yang saya faham dari hadith ini adalah baginda Rasulullah SAW menyarankan kita agar mengkaji dan mencari ubat bagi penyakit yang dihidapi manusia. Tidak cukup hanya dengan mendakwa!

Pesan saya kepada para penjual ubat ajaib. Takutlah Allah! Jangan mencipta fakta palsu serba ajaib untuk ubat anda. Jika ada pesakit yang semakin parah atas auta anda, Allah pasti membalasi dengan setimpal di akhirat kelak. Jangan reka fakta! Ingat amaran Rasulullah SAW ini:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ يَنْزِلُ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ

Ertinya: Sesungguhnya seorang hamba (manusia) boleh sahaja bercakap sesuatu perkara yang tidak dapat dipastikan kebenarannya, lalu (perkara itu) AKAN MENJERUMUSKANNYA SEMAKIN DALAM KE DALAM NERAKA SEJAUH ANTARA TIMUR DAN BARAT (Sahih al-Bukhari & Muslim).

Itulah nasib kami yang menghidap sakit kronik. Sudah jatuh ditimpa tangga. Sakit kami memang meresahkan jiwa. Ketika para doktor berusaha merawat kami, para penjual ubat ajaib pun muncul kerana melihat kami adalah “LUBUK EMAS” bagi mereka. Kasihanilah kami! Apa yang kami fikirkan hanya kesembuhan! Derita yang kami lalui saban hari sangat memeritkan jiwa. Jika dikata “makanlah tahi lembu yang dicampur dengan tongkat ali dan madu hutan Amazon untuk penyembuhan”, jangan terkejut jika ada yang sanggup buat untuk sebuah ni’mat penyembuhan!

Tidak dinafikan, ada sesetengah penjual ubat ajaib ini ikhlas mahu membantu kami, tapi bantuan yang mahu diberikan biarlah berpada dan ada batasannya. Jika bantuan anda boleh menjadi kapak yang akan membunuh kami, maka simpanlah kapak itu. Fisiologi tubuh kami sudah berbeza daripada orang yang sihat. Biarlah para doktor yang bertauliah merawat kami. Cukuplah kalian sekadar mendoakan kami sahaja.

Jangan pandang kami sebagai lubuk emas, sebaliknya lihatlah kami sebagai manusia yang perlu dikasihani. Hidup ini bak roda! Ada masa kita berada di atas dan ada masa kita berada di bawah. Ada masa kita sihat dan ada masa kita sakit. Apa agaknya perasaan anda wahai penjual ubat ajaib jika anak anda mati akibat salah makan ubat ajaib yang dijual oleh penjual yang lain? Fikirkan!

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/


~ kpah k-poh ~ copy paste

GARIS PANDUAN UNTUK PESAKIT MENERIMA RAWATAN RADIOIODINE 1-131 | TIROID DAN ANDA


Garis Panduan untuk Pesakit Menerima Rawatan Radioiodine 1-131

Apakah itu Rai ( Radioiodine)?
Rai ( Radioiodine) merupakan satu kaedah rawatan yang telah digunakan sekian lama untuk rawatan penyakit Tiroid . Ia selamat dan berkesan tetapi memerlukan anda mengambil beberapa langkah berjaga-jaga supaya orang lain yang berada di persekitaran anda tidak menerima dedahan kecil radiasi dari badan serta cecair badan anda.

Berapa lama Radioiodine akan berada di dalam badan anda?
Radioiodine kekal di dalam badan untuk jangka masa yang singkat. Kebanyakan Radioiodine yang tidak pergi ke tisu Tiroid akan disingkirkan dari badan anda beberapa hari pertama selepas rawatan. Radioiodine disingkirkan melalui kencing, tetapi terdapat juga dalam jumlah yang kecil pada air liur,peluh dan najis. Anda boleh bertanya kepada doktor untuk maklumat lanjut. Banyak maklumat berkaitan juga boleh diperolehi di internet seperti www.snm.org

Bagaimana anda boleh mengurangkan dedahan radiasi kepada orang lain?
Dedahan radiasi kepada orang lain boleh dikurangkan dengan mengekalkan jarak yang munasabah di antara anda dengan orang lain. Serta singkatkan masa pertemuan di antara anda dengan orang lain. Doktor akan menyemak semula arahan yang diberikan dengan anda dan menjawab kesemua soalan anda, ia penting untuk memberitahu doktor jika anda tidak boleh mengikuti semua arahan yang diberikan.

Arahan ini diguna pakai jika anda pulang ke rumah dengan menggunakan pengangkutan sendiri selepas menerima rawatan. Anda haruslah bertanyakan kepada doktor untuk arahan tambahan sekiranya anda bercadang untuk pulang dengan menggunakan pengangkutan awam atau memginap di hotel atau mana-mana tempat awam yang lain.

8 Jam yang pertama:
- Minum segelas air kosong pada setiap jam dan gunakan tandas sekerap yang mungkin jika anda perlu mengosongkan pundi kencing anda. Bagi lelaki,anda perlu duduk ketika membuang air kecil untuk mengurangkan percikan. Gunakan tisu tandas untuk mengelap sebarang urea yang terpercik pada mangkuk tandas dan pam tandas sebanyak dua kali. Basuh tangan anda dan bilas di singki.

- Kekalkan jarak anda sekurang-kurangnya 1 meter. Jika boleh,anda perlu memandu pulang ke rumah sendirian. Jika anda tidak boleh memandu secara bersendirian, anda perlu memilih tempat duduk yang boleh menjarakkan anda dengan penumoang yang lain sejarak yang mungkin. Anda TIDAK digalakkan menggunakan pengangkutan awam.

Dua hari yang pertama:
- Jangan berkongsi cawan, gelas, pinggan atau peralatan makanan yang lain. Basuh peralatan dengan bersih selepas menggunakannya. Orang lain boleh menggunakan peralatan tersebut selepas ia dibasuh.

- Jangan berkongsi tuala dan basuhan pakaian.

- Pam tandas sebanyak dua kali dan bilas singki dan tab mandi selepas digunakan.

- Basuh tuala, cadar, seluar dalam dan mana-mana pakaian anda sekiranya terkena urea atau berpeluh.

Minggu Pertama:
- Perancangan perlu dilakukan dengan orang lain untuk penjagaan bayi dan kanak-kanak.

- Tidur bersendirian selama 7 hari kecuali mendapat arahan sebaliknya dari doktor anda.

- Elakkan dari bercium dan sentuhan fizikal dengan orang lain, dan kekalkan jarak anda sekurang-kurangnya 1 meter dengan wanita mengandung dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

- Elakkan sebarang aktiviti yang memungkinkan anda berada berdekatan dgan orang lain lebih dari 5 minit . Sebagai contoh ,menonton wayang,acara sukan dan pengangkutan awam.

Maklumat Tambahan Untuk Wanita Yang Menyusukan Anak :
Penyusuan hendaklah diberhentikan sebelum anda menerima rawatan Radioiodine. Jika boleh,penyusuan hendaklah diberhentikan pada 6 minggu sebelum rawatan. Anda haruslah tidak menyambung semula penyusuan selepas menerima Radioiodine . Tetapi anda boleh menyusukan bayi yang mungkin anda peroleh pada masa akan datang dengan selamat. Kegagalan mengikut garis panduan yang diberikan akan menyebabkan kerosakan kekal Kalenjar tiroid bayi atau kanak-kanak tersebut.

Kehamilan:
Rawatan Radioiodine tidak seharusnya diberikan semasa kehamilan. Beritahu doktor sekiranya anda hamil atau disyaki hamil. Jika anda merancang untuk hamil,anda perlu menunggu sekurang-kurangnya selama 6 bulan selepas rawatan bagi memastikan Hormon Tiroid anda berada di paras normal dan anda tidak memerlukan sebarang rawatan tambahan. Dapatkan nasihat dari doktor.

Perkara Lain Yang Anda Perlu Tahu Sewaktu Minggu Pertama Selepas Rawatan:
Jumlah radiasi yang kecil dari badan anda boleh mencetuskan pemantau radiasi di lapangan terbang sempadan,bangunan pentadbiran kerajaan,hospital dan kawasan pelupusan sisa dalam tempuh 3 bulan selepas rawatan. Tanya pada doktor untuk khidmat nasihat jika anda akan berada di kawasan tersebut. Doktor akan berikan surat untuk menerangkan rawatan perubatan anda jika anda tidak boleh elakkan kawasan tersebut.

Item yang banyak berlumuran dengan air kencing, air liur, rembesan hidung,peluh atau darah boleh mencetuskan penggera di tapak pelupusan sisa buangan . Tanya doktor untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk melupuskan barang-barang ini dengan selamat.

- sumber : risalah hospital .


- Posted using BlogPress from my iPad

LANGKAH BERJAGA-JAGA YANG PERLU DIAMBIL APABILA MENERIMA RADIOIODINE | TIROID DAN ANDA

LANGKAH BERJAGA-JAGA YANG PERLU DIAMBIL APABILA MENERIMA RADIOIODINE

Sebelum menerima iodine:

1.
Untuk pesakit wanita, sila pastikn yang anda tidak hamil.

2.
JANGAN MAKAN makanan atau ubat-ubatan yang disenaraikan di bawah 7 HARI SEBELUM dan 3 HARI SELEPAS.

- SEBARANG MAKANAN YANG MENGANDUNGI GARAM LAUT YANG MEMPUNYAI IODINE ( garam yang tidak mengandungi iodine boleh digunakan )

- PRODUK TENUSU (susu,keju,krim,yogurt,mentega,marjerin, ais kerim,coklat dan sebagainya)

- KUNING TELUR (putih telur dibenarkan)

- MEE KUNING

- MAKANAN LAUT ( ikan ,kerang,rumpai laut,udang,ketam)

- MAKANAN YG MENGANDUNGI BAHAN PENGAWET YG BERASASKAN MAKANAN LAUT ( jelly,agar-agar,karagenan,algin)

- MAKANAN YANG DIAWET DENGAN GARAM LAUT TAIRU ( susu masam ) dan MAKANAN RINGAN.

- MAKANAN SEGERA (ham-is a pork, lox- fillet of brined salmon, sosej,daging kornet- corned beef, cip kentang.)

- PRODUK ROTI KOMMERSIAL yang mengandungi doh iodate (donut,semua jenis roti dan kek)

- MOLASSES -gula merah,madu,gula perang atau gula melaka.

- PRODUK SOYA ( kicap soya,susu soya,taufu)

- KEKACANG ( kacang tanah,kacang merah,kacang hijau dan sebagainya.

- KOPI.

- SAYUR-SAYUR HIJAU.

- KULIT KENTANG ( kentang yg telah dikupas kulit dibenarkan)

- KOBIS,SAYUR SADERI,BUNGA KOBIS.

- UBAT MULTIVITAMIN ( dibenarkan mengambil vit D dan pil kalsium sahaja)

- UBAT BATUK.

- UBAT HERBA TRADISIONAL ATAU UBAT-UBATAN HERBA. (Jika ada)

3.
KANSER TIROID.
Berhenti makan ubat Levothyroxine (L-Thyroxine) 4 MINGGU sebelum menerima Radioiodine.

4.
Anda dinasihatkan BERHENTI MEROKOK sepenuhnya atau sekurang-kurangnya 6 MINGGU sebelum Rawatan Radioiodine.

SELEPAS MENERIMA RADIOIODINE:
1- jangan makan atau minum 2JAM SELEPAS menerima rawatan Radioiodine.

2- jangan berada terlalu dekat dengan orang lain ( terutamanya KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 12 TAHUN dan WANITA HAMIL ) untuk jangkamasa 3 HARI.

3- untuk pesakit wanita, JANGAN HAMIL dalam jangkamasa 6 BULAN selepas menerima Radioiodine.

4- untuk pesakit lelaki, JANGAN MENYEBABKAN isteri anda hamil dalam jangkamasa 6 BULAN selepas menerima Radioiodine.

***MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN:

1- SAYUR-SAYURAN ( kentang tanpa kulit, timun, tomato,lada benggala,cili,karot,terung,labu,peria,bawang merah,halia,bawang putih,cendawan segar,serai.

2- SEMUA JENIS BUAH-BUAHAN

3- BERAS ( putih / perang )

4- KUEYTEOW, BIHUN

5- OAT

6- KISMIS

7- SANTAN.

8- SERBUK KARI.

9- CUKA

10- MINYAK ZAITUN

11- JEM STRAWBERRY

12- DAGING YANG TIDAK DIPROSES ( seperti
ayam,lembu,kambing )

Sumber : risalah hospital.


- Posted using BlogPress from my iPad

CARBIMAZOLE | HYPERTHYROID | TIROID DAN ANDA

FB GRUP TIROID DAN ANDA :

Carbimazole tak boleh ambik utk jangkamasa dua tahun secara berterusan. Maknanya dua tahun non stop ambik Carbimazole. Takut ada kesan sampingan pengurangan sel darah putih dan juga efek pada jantung.
Sbb itu lah..jika Ujian darah jadi normal ( beberapa kali ) maka doc akan stopkan ubat. Tengoklah pengidap boleh tahan berapa lama tanpa ubat. Ada yg dua bulan..ada yg 6 bulan Malahan ada yg setahun dan lebih.
Tapi yg stop ubat ni, 80% akan kena hyperthyroid semula dan kdg2 simptom lebih teruk dari mula2 kena Hyperthyroid dulu.

~kpah k-poh ~

LOW DIET IODINE | DIET RENDAH IODINE | RADIOIODINE | TIROID DAN ANDA

LOW DIET IODINE / DIET RENDAH IODINE UNTUK RAWATAN RADIOIODINE:

SECARA AMNYA, CUBA ELAKKAN MEMAKAN MAKANAN BERIKUT:

1- MAKANAN LAUT: ikan, pelbagai seafood, kerang, rumpai laut.

2- GARAM BERIODINE DAN MAKANAN BERGARAM TINGGI YANG MENGANDUNGI IODINE. Guna garam tanpa iodine.

3- MAKANAN DALAM TIN.

4- MAKANAN DIAWET.

5- KICAP DAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI PEWARNA MERAH.

6- HASIL PEMBUATAN ROTI KOMERSIAL (pizza,roti bergaram tinggi)

7- KESEMUA HASIL TENUSU - susu,krim masam,keju,yogurt,mentega,aiskerim.

8- COKLAT DAN GULA-GULA.

9- SAYUR BAYAM.

10- KENTANG GORENG, makanan yang mengandungi kulit ubi kentang.

11- VITAMIN

12- UBAT BATUK YANG MENGANDUNGI IODINE.

~kpah k-poh~

THYROIDECTOMY | TIROID DAN ANDA (ORI) | PEMBEDAHAN TIROID

THYROIDECTOMY ( pembedahan Tiroid )

- Thyroid gland ( kalenjar Tiroid )
- Thyroidectomy
- Hemithyroidectomy

Prosidur ini boleh dilakukan di mana-mana hospital kerajaan yang mempunyai perkhidmatan Pakar Bedah.

THYROIDECTOMY:
Ia adalah pembedahan untuk membuamg sama ada separuh ( hemithyroidectomy) atau keseluruhan Kalenjar tiroid ( total thyroidectomy)

PEMBEDAHAN AKAN DILAKUKAN APABILA:

- pesakit mengidap kanser Tiroid
- suspek kanser Tiroid
- bengkak Tiroid ( goiter ) yang besar
- hyperaktif Tiroid ( grave's disease ) yang gagal rawatan ubat.

SEBELUM PEMBEDAHAN:

- anda akan dirujuk kepada PAKAR ENT untuk penilaian peti suara.

- anda dirujuk ke KLINIK BIUS untuk memastikan kesihatan anda pada tahap optimum dan mampu menjalani bius penuh.

- anda perlu berpuasa mulai 12 tengah malam.

- anda juga dikehendaki memastikan tahap penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi terkawal.

Pembedahan akan dibatalkan jika anda mengalami demam, selsema, batuk atau lain penyakit yang boleh menyebabkan bahaya jika pembedahan diteruskan.

Ubat cair darah seperti Aspirin perlu dihentikan 7 hari sebelum pembedahan.

PEMBEDAHAN:
Pembedahan dilakukan dibawah bius penuh. Biasanya anda akan dimasukkan ke dalam wad .
Pembedahan hemithyroidectomy mungkin boleh dibuat secara rawatan harian di mana anda boleh dibenarkan pulang pada hari yang sama. Pembedahan akan mengambil masa sehingga 2 jam dan lebih.
Insisi melintang (kolar) akan dibuat di pangkal leher sepanjang 5cm-7cm.
Tiub akan dimasukkan untuk mengeluarkan darah yang terkumpul.

SELEPAS PEMBEDAHAN:
Di wad, anda akan dinilai oleh doktor yang bertugas sebelum dibenarkan makan atau minum.
Ubat tahan sakit akan diberi secra berkala.
Tiub cecair akan dikeluarkan bila cecair berkurangan,biasanya pada hari ke dua.
Kebanyakan pesakit akan dibenarkan keluar hospital selepas 2 hari pembedahan.
Anda hendaklah mendapatkan rawatan di klinik SOPD atau klinik lain yang terdekat sekiranya LUKA MENJADI MERAH,PANAS,BENGKAK ATAU SAKIT.

Sekiranya anda menjalani pembedahan Total Thyroidectomy, anda akan dibekalkn dengan ubat L-Thyroxine dan Kalsium.
L-Thyroxine ini perlu dimakan seumur hidup untuk mengelakkan anda menjadi letih dan lesu akibat dari kekurangan Hormon Tiroid .

RAWATAN SUSULAN:
Tarikh temujanji untuk rawatan susulan akan diberikan sebelum anda keluar dari hospital .
Semasa rawatan susulan,luka pembedahan akan diperiksa dan anda akan dimaklumkan keputusan histopatologi (HPE) dan jika anda perlu rawatan selanjutnya.

KOMPLIKASI PEMBEDAHAN:
1. Perubahan pada suara mungkin berlaku sekiranya:

a) Kecederaan pada RECURRENT LARYNGEAL NERVE (risiko ialah 1%)
- kecederaan kekal kepada salah satu saraf boleh menyebabkan suara serak dan lemah.
- kecederaan kekal kepada kedua-dua saraf boleh menyebabkan pemasangan Tracheostomy (tiub pernafasan ) kekal.

b) Kecederaan kepada SUPERIOR LARYNGEAL NERVE (risiko 5%) menyebabkan suara menjadi lemah.

2. Paras kalsium yang rendah:
Anda mungkin perlu mengambil ubat kalsium dan / atau vitamin D untuk tempuh yang lama.

3. Pendarahan (<1%):
Jika terdapat pendarahan,anda mungkin memerlukan pembedahan semula.

4. Parut luka yang tebal dan tidak cantik.

5. Jangkitan kuman pada luka (0.5%)

SUMBER: Risalah hospital.





~ Kpah k-poh ~

TIROID DAN ANDA (ORI) | SUPLIMENT | PRODUK UBATAN | ANDA MAKAN ANDA TANGGUNG

GRUP TIROID DAN ANDA (ORI) tidak menggalakkan pengambilan sebarang produk / supliment / ubatan lain yg bukan diberi oleh pihak hospital, bagi mengelakkan berlaku kacau bilau pada Hormon Tiroid , debaran jantung menjadi laju,pening,loya,muntah atau berlaku kesakitan sehingga pengidap terpaksa di kejarkan ke hospital .

Setiap Pengidap Tiroid adalah tidak sama masalah yg mereka hadapi dan mungkin ada yang akan alami kesan serius selepas penggunaan / pengambilan sesuatu produk / supliment/ ubatan lain. Dari itu, pihak admin tidak akan bertanggung jawab sekiranya pengidap memilih untuk menggunakannya produk / supliment / ubatan yang dicadangkan oleh rakan-rakan grup.

Sebelum anda mencadangkan penggunaan sesuatu produk, fikirkan keselamatan kesihatan rakan anda. Mungkin anda tidak tahu,selain dari mengidap Tiroid ,mereka juga ada masalah kesihatan yg lain. Mungkin darah tinggi, darah rendah,kencing manis gastrik GERD ( Gastroesophageal Reflux Disease),asthma ,Anxiety disorders,panic attack, lemah jantung, penyakit autoimune,kanser rahim,kanser usus, kanser payu dara, kanser darah,sakit buah pinggang dan pelbagai lagi penyakit susulan.

Anda Pengidap Tiroid yang berani menggunakan produk / supliment / ubatan lain TANPA nasihat doktor.. ANDA MAKAN..ANDA TANGGUNG!


~ Kpah k-poh ~

PERSOALAN | TIROID DAN ANDA (ORI)


Kenapa pesakit Tiroid dari awal tidak dirujuk kepada Pakar pemakanan
( sebab pesakit Tiroid tidak ada keperluan utk dirujuk kpd pakar pemakanan sebab tidak ada dlm kamus Tiroid yg Pengidap Tiroid perlu jaga pemakanan. Kami bukan sprt pengidap kencing manis.. Kecuali jika Pengidap Tiroid turut mengidap kencing manis, maka boleh mintak dirujuk ke Pakar Pemakanan. Pantang / jaga makan itu adalah rujukan kami di internet dan dari pengalaman rakan2. Sbb itulah kena cuba makan dulu baru tahu sesuai atau tidak dengan Pengidap Tiroid )

Kenapa penyakit autoimune tidak cuba dihalang dari awal
( nama pun penyakit,bukan doc tahu pun kita ada apa2 penyakit sebelum ujian2 dibuat. Utk autoimune bagi Pengidap Tiroid ,doc jarang menyuruh kita buat ujian utk autoimune kecuali jika ada rawatan yg menunjukkan kemungkinan kita ada autoimune. Sprt Graves Disease utk Hyperthyroid , simptom2 sama saja dengan Hyperthyroid biasa kecuali keadaan mata pengidap yg terjojol dan / atau keadaan leher yg kembang. Melihat kpd keadaan itu, barulah doc akan arahkan ujian utk autoimune.
Rawatan utk Hyperthyroid autoimmune dan rawatan utk Hypothyroid autoimmune..sama saja dengan rawatan utk Hyperthyroid biasa dan Hypothyroid biasa..iaitu pengambilan ubat anti-Tiroid ( Carbimazole ) dan pil penggantian Hormon Tiroid ( Thyroxine ) .
Jika autoimune tidak respon kpd rawatan...atau jika Hyperthyroid biasa tidak memberi respon kpd rawatan ubatan..maka jalan lain akan diambil sprt minum Rai ( Radioiodine) atau pembedahan.

Kenapa masalah kalsium pesakit tidak dirawat dari peringkat awal
( sbb masalah kalsium pesakit hanya terlihat selepas operation tiroid . (Operation total dan operation buang sebelah )Ujian darah utk kalsium akan dibuat slps operation utk tentukan jika pengidap kekurangan kalsium yg sikit atau kekurangan kalsium yg teruk.
Mereka yg tidak buat operation ...tidak mengalami kekurangan kalsium sbb Paratiroid gland masih ada utk membekalkan kalsium utk badan.
KECUALI jika seseorang itu ( belum operation) memang mengidap Hyperparathyroidism atau Hypoparathyroidism. Keadaan dimana kilang kalsium mereka rosak dan mengeluarkan kalsium terlebih / terkurang. Rawatan adalah operation utk Hyperparathyroidism dan keperluan bekalan kalsium utk Hypoparathyroidism.
Bagi Pengidap Tiroid yg dah operation yg mengalami kekurangan kalsium yg teruk, mereka menjadi Hypocalcemia. Akan kebas dan kejang jika tidak cukup kalsium.

Semua ini adalah masalah yg bakal dihadapi dihadapi oleh pesakit Tiroid dan sudah diketahui awal oleh doktor
( memang doc pun tahu semua tu adalah apa yg akan berlaku kpd Pengidap Tiroid . Tapi rawatan utk pesakit Tiroid ni bukan boleh jadi rawatan umum..sprt sakit kepala diberi panadol.. Rawatan utk Pengidap Tiroid adalah berbeza antara seorang individu kpd individu yg lain. Wpun nama penyakitnya sama...tapi tahap Hormon Tiroid mereka tak sama. Tahap kesihatan mrk tak sama. Ada penyakit lain juga tak sama. Tempuh rawatan juga tak sama. Ada yg dua bulan sudah pulih. Hormon Tiroid sudah jadi normal. Ada yg ambik masa lama..bertahun2. Kena lalui pelbagai ujian. Lagi dengan Bengkak leher / ketulan. Kemudian ada yg kena ambik Rai ( Radioiodine) . Ada yg terpaksa buat operation sbb masalah Bengkak sudah jadi kanser. Sbb Bengkak sudah halang saluran pernafasan dan menekan kerongkong sehingga sukar utk menelan. Ada yg simpan Bengkak sehingga doc pun sudah tak berani nak operate . Mcm2.. Tak lupa dengan kanser Tiroid ..Rai ( Radioiodine) berkali2.. Tak cukup dengan itu terpaksa lalui Radioterapy.. Mencari ubatan yg berharga ribuan ringgit jika semua itu tidak berjaya hapuskan sel kanser... Jgn ingat penyakit Tiroid ni mudah dirawat.. Mudah bagi sesetengah pengidap..tapi tak mudah bagi pengidap yg lain... Yg sudah pulih ( doc stopkan ubat ) pun akan dapati penyakit Tiroid mereka berulang...
Hal2 sprt ini..kita kena lalui,.bukan mempersoalkan kenapa doc tidak bertindak wpun doc tahu apa akan jadi pada kita (?) doc pun tidak tahu apa yg bakal kita alami..ia bukan semudah A..B..C... Kdg2 ia melompat dari A terus ke Z ( meninggal dunia ).

Bagi pesakit,semua penyakit lain yg timbul hanya diketahui beberapa tahun kemudian. Persoalannya, dimana sejarah rawatan semua pesakit Tiroid selama puluhan tahun?
( rekod pesakit ada di hospital. Memang ada direkodkan apa rawatan yg kami lalui. Mana mungkin doc akan tahu apa penyakit lain akan yg timbul ... Tidak semestinya kamu Pengidap Tiroid akan kena sakit itu..sakit ini.. Tidak semua Pengidap Tiroid bernasib malang. Ada yg Allah bagi mereka sihat ataupun kelihatan sihat.
Penyakit lain yg timbul..( bukan utk Pengidap Tiroid saja ) hanya diketahui beberapa tahun kemudian...Bila kita ada rasa sakit...contoh sakit perut..ujian demi ujian dilakukan. Ubat bertukar2 utk menentukan yg mana satu boleh sembuhkan sakit perut. Tidak ada dlm sejarah lagi.. Bila kita sakit perut..terus doc bgtau kita kanser usus...
Masa yg diambik utk menentukan apa penyakit pun ada yg akan ambik masa bertahun. Ingat..kita di hospital kerajaan... Bukan kita seorang yg perlukan khidmat doc...

Kenapa pesakit tidak diberi penjelasan
( doc hanya akan menjelaskan jika kita bertanya. Dan juga menjelaskan sesuatu yg penting yg hanya berkaitan dengan kita saja. Jika hendakkan penjelasan, silalah bertanya... Bawak soalan2 seperti ini ke hospital, tulis dan beri kepada doc. Kita tengok apa yg awak dapat...

Tambahan:
Perjalanan Pengidap Tiroid ni sangat jauh dan panjang.
Ada yg beruntung mendapat jalan yg mudah dan lurus...
ada yg mendapat jalan yg berliku...
Ada yg sudah diberi jalan pintas..tapi sengaja memilih utk perjalanan yg jauh...
ada yg tak mahu teruskan perjalanannya..
Ada perjalanan yg mudah diawalnya tapi berdepan dengan dugaan demi dugaan sblm sampai ke penghujungnya..
Ada yg tidak nampak mana penghujung jalan...
Ada yg baru nak nampak jalan..tapi sudah tersesat...

( sambunglah lagi rakan-rakan grup ...anda di jalan yg mana..?
Kpah : mengikut perjalanan yg diatur.. )




~ kpah k-poh ~

BAGAIMANA KANSER DISAHKAN DAN DIRAWAT OLEH PAKAR KANSER | Dato' Dr. Mohd Rushdan Md Noor

BAGAIMANA KANSER DISAHKAN DAN DIRAWAT OLEH PAKAR KANSER
Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi

Kemajuan teknologi rawatan kanser moden telah menyebabkan banyak jenis kanser yang dihidapi oleh manusia hari ini dapat dipulihkan. Merawat penyakit kanser memerlukan kepakaran tinggi kerana kanser adalah penyakit yang sangat kompleks dan tidak boleh dipandang ringan. Kanser yg berbeza memerlukan kaedah rawatan yg berbeza. Malahan adakalanya kanser yg dari jenis yg sama perlu dirawat dgn pendekatan yg berbeza ke atas org yg berbeza. Seorang yg berbeza walaupun menghidap kanser yg sama akan melalui fasa kehidupan dan tindakbalas yg berbeza. Inilah sebabnya penyakit kanser perlu dirawat oleh pakar kanser. Terdapat 7 langkah/peringkat yg perlu dilalui oleh seseorang pesakit kanser:

1. PENGESAHAN KANSER. Ini adalah peringkat yang paling penting. Hampir semua jenis kanser wajib disahkan melalui ujian biopsi/cubitan/sampel tisu dan pemeriksaan patologi oleh pakar patologi. Kepakaran di dlm bidang patologi juga terdiri dari beberapa cabang pengkhususan,contohnya jika kanser itu adalah kanser wanita, pakar patologi yg paling mahir dinamakan Gynae Pathologist. Kanser TIDAK boleh disahkan melalui ujian darah dan pengimejan. Ujian2 ini hanya membantu. Terdapat ramai org awam yg menyangka mereka menghidap kanser apabila mereka bertemu dgn pengamal perubatan alternatif utk mengesahkan kanser sedangkan mereka tidak melalui proses pengesahan yg betul. Jika mereka tidak melalui proses pengesahan spt yg disebutkan di atas, mereka bukan pesakit kanser.

2. MENENTUKAN PERINGKAT KANSER. Setelah kanser disahkan pesakit perlu pula menjalani ujian menentukan peringkat kanser. Pd umumnya peringkat kanser terbahagi kpd peringkat 1,2,3 dan 4. Di antara kaedah2 menentukan peringkat adalah ujian pengimejan (Ultrasound/CT scan/MRI/Pet scan dll) dan pembedahan. Ada juga kanser yg perlu ujian makmal patologi utk menentukan peringkat. Ujian darah juga dilakukan utk menentukan kesan kanser itu ke atas fungsi organ badan (darah, hati dan buah pinggang). Ujian darah utk tumour markers dilakukan utk mengesan bahan yg dihasilkan oleh kanser utk dijadikan petunjuk kpd tindakbalas kanser ke atas rawatan yg akan diberikan.

3. MENENTUKAN MATLAMAT RAWATAN KANSER. Melalui maklumat di atas, pakar kanser akan menentukan apakah matlamat rawatan yg hendak diberikan samada utk menyembuhkan kanser ("curative") ataupun hanya utk tujuan mengurangkan gejala ataupun rawatan paliatif. Selalunya kanser yg berada pd peringkat 4 tidak akan dpt dipulihkan sepenuhnya jadi matlamat rawatannya adalah rawatan paliatif.

4. MENENTUKAN KAEDAH RAWATAN TERBAIK. Selepas melakukan 3 perkara di atas, pakar kanser akan berbincang dgn pakar2 lain utk menentukan kaedah rawatan yg terbaik. Terdapat 5 jenis rawatan kanser yg boleh diberikan iaitu rawatan pembedahan, rawatan kemoterapi, rawatan radioterapi, rawatan hormon, rawatan targeted terapi dan kombinasi rawatan2 yg tersebut. Jadi perbincangan tentang rawatan terbaik yg hendak disyorkan bukan sahaja ditentukan oleh pakar kanser yg merawat tetapi juga pakar2 lain yg mempunyai kepakaran khusus seperti pakar radioterapi (Radiation oncologist), pakar kemoterapi (Medical oncologist) dan kadangngkala pakar perubatan paliatif (Palliative care Physician).

5. KAUNSELING. Pakar Kanser akan memanggil pesakit dan keluarga utk menyampaikan berita dan maklumat lengkap mengenai kanser yg dihidapi. Sesi kaunseling akan dijalankan dan pesakit akan diberi peluang untuk membantu menentukan kaedah rawatan yg terbaik. Pada peringkat ini keputusan muktamat mengenai kaedah rawatan akan ditentukan dan tarikh utk memulakan rawatan akan diberikan.

6. MEMULAKAN RAWATAN. Setelah selesai 5 langkah di atas dan pesakit telah diterangkan tentang rawatan yg hendak diberikan barulah rawatan kanser dimulakan. Jika pembedahan digunakan utk merawat, maka spesimen yg dibedah keluar akan dihantar ke makmal patologi utk tujuan pemeriksaan terperinci oleh pakar patologi. Maklumat ini kemudian akan dimaklumkan kpd pakar kanser dan pakar kanser akan menentukan samada rawatan pembedahan tadi sudah mencukupi. Ada dlm kalangan pesakit didapati mempunyai risiko yg lebih tinggi utk mendapat kanser berulang dan mereka ini akan disyorkan utk rawatan lanjut samada radioterapi, kemoterapi, terapi hormon ataupun terapi targeted. Rawatan tambahan ini dikenali sebagai rawatan adjuvan.

7. LAWATAN SUSULAN DAN PEMANTAUAN. Lawatan susulan adalah sgt penting lebih2 lagi utk 2 tahun pertama kerana 80% daripada kes kanser berulang berlaku ketika 2 tahun pertama selepas rawatan. Semasa rawatan dan selepas selesai rawatan kanser, pesakit akan menjalani rawatan susulan, diberi tarikh temujanji dan pada setiap lawatan susulan mereka akan dipantau untuk mengesan jika berlaku kanser berulang. Kanser yg berbeza akan menjalani pemeriksaan dan penyiasatan yg berbeza semasa lawatan susulan. Pesakit akan dipantau utk selama sekurang2nya 10 tahun sebelum dpt disahkan sembuh sepenuhnya dpd kanser.

Begitulah terperincinya kaedah pengesahan dan rawatan kanser. Tidak ada jalan singkat sebelum pakar kanser membuat keputusan utk memilih kaedah rawatan yg terbaik kpd pesakit. Pakar kanser juga terdiri daripada banyak pengkhususan bergantung kepada jenis kanser yang dirawat, Pakar Kanser Ginekologi tidak boleh merawat penyakit kanser usus dan begitu juga sebaliknya. Jadi memilih pakar kanser yang betul adalah salah satu perkara penting yang perlu dilakukan oleh pesakit. Rawatannya pula adalah hasil daripada kerjasama ataupun "teamwork" yg melibatkan banyak kepakaran. Keberkesanan rawatan kanser bukan sahaja ditentukan oleh tanda2 hilangnya kanser tersebut, tetapi juga selama mana pesakit itu bebas daripada kanser dan jangkahayat mereka. Rawatan kanser dianggap kurang berkesan jika tempoh bebas daripada kanser itu singkat ataupun kanser itu tidak dpt dihapuskan sepenuhnya. Pesakit yg berbeza akan memberi tindakbalas berbeza walaupun menghidap jenis kanser yg sama. Jadi mereka tidak boleh membanding2kan rawatan kanser mereka dgn pesakit lain.

Dato'Dr.Mohd Rushdan Md. Noor
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
Hospital Sultanah Bahiyah


Di copy paste dari fb Dato Dr Mohd Rushdan Md. Noor,
Oleh : ~ Kpah k-poh ~

JIKA MENGAMBIL UBAT / SUPLIMENT YANG BUKAN DARI ARAHAN DOKTOR | TIROID DAN ANDA (ORI)


JIKA MENGAMBIL UBAT / SUPLIMENT YANG BUKAN DARI ARAHAN DOKTOR.

Kepada yang mengambil sebarang ubat tambahan / supliment yang bukan atas arahan doktor.

Bila anda berjumpa dengan doktor untuk temujanji,sila beritahu kepada doktor anda jenis2 ubat / supliment tersebut.

Bila anda membuat ujian darah, dan keputusannya tidak memuaskan dan simptom2 tiroid tidak berkurang atau bertambah teruk, maka doktor pun tidak dapat membuat keputusan yg tepat,bagaimana harus mereka membuat rawatan untuk anda sbb doc tidak tahu anda ada mencampurkan ubat yg diberi dgn ubat / supliment lain..dan selalunya anda akan menuduh doc tak reti nak buat rawatan.

Jika anda berasa tidak selesa seperti kadar denyutan jantung yg laju,terketar2, lemah badan,demam dan simptom2 lain,maka berhentilah ambil ubat tambahan / supliment tersebut.

Pastikan ubat tambahan / supliment yang anda ingin ambil itu ada kelulusan KKM dan sesuai dgn simptom2 anda. Elakkan mengambil produk yg tidak berkait dengan simptom2 anda sprt produk pemutih dan produk yg menjanjikan seribu sakit boleh dirawat.

Bagi yang 'meng-ejas' sendiri pengambilan ubat Tiroid atau sebarang ubat yg diberikan oleh doc, anda hendaklah juga beritahu doc pada apoiment yg akan datang.

Kdg2 bila doc turun / naikkan dos ubat, kita akan rasa tidak selesa sprt masa kita ambil dos yg lama. Berilah tempuh seminggu, untuk dos baru itu serasi dengan badan kita.Segeralah berjumpa doc sekiranya keadaan tidak selesa itu berlarutan. Jangan sesekali stop ubat.

~ kpah k-poh ~

KERAS PADA BAHAGIAN LEHER TEMPAT LUKA PEMBEDAHAN TIROID | TIROID DAN ANDA (ORI)

Jika ada rasa keras2 pada bahagian leher tempat luka operation, itu adalah perkara biasa. Akan ambik masa 2-3 bulan utk lembut kembali. Jangan lupa utk pusing2kan leher tu...bagi perjalanan darah lancar agar luka dalaman cepat sembuh.


~ Kpah k-poh ~

PASANG DRAIN TUBE SELEPAS PEMBEDAHAN TIROID | TIROID DAN ANDA (ORI)

Ada pesakit yg perlu dipasangkan drain tube utk takung darah kotor manakala ada pesakit yg tidak perlu dipasangkan drain tube. Kenapa?

Bergantung kepada pembedahan yang dibuat. Kalau tiroid besar dan banyak pendarahan semasa pembedahan, lebih sesuai letak drain. Kalau yang kecik dan straight forward, tak letak drain pun takpa.
Bergantung juga kpd pakar yang melakukan pembedahan

~ Kpah k-poh ~

MENGANDUNG SELEPAS RAI

Kalau Rai ( Radioiodine) dah negative dua kali dan Thyroglobulin dah <0.1, Boleh mula mengandung 6 bulan selepas LAST Rai ( Radioiodine). PROF Rohaizak ukmsc.


~ Kpah k-poh ~

MEDULLARY CARCINOMA CANCER | CALCITONIN

Medullary carcinoma ca. Operation buang semua dan doc tidak cadangkan buat Rai ( Radioiodine) atau kimo. Jika tumbuh balik nodule tu, operation sekali lagi utk buang. Itu saja rawatannya.

- tidak ada rawatan lanjutkah utk medullary carcinoma?

Tidak ada rawatan lanjut. Cek darah untuk CALCITONIN saja. - Prof Rohaizak ukmsc.


~ Kpah k-poh ~

TIBI TIROID

Prof Rohaizak ukmsc :
Tibi thyroid ini sangat jarang berlaku. Macam penyakit tb lain,rawatannya adalah makan ubat.
Cuma nak kena pastikan, betul ke penyakit itu atau pun penyakit lain.

Prof, kalau mereka yg dah ambik vaksin BCG utk tibi, boleh terdedah jugakmke kpd kuman tibi? Maksud saya,bukan di paru2 mcm tibi yg biasa tu, tapi pada orgn lain dlm badan sprt Kalenjar tiroid dan tulang.

Prof:
Masih boleh sebab tak semua akan dapat pelalian sepenuhnya.


~ Kpah k-poh ~

TSH | MENGANDUNG.

Q- Doc tak benarkan beliau mengandung kerana tsh nya tak masuk range normal.
T4 masuk range normal. Beliau Hyperthyroid. Betul ke ,perlu tsh normal baru boleh mula mengandung .

Prof Rohaizak ukmsc:
Boleh mengandung tak ada masalah.
Tsh mmg susah nak normal kalau Hyperthyroid .
Biasanya masa mengandung kita tak dapat result yg completely normal.


~ Kpah k-poh ~

Viewing all 322 articles
Browse latest View live