Quantcast
Channel: K-POH / THYROID (TIROID DAN ANDA)
Viewing all 327 articles
Browse latest View live

TAIROD | KANSER PAPILLARY CARCINOMA | THYROGLOBULIN

$
0
0
SUMBER RAKAN FB GRUP TAIROD DAN ANDA .



saya didetect KANSER PAPILLARY CARCINOMA in sept 2015...dua kali operate buang thyroid gland...tapi doc bhgn nuclear medicine bg saya option...then after discuss dgn my doc...i decide x buat RAI...decision tu di buat berdasarkan medical report surgery i.....and now i buat follow up setiap 4 bln...n to detect cancer kena buat blood test i.e. THYROGLOBULIN ..kalau bacaan more than 0.5 then kena buat RAI...but alhamdulillah mine ok...

so setiap appointment i akan buat blood test utk hormon thyroid n thyroglobulin skali....skrg i maintain thyroxine 125 mcg...i bit hyperthyroid skrg but doc mmg nak maintain i hyper utk cancer treatment sbb cancer akan grow if ure in hypo condition...


~ kpah k-poh ~

KAEDAH TERKINI PEMBEDAHAN TIROID DI PPUKM | AUTOMATED PERIODIC STIMULATION (APS)

$
0
0
Kaedah Terkini Pembedahan Tiroid di PPUKM
By Editor · On 12/11/2013




Oleh Shahfizal Musa

( copy paste pada 27 Mei 2016)

KUALA LUMPUR – Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) adalah Hospital yang pertama di Asia yang menggunakan teknik terkini dalam pembedahan tiroid yang mengurangkan risiko kecederaan kepada peti suara.

Dengan bantuan Automated Periodic Stimulation (APS) yang digunakan dengan alat yang sedia ada iaitu Nerve Integrity Monitoring system, risiko kecederaan dapat dikurangkan sebanyak 95 peratus, kata Prof Dr Rohaizak Muhammad, pakar bedah Endokrin dan Payu dara di PPUKM yang telah mempelopori teknik baru ini di UKM dan Malaysia.
Pembedahan tersebut merupakan mercu tanda dalam pembedahan tiroid dan hanya dijalankan di Eropah dan Amerika Syarikat buat masa ini.
Pembedahan atau penyingkiran Tiroid dilakukan untuk mengeluarkan kelenjar tiroid yang berada di leher. Kelenjar tiroid menghasilkan hormon yang bertindak di seluruh badan mempengaruhi metobolisme, pembesaran dan suhu badan.
Penyingkiran tiroid ataupun thyroidectomy perlu dilakukan untuk merawat barah tiroid, nodul dan hypertiroidisme. Semasa pembedahan sebahagian atau kesemua kelenjar tiroid akan di keluarkan. Dalam pembedahan tersebut terdapat risiko di mana saraf yang berhubung dengan peti suara atau saraf RLN mungkin terpotong atau tercedera. Jika ini berlaku suara pesakit akan terjejas.

Saraf RLN boleh diandaikan sebagai kabel elektrik yang menghubungkan rumah anda ke grid elektrik. Saraf RLN bercantum membolehkan beberapa otot dalam tekak anda berfungsi. Ia mengawal sensasi dan pergerakan peti suara.
Kedudukan RLN yang berada di belakang kelenjar tiroid menyukarkan tugas pakar bedah untuk memastikan saraf RLN sentiasa dalam keadaan selamat.
Dengan kaedah baru ini kerumitan tersebut dapat dielakkan. Sistem APS bertindak sama seperti pengesan di belakang kereta anda yang akan mengeluarkan bunyi amaran jika terdapat sebarang halangan.
Dengan menggunakan sistem pemantauan saraf ini ia bertindak dengan konsep yang sama. Setiap kali pemotongan yang dibuat menghampiri saraf RLN, bunyi amaran akan kedengaran.
Ini dapat dicapai dengan meletakkan suatu elektrod kepada saraf vagus. Elektrod ini kemudian disambung ke monitor. Elektrod yang telah diletakkan kepada peti suara ini dirangsang secara berkala. Bunyi amaran dapat didengar apabila pakar bedah telah terlalu hampir dengan saraf RLN, ini dapat memberi ruang yang cukup untuk pakar bedah berwaspada dan menilai semula pemotongan yang harus dibuat.
Munurut Dr Rohaizak, berdasarkan statistik setiap 3 orang dalam 100 pesakit yang menjalani pembedahan tiroid menanggung risiko kecederaan saraf RLN.
Beliau bergurau dan berkata yang pembedahan seperti itu membuktikan kewujudan tuhan. Walaupun saraf RLN telah digunakan sebagai hujah oleh sesetengah pihak untuk menidakkan kewujudan tuhan kerana posisinya yang agak berlainan dengan saraf lain.
“Kejayaan pembedahan sebelum pengunaan sistem ini bukanlah disebabkan pakar bedah yang hebat , tetapi tuhan yang melindungi saraf RLN pesakit dari kesilapan manusia” kata beliau.
Risiko pembedahan tiroid

Mempunyai suara yang serak mungkin menjadi isu yang besar pada ramai orang tetapi ia boleh menjadi masalah apabila anda bergantung pada suara anda untuk mencari rezeki.
Bayangkan jika anda adalah seorang pensyarah, cikgu ataupun penyanyi, kecederaan pada suara boleh menamatkan kerjaya anda.
Jadi ramai pesakit enggan menjalani pembedahan tiroid kerana selepas pembedahan mereka mungkin menghadapi masalah lain . Bayangkan selepas pembedahan anda terpaksa hidup dengan suara yang lain dari normal atau tidak mempunyai suara langsung.
Dalam beberapa kes pesakit memerlukan tracheostomy di mana lubang perlu dibuat di tekak untuk melancarkan pernafasan.

Ini perlu kerana kecederaan kepada saraf RLN boleh menyebabkan peti suara hilang keupayaan untuk berfungsi dengan betul. Jadi apabila anda makan makanan akan jatuh ke dalam saluran pernafasan dan menyebabkan anda tercekik.
Ini adalah risiko pembedahan tiroid dalam kes-kes yang melampau. Tetapi dengan menggunakan sistem APS ini semua dapat dielakkan.
Pembedahan Kreatif


Keunikan teknik ini adalah ia tidak memerlukan sebarang pelaburan besar bagi pihak hospital untuk membeli alat yang baru. Peralatan yang diperlukan telah pun ada kebanyakkan hospital. Peralatan yang diperlukan telah pun digunakan dalam pembedahan saraf yang lain seperti pembedahan tulang belakang dan parotid. Iaitu mesin Nerve Integrity Monitoring System (NIMS).
Tetapi ia hanya memerlukan sedikit penyelarasan kepada aturan mesin tersebut. Dengan hanya sedikit pengubah suaian ini keselamatan pesakit dapat dipastikan ditingkatkan.
Namun ia masih memerlukan elektrod yang akan disambungkan kepada saraf vagus di leher. Saraf RLN adalah satu cabang dari saraf vagus dan apabila elektrod disambungkan skrin di monitor akan mempamerkan lingkungan yang selamat untuk pakar bedah beroperasi.
Pakar bedah akan melakukan pemotongan kelenjar tiroid di pandu oleh bunyi amaran yang keluar. Ini membantu pakar bedah menjalankan tugas tanpa risau yang beliau akan terpotong saraf RLN secara tak sengaja.
Kaedah baru ini amat menyumbang kepada keselamatan pesakit tanpa memerlukan pelaburan yang besar
Prof Rohaizak berkata beliau berhasrat untuk mengadakan program latihan untuk teknik pembedahan tiroid mengunakkan sistem APS ini. Setakat ini beliau telah pun menerima permintaan untuk latihan dari pakar bedah di Malaysia. Kemudian bengkel latihan boleh dibuat untuk pakar bedah dari negara jiran.

Sumber & Foto : www.ukm.my/news


Copy paste oleh :
~ kpah k-poh ~

BUANG TIROID TANPA RAGU | ENDOSKOPI TIROIDEKTOM

$
0
0

Buang tiroid tanpa ragu
Oleh Hidayatul Akmal Ahmad
hidayatulakmal@hmetro.com.my


Buang tiroid tanpa parut. Bunyinya agak ‘mustahil’ tetapi itulah hakikat buat penghidap tiroid yang masih ragu atau takut membuat pembedahan membuang kelenjar tiroid pada bahagian leher.

Penghidap tiroid tidak perlu gusar disebabkan parut pada bahagian leher kerana ada kaedah pembedahan dikenali sebagai endoskopi tiroidektom. Pembedahan atau penyingkiran tiroid dilakukan bagi mengeluarkan kelenjar tiroid yang berada di leher.

Kelenjar ini menghasilkan hormon yang bertindak di seluruh badan mempengaruhi metabolisme, pembesaran dan suhu badan. Penyingkiran tiroid perlu dilakukan untuk merawat barah tiroid, nodul dan hypertiroidisme. Sewaktu pembedahan, sebahagian atau semua kelenjar tiroid akan dikeluarkan.


Perunding Endokrin dan Bedah Payudara, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM PPHUKM) dan Pusat Pakar UKM (UKMSC), Prof Dr Rohaizak Muhammad berkata, kaedah ini sangat popular di Korea Selatan, Taiwan dan China.

“Di Malaysia kaedah ini kurang dikenali kerana ramai yang tidak mengetahuinya. Mereka menganggap buang tiroid ialah pembedahan itu harus dilakukan pada bahagian leher saja.

“Menerusi kaedah ini, pembedahan dilakukan tanpa hirisan pada leher, sebaliknya satu hirisan kecil sepanjang satu sentimeter akan dilakukan di bawah tulang klevikal iaitu pada dada.

“Satu kamera endoskop dan peralatan lain yang halus akan dimasukkan ke dalam leher dan pembedahan dilakukan dengan melihat kepada skrin monitor,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu baru-baru ini.

Dr Rohaizak berkata, pembedahan hanya dilakukan bagi merawat ketumbuhan tiroid yang kecil, bersaiz antara tiga hingga lima sentimeter manakala bagi kes kritikal pesakit perlu menjalani kaedah pembedahan konvensional.

“Setakat ini kami menjalankan lebih 60 kes di sini sejak 2010 dan kebanyakan pesakit yang menjalani pembedahan ini mengalami kesakitan kurang berbanding pembedahan konvensional.

“Rata-rata pesakit akan mengalami kebas di bahagian kelenjar selama tiga hingga enam bulan sebelum pulih sepenuhnya,” katanya.

Tiroid adalah kelenjar yang terletak di leher manusia. Ia antara kelenjar terbesar dalam badan manusia. Kebiasaannya, kelenjar ini tidak kelihatan dan seolah-olah permukaan kulit leher yang meliputi adalah rata. Perlu difahami bahawa, tidak semua bengkak pada leher ialah kelenjar tiroid dan tidak semua kelenjar yang bengkak mempunyai masalah.

Fungsi kelenjar ini ialah untuk merembeskan hormon yang dipanggil hormon tiroid. Iodin ialah komponen utama penghasilan hormon ini. Hormon ialah bahan merangsang tisu badan untuk ‘bekerja’.

Dalam kata lain ialah, ia menentukan kadar metabolisme dalam badan. Jika berlaku masalah pada kelenjar itu dan jumlah hormon tiroid ini meningkat, kadar metabolisme dalam badan juga meningkat. Ia dipanggil hyperthyroid, di mana hiper bermaksud ‘lebih’.

Di dalam keadaan rembesan hormon ini menjadi berlebihan, kadar metabolisme atau pekerjaan tisu badan menjadi meningkat dan laju. Ini menyebabkan seseorang itu mempunyai simptom seperti jantung berdebar, sesak nafas, cemas, tangan menggeletar, berpeluh walaupun di dalam cuaca atau persekitaran dingin, gelisah, cepat marah, haid tidak teratur dan susut berat badan dengan mendadak walaupun selera makan bertambah. Ini antara simptom jika berlebihan hormon tiroid.

Artikel ini disiarkan pada :
Ahad, 14 Jun 2015 @ 5:01 AM

Copypaste oleh :
~ kpah k-poh ~ 27 Mei 2016

PEMBEDAHAN TIROID TANPA HIRISAN PADA LEHER | KAEDAH ENDOSKOPI TIROIDEKTOM

$
0
0
SUMBER : hidayatulakmal@hmetro.com.my
Fb Grup TIROID DAN ANDA

PEMBEDAHAN TANPA HIRISAN PADA LEHER. - KAEDAH ENDOSKOPI TIROIDEKTOM - Prof Rohaizak Muhammad

Buang tiroid tanpa ragu.

Buang tiroid tanpa parut. Bunyinya agak ‘mustahil’ tetapi itulah hakikat buat penghidap tiroid yang masih ragu atau takut membuat pembedahan membuang kelenjar tiroid pada bahagian leher.

Penghidap tiroid tidak perlu gusar disebabkan parut pada bahagian leher kerana ada kaedah pembedahan dikenali sebagai endoskopi tiroidektom. Pembedahan atau penyingkiran tiroid dilakukan bagi mengeluarkan kelenjar tiroid yang berada di leher.

Kelenjar ini menghasilkan hormon yang bertindak di seluruh badan mempengaruhi metabolisme, pembesaran dan suhu badan. Penyingkiran tiroid perlu dilakukan untuk merawat barah tiroid, nodul dan hypertiroidisme. Sewaktu pembedahan, sebahagian atau semua kelenjar tiroid akan dikeluarkan.

Perunding Endokrin dan Bedah Payudara, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM PPHUKM) dan Pusat Pakar UKM (UKMSC), Prof Dr Rohaizak Muhammad berkata, kaedah ini sangat popular di Korea Selatan, Taiwan dan China.

“Di Malaysia kaedah ini kurang dikenali kerana ramai yang tidak mengetahuinya. Mereka menganggap buang tiroid ialah pembedahan itu harus dilakukan pada bahagian leher saja.

“Menerusi kaedah ini, pembedahan dilakukan tanpa hirisan pada leher, sebaliknya satu hirisan kecil sepanjang satu sentimeter akan dilakukan di bawah tulang klevikal iaitu pada dada.

“Satu kamera endoskop dan peralatan lain yang halus akan dimasukkan ke dalam leher dan pembedahan dilakukan dengan melihat kepada skrin monitor,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu baru-baru ini.

Dr Rohaizak berkata, pembedahan hanya dilakukan bagi merawat ketumbuhan tiroid yang kecil, bersaiz antara tiga hingga lima sentimeter manakala bagi kes kritikal pesakit perlu menjalani kaedah pembedahan konvensional.

“Setakat ini kami menjalankan lebih 60 kes di sini sejak 2010 dan kebanyakan pesakit yang menjalani pembedahan ini mengalami kesakitan kurang berbanding pembedahan konvensional.

“Rata-rata pesakit akan mengalami kebas di bahagian kelenjar selama tiga hingga enam bulan sebelum pulih sepenuhnya,” katanya.

Tiroid adalah kelenjar yang terletak di leher manusia. Ia antara kelenjar terbesar dalam badan manusia. Kebiasaannya, kelenjar ini tidak kelihatan dan seolah-olah permukaan kulit leher yang meliputi adalah rata. Perlu difahami bahawa, tidak semua bengkak pada leher ialah kelenjar tiroid dan tidak semua kelenjar yang bengkak mempunyai masalah.

Fungsi kelenjar ini ialah untuk merembeskan hormon yang dipanggil hormon tiroid. Iodin ialah komponen utama penghasilan hormon ini. Hormon ialah bahan merangsang tisu badan untuk ‘bekerja’.

Dalam kata lain ialah, ia menentukan kadar metabolisme dalam badan. Jika berlaku masalah pada kelenjar itu dan jumlah hormon tiroid ini meningkat, kadar metabolisme dalam badan juga meningkat. Ia dipanggil hyperthyroid, di mana hiper bermaksud ‘lebih’.

Di dalam keadaan rembesan hormon ini menjadi berlebihan, kadar metabolisme atau pekerjaan tisu badan menjadi meningkat dan laju. Ini menyebabkan seseorang itu mempunyai simptom seperti jantung berdebar, sesak nafas, cemas, tangan menggeletar, berpeluh walaupun di dalam cuaca atau persekitaran dingin, gelisah, cepat marah, haid tidak teratur dan susut berat badan dengan mendadak walaupun selera makan bertambah. Ini antara simptom jika berlebihan hormon tiroid.


Dicopy paste oleh: ~kpah k-poh ~

BENGKAK TIROID MENJALAR KE DADA | RETROSTERNAL | TIROID DAN ANDA

$
0
0
Sumber fb grup : TIROID DAN ANDA
~ Prof. Rohaizak Muhammad UKMSC




Tiroid yg masuk ke dlm dada, namanya RETROSTERNAL

Cara nak tengok tiroid yg bengkak dalam dada ialah dengan melakukan xray dada atau ct scan.


Ini contohnya.

Bagi yg mcm kami,tidak mahir dalam istilah perubatan, kami panggil bengkak tiroid yang berakar. Di mana bengkak tiroidnya menjalar sehingga masuk ke dalam dada.

Dalam fb grup: TIROID DAN ANDA ada empat ( setakat yg diketahui) yang mengalami masalah bengkak tiroid seperti ini. Tiga rakan sudah berjaya di operate . Tinggal seorang lagi masih dalam appointment.


~ kpah k-poh ~

PENGALAMAN THYROID STORM | TIROID DAN ADA

$
0
0
Sumber : rakan-rakan Fb Grup : TIROID DAN ANDA

"tiroid tu yg tangan menggeletar ke? mohon pencerahan sahabat2 sekalian..."

-Saya kelmarin masa baru masuk ward mula2 saya diletak di ward pemerhatian hospital ampang, lepas tu diorg tarik masuk kecemasan zon merah zom kritikal sbb masa tu mcm dah xsedarkan diri dah menangis menangis lepas tu saya terdengar doc sesama doc discuss nak masukkan saya ke icu. Saya terus sound diorg saya xnak...ok...kerana saya xnak saya dipaksa makan hampir 20 biji tablet untuk merendahkan denyutan nadi saya yg terlampau laju tu akhirnya xjadi ke icu dan saya masuk ke ward biasa.

-Sy skrg dlm ward baru kene thyroid, ye..tangan saya menggeletar. Doctor suruh saya angkat tangan dia nak tengok ketar teruk atau tak. Tangan saya ketar teruk sangat.ya betul tu lah salah satu simptom nye. Lepas tu selalu rasa gementar, cepat naik angin, emosional, selalu cirit birit

-Bila degupan jantung terlalu laju apa akan jadi? Xsilap saya dia akan penat dan akhirnya berhenti berdenyut

-Sama lah mcm saya kadang2 ok.. Kadang2 kuat and laju sangat. Bila saya kat hospital dan makan ubat thyroid ni baru saya tahu apa maksud dia denyutan jantung xlaju. Xlaju maksudnya kita xdengar dan xrasa denyutan tu. Perasaan dia tenang je bila kita letak tangan kat dada baru kita rasa denyutan tu

-Sama dengan saya semalam bila saya borak dengan doc mintak sikit pengetahuan pasal thyroid ni doc kata dia akan effect samada tangan atau kaki. Mcm awak kat tangan mcm saya kaki. Naik tangga pun xlarat. Kalau pi hospital nanti 1st sekali diorg akan baringkan awk atas katil pesakit dan pantau kiraan denyutan nadi. Kalau dia check semuanya confirm thyroid, awk akan start di beri ubat thyroid la. Lepas tu dia akan examine awk suruh angkat tangan diorg nak tgok ketar ke x suruh angkat kaki lepas tu dia akan pegang pen letak depan muka bila dia gerakkan pen tu dia nk awk tgok nampak berapa pen tu. Saya nampak 2 . Padahal pen tu satu je. Mcm2 lg lah dia akan test awk nanti.



~ kpah k-poh ~

PSEUDOHYPOPARATHYROIDISM | KILANG KALSIUM | TIROID DAN ANDA

$
0
0
Pseudohypoparathyroidism.. BUKAN hypothyroidism

Pseudo-hypo-parathyroid-ism adalah berkaitan dgn kelenjar parathyroid... bukan kelenjar thyroid

Pesakit pseudohypoparathyroidism akan mengalami masalah kurang kalsium dlm darah dan lebihan garam phosphate dalam darah.
~ Prof. Rohaizak Muhammad ukmsc

P/s : parathyroid ( kilang kalsium )

Copy paste:
~ kpah k-poh ~

KISAH TIROID DAN ANDA

$
0
0

Assalamualaikum rakan-rakan semua.. Hari ini result pet scan yg buat di hospital Putrajaya tempuh hari, dah keluar.

Kanser leher semakin membiak mujur tak ke paru-paru lagi. Yg paling tak boleh tahan ialah 8 ketulan baru pada payudara...

Aishhhh!!!! dugaan.. Bulan depan FNAC payudara pula. Kemudian lepas itu, operate buang ketulan pada leher dan seterusnya buat radio/kimo..

Mohon diri sendiri untuk lebih kuat.......

Copypaste:
~ kpah k-poh ~

PENGALAMAN PEMBEDAHAN TIROID

$
0
0
Sumber : FB TIROID DAN ANDA

9:30 pagi 12/7/2016

Assalamualaikum warga TDA.

Saya dan isteri adalah 'silent reader' sejak joined group ni March lepas. Terlalu banyak informasi dan tip2 bermanfaat yg kami perolehi dari sini. Terima kasih atas perkongsian semua.

8:30 pagi ini wife dah disorong masuk ke Dewan Bedah utk total thyroidectomy di bawah seliaan Prof Rohaizak Muhammad. Jika sudi, mohon doa tuan-tuan dan puan-puan semua ya. Terima kasih.

'Wala takilni ila nafsi, thorfatain'.

Salam Aidilfitri dari HUKM SC, Cheras.



5:00 petang 12/7/2016

Assalamualaikum warga TDA.

Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan pada semua yang terus mendoakan isteri saya. Mohon saya kongsikan sedikit kemas kini untuk yang menanti perkembangan seterusnya.

Alhamdulillah, pembedahan bermula seawal jam 9 pagi (anggaran saya) dan selesai sekitar jam 11.30 pagi. Bersua dua kali dengan Prof Rohaizak Muhammad di depan pintu masuk, sebelum dan selepas prosedur. Sempat berbual ringkas mengenai status pembedahan. Hati lega dengar penerangan Prof. Tiada yang perlu dirisaukan setakat ini.

Usai azan Zohor berkumandang jam 1:30 tengah hari dari telefon bimbit, kelibat isteri ditolak keluar dari Kompleks Dewan Bedah. Hampir sedar sepenuhnya ketika menuju ke Wad Sutera. Di sisi katil, kelihatan 'thyroid gland' disimpan rapi dalam balang berisi cecair pengawet. Sempat 'snap' beberapa keping foto untuk kenangan kemudian hari. Pandangan dari luar balang, fizikal dan saiznya besar seperti yang telah kami sedia maklum daripada penelitian CT scan.

Setiba di wad, isteri bersuara walaupun perlahan. Ahh....Hati lega lagi. Baju OT ditukar kepada baju Wad, 'drip' digantung dan pam kecil pengalir darah dari lokasi torehan diletak kemas. Isteri tidur sebentar sebelum bangun, "dahaga ayaq" katanya. Tiada masalah minum dari straw biarpun perlahan-lahan.

Sejurus, Prof sampai. Isteri tiada tanda mahu muntah, jadi boleh ambil makanan (bubur yang disediakan). Cadangan Prof supaya berikan ais krim dahulu (untuk keselesaan tekak), disambut baik - adik ipar pantas ke koperasi di bawah dan sambar 2 mangkuk. Sama-sama habiskan. Hehehe... Benar sekali, lepas menikmati ais krim, isteri lebih rasa selesa untuk menelan. Bubur disuap berhati-hati, hampir habis separuh pinggan. "Lapaq...." katanya, sejak semalam berpuasa sehingga selesai pembedahan.

Seronok dan terharu bila dapat menyuap si isteri, rupanya ujian sebegini (biarpun tak sehebat orang lain yang lebih mengharukan sakitnya) membawa hikmah yang tak ternilai. Rasa lebih rapat, lebih menghargai dan paling penting, lebih pergantungan pada yang-Esa.

'Last but not least', Arcoxia 120mg menanti. Biarpun tiada tanda kesakitan, ditelan jua semoga dapat tidur dengan lebih selesa dan nyenyak.

Alhamdulillah, alhamdullillah, alhamdulillah.

- Bersambung...

6:45 pagi 14/7/2016

Assalamualaikum warga TDA.

Perkembangan untuk hari ke-2 (semalam) dan ke-3 (hari ini) dikombinasikan sekaligus bagi menjimatkan ruangan menulis. Hehehe..

Isteri sudah mampu minum dan makan seperti biasa, masih diberi diet bubur berserta menu lain. Syabas pada 'team diet pemakanan' di sini, sajian yang dihidangkan memang menyelerakan. Kami pesan 2 set untuk setiap waktu hidangan, bermula dari seawal pendaftaran di wad sehinggalah sewaktu coretan ini ditulis. 'Portion' yang dihidangkan mencukupi dan ada ketika, tak habis sebab perut sudah tiada ruangan untuk diisi. Padat-sepadatnya huhuhu...

Hari ke-2 selepas pembedahan, pemantauan ditumpukan pada tahap kalsium, tekanan darah dan suhu badan. Seperti biasa, Prof Rohaizak Muhammad tiba untuk 'ward round' seawal jam 9 pagi untuk meneliti perkembangan isteri. Hari ini pertama kali bertemu pil 'thyroxine' yang bakal jadi teman setia isteri seumur hidup. Kecil sahaja rupanya.

Pil kalsium juga diberikan pada dos 100mg x 3 kali sehari setakat ini, bacaan kalsium sekitar 1.97 berbanding normal iaitu 2.2. Isteri tidak mengadu tanda-tanda kebas melampau, sekadar sedikit kebas pada kaki kerana kurang pergerakan di atas katil. Suhu badan dan tekanan darah juga berada dalam julat normal, walaupun ada ketika tekanan darah sedikit rendah, mungkin kerana berehat pada kadar berpanjangan.

Tiada aktiviti luar biasa pada hari ke-2, sekadar menerima kunjungan beberapa tetamu. Selebihnya, saya sendiri berehat, bekerja dari wad (laptop dan ipad dibawa sekali untuk memudahkan komunikasi dengan pejabat dan keluarga) selain menyelesaikan tugasan utama menjaga 'si dia' tercinta. Tak lupa juga kamera GoPro yang diusung ke sana ke mari sejak hari pertama, merakam visual imej dan video untuk kenangan kemudian hari.

Hari ke-3 (hari ini), jam 10 pagi saya pula akan menjalani fisioterapi di aras 'Ground Floor' HUKM berikutan masalah 'slip disc', di bawah kategori 'disc bulge'. Tidak terlalu serius, tapi cukup untuk buat saya berhenti seketika daripada aktiviti sukan ekstrem dan menilai kembali postur duduk dan tidur yang betul.

Wah, sarapan dah sampai!
Nasi lemak dan penkek.

Makan dulu yee...:)

Dicopypaste oleh:
~ kpah k-poh ~

SEORANG LAGI RAKAN GRUP TIROID DAN ANDA YANG CLEAR KANSER TIROID

$
0
0
Sumber FB TIROID DAN ANDA

As salam semua & selamat petang..

Salam lebaran..

Saya nak share something dlm group ni.

Pada jumaat lepas,15/7/16 saya jumpa doctor utk dapatkan result (RAI)Radioiodine yg saya buat pada bulan puasa. Alhamdulillah syukur pd mu YA ALLAH... My cancer clear. Allahuakhbar...

Saya juga nak ucapkn syukur & terima kasih banyak2 pd kakak2 berdua ni Kpah K-poh SharifahNor, Yong Rafidah Haji Buyong & abang Reaykonnen Rayner yg bnyk bg saya tips & semangat utk berhadapan dgn kanser tairod ni. Sangat2 berterima kasih.

Dan walaupun saya clear cancer, tp saya ttp akn jaga pemakanan saya. Utk mereka yg masih ada cancer @ apa2 pun pnyakit u all must think +ve. Banyaklah bersangka baik. Don't stress. Happy2 kn diri. Pd yg beragama islam, kita tetap kena usaha utk baik tp dlm masa yg sama juga,kita kena berserah sepenuhnya pd Allah swt. Dia yg mberi & dia juga yg mengambil segalanya.

Makanlah makanan & semua rezeki di muka bumi ini secara SEDERHANA bukan secara berlebihan wpun ia sgt baik utk kita.

Sekian...

Di copypaste oleh :
~ kpah k-poh ~

KANSER TIROID | PENGIDAP TIROID BERUSIA 70 | OPERATION DUA KALI

$
0
0
SUMBER FB TIROID DAN ANDA :

Assalamualaikum semua..bismillah..Salam perkenalan dan selamat hari raya..☺️

sy nak tanya pendapat semua yg dah bpengalaman dlm mengalami cancer tiroid ni bole?mohon dpt dikongsi b'sama..Hujung bulan puase lepas,sy diberitahu ayah disahkn ca.tiroid slps bbrp mgu operate buang kelenjar dileher..mgu lps btemu Dr, mereka suggest utk operate buang yg lain serta akarnya..famili agak runsing & ayah juge xnak operate krn yakin ade ikhtiar lain utk matikn sel tu.memandangkn kmi fam xde pgalaman,ada cara lain ke selain dr operate?jaga pmakanan?mkn ubat2tan?sejauh mana seriusnya cancer ni?apa kesan ye if buat juga operation tu krn ayah sudah agak berumur lingkungan 70..kami sekeluarga amat risau,hrp sesiapa dpt kongsi..maaf memenuhkan wall ni dgn cerita sy.. Mohon doakn ayah sy moga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT..😢


Prof Rohaizak Ukmsc,komen:
Apa yang saya faham, kali pertama operate Doc belum pasti cancer atau tidak. Biasanya jenis follicular thyroid cancer. Selepas pembedahan baru confirm. Operation kedua utk buang sebelah satu lagi supaya rawatan radioiodine dapat diberikan. Kanser ini biasanya merebak melalui darah dan dirawat menggunakan radioiodine. InshaAllah, ikut nasihat doc dan dapatkan rawatan sepenuhnya. InshaAllah boleh baik

Kalau jenis papillary, kanser merebak melalui kelenjar. Juga memerlukan rawatan radioiodine. Kedua dua jenis cancer ni dapat dirawat dgn radioiodine dan inshaAllah boleh baik sepenuhnya

Dicopypaste oleh:
~ kpah k-poh ~

PENGIDAP TIROID | WARGA EMAS USIA 62 TAHUN | RETROSTERNAL

$
0
0
SUMBER FB TIROID DAN ANDA :

Salam... sapa2 ada pengalaman dgn penyakit tyroid/kanser tyroid... pernah sendiri mengalaminya....atau sedara mara, sahabat handai ataupun kenalan..
Jika ada yg pernah oprate tyroid lagi bgus untuk dikongsi..

Untuk pngetahuan...awal tahun tadi ayah sy disahkan oleh doktor mengidap tyroid...sehingga hari ni tiada kputusan yg tepat smada kanser atau pun tidak.. kemgkinan besar dok ckp kanser.. suara n telinga dh dirujuk xde maslah.. amik darah pn sudah cuma kanser atau x blm dpt dpastikan lg..skrg lenguh2 pinggang n lutut..kebas kaki...cirit birit..

memang buntu dan risau kami satu kluarga...klau ikut doc suruh oprate buang awal bulan sembilan...Klau ikut ayah sy agak berat dia nk oprate..
tpi sy nk tnya..klau xoprate boleh ke...dgn ikhtiar cara lain...dan apa pulak kesan selepas oprate tu..merbahaya ataupun tidak..

Harap boleh lah kongsi dgn kami...tq semua..


Prof komen:
Apa yg saya boleh katakan, kalau bengkak ayah tu baru berlaku dan bengkak dgn cepat, memang perlu dibuang. Usia 62 takda halangan tapi apa yg lebih dahulu perlu dibuat ialah ultrasound dan biopsi kerana itu akan menentukan jenis penyakit, bentuk rawatan dan samada rawatan boleh ditangguh atau tidak

Tanpa maklumat tersebut sukar nak tentukan. Contohnya, kalau thyroid cyst, boleh sedut keluar tanpa operate. Cuma pada usia lewat 60s dikhuatiri penyakit tiroid tu jenis yg memerlukan rawatan segera. Nasihat saya, bawa bertemu dgn pakar dan bukannya dr biasa

Melihat kepada gambar leher tu, mungkin ada baiknya melakukan chest xray dan kalau perlu ct scan , nak lihat takut thyroid tu dah masuk ke dlm dada.




Tiroid yg masuk ke dlm dada, namanya RETROSTERNAL.

Dicopypaste oleh:
~ kpah k-poh ~

SATU LAGI KES TIROID MASUK KE DALAM DADA | RETROSTERNAL

$
0
0
Sumber Fb TIROID DAN ANDA

-saya dlu check up kat hospital seremban dah ultrasound tapi kecewa lh doktor cakap tak tau nak buat apa..
mmg dah pergi pakar, pastu tak bagi ubat.kecewa betul,mmg nk pergi putrajaya, sbb ramai kata bagus kat sana.

@apa maksud doc Pakar tak tahu apa nak buat?

-sya last check hospital seremban 2012, dengan report n result ultrasound,yg saya ingat suma doktor jumpa sya dalam 1 bilik, xtau dorang bincang apa.lepas tu dia tnya sya nak buat camna.dorang ckp dh teruk sampai ke dada.dorang xtau nak buat apa.lagi.tunggu lah dtg lg minggu depan.sya x datang lg lepas tu.sbb kecewa sangat..sya ambil ubat macam biasa, amal kan biji aprikot..Alhamdulillah sya rasa ok sekarang..

@Betullah doc tak dapat nak buat apa bila dah masuk ke dalam dada. Sebab masa tu,kepakaran doc di situ,belum sampai ke tahap boleh operation jika tiroid masuk ke dlm dada.
Perbincangan doc akan ambik masa yg lama sebab sangat2 sukar utk operate tiroid yg jenis mcm ni. Dlm grup ini, yg paling terbaru operation tiroid masuk dlm dada ialah Lienda.

@Sulit mmg sulit. Tidak mudah seperti operation tiroid biasa. Ada sorang lagi rakan grup masih jugak belum operation sbb doc nak tengok tahap masuk dalam dada tu dah jauh ke dalam atau tidak.

@Kalau dibiarkan pun akan membahayakan diri. Jadi nak tak nak,kena serah diri kepada doc jugak. Tujuan ke Putrajaya tu amatlah tepat sebab di Putrajaya, doc pernah buat operation tiroid yg masuk ke dalam dada ini. Tapi kena tahu, proses sementara nak operation tu akan ambik masa lama..bergantung kpd tahap jauh mana sudah masuk ke dalam dada.

*Tiroid sya pun bengkak ke dua2 belah..tpi sya tetap ambik risiko nak operate jga sb tak berani simpan lebih lama lagi..lgi pula kalu dibiarkan tiroid tu akan turun lebih jauh ke dlm...itu pun berapa kali tunda sb doc tak berani nak ot selagi tak betul2 pasti ...

@kalau dua2 tiroid bengkak, doc akan buang semua Kalenjar Tiroid . Rasanya bukan alasan dua2 Kalenjar Tiroid tu membengkak yg menyebabkan tak boleh operation . Tapi mesti sbb sudah masuk ke dlm dada.

@kan.. Bukan maksudnya doc tak dapat buat apa2 ..tapi risiko sangat tinggi... Terpulang kepada pesakit utk paksa jugak buat operation atau simpan saja.

*Sya buat kat gh je walaupun company ada cover utk hospital swasta..pada sya sakit dan luka sama je cuma layanan mmg tip top...lagi pula dh biasa dgn doc gh..

*Ye Kpah dan kwn2..lgi lama kite biarkan lagi tinggi risiko nya...sya lepas ot terus masuk icu 2 hari...

@Rakan grup sorang lagi, Seetha pun, jenis mcm tu jugak. Masuk ke dlm dada. Ambik masa yg lama jugak utk dapat buat operation. Lepas ultrasound demi ultrasound,scan..mcm2 bincang..barulah doc buat operation. Doc nak buat keputusan pun nak kena bincang pro n kontra.

*Ye Kpah K-poh SharifahNor...mcm kes sya doc yg pakar pun tak berani nak ot selagi tak berbincang dgn doc yg lebih pakar lagi...kes sya betul2 rumit smpai mereka kena bincang sebulat suara bru boleh buat keputusan..kalu silap sya mmg ramai doc2 pakar ada dlm bilik bedah tu..mereka semua standby kalu2 semasa ot tu tiba2 ada masalah lain pula..

*Hya sesama kite yg memahami sakit kite...sya dlu pun simpan hampir 18 tahun bru brani nak operate..itu pun sb dorongan dan nasihat dri kwan2 dlm group tda ni

-Saya simpan dari umur 22 tahun..sekarang dah 37..Terimakasih pada Kpah K-poh SharifahNor buat group ni.sekurang nya boleh bagi nasihat dan.pendapat..Terimakasih Lienda.

@dah tiba masanya utk pentingkan kesihatan diri sendiri yer... Banyak2 doa agar Allah mempermudahkan. Ambiklah semangat dari rakan-rakan grup ni...

Di copypaste oleh:
~ kpah k-poh ~21 July 2016

SATU LAGI KISAH | FACEBOOK TIROID DAN ANDA

$
0
0
Sumber: Facebook TIROID DAN ANDA

Assalamualaikum. Tumpang lalu. Sy Amy, umur 26 thn. Sy ada HYPERTHYROID masa umur 15 tahun, buat RAI (Radioactive Iodine) dua kali dan sekarang dh jd HYPOTHYROID. Consume LThyroxine, dos ubat naik turun naik turun.

sebelum ni Amy degil, x mkn ubat.. badan yg jd mangsa. penat, lemau, smua benda x kena. 2 bulan yg lepas Amy nekad dlm hati x nk tinggal ubat, dn alhamdulillah result darah hari ni normal.. badan makin cergas, semangat.

Amy cuma nk pesan pd semua, mana yg malas mkn ubat.. TOLOOONNNGGGG Lah mkn, syg diri sendiri syg kluarga. nekad nk sihat. inshaAllah.. ikut je ckp doktor, mkn je ubat.. jgn tinggal. ramai yg jenis x percayakan ubat hospital, x mkn.. x ikut ckp doktor, last2 jd itu ini nk salahkan sapa. x da org boleh tolong kita melainkan diri sendiri.

Salam sayang dr Amy. wassalam ^_^

DIcopypaste oleh:
~ kpah k-poh ~27/7/16

PENGALAMAN PENGIDAP KANSER TIROID

$
0
0
SUMBER : Fb TIROID DAN ANDA

Maaf, Kpah. saya baru sempat nk cerita ptg ni..

Pada 2003 saya disahkan mengidap tiroid, setelah jalani ujian darah...dirujuk ke hospital. tetapi kerana kurang pengetahuan tentang tiroid, saya tidak bersungguh dan cepat bosan.

Ada kdg2 sampai berbulan saya tak pergi jumpa doktor dan tak ambil ubat .hingga saya collapse, jantung jd laju, panas berpeluh, mata saya mcm mata pepatung dan hilang berat badan. 10 tahun saya simpan, hingga saya tak boleh mkn asyik tercekik, rase ada yg menghimpit salur mkn saya...

dipendekkan cerita pd 2013 para doktor buat keputusan, saya mesti dioperate dlm mase terdekat, setelah segala xray ..scan dijalankan..saya tiada pilihan ...saya dioperate pd 30 mac 2013. Pkl 2pm saya masuk dewan bedah pkl 11.30pm baru siap...dpt tak bayangkan lama sungguh doktor buat kerja mereka, bila doktor tunjukkan ' harta karun' yg saya simpan selama 10 thn saya jd amat terkejut..ianya berupa ketulan daging yg amat besar..patut lah mkn kueh lapis pon saya blh tercekik nak telan tak pun tak boleh. sisa mknan akan keluar dr hidung, seksanya Allah yg tahu...

Sudah selesai operate,satu cerita pulak timbul lg..sampel tisu dihantar ke HKL, keputusan positif kanser tiroid. Allah saja yg tahu hati saya...saya dirujuk ke IKN utuk buat rawatan radioktif iodin .6 kali RAI....setiap 6 bln, setahun 2 kali saya akn ke IKN, alhamdulillah pd 15 mac 2016 saya disahkan bebas kanser tairod setelah scan kali kedua dijlnkn....tp saya masih mendapat rawatan dan masih memakan Lthyroxine dan calsium utk sepanjang hayat saya..

INSYAALLAH saya tidak akn skip ubat saya utk kesihatan saya..pengajaran yg saya dpt 'bendasing' yg tidak elok jgn disimpan lama...dan saya bkn nk memomokkan kwn2 tp sekadar nk berkongsi cerita saya...jgn jd mcm saya..ikut ckp doktor...

sekarang Alhamdulillah saya sihat tidak berdebar, tidak sakit sendi, tidak marah blh berfikir waras segalanya saya blh kawal....kalau dulu penyakit yg kuasai diri saya sekarang saya blh kawal emosi saya...semoga kwn2 akn sihat mcm saya....terima kasih!!

DIcopypaste oleh:
~ kpah k-poh ~


JENIS-JENIS BIOPSY UNTUK TIROID

$
0
0
SUMBER: PROF. ROHAIZAK UKMSC | FACEBOOK TIROID DAN ANDA

Biopsy ni banyak bentuk. Paling kecil, biopsy jarum halus fnac. Cara ni hanya guna jarum yg buat ambil darah.

Cara kedua tisu diambil lebih besar trucut / core biopsy, biasanya inject ubat bius kat kulit sedikit. Jarang dilakukan utk tiroid tapi mungkin dilakukan utk bengkak kelenjar.

Cara ketiga ialah biopsy secara operation buang sebahagian dari bengkak incision biopsy - juga jarang dilakukkan

Kalau semua cara diatas tak berjaya memberi diagnosis yg conclusive, barulah kita buang kelenjar atau bengkak tiroid utk menentukan kanser atau tidak. Excision biopsy atau lobectomy atau hemithyroidectomy

Biopsi 1 dan 2 dilakukan supaya kanser dpat didiagnos lebih awal dan membolehkan hanya sekali operation

Kalau biopsy 3 dan 4, lepas operation didapati ada kanser, pesakit kena datang utk operation kali kedua, utk buang semua thyroid.

Dicopypaste oleh:
~ kpah k-poh ~

THYROGLOBULIN | KANSER TIROID

$
0
0
Sumber : fb TIROID DAN ANDA

Thyroglobulin dihasilkan oleh sel sel thyroid samada normal atau kanser. Selepas pembedahan, biasanya masih terdapat sedikit sel normal yg tertinggal. Radioiodine pertama akan membakar kesemua sel thyroid normal. Radioiodine kedua akan menunjukkan sekiranya ada kanser sel thyroid terutama di Luar kawasan leher.

Terkadang, sel tiroid normal tak habis dibakar dengan sekali saja dan perlukan radioiodine lgi. Ini diulang sehingga tiada lagi tanda tanda pada radioiodine ie no uptake. Bila dah clear, thyroglobulin sepatutnya kosong 0. Sekiranya thyroglobulin masih detectable, maknanya kanser tu masih ada. Kalau dah 0 kemudian jadi tinggi, maknanya kanser tersebut datang balik dan radioiodine diulang

Dalam kes tertentu, TG tinggi. Ini mungkin disebabkan false reading yg disebabkan oleh anti-TG. Kalau anti-tg rendah dan tg tinggi, ini bermakna tg is genuinely tinggi. Masalah bila anti-tg juga tinggi menyebabkan pemantauan menjadi lebih sukar

Masalah paling susah ialah bila TG tinggi tapi radioiodine negative. Ini akan diikuti oleh PET scan. Kalau PET scan positive, mmmmm lain ceritanya dan tak sesuai utk dibincangkan disini sebab lebih complicated.
~ Prof Rohaizak Muhammad ukmsc

Dicopypaste 7/8/16
~ kpah k-poh ~

CARA AMBIL TABLET LEVOTHYROXINE | HYPOTHYROID

$
0
0
Sumber: FB TIROID DAN ANDA



~ kpah k-poh ~

HYPOTHYROID | DARAH TALI PUSAT | KANAK-KANAK | TIROID DAN ANDA

$
0
0
Sumber FB GRUP : TIROID DAN ANDA

Selepas isteri deliver...anak saya Muhammad Asyran Darweesy...nurse amik darah melalui tali pusat...sebab ia adalah prosedur yg telah ditetapkan....almost sebulan berpantang di rumah....pihak Pediatric HRPB call utk datang buat temujanji...so kami pergi untuk jumpa Pakar....kami diarah utk amik darah utk checkup sebab fizikal dia ok....after a week kami jumpa Pakar...dia bagithu yg anak kami ada hypothyroid....kegagalan kelenjar thyroid merembeskan hormon thyroid yg secukupnya utk tumbesaran Asyran....bila di tanya adakah thyroid satu ketumbuhan....Pakar kata ia adalah kegagalan hormon thyroid merembeskan hormon....so asyran kena bergantung pada ubat..50mg thyroxine..so apa yg saya nak kongsi...jangan bagi anak makan kekacang....

DIcopypaste oleh :
~ kpah k-poh ~

TIROID | POTASSIUM | ANGINA | KEGAGALAN JANTUNG | TIROID DAN ANDA

$
0
0
Sumber FB Grup TIROID DAN ANDA :

Sy dpt kesan hyperthyroidism ni setelah sy sakit dgn berat badan turun, jantung berdebar, tangan menggigil, badan lemah, cepat marah2..sy jadi paralysed dan dipapah isteri terus ke emergency Hospital Tuanku Bainun Ipoh.

Doktor yg merawat memberikan rawatan kecemasan kpd sy sbb kadar potassium sgt kritikal dan jantung sy pun dlm keadaan kritikal.

MA kata mujur sy cepat buat rawatan dan jika terlewat berkemungkinan sy dah innalillah..admitted ward seminggu dan discharged.

Selang hampir dua minggu admitted semula kena serangan lagi..itu sy mkn ubat iaitu carbimazole, propanolol, aspirin, lavistatin dan byk lagi ubat. Ini kejadian pada tahun 2011.

Slps itu sy sentiasa buat follow up. Tahun 2013 sy kena tukar bertugas ke utara. Doktor stop kan ubat carbimazole.

Tahun 2015 dlm bulan Mei dikesan bacaan TFT sy naik semula dan sy kena mkn semula ubat carbimazole.

Masa tahun 2011 tu sy dikesan juga unstable angina. 1hb September 2015 sy dirujuk ke Hospital Pulau Pinang di Jabatan Nuklear utk menjalani RAI.

Slps RAI kena kuarantin di rumah. Tempoh kuarantin ni adalah satu tempoh yg menyiksakan jiwa.

Bulan November 2015 sy admitted ward sbb kaki, tangan dan muka bengkak. Setelah jalani prosidur rawatan dikesan sy jadi heart failure. Semua adalah berpunca dari thyroid sy ini.

Last week buat follow up doktor kata hati sy pula ada mcm selaput kuning dan doktor nak pantau dahulu keadaannya. Skrg sy mkn ubat thyroxine selain dari lovastatin dan aspirin. Doktor kata keadaan sy lebih baik jadikan sy hypothyroidism daripada hyperthyroidism sbb keadaan jantung sy ini..


~ kpah k-poh ~
Viewing all 327 articles
Browse latest View live