Quantcast
Channel: K-POH / THYROID (TIROID DAN ANDA)
Viewing all 327 articles
Browse latest View live

PARATIROID | KILANG KALSIUM | THYROID

$
0
0
Sewaktu pembedahan membuang Kalenjar Tairod , risiko Paratiroid (kilang kalsium) ikut terbuang sama adalah sangat tinggi. Saiz sebesar kacang peas dan berada di belakang Kalenjar Tairod. Dua biji sebelah kiri Kalenjar Tairod dan dua biji lagi sebelah kanan Kalenjar Tairod. Kehilangan Paratiroid,boleh membuatkan kita kehilangan kilang kalsium yang menyebabkan kita tidak cukup bekalan kalsium dalam badan.

Jom kita baca apa yang di tulis oleh Dr. Hafiz di Blog beliau.

Dr. Muhammad Hafiz Sulaiman
www.doktorperubatan.blogspot.my

antara faktor kenapa perlu makan pil kalsium ialah, sewaktu pembedahan kelenjar tiroid, kelenjar PARATIROID juga turut dibuang oleh pakar bedah. walaupun ia boleh dielakkan, namun adalah sukar untuk elakkan dari memotong kelenjar PARATIROID.

oleh sebab kelenjar paratiroid berfungsi mengekalkan paras kalsium dalam darah, individu yang kehilangan kelenjar ini perlu dapatkan kalsium dari luar. Jadi besar kemungkinan anda perlu makan pil tersebut seumur hidup atau mendapatkan rawatan gantian hormon.

Cuba ketuk bahagian bawah tepi mata (lebih kurang 4 cm dari mata)menggunakan hujung jari, jika muka menghasilkan reflex maka anda sememangnya kekurangan kalsium walaupun setelah memakan pil (aktiviti mengetuk ini dinamakan -chvostek sign).

Jadi kemungkinan keberkesanan pil boleh dipertikaikan. Ini mungkin terjadi kerana pil tersebut mungkin kurang diserap
dalam badan (akibat kurang paratiroid dan vitamin D dll) jadi anda perlu berbincang dengan doktor cara lain memasukkan kalsium dalam darah anda / menggunakan pil yang lain.



~ kpah k-poh ~

KAITAN TAIROD DAN MATA | THYROID EYE DISEASE | TAIROD DAN ANDA

$
0
0
Sumber : rakan fb grup TAIROD DAN ANDA

kk sham bkn lah pandai sgt nk menerangkn psl mata ni ... cuma sekadar dari pengalmn kk sham sendiri je.

pada awal kk sham mndapt tairod ni pada thn 2010 bln 1. hampir 2 thn barulah kk sham mndapt penyakit mata plk ... pada awalnya bgun pagi je semua nmpk 2 berlarutn hingga 2 3 bln ...

mata pun dah mula mmbengkk dan pndagn pun dah xstabil.mata dah mula naik juling yg seblh knn ... lama jgk kk sham xkluar ghumah xcampur gn org ramai psl ramai yg menegur ... kk sham jadi rendah diri bnyk aktiviti kk sham tingglkn masa tu ... untuk melindungi mata dari dtegur org kk sham sentiasa pakai spek mata hitam walau pun dlm ghumah sendiri ...

semasa mndaptkn rawatan seterusnya doc telah menegur mata kk sham yg nmpk bgkk dan juling tu ... bermula dari saat itulah hingga kini rawatn Pakar mata masih berterusn ... masa tu doc rujukkn kk sham ke Pakar mata ... segala dokumen yg berkaitan dgn mata dan jgk MRI yg telah kk sham buat 2 kali semuanya kk sham bwk semasa temujnji dgn doc Pakar mata ...

setelh ujian darah dbuat dan segala mcm hal dbuat ... mmg sah punca mata jadi cmtu gara2 darah dlm tairod dan segala hormor jadi gila terlmpau tinggi ... doc bagi kk sham mkn ubt steriod yg org bina bdn mkn tu ... untuk stabilkn hormon yg gila tu ... hampir 7 bln kk sham mkn ubt tu ... masa tu brt bdn 68 kg ... tapi bdn kk sham jadi mcm org bina bdn ... segala anggota jadi mengeras ...bila abg haji pegang je dia ckp mcm pegang bdn org lelaki ...

masa dlm rawatn tu doc syorkn kk sham pakai cermin mata yg ada prisent tu untuk mata double dn juling ... sampailah skrg dah 3 kali buat cermin mata tu .... doc pun dah brapa kali buat kk sham jadi testimoni depa untuk rujukkn doc pelatih .... apa2 pun yg terjadi pada kk sham semua tu kk sham anggap kurniaan dari Allah ...


Selps kk sham minum RAI kali ke 3 baru kk sham mndapt hypo ... bert bdn naik mnggila hingga 85 ... skrg dah menurn cikit tinggl 78 ... masih kmbg setamn lagi ...

kk sham mntk maap klu ada yg xpaham apa yg dtaip kn datas tu ... cuma sekadr pngalmn yg lps yg mndatg xtau lagi ...


~ kpah k-poh ~

anxiety dan depression (kemurungan) | TAIROD DAN ANDA

$
0
0
Sumber: rakan FB grup TAIROD DAN ANDA


Rasanya ramai rakan2 dalam group ni yg ada masalah anxiety dan depression (kemurungan).It comes along with thyroid problems. Tapi in my case, saya dapat anxiety dulu dan baru lately ni discover ada thyroid. Kata doktor, salah satu faktor jadi masalah thyroid ialah prolonged stress. Memang pun saya stress dah lama huhuhu.... Dalam kata lain, sebenarnya toleransi stress saya sangat rendah. Jadi senang stress.

Apa2 pun, bagi mereka yang baru kenal mengenai anxiety disorder ni, baca ni. Macam ni lah perasaannya bila kena anxiety attack. Memang rasa dah sampai hujung nyawa. Yang tak ada penyakit ni tapi ada pasangan atau keluarga yang mengidap, cubalah fahami mereka. Ia bukan sesuatu yang kita boleh "snap out of it" atau senang2 assume "it's all in the mind".

It's much more than that. Luaran nampak normal, happy tapi di dalam otak, fikiran macam war zone! Kadang2 pengidap penyakit ni merana sebab kebanyakan orang tak faham kenapa si polan tu taknak bercampur orang, kenapa di polan tu asik marah2 je, kenapa si polan tu asik nak tidur je, malas kut. Sok-sek-sok-sek heheheh.... Apa2 pun, don't assume and don't mock a pain that you haven't endured. Sekian terima kasih.

*Sorry terpanjang plak leteran heeeee....


~ kpah k-poh ~

Article 13

$
0
0

Blog
Salam semua..sy pun nak share kisah sy dan thyroid..1st detect ada hyperthyroid masa umur 9 thn..my mom very concern person..dia nmpk sy lain sgt2..tido brpeluh2..jantung sy laju..then dia tanya dekat makcik sy..makcik sy nurse..n we have family history of thyroid..makcik cadangkan jumpa pakar..yup..mmg sy positive hyperthyroid.

After that mulalah  kehidupan sy yg agak huru hara bg budak yg berumur 9 thn..tiap minggu amik darah..2 minggu sekali check up pakar..that time hospital daerah sy masih tidak ada pakar..so my parents kena bwk sy pegi gov hosp yg amik masa lebih 2 jam utk sampai..every week..cuti sekolah jgn ckp la..kwn2 pn x fhm keadaan sy time tu..penah beberapa kali pengsan dkt skolah sbb hyper trlalu tinggi..mmg tak fokus pun blajar sampai la Upsr.

Most my time trkejar2 g hosp utk check up..ubat mmg byk la kne mkn..time tu bdk2 lagi..mmg sedih sgt2..tak boleh nak fikir dgn matang..doc penah ckp 
sbb hormon trlalu tinggi ada risiko utk dpt masalah otak..means utk 
prkembangan otk bdk2..IQ lemah..sedih sgt2 time tu...keputusan upsr pun teruk..sedih...but my parents n family tak penah putus support..time tu tak matang lagi..everyday nangis..tak nak pergi skolah..malu...asyik sakit n cuti je.

Then masa sy umo 13thn Dr. suruh amik RAI dkt hkl..itu lah kali prtama pergi HKL with my dad..dia byk naik bas je time tu..luckily i have my sister at KL. After take RAI..kene kuarantin..tak ada sesiapa yg boleh jaga...takut....sedih.....even ada family tapi tak boleh temankan..2nd RAI masa umur 14 thn..rase nk lari dr rumah sbb takut nk wat RAI..kne tinggal sorg2 lagi. mmg sedih sgt...sorg2 lagi utk kali ke 3...sy brkeras dgn parents sy nk pergi KL sorg2 dr johor..ckp kat my sis just amik dkt pudu je..time tu keraskan hati utk brdikari..kesian kt my dad..x nk susahkn dia...

Time tu jugak my sis pregnant so dia tak boleh hantar..dia just call teksi utk hantar sy pergi HKL..baru umur 14 thn..sy pergi sorg2 ke hosp dan buat rawatan..tp Alhamdulillah ..sy tak perlu buat RAI sbb doc sahkn thyroid sy totally gone..so pasni sy tak perlu ke situ lg..happy nye tu Tuhan saja yg tahu.

T

TAIROD: Gara-gara tidak makan ubat tairod

$
0
0

.

Ubat...walaupun namanya ubat, ia tetap menjadi kepentingan nombor 1 kepada pengidap Tairod. Bukan seorang,malah ramai yang terpaksa belajar dari kesilapan sendiri..semuanya gara-gara tidak makan ubat tairod.

Sumber dari rakan grup fb : TAIROD DAN ANDA

Adoi...adik-adik janganlah di ulang kesilapan yang lernah terjadi kepada saya ini. Bukan nyawa dihujung tanduk lagi tapi nyawa di punat mesin ICU. Akibat thyroid storm dan koma 3 hari. Cukip-cukuplah apa yang terjadi ,itu gara-hpgara tidak makan ubat dan suka sangat makan ubat tak temtu masa. Akibatnya nyawa jadi taruhan,syukur keajaiban berlaku pada hari 4. Kalau tidak ,anak yang baru berusia 8bulan dah tak beribu. Suami menduda kehilangan isteri. Bila imbas balik,memang keluar air mata inilah akibat leka dan sambil lewa makan ubat.

Pesan: jangan sesekali menjadi doktor sendiri. Bila rasa okey sikit,mulalah nak stop ubat. Akibatnya nanti sangat buruk kepada diri sendiri.
Berhenti ubat hanyalah dengan arahan doktor sahaja.

~ kpah k-poh ~

"BIAR SATU KALI MATI, JANGAN SETENGAH MATI" | CORETAN TAIROD DAN ANDA

$
0
0
Apabila kita ke hospital untuk buat rutin rawatan untuk Tairod, pasti kita akan terjumpa dengan pelbagai ragam manusia. Sekali sekala kita akan terjumpa dengan mereka yang mengidap sakit tairod seperti kita. Seperti biasalah,kpah ni seorang yang agak peramah,jadi tak sukar untuk memulakan perbualan.

Ada satu hari yang sangat bertuah,apabila kpah dapat berbual dengan seorang Uncle berbangsa Cina. Ketika itu, kami sama-sama sedang menunggu untuk mengambil ubat.

Inilah ceritanya...



~ kpah k-poh ~

TIROIDITIS HASHIMOTO | PENYEBAB,GEJALA DAN PENGUBATANNYA | TAIROD DAN ANDA

$
0
0

Tiroiditis Hashimoto: Penyebab, Gejala, & Pengobatannya

SUMBER: (Amazine | Online Popular Knowledge)

Penyakit pertama yang dikenali sebagai penyakit autoimun adalah tiroiditis Hashimoto (Hashimoto’s thyroiditis).

Dr. Hashimoto Hakaru, merupakan orang pertama yang berhasil mengidentifikasi kondisi ini di Jerman pada tahun 1912.

Tiroiditis Hashimoto adalah suatu kondisi dimana antibodi menghancurkan sel-sel kelenjar tiroid.

Apa Tiroiditis Hashimoto?

Tiroiditis Hashimoto mempengaruhi kelenjar tiroid yang terletak di pangkal leher.

Kelenjar tiroid adalah bagian dari sistem endokrin. Kelenjar ini menghasilkan hormon yang membantu mengkoordinasikan banyak fungsi tubuh sekaligus mempengaruhi pertumbuhan dan metabolisme.

Tiroiditis limfositik kronis adalah nama lain untuk menyebut tiroiditis Hashimoto.

Kelenjar tiroid yang diserang oleh sistem kekebalan tubuh menyebabkan peradangan dan hipotiroidisme.

Penyebab Penyakit Hashimoto

Dalam keadaan normal, sistem kekebalan tubuh terdiri dari antibodi dan sel darah putih.

Sel-sel ini hadir dalam tubuh untuk melindungi tubuh terhadap virus, bakteri, dan antigen lainnya.

Pada penyakit autoimun, antibodi dan sel darah putih justru menyerang sel tubuh yang sehat.

Pada kasus tiroiditis Hashimoto, antibodi menyerang kelenjar tiroid sehingga menyebabkan peradangan, kelenjar tiroid yang kurang aktif, dan kekurangan produksi hormon tiroid.

Kekurangan produksi tiroid menyebabkan kelenjar pituitari memerintahkan kelenjar tiroid memproduksi hormon lebih banyak lagi.

Hal ini menyebabkan pembesaran kelenjar tiroid, suatu kondisi yang disebut gondok.

Penyebab dari penyakit tiroid autoimun masih belum diketahui. Banyak ahli berpikir bahwa virus atau bakteri memicu berkembangnya penyakit ini.

Faktor genetika juga dituduh sebagai penyebab tiroiditis Hashimoto. Orang yang memiliki riwayat keluarga diabetes tipe 1 atau penyakit celiac cenderung mengembangkan tiroiditis Hashimoto.

Ada berbagai faktor lainnya seperti umur dan jenis kelamin yang mampu memperbesar risiko.

Penyakit ini biasanya mempengaruhi lebih banyak wanita paruh baya dibandingkan pria.

Gejala Penyakit Hashimoto

Tidak ada gejala khusus tiroiditis Hashimoto karena penyakit ini membutuhkan waktu bertahun-tahun untuk berkembang.

Selama beberapa tahun, kerusakan tiroid kronis terjadi. Secara bertahap, terjadi penurunan tingkat hormon tiroid dan gejala tiroiditis Hashimoto akan mulai nampak.

Berbagai tanda dan gejala tiroiditis Hashimoto antara lain sbb:

Kelelahan
Peningkatan sensitivitas terhadap dingin dan panas
Sembelit
Kulit kering
Wajah membengkak
Suara serak
Peningkatan kadar kolesterol darah
Peningkatan berat badan
Nyeri otot
Kekakuan pada sendi
Depresi
Gejala tiroiditis Hashimoto juga termasuk paresthesia, serangan panik, bradikardia, takikardia, hipoglikemia reaktif, sembelit, migrain, infertilitas, dan rambut rontok.

Pengobatan Penyakit Hashimoto

Pengobatan tiroiditis Hashimoto akan mencakup terapi hormon pengganti hormon tiroid.

Pasien mungkin disarankan menggunakan hormon tiroid sintetis seperti levothyroxine.

Hormon sintetis ini mirip dengan hormon tiroid dan membantu mengembalikan tingkat tiroid sehingga mengurangi gejala tiroiditis Hashimoto.

Pengobatan ini dilakukan seumur hidup dengan dosis bervariasi sesuai tingkat TSH setiap 6 sampai 12 bulan.

Pasien harus mengurangi asupan kafein, gula, dan berbagai pengawet makanan.

Makanan yang dianjurkan untuk penderita tiroiditis Hashimoto termasuk brokoli, kangkung, kol, bayam, lobak, kedelai, kembang kol, sawi, dll.

Pasien harus menghindari makanan kaya yodium ( iodine) seperti rumput laut. Penting untuk memiliki asupan harian protein tanpa lemak seperti ikan, ayam, kacang-kacangan, putih telur, dan daging.

Protein dalam makanan akan membantu mengurangi rambut rontok yang merupakan salah satu tanda hipotiroidisme.

Makanan berserat tinggi seperti kacang merah, apel, pir, brokoli, sayuran berdaun hijau, biji-bijian, almond, dan biji rami juga harus dimasukkan dalam diet tiroiditis Hashimoto.

Suplemen vitamin serta suplemen seng akan membantu mengurangi gejala Hashimoto.

Jika dibiarkan tidak diobati, tiroiditis Hashimoto (Hashimoto’s thyroiditis) dapat menyebabkan kegagalan otot, bahkan gagal jantung.


Di copy paste oleh:

~ kpah k-poh ~

KISAH AKU DAN KANSER THYROID ( Part 1 ) | TAIROD DAN ANDA

$
0
0
Sumber : FB. ~Syed Fadhil Cherita Pictures~ ( dgn izin )

Kisah pengidap kanser tairod yg juga merupakan rakan FB Grup TAIROD DAN ANDA . Semuga menjadi panduan dan iktibar kepada pembaca / pengidap tairod . Yang mana masih lagi menyimpan bengkak leher tu, fikir-fikirkanlah.



Salam,

Ramai yang tanya berkenaan apa yang aku hadapi ni, banyak soalan seperti "bila dapat tahu" , "apa simptom" , "sakit macam mana" etc etc. So kali ni aku nak cerita chronological order dan insyaAllah cuba menjawab soalan2 yang sering ditanya.

2 tahun lepas, aku main aktiviti lasak 'paintball'. Walaupun dah cukup dengan segala protective equipment, kecederaan pasti berlaku. Aku kena satu das tembakan di bahagian leher sebelah kanan. Yup, itu sakit, memang sakit. Balik tengok bengkak dan kebiruan. Aku biarkan sahaja tanpa jumpa doktor. Biru tu dah surut, tapi bengkak tak surut-surut. Tapi takde sebarang kesakitan mahupun kesukaran melaksanakan tugasan harian. So aku biarkan dia selama 2 tahun....

Kemudian pada hari adik aku nikah, 29/11/2015 kebetulan jiran aku kat kampung merupakan seorang Doktor. Doktor Salimah nama dia. Aku pun saje je lah tanya dia berkenaan bengkak kat leher aku ni. Pasal sebulan sebelum ni aku ada demam, bengkak tu membesar bila aku demam dan batuk. Terus doktor salimah kata, saya akan issue awak referral letter ke Hospital Ampang. Pasal kat Hospital Ampang ada kawan dia. So aku pun menurut perintah lah, kalau tak pasal dia insist aku pergi check memang tak la aku nak pergi.

Referral letter pun siap, aku punya appointment kat Hospital Ampang 5/1/2016 .

Selasa - 5/1/2016 - Hospital Ampang, ENT Clinic

Pergi check up, doktor suspek TIBI. Dia tanya la aku ade kawan atau banyak jumpa foreigner ke tak. Aku cakap takde, dia picit sana, picit sini. Masuk kamera ikut lubang hidung, dia kata tekak aku normal. So dia suruh aku ambik sample darah, kemudian ambil sample kelenjar kat bahagian bengkak tu. owh, since aku suspek TIBI, aku kena pergi hantar sample kahak setiap hari selama 3 hari berturut-turut ke Hospital Ampang. Juga buat Mantoux Test untuk kesan TIBI.

Jumaat - 8/1/2016 - Hospital Ampang, ENT Clinic

Hantar sample kahak yang terakhir dan Nurse review result Mantoux Test. Negative ! yay !

Isnin - 11/1/2016 - Rumah

Tengah santai-santai lepas letih balik dari Temasik sempena adik aku kawin weekend tu, Doktor dari Hospital Ampang call, bagitahu result sample kelenjar yang diorg ambik dah ada dan minta aku datang ke Hospital Ampang esok. Aku pun terkejut juga, pasal haritu doktor tu bagi next appointment untuk review result tu 21hb 1. Aku pun kata ok lah.

Selasa - 12/1/2016 - Hospital Ampang, ENT Clinic

Dengan sabar aku tunggu turn untuk jumpa Doktor, rasa berdebar tak payah cakap la, tapi takde terdetik langsung pasal kanser. Sampai turn aku, so aku masuk la bilik doktor untuk consultation. Doktor bagitahu Alhamdulillah, result TIBI awak negative. Tapi....

Dalam kelenjar yang kami keluarkan tu, ada sel KANSER.....

Dengar kanser je aku rasa mcm keluar tone bila orang cancel call kita tu. ttteeeeettttttttt........ Semua benda lain mcm tak jelas je doktor cakap. Aku tarik nafas dalam-dalam, istigfar... Doktor pun cakap bawa bertabah, kita masih akan review lagi kes awak ni, ni tak final lagi. Masih banyak test nak kena buat. Aku pun akur lah dengan cakap doktor, sambil tu doktor ada cakap la ape akan jadi semua.

So aku mintak doktor untuk tukarkan aku ke Hospital Putrajaya. Pasal lagi dekat dan ada Institute Kanser Negara sebelah dia. Dan aku pernah dengar HPJ punyai Endokrin Specialist terbaik di Malaysia. So aku di refer ke HPJ dapat surat semua lah macam biasa.

Selanjut nya dalam entry selepas ini...

Copy paste oleh ~kpah k-poh ~

KISAH AKU DAN KANSER THYROID (part 2) | TAIROD DAN ANDA

$
0
0
Sumber : FB. ~Syed Fadhil Cherita Pictures~ ( dgn izin )

Kita ikuti lagi kisah pengalaman yang dilalui oleh rakan fb Grup TAIROD DAN ANDA ini.





Selasa 19/1/2016 - Hospital Putrajaya, Surgeri & Endokrine Clinic

Kali ni, Aziel insist untuk ikut sekali, dia nak dengar sendiri apa kata doktor tentang condition aku ni. So bos kecik pun kena angkut sekali lah, seronok dia berkejaran ke hulu-hilir kat Hospital Putrajaya tu.

Antara test yang perlu dijalankan untuk mengesan kehadiran ketumbuhan bersifat kanser ialah Ultrasonic scan macam orang mengandung tu, tapi dia scan kat leher la bukan la kat perut walaupun perut aku agak sadoww. :P . So doktor tengok memang positive ada ketumbuhan di Kelenjar Tairoid aku. Dan dah merebak ke Lymph Node sebelah kanan. Kat kawasan bengkak pada leher aku tu.

Specialist yang attend kes aku nama dia Doktor Suraya, Doktor Suraya kemudian cakap ketumbuhan tu dah membesar, dan paling besar dah menjangkau 3.5cm which is pada aku punya Lymph Node. Dan paling ditakuti kalau ketumbuhan ni dah merebak ke organ lain dalam badan. Which is organ yang terdekat dengan leher. Tekak/Paru-paru/Otak/Tulang dan mane tah lagi doktor tu cakap. So untuk mengesahkan samada ianya merebak ke organ lain ke tak, doktor suruh buat CT Scan. Dan ada kemungkinan yang aku dah ada kanser ni selama 10 tahun. Tapi disebabkan ianya sejenis kanser yang tak agresif, dia lambat untuk menonjolkan diri. Jadi insiden paintball aku tu jadi sebab untuk aku pergi check up.

Aku pun gatal la tanya kalau macam ni dah stage berapa ? . Dengan tenang doktor cakap Stage 3. Terkulat aku kat situ. Aku pandang anak bini aku, mata dah macam masuk habuk, dah terbayang masa depan Aufa... Nauzubillah...

So doktor terangkan jenis rawatan yang aku akan jalani which is total thyroidectomy dan lymph node yang terlibat akan dibuang jugak. Doktor tanya bila aku boleh masuk operation. Alhamdulillah, memandangkan aku ni kerja sendiri, aku cakap bila-bila boleh. So doktor pun semak kalendar dia, ok, minggu depan Khamis- 28/1/2016 operation. Adeh, terkulat lagi...

So doktor terangkan risiko2 yang ada berkaitan pembedahan tu... antaranya suara boleh terjejas, pernafasan boleh terjejas dan aku mungkin kena bernafas melalui tiub yang keluar pada leher aku. Tapi risiko tu hanya 1-2% sahaja. Aku pun lega lah, panjatkan doa supaya aku bukan dalam linkungan 1-2% tu...

So petang tu, aku kena buat beberapa ujian saringan untuk persiapan pembedahan minggu depan tu, antaranya Vocal Chord Assessment - Lidah kena tarik, masuk kamera dalam tekak untuk check condition Vocal chord. Pastu pulak kena buat ECG test untuk check condition jantung ok ke tak. Alhamdulillah pass both test.

Kemudian doktor cakap akan contact untuk bagitahu bila akan buat CT Scan. Aku pun balik membawa hati yang resah knowing cancer dah ada merebak ke organ lain atau tidak...

Rabu 20/1/2016 - Rumah

Doktor call suruh datang hospital esok untuk CT Scan

Khamis 21/1/2016 - Hospital Putrajaya - Jabatan Radiologi

Buat CT Scan, baring kemudian ada gegelung membawa sinar X-ray untuk dapatkan 3D view of internal organ. Kena masuk ubat untuk contrastkan darah. Tak best ! rasa panas mengalir dalam urat2 semua... Serius satu perasaan yang tak best ! Tak la sakit sangat, mula2 je la rasa macam kena patuk ular. Yup aku pernah kena patuk ular so aku tau rasa dia macam mana.

Selasa 26/1/2016 - Hospital Putrajaya, Surgeri & Endokrine Clinic

Review result CT Scan. Ini yang aku paling takut. Ini yang akan bagitau ada kanser yang merebak ke organ atau tidak ......

Bersambung...

Copy paste ~kpah k-poh ~

KISAH AKU DAN KANSER THYROID (part 3) | TAIROD DAN ANDA

$
0
0
Sumber : FB ~ Syed Fadhil Cherita Pictures~ ( dgn izin )

Bahagian yang terakhir. Semuga penulis kisah ini akan konsisten membuat rawatannya, sehinggalah clear kansernya. InsyaAllah ...



Alhamdulillah, keputusan CT scan menunjukkan secara kasarnya tiada ketumbuhan yang merebak ke organ lain. phewwwwwwwwww ! Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah !

Rabu 27/1/2016 - Hospital Putrajaya Wad Surgeri 3A

Mula warded. Kena masuk pagi, pasal takut wad penuh. Bosan dia tak payah cakap la since takde buat apa2 dan aku takde rasa sakit apa2. So kerja aku memang merayap dalam hospital je lah... Doktor nak masuk IV line terus, aku cakap malam nanti lah masuk. Nasib baik doktor ok. hehehehhe . Doktor pakar bius datang melawat. Cakap mula pukul 12 malam kena puasa, pasal esok nak operate dalam tengahari. Dia interview la aku tanya macam soalan berkaitan kesihatan aku.

Petang keluarga datang melawat, jumpa Aufa peluk puas2, gomol puas2 pasal aku tak tau esok macam mana...

Khamis 28/1/2016 - Hospital Putrajaya Wad Surgeri 3A

Nurse datang melawat pagi2, tiba2 bawak baju salin untuk masuk Operation Theatre. Tiba2 aku punya operation bring forward ke pukul 8 pagi. Salin baju, n nurse bagi telan ubat mende ntah. Sampai ke OT, tiba2 kepala rasa berat, mata makin kabur, aku suspek nurse ni dah bagi aku dadah mende ntah untuk menye-stone-kan aku. Tau2 ada orang pasang oxygen mask... aku pun dibuai mimpi.....

Tersedar, tak pasti pukul berapa... yang aku ingat kena sedut cecair dalam tekak sendiri guna mesin ada orang ajar, tak tau doktor atau nurse... pengsan balik...

Tersedar betul2, dah kat dalam wad, Alhamdulillah isteri aku ada setia menemani aku sampai aku sedar. Parents aku pun ada, in-law pun ada. Sedar2 terus nak muntah dan lapar gile ! sakit tak payah cerita la. Leher rasa pedih, tekak rasa ketat nak menelan dan ada 2 lubang pada atas dada aku untuk sedut bendalir dan darah dari pembedahan. Aku mula minum air. Nikmat gila dapat minum air time ni.

So mula lah aktiviti lepak tahan sakit, tengkuk tak boleh pusing dan sentiasa on pain killer. Rutin harian aku sampai discaj benda yang sama iaitu TLDM (Tidur, Lepak Dan Makan) dan juga menerima pelawat.

Terima Kasih pada mereka yang datang melawat. It does make me feel better. Thank you so much !

Antara problem selepas pembedahan yang dah dijangka ialah kadar kalsium dalam darah aku jadi rendah. Mungkin masa pembedahan, kelenjar Parathyroid yg mengawal kalsium affected masa surgery. Mungkin doktor terbuang atau temporary disabled pasal bengkak pada kawasan sekitar tu. So aku hari2 kena ambik darah. untuk monitor kalsium level. Hari2 makan suppliment calcium.

Hari ke 4 lepas surgery, tabung yang untuk sedut darah kotor dah boleh bukak. yay dah boleh mandi ! 4 hari tak mandi kau, cuma lap2 badan je... Biasanya bila dah bukak tabung ni dah bole discaj, tapi disebabkan kalsium level aku masih rendah, so kena la tahan dulu. :(

Selasa - 2/2/2016 - Discaj
Finally lepas 7 hari kat hospital, hari2 kena cucuk ambik darah aku dah boleh keluar. Cuma pada bekas pembedahan ada infection. So doktor bagi antibiotik untuk bengkak tu. So dah boleh balik. So aku balik rumah terus. yay.

##################################################

So, lepas ni ?

Bulan 4 insyaAllah aku akan undergo RadioActive Iodine (RAI) therapy di Institut Kanser Negara. RAI ni bertujuan untuk mengesan saki baki sel-sel kanser yang mungkin ada dan juga untuk membunuh saki baki sel-sel kanser yang masih ada dalam badan ni untuk menghalang ianya merebak ke tempat lain pula. Nauzubillah.

Alhamdulillah jenis kanser ni tak seserius macam kanser yang lain. Kanser ni hanya effect pada kelenjar thyroid sahaja dan rawatan dia ialah dengan membuang terus kelenjar thyroid. Dan pesakit akan perlu bergantung pada pil hormon thyroid seumur hidup.

Allah tak jadikan sesuatu penyakit tanpa penawar. Cuma Allah belum bukakan lagi akal manusia untuk temui penawar bagi penyakit yg belum ada penawar.

So aku takda la down sangat knowing aku ada kanser. Pasal kanser jenis ni boleh ditangani. Dan yang peliknya, kanser aku ni biasanya ada pada wanita sahaja. Mungkin hormon estrogen aku tinggi. Mujur tak jadi pondan. hrmmmm.... :P

So nasihat aku pada semua, kalau korang perasan ada bengkak yang pelik2, silalah pergi check....

Terima kasih kepada mereka yang sentiasa suppport aku untuk go thru semua ni, my wife, my family, my friends. Dan mereka di Facebook group Tairod dan Anda (kak pah terutamanya) yang banyak berkongsi pengalaman dan ilmu, terima kasih yang tak terhingga.

And tak lupa kepada Dr Salimah, Dr Azirah (Hospital Ampang), Dr Suraya & Dr Goh (Hospital Putrajaya), Doktor dan Nurse di klinik surgeri HPJ dan wad 3A HPJ. Anda semua memang terbaik. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua.

Kalau rasa artikel ni berfaedah, silalah share, biar orang tahu jangan abaikan sebarang perubahan pada badan. Pelik sikit pergilah check.

Dan silalah ambil insurans. Aku bukan nak promote insurance mana2. Do your own research which is best for you.

Sekian, Wassalam.... :)

Saya Syed Fadhil ,
Co-Founder at PhotoFavor .

I am still fighting my cancer. InsyaAllah.

Copy paste ~kpah k-poh ~

TAIROD | CLAIM SOCSO

$
0
0
SUMBER: FB TAIROD DAN ANDA

Saja nak tanya kalau penyakit ini boleh clim tak ? member kata boleh clim mc dan kos perubatan...tapi masih kerja.. bukan pencen ilat...
saya mcm x caya sebab clim biasanya penyakit yg melibatkan keje....
cuba je akk tanya ye...sebab member kata mcm tu x guna potong socso tapi x leh clim...

 jawapan:

Kalau penyakit tyroid x leh claim sbb bukan penyakit khidmat, maksudnya sakit tu x releted dgn keje.
Cth: kalau orang keje kilang asbestos dia kena sakit paru2 akibat jangkitan kerana hari2 hidu habuk asbestos @ apa yg berkaitan keje tu dia boleh claim penyakit khidmat.
Tyroid adalah penyakit dlm sistem badan dan xda kena mengena dgn pekerjaan.
Semoga ena puas hati dgn jawapan tu.

~ kpah k-poh ~ 9/3/16

Tonsil | rasa pahit dalam mulut | gastrik

$
0
0
Sumber : Fb Grup TAIROD DAN ANDA

Assalamualaikum kwn2, dan Kpah K-poh SharifahNor, sy pnh kongsi pengalaman sy, iaitu sbln slps buang semua tonsil, lidah /mulut sy sentiasa rs pahit (Mcm muntah gastrik) .

Mkn semua benda mcm x rs apa, mcm nikmat mkn xde dah. Dh cuba kunyah asam, chewing gum, minum air byk2 pn sama jgk. Rs pahit sentiasa ada setiap masa dh hmpir 3 bln. Hari ni jumpa blk pakar ENT yg operate sy ituhri. Dia kata xprnh jumpa /ada komplen dari psakit sblm ni lps operate ada masalah bitter ni. Dlm literature pn xde, lgpn sy bkn kanser lidah, cuma ada koloni bakteria dlm tonsil.

Nk kata kena saraf deria pahit pn x mgkin sbb saraf tu dalam. So conclusionnya doctor x dpt bg jwpn puncanya. Kmdian doc kata kemungkinan;

1. Sy kena gastrik sbb itu rs pahit – sy kata, sy xpnh rs sakit ulu, hati, kembung atau muntah. Dulu sy prnh mengalami gastrik dan ada pengalamn simtom gastrik. tp dh lama baik. Lgpn dulu gastrik tu xde la rs pahit mulut 24 jam.

2. Doc kata mgkin sbb RAI- Sy baru 3 kali buat RAI ( 2X dos rendah), setau sy yg dh buat byk kali RAI pn xde efekkan . Hehe..betul tak Kpah K-poh SharifahNor??

3. Doc kata mgkin sy stress psl fikir psl kanser, so asid akan kuar- Sy kata kanser dh clear, dh x pk psl kanser dh. Lgpn rs pahit ni berlaku slps buang tonsil.

4. Huhu.. Last skali doc tnya sy , nk refer pakar ENT lain ke atau gastroenterology? Sy pilih gastro.

So sblm sy nk cr pakar gastro, nk tnya kawan2, ibu2, sesiapa yg berpengalaman dgn gastrik atau doc2 yg ada dlm grup ni ttg mslh gastrik –
betul ke klau asyik gastrik mulut jd pahit je,
betul ke byk kali RAI bleh efek lidah?
Betul ke klau stress, asid bleh kuar?

Huhu.. dh penat nk bertandang ke hospital, dulu mslh batu karang ( dlm 10X jgk la laser, 2X URS), mslh parathyroid, kanser tiroid, skrg dgn mslh ini plak. Huhu.. positifkan diri.. org lain 100 kali lbh teruk dari kita.

Copy paste oleh ~kpah k-poh~

Antara respon dari rakan-rakan grup :

-Kalau gastrik mmg rasa pahit n stress boleh berlaku asid kuar dgn bnyk...berdasarkan pengalaman sendiri...skrng tgh mkn ubat antibiotik sbb lps scope aritu doktor ader amek sample dlm usus n result positif terdapat bakteria....huhuhuhu....skrng tgh mabuk dgn ubat antibiotik tu....pasrah jek...

-benar semua yang doktor tu bgtau..sbb tu boleh jadi stress ulcer..kalau pahit atau masam sbb asid refluk naik ke tekak lah.
kena kurangkan oxidative stress dan kena pantang cara yang betul.
tepung gandum, tenusu, makanan proses perlu pantang..makanan tinggi histamin pantang sebulan.
...
-Tq En Encik Hafiz Sulaiman, mgkin sy nk kena check balik apa punca stress klau bkn psl kanser, sbb psl kanser tiroid ni sy dh abaikan, ignore dah isu remeh temeh, letih ke lesu, lupa ke, cramp skit2 ke, org fham kita ketidak pyakit kita, sbb kita msh kuat msih bleh menerus kan kita berbanding dgn kanser lain yg menanti hari.
...
Ok sy cuba check punca oxidative stress, sbb sy sll bersukan, x merokok, mkn pn ada jaga skit,
...

-bersukan bila stress mmg x digalakkan..bersukan sebenarnya menjana oxidative stress terutama bg badan yang antioksida lemah


~ kpah k-poh ~

TEMUJANJI | TAIROD | PESAKIT LUAR | HOSPITAL BUKIT MERTAJAM

$
0
0

Status TAIROD DAN ANDA (1)

Assalamualaikum .
Jam 2 ptg hari ni, sekali lagi apoiment dengan doktor. Tak ada tekanan sangat,sebab dah stabil dan hanya perlu rujuk kepada bahagian pesakit luar saja.

Cumanya, hari ini nak dapat result ujian darah setelah setahun setengah tidak buat apa-apa ujian darah untuk tairod.Sepatutnya setiap 6 bulan sekali atau setahun sekali kena buat ujian darah untuk tairod ni.

Dan hari ini juga,Kpah akan cuba untuk mendapatkan pendapat dari doc berkenaan dengan 'sisa Kalenjar Tairod ' kpah yang dikatakan masih aktif lagi.

Mesti ada yg nak tahu, okey lah..kpah cerita sikit.

Semasa ujian darah, doc dapati Hormon Tairod kpah naik tinggi sangat. Sudah menjadi Hypertairod . Maka doc pesakit luar,telah menukar thyroxine kepada carbimazole. Mungkin doc tidak membaca rekod perubatan kpah,iaitu kpah hypotairod kekal dan ubat wajiblah thyroxine.Pada masa itu,kpah belum ada pengetahuan tentang ubat2 tu.Bila ubat bertukar,kpah jadi lemah kaki. Hendak berjalan pun hanya mampu lima langkah saja.Pergi ke hospital,doc arahkan kembali kepada klinik Pakar.

Kemudian, Pakar arahkan kpah buat Nuclear Scan. Cecair Rai disuntik pada tangan ( kebanyakan org yg kena ni,kata sakit...dan mmg sakit pun..panas terasa merayap di bawah kulit). Masa yang di ambil utk buat scan saja,selama lebih dua jam... Minum air lima gelas..kemudian scan. Stop scan,kemudian di suruh buang air kecik dan minum air lagi lima gelas. Scan lagi. Tiga kali round..mcm tu lah. Selepas Nuclear Scan,kuarantin 4 hari di rumah.

Result, doc dapati ada sisa Kalenjar Tairod yang berukuran 3mm dan masih aktif. Pakar cadangkan supaya buat pembedahan utk buang sisa tersebut. Tetapi,bagi tempuh untuk 'tunggu dan lihat' dengan terus makan Thyroxine . Kata doc, ' major operation for a very small cell...'

Selepas tu,setiap dua minggu kena ambik darah. Dos ubat di ubah setiap kali dapat result. Sehingga tiga bulan,barulah doc berpuas hati dengan result darah dan serasi dengan dos ubat yg diberi.

Akhirnya,dipindahkan ke pesakit luar utk teruskan rutin rawatan,dengan pesanan..Hormon Tairod jgn bagi naik jadi Hypertairod . Sbb itulah..bagilah gajah rimau produk pun..kpah tak akan ambik.. Takut Hormon Tairod kacau bilau.

Dari apa yang berlaku kepada kpah, walaupun dah buang semua Kalenjar Tairod ,tapi masih ada sisa lagi. Syukur jugak ia bukan dari jenis membesar. Sekiranya membesar, pasti akan kena operation segera.

Memang ada kes yg kpah pernah dengar,tentang ketulan yg tumbuh balik dan membesar walaupun dah buang semua. Jadi kena pekalah kepada result Hormon Tairod anda.... Ikutlah nasihat doc . sekiranya perlu buat operation lagi, buatlah dengan segera.

Tambahan: Thyroxine bukan sahaja ubat utk Hormon Tairod ,ia juga utk susutkan bengkak leher ( tertentu ) dan juga untuk mencegah sel2 kanser daripada merebak. Jadi jgn skip ubat...


~ kpah k-poh ~23/3/16

TAIROD | PENYAKIT TIROID/ THYROID/TAIROD | YANG PELBAGAI

$
0
0



PENYAKIT TIROID YANG PELBAGAI

Pada umumnya, penyakit tiroid boleh dikategorikan kepada:

1. Masalah struktur (bengkak atau goiter atau beguk, biji atau nodule)
2. Masalah fungsi (hormon terlalu tinggi - hipertiroidisma, hormon terlalu rendah - hipotiroidisma)
3. Kanser tiroid

Sesetengah pesakit adakalanya mengalami salah satu atau lebih daripada masalah yang dinyatakan diatas. Contohnya pesakit Hashimoto's tiroiditis mengalami masalah bengkak kelenjar tiroid dan hipotiroidisma, manakala pesakit multinodular goiter kebanyakannya tidak mempunyai sebarang masalah hormon.

Kanser tiroid terutamanya jenis kanser tiroid papilari (papillary thyroid cancer) merupakan jenis kanser paling selalu ditemui dan (Alhamdulillah)... Adalah kanser yang mudah dirawat... Survival rate mencapai 99% (maksudnya, kanser yang paling tak merbahaya dalam dunia berbanding kanser2 lain)

Sesetengah penyakit tiroid adalah penyakit keturunan. Jadi galakkan ahli keluarga pengidap penyakit tiroid membuat pemeriksaan

Sekadar perkongsian ringkas, semoga bermanfaat

Dr Arif Shahar
Pakar Perubatan dan Endokrinologi
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

~ kpah k-poh ~

TAIROD | INFO SE-MINIT: PUNCA HIPOTIROIDISMA DAN KOMPLIKASI

$
0
0
Inilah untungnya jika ada golongan yang berilmu,masuk dalam grup TAIROD DAN ANDA . Walaupun sedikit maklumat,tapi tetap juga akan jadi info yang sangat berguna.


INFO SE-MINIT: PUNCA HIPOTIROIDISMA DAN KOMPLIKASI

Sebenarnya hipotiroidisma (hypothyroidism) dengan sendirinya bukanlah suatu diagnosis.. seperti penyakit demam denggi, kencing manis dan darah tinggi... ia adalah keadaan di mana hormon tiroid terlalu rendah (low thyroid hormone level)...

Oleh yang demikian, sekiranya seseorang didapati mengalami hipotiroidisma, wajar di ketahui apa punca penyebab hipotiroidisma tersebut.

Punca hipotiroidisma, antaranya:
1. Kekurangan iodin (iodine deficiency) - contoh diagnosis: Iodine deficiency related hypothyroidism
2. Masalah imun (autoimmunity) - contoh diagnosis: Hashimoto's thyroiditis
3. Pembedahan tiroid secara total (total thyroidectomy) - diagnosis: post surgery hypothyroidism
4. Selepas pengambilan radio ablative iodine (RAI) - diagnosis: post RAI hypothyroidism

Komplikasi hipotiroidism antaranya
1. Berat badan bertambah
2. Kurang pendengaran
3. Cepat lupa
4. Sembelit
5. Kurang IQ anak bagi ibu mengandung yg mengalami hipotiroidisma
6. Kolesterol meningkat

Rawatan: perlu kepada penilaian doktor dan hormon tiroid gantian (thyroid hormone replacement)

Semoga bermanfaat

Dr Arif Shahar
Pakar Perunding Perubatan dan Endokrinologi
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

IIUM Medical Specialist Centre
www.imsc.com.my

https://m.facebook.com/IIUM-Medical-Specialist-Centre-289719624388952/

~ kpah k-poh ~ sumber Fb Grup TAIROD DAN ANDA
Copy paste 9/4/16

TAIROD | RAMBUT GUGUR |CEPAT PENAT | GATAL KULIT | GASTRIK | PERIOD

$
0
0
Sumber : rakan grup TAIROD DAN ANDA

Alhamdulillah selesai appointment utk arini...
Soalan yg saya ajukan pd doktor :-

1) knp rambut saya bnyk gugur?
2) knp cepat penat?
3) knp kulit alami gatal2?
4) mengenai gastrik?
5) mengenai period x stabil

Jawapan doktor : -

1) rambut gugur bukan disebabkan oleh tairod tp disebabkan sel darah merah rendah.

2) cepat penat pun salah satu simptom tairod jika tsh tinggi dan jgk disebabkan sel darah merah rendah.

3) kulit gatal2 bukan disebabkan tairod tp lebih kpd alergik.

4) gastrik mmg berkait dgn tairod tp boleh ditangani dgn cara pemakanan yg betul dan kena pantang yg betul sbb ubat gastrik hanya boleh diambil selama 2 bulan shj...jika berlebihan mengambilnya boleh mengakibatkan kanser usus..:(

5) doktor bgtau bila dh jadi HYPO kita akan mengalami berat bdn bertambah,letih,lesu,lembap,pelupa,cepat penat,sukar membuang air besar,period x normal,mudah sejuk & panas.

6) doktor sarankan ambil protein lebih utk keseimbangan bdn.

Ok arini result darah tairod t4 normal tp tsh 7 (tinggi) :(
Jd doktor suruh mkn thyroxine sehari sebiji sbb SEBELUM ni selang2 arini 1/2 dan esok sebiji...2bln lg nk tgk result darah mcm mana pulak blom dpt dos ubat yg tepat lg.
Dan arini jgk ambil darah utk tgk sel darah merah rendah ke tidak...result 2bln lg...huhuhuhu
Dptlah stok "GULA2" utk sebulan...

Perjuangan mesti diteruskan n ceria membawa bahagia...hehehe :)



~ kpah k-poh ~

TAIROD | Dr Arif Shahar | TIDAK SEMUA PENYAKIT TIROID MEMERLUKAN PEMBEDAHAN |

$
0
0



Sumber : TAIROD DAN ANDA

TIDAK SEMUA PENYAKIT TIROID MEMERLUKAN PEMBEDAHAN

Pada hari ini, saya akan berkongsi tentang 2 contoh penyakit tiroid dan rawatan berkaitan. Tujuannya supaya sesiapa yang membaca memahami bahawa tidak semua penyakit tiroid memerlukan pembedahan.

1. Graves disease (salah satu penyebab hipertiroidism)

Ia disebabkan oleh proses 'autoimmune" - antibodi badan sendiri menyebabkan kelenjar tiroid bekerja dgn lebih keras untuk menghasilkan hormon tiroid. Ini menyebabkan hormon tiroid berlebihan (hipertiroidism). Biasanya, penyakit graves disease ini terkena kepada golongan muda. 20% pesakit (maksudnya 1 daripada 5 pesakit) boleh baik terus selepas makan ubat anti-tiroid (carbimzaole atau PTU) selama 18 atau 24 bulan. 80% pesakit memerlukan rawatan definitif seperti radio iodine. Biasanya PEMBEDAHAN TIDAK DIPERLUKAN untuk penyakit tiroid jens ini.

2. Multinodular goitre (MNG)

Penyakit ini boleh menyebabkan hipertiroid (toxic multinodular goitre), hipotiroid atau tidak menyebabkan apa-apa gangguan hormon tiroid. Biasanya, penyakit ini terkena kepada mereka yang lebih berumur. Dalam kes seperti ini, doktor anda mungkin akan memberikan ubat anti-tiroid untuk mereka yg mengalami hipertiroid dan ubat hormon thyroxine kpd mereka yg mengalami hipotiroid.

Biasanya penyakit ini lebih mudah dikawal berbanding graves disease. Pesakit MNG tidak memerlukan pembedahan melainkan sekiranya goitre atau bengkak tersebut sgt besar sehingga menyebabkan tertutup salur pernafasan dan makanan yg menyebbkan susah bernafas dan susah telan.... atau sesetengah kes, utk tujuan kosmetik (bagi nampak cantik sbb suami suka)

Jika doktor menawarkan pembedahan.. pastikan ianya total thyroidectomy (buang semua kelenjar tiroid) dan bukan hemithyroidectomy (buang separuh). Jika hanya separuh kelenjar shj dibuang utk MNG, dalamasa 10 tahun, kelenjar tiroid yg tinggal akan besar semula.. inshaAllah

Jangan lupa berbincang dengan doktor tentang kebaikan dan komplikasi pembedahan yang ditawarkan.

Semoga bermanfaat.

Dr Arif Shahar
Pakar Perunding Perubatan dan Endokrinologi
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


~ kpah k-poh ~ copy paste 17/4/16

Dr Arif Shahar | RINGKAS: PERGELUTAN ANTARA MULTINODULAR GOITRE (MNG) DAN GRAVES DISEASE

$
0
0
RINGKAS: PERGELUTAN ANTARA MULTINODULAR GOITRE (MNG) DAN GRAVES DISEASE

"Minggu lepas, pegi hospital A, doktor cakap sy menghidap graves disease... tp bila buat scan kat hospital B, hari ni doktor bagitau sy menghidap multinodular goitre plak .. mana satu ni?"

Biasa terjadi kpd anda? Bukan sahaja pesakit, bahkan doktor yang kurang berpengalaman juga mengalami kekeliruan yang sama. Hari ini, saya akan kongsikan sedikit maklumat utk memperbetul kekeliruan yg sering berlaku ni..

Kedua2 jenis penyakit (mulnonodular goitre dan graves disease) adalah penyebab hipertiroidisma (hormon tiroid berlebihan)

Pada dasarnya kedua2 diagnosis dibuat secara klinikal. Iaitu doktor akan melihat ciri2 pesakit. Contohnya sekiranya seorang pesakit sudah berumur datang dgn tanda2 hipertiroidisma dan mempunyai bengkak pada kelenjar tiroid yg mempunyai banyak "benjolan" (multiple nodule atau multinodular), pesakit tersebut dikatakan menghidap multinodular goitre. Ultrasound tiroid diguna untuk mengesahkan kehadiran "benjolan-benjolan" tersebut.

Sebaliknya, sekiranya pesakit adalah wanita muda menghidap hipertiroidisma mempunyai bengkak kelenjar secara keseluruhan (diffuse goitre), pesakit boleh jadi menghidap graves disease. Grave disease disahkan dengan ujian darah antibodi TSHR.

Jadi, jika anda wanita muda mempunyai masalah hiperthyroid dan antibodi TSHR anda adalah positif, anda penghidap GRAVES DISEASE dan BUKAN MNG walaupun scan tiroid anda menunjukkan banyak benjolan pada kelenjar tiroid (multinodular)

Kenapa nak susah2 bezakan antara MNG dan grave disease? Mmg la penting... sebab rawatannya kan berbeza... jadi tanya doktor pakar anda :)

Dr Arif Shahar
Pakar Perunding Perubatan dan Endokrinologi
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


~ kpah k-poh ~ copy paste 23/4/16

TAIROD | KANSER TAIROD SECARA UMUM

$
0
0



SUMBER : FB Get Well By Doc K

KANSER TIROID SECARA UMUM

Tiroid merupakan kelenjar endokrin di bahagian hadapan leher setiap manusia normal, berfungsi untuk mengawal metabolism badan. Pelbagai penyakit boleh menyerang kelenjar tiroid dan ianya merupakan masalah kesihatan biasa dengan jumlah pesakit yang ramai di setiap hospital, Namun demikian, sehingga kini lebih separuh dari bilangan pesakit tiroid masih belum menyedari mereka sebenarnya menghidap penyakit itu. Dalam berpuluh-puluh jenis penyakit tiroid yang ada, penyakit yang paling ditakuti ialah kanser tiroid.

KANSER TIROID

Terdapat empat jenis kanser tiroid iaitu papilari, folikular, medulari atau anaplastik.
Kanser tiroid papilari dan folikular merupakan jenis kanser tiroid paling lazim dijumpai berbanding jenis lain di mana ianya bermula pada sel folikular pada tiroid. Kanser jenis ini secara amnya tumbuh dengan perlahan dan jika dikesan lebih awal, kebanyakan pesakit akan dapat bebas dari kanser jenis ini setelah menjalani rawatan
Kanser tiroid medulari pula terdiri daripada lima hingga 10 peratus kes kanser tiroid yang muncul dalam sel C kelenjar tiroid tetapi ia lebih mudah dikawal jika dikesan dan dirawat sebelum merebak ke bahagian lain. Kanser ini juga berkait rapat dengan beberapa kanser dan tumor pada organ-organ lain dan perlu diberi perhatian lebih khusus oleh pakar bedah endokrin
Kanser tiroid anaplastic merupakan jenis kanser tiroid yang paling kurang ditemui (hanya satu atau dua peratus) dan timbul dalam sel folikular. Sel kanser jenis ini amat luar biasa dan sukar dikenal pasti. Ia juga sukar dikawal berbanding sel kanser lain kerana biasanya tumbuh serta merebak dengan pantas. Kebanyakan pesakit dengan kanser anaplastic kebiasaannya mempunyai harapan yang tipis untuk disembuhkan

SIMPTOM

Peringkat awal kanser tiroid lazimnya tidak menimbulkan sebarang simptom namun apabila kanser itu membesar, beberapa tanda yang boleh dilihat adalah;

- Benjol atau bintil di depan leher atau berhampiran halkum.
- Suara menjadi parau dan sukar bercakap dalam nada normal.
- Nodus limfa bengkak terutama di leher.
- Sukar menelan atau bernafas
- Sakit pada tekak atau leher.

Bagaimanapun simptom berkenaan tidaklah sensitif dan spesifik menjamin wujudnya kanser tiroid kerana pelbagai penyakit tiroid bukan kanser yang lain juga boleh menyebabkan symptom yang
Sesiapa yang mempunyai tanda-tanda tersebut dinasihatkan berjumpa doktor secepat mungkin kerana doktor sahaja yang mampu mendiagnosis dan merawatnya.

DIAGNOSIS

Sekiranya pesakit menghidap simptom yang mencadangkan kewujudan sel kanser tiroid, doktor akan memulakan sesi dengan bertanyakan mengenai sejarah perubatan diri dan keluarga diikuti dengan pemeriksaan fizikal serta beberapa siri ujian pengimejan dan makmal untuk mengesahkan kehadiran kanser tiroid.

Ujian darah: Doktor akan menguji darah pesakit untuk sebarang ketidak normalan paras hormon rangsangan tiroid (TSH) serta aras tiroid hormon dalam darah.
TSH terdiri daripada kelenjar pituitari dalam otak dan mampu merangsang pelepasan hormon tiroid serta mengawal kepantasan pertumbuhan sel folikular tiroid.

Ultrasonografi: Alat ultra bunyi menggunakan gelombang bunyi melantun pada tiroid dan komputer menggunakan gema untuk menghasilkan imej dipanggil sonogram dimana dari imej yang terhasil, doktor boleh mengenal pasti bilangan nodul, saiz dan mengenalpasti karekter nodul yang mendatangkan bahaya kepada pesakit.

Pengimbasan Radionuklida: Doktor mengarahkan pengimbangan perubatan nuklear yang menggunakan sedikit bahan radioaktif untuk menimbulkan imej nodul tiroid.

Biopsi: Pembuangan tisu untuk mencari sel kanser dipanggil biopsi. Ia boleh menunjukkan kanser, perubahan tisu yang boleh mengakibatkan kanser dan keadaan lain. Biopsi merupakan satu-satunya cara terbaik untuk mengesan sama ada nodul itu bersifat kanser atau tidak.

RAWATAN

Rawatan untuk kanser tiroid adalah bersifat individu bergantung kepada tahap penyakit pada masa diagnosis dibuat. Pada masa ini, pendekatan terbaik adalah melalui kaedah pembedahan diikuti rawatan susulan yang lain termasuk radio-iodin terapi, radioterapi serta kawalan hormon. Pesakit yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk disembuhkan dengan kaedah rawatan moden diikiuti dengan rawatan susulan seumur hidup.

~ kpah k-poh ~ copy paste 29/4/16

TAIROD | PENGALAMAN PENGIDAP

$
0
0
SUMBER : rakan fb grup TAIROD DAN ANDA .

Sy share pengalamn sy.. Harap ade yg blh bg pandangan @ solutions.. Sy mnghidap tiroid dr zaman skolah lg. Ms tngkatan 4(x silap sy la lupe da) sy p check kat klinik kesihatan n disahkn mnghidap tiroid.( ms tu x yah ckp la, x tau sngt ape itu tiroid). Ms tngkatan 6 , tiroid sy makin mmbesar.. Doc suroh sy bt operation.. Ms operation, doc buang sblh kiri jer.. Lps blk umah dlm 2 mnggu, doc coll lg soh buang belah kanan( ms tu sy x phm knape? Tp sy ikot jer ckp doc).

Pd tahun 2008,(bln brape tah, x ingt da) sy ade dmam.. Dmam bermnggu2. Sy p klinik , doc kat klinik tu bg sy srt n soh sy p hsptl besr. Sy pegi hsptl putrajaya.. Dr hari tu bermulalah sy jd customer tetap hspital tu.. Check sy punyer tiroid ms tu 1.25 jer(hypo la tu).. Sngt rndah.. Sejak tu sy telan dadah yg doc bg smpai hari ni..

Tahun 2016, bln 2 disahkn hamil(ank 1st). Doc tmbhkn dos tiroid dr 175mcg kpd 225 mcg.. Sy ikot jer.. Ms 10 mnggu sy p scan, sy dpt brita buruk. Doc ada ckp yg kantung sy kosong.(ms tu Allah jer tau ape sy rs). Tarikh tok cuci da ditetapkn 29/5(arini la).. Tp hari rabu sy da start bleeding.. Perut sakit.. Sy warded .. Doc maen selup mcm tu jer kluarkn darah beku(sakit x yah ckp la). Tp still ade lg kantung n darah beku kat dlm. Masalah skrg sy xblh cuci.. Tyrod da hyper 33... 3 kali gnda tinggi dr yg spatutnye.. Risiko trlalu tnggi tok sy dibius...skang kat hsptl lg(air mate x soh ckp la,berbaldi2 da sy rs). Ujian tok sy hadap... Sekian... Assalamualaikum..


~ kpah k-poh ~copy paste 30/4/16
Viewing all 327 articles
Browse latest View live