Quantcast
Channel: K-POH / THYROID (TIROID DAN ANDA)
Viewing all 324 articles
Browse latest View live

Kanser tiroid tak perlu Rai | Kapsul | TIROID DAN ANDA (ORI)

$
0
0

Pinjam pic Arnida Shukor. Kalenjar Tiroid Nida yg dibuang.. Jika zoom pada pic akan nampak tompok kaler pink. Tompok itu ialah sel kanser yg belum merebak keluar. Jadi Nida tidak perlu buat Rai. Sbb tidak ada sel kanser yg nak dimusnahkan.  Semua dah sempat dibuang bersama kalenjar Tiroid. 

Bagi rakan2 yg doc kata tak perlu buat Rai slps operation (kanser), mungkin begini jugaklah keadaan kalenjar Tiroid anda. Sel kanser belum merebak / sel kanser  belum menembusi kapsul.

Tindakan Nida adalah yg paling bijak dan pantas. (kena tanya arnida, bagaimana  dia buat keputusan yg telah menyelamatkan beliau dari menjadi pengidap kanser tiroid) 

Bayangkan jika kalenjar Tiroid kita dlm keadaan begini.. Ada sel kanser didalamnya.. Dan kita enggan operation wpun doc sudah mencadangkan operation.. Kalau simpan lagi dua tahun.. Agak2 yg warna pink itu akan merebak ke mana? 

Doc tidak akan senang2 hendak suruh kita di operate...

Sumber: Fb Grup Tiroid dan Anda (ori) 


SOYA | GOITROGEN | TIROID DAN ANDA(ORI)

$
0
0


Pic google :

Sumber: fb Grup Tiroid dan anda (ori) 

Soya adalah dlm kategori goitrogen food. Sila google utk info lanjut.

Goitrogen: Adalah bahan yang mengganggu penyerapan iodine ke dalam kalenjar tiroid untuk penghasilan hormon thyroxine. Ia boleh menyebabkan berlakunya benjolan pada kalenjar tiroid.

RETROSTERNAL | TIROID DALAM DADA | TIROID DAN ANDA

$
0
0
Sumber: Fb Grup Tiroid dan Anda (ori) 

Pic (pinjam dari rakan Grup) menunjukkan Tiroid yg masuk ke dalam dada. Di kenali sebagai RETROSTERNAL. 

Cara nak tengok Tiroid yg bengkak dalam dada ialah dengan melakukan xray dada atau Ct Scan. 

 ~ Prof Rohaizak Muhammad ~


Kisah lelaki chinese | RnR Tapah | TIROID DAN ANDA (ORI)

$
0
0
Tahun lepas.. 

Singgah di RnR Tapah. Terlihat seorang pemuda chinese berjalan guna tongkat. Berusaha untuk duduk di kerusi meja makan. 

Sorang wanita (mungkin kakaknya) bawakan sepinggan kuey teow goreng. Sesudu dikunyah sangat lama. Sambil mengunyah sambil menggeleng kepala. Susah betul dia nak menelan. 

Didongak kepala.. Memandang ke arah depan. Terlihat ketulan pada leher beliau, sebesar penumbuk kanak-kanak. Patutlah susah menelan. Dah besar rupanya bengkak leher beliau. Kalau luaran sebesar penumbuk kanal-kanak, mungkin saiz di dalam tu sebesar penumbuk orang dewasa. Melihat kepada kesukaran menelan, kerongkong beliau mungkin sudah bengkok. Bengkak tiroid menekan semua kat dalam tu.. Nak makan susah.. Nak bernafas susah.. 

Datang kakaknya membawa semangkuk sup. Beliau makan kuey teow bersulam sup. Nak menyuap makanan pun tangan gigil. Suku pun tak habis makan. Seolah give up. Badan dah kurus melidi. 

Kesian melihatkan keadaan beliau. 

Papillary kanser | jangkamasa| Tiroid Dan Anda

$
0
0

#andatanya

Assalamualaikum Prof.

Selalu nya sebagai pesakit kanser doc akan bg masa selama 5 tahun baru dikira betul2 bebas dari kanser.,kita sebagai pesakit kanser thyroid papilary nie jangka masa nya sama juga kah atau berbeza dgn kanser jenis lain?


#profjawab

Kalau merebak ke kelanjar atau paru-paru atau tulang, memang berbeza prognosis dia. Cuma kalau dahh 5 tahun kanser free, InshaAllah dah ok tu.


#ProfRohaizak

#tiroiddananda

Cara dapatkan bantuan utk membayar kos Rai | Tiroid dan Anda

$
0
0

Mia (sumber: Fb Tiroid dan Anda(ori).

Assalamualaikum & selamat pagi...

Pagi sngt ni kn...hmm trsedr dr tido..br terbaca tntg status rakan kita wan nur' pasal mohon bantuan kos rawatan...hrtu k.pah ade minta tuliskan d wall,tp lupa...

Sy just nk share pengalamn sy lh psl bntuan kebajikn ni..mne tau boleh membntu...

Sy pesakit follicular tiroid ca..operate feb 2016 d hspital tanah merah kelantn..kos 9 hr warded rm141..sy byr dulu then br claim majikan...sy pkerja swsta yg bergaji minimum..kire cukup mkn jelh,so lpslh nk byr amount tu...


Then,sy diminta utk buat RAI d HUSM Kubang Kerian Kelantan..ms 1st apptmnt,sy diberitahu kos nya adlh sbnyk rm1500...majikan xsupport..sy blur kejap.. Sy xde pilihan sbb tu jelah satu2 nya hospital yg boleh buat rai d klntan...tp tulh kna rajin bertanya...


Sy diberitahu oleh misi d HUSM utk memohon kebajikan hospital tmpat kite follow up iaitu d hspital tanah merah..jd sy ke sana,jumpa doc dan bgtau mslh sy...di sana,doc isikn satu surat di mana pengarah hospital sign.. Surat tu hnya boleh dibawa oleh hspital tanah merah ke husm tp sy perlu bermlm d wad n keesokan hrnya dhntr ke husm dgn ambulan...ms dischrge pun ambulan yg dtg ambil sbb mereka yg akn settlekn bil.


So,pd wan nur,sy suggestkan pergi ke hspital sg buloh n utarakn mslh ni...minta doc d sana buatkn surat utk pengarah hspital sign..dan InsyaAllah mereka akn settlekan bil..


2nd RAI sy buat d HUSM jga tp dos rndh kena charges rm350..sy still mnta bntuan,tp kna melalui hospital kb plak..sy stay sana 3hr..lps wbs br sy blk..pdhl lps minum tu leh trus blk utk kuarantin d rumah..ambulan hntr n ambil ke husm...kna byr hrga katil je dlm rm8 rsnye..prosedur sma jgak..


So,jgn disebbkn kite xmmpu,kite menolak utk mndptkn rawatan..mgkin ade yg menempelek bgtau ' tulah xnk ambik insuran sngt'....tp mereka xtau kite xmmpu pun nk byr bulan2 insuran tu...sy bersyukur sy xpernh stop utk berubat sbb InsyaAllah ade caranya...


Utk wan nur dan rakan2 senasib, semoga Allah permudahkan urusan anda..tq

GARAM | TIROID DAN ANDA(ORI)

$
0
0
Sumber: Fb Grup Tiroid dan anda (ori)
Assalamualaikum

GARAM
Kenapa garam nak masak makan pun jadi masalah kepada pengidap tiroid ?
Sebenarnya..tidak ada masalah sangat. Ia nya masalah kecik jer...tapi bertukar pulak jadi masalah besar.

Garam jer pun...

Mai nak xplain bagi clear sikit..Harap tidak ada salah faham dikemudian hari.

Masalah pengambilan garam ni,berlaku hanya kepada MEREKA YG NAK AMBIK (RAI)Radioiodine SAJA. Yang tak ambik RAI ,boleh jer ambik segala jenama garam. Bukit ke,gunung ke,laut ke,garam putih ke,garam halus ke,garam kasar ke,garam pink ke, garam online jualan langsung..semua boleh...BOLEH. Garam cap Tesco ke,Mydin ke, kedai Rm2 ke,7eleven ke, semua BOLEH.

Mereka yang nak ambik (RAI)Radioiodine, terutama RAI KANSER ada LID (LOW DIET IODINE) Low..bukan No.. LID ni,memang ketat. Silap sikit ambik iodine, BATAL pantang. Kena Tunda RAI . Mula pantang semula. Sebab kena kawal betul2 pengambilan iodine,tak mahu bagi terbatal,sebab...Pengidap kanser tiroid kena stop Thyroxine SEBULAN. Habis nyilu sendi badan nak sampai ke sebulan stop Thyroxine . Jadi jika tunda RAI , tambah lagi masa pantang..tambah lagi masa tak makan ubat. Tambah lagi sakit mental dan fizikal...

Kembali kepada garam..
Seperti semua org tahu,garam ni macam2. Garam laut yg timbang kilo,80sen beli kat pasar malam , kedai runcit..pun ada kandungan iodine. Kandungan mineral bergantung kpd air laut tu sendiri.
Sbb itu LID kena kurangkan pengambilan garam. Bukan tak boleh bergaram tapi guna sedikit yg boleh.

Bila nak guna garam berjenama, halagel ke mount ke,salt rock ke apa bagai lah..perlu LIHAT PADA PEKET garam tersebut. Jika ada perkataan IODIZED ,bermakna garam tersebut telah ditambahkan iodine. Jadi..jika LID ambik garam iodized maka Radioaktif iodine yg akan diambik kelak mungkin tidak memberi kesan yg diharapkan.
Sel2 kanser dibiarkan lapar iodine. Jadi bila diberi iodine beradioaktif,sel2 kanser akan ‘memakan dan seterusnya akan termusnah/terbakar’.

Okey...
Boleh faham? Tidak ada masalah utk mengambil apa2 jenis garam kegemaran.
TAPI.. jika anda Hyperthyroid, pandai2lah pilih garam. Kalenjar Tiroid tugasnya menyerap iodine. Banyak anda ambik sumber iodine, maka byklah di serap. Sbb tu kadang kala ada yg berasa mcm leher membengkak. Kdg kala ada berasa jantung laju..

Hypothyroid yg masih ada Kalenjar Tiroid pun kena kawal jugak. Wpun Hypothyroid kurang iodine. Janganlah semahu2nya ambik sumber iodine berlebihan. Sbb ada Hypothyroid yg ada bengkak leher juga.

Hypothyroid yg dah tak ada Kalenjar Tiroid , agak bebas nak ambik sumber iodine. Cuma..jgnlah berlebihan sangat..shell out sampai tiga kali seminggu ke..mmg cari pasal jugaklah tu...

Rasanya okey lah kot .. penerangan ni...

Jenama garam bukan masalah...yg jadi masalahnya ialah bila nak ambik (RAI)Radioiodine saja.

Sekian.


~ Kpah k-poh ~

Hypothyroid | Myxedema coma | TIROID DAN ANDA (ORI)

$
0
0
Sumber Fb TIROID DAN ANDA (ORI)


HYPOTHYROID

Risiko Tidak Mengambil Ubat Penggantian Hormon Tiroid (Thyroxine dll) seperti yg diarahkan oleh doktor anda.

Jika anda HYPOTHYROID sama ada disebabkan oleh Hashimoto,pembedahan tiroid atau hipotiroidisme kongenital - jika gagal untuk mengambil ubat tiroid iaitu, levothyroxine,thyroxine atau lain2 ubat penggantian hormon tiroid boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan anda.

Risiko-risiko ini boleh termasuk yang berikut:

tekanan darah jadi tak menentu
Suhu badan yang rendah, sentiasa berasa sejuk
keletihan
kemurungan
masalah memori
Kolesterol tinggi, rawatan tahap kolesterol tinggi
penambahan berat badan
ketidaksuburan
keguguran
Kematian pada kelahiran
kelahiran pramatang
haid tak menentu
Kehilangan atau penurunan nafsu seks
kelemahan otot
sembelit
Sakit sendi atau otot
keguguran rambut
Tangan bengkak, kaki dan muka
Pertumbuhan nodul tiroid ,meningkatkan saiz goiter
Peningkatan risiko penyakit jantung
Peningkatan risiko jangkitan
Myxedema koma dan kematian

(Translated from medicinenet )
Apa itu Myxedema coma:
Keadaan yg teruk disebabkan oleh tahap Hormon Tiroid yg rendah di dalam darah (Hypothyroidsm)ialah Myxedema coma. Iaitu kehilangan fungsi otak.

Myxedema coma dikategorikan sebagai komplikasi yg mengancam nyawa disebabkan oleh Hypothyroidsm dan ia adalah lebih serius dari yang kita tahu tentang penyakit Tiroid ini.

Apa yang boleh menyebabkan Myxedema coma:
Kebanyakan pesakit yg dapat Myxedema coma ada sejarah Hypothyroidsm, pembedahan Tiroid atau mengambil Radioaktif iodine (RAI) utk Tiroid.

Sangat jarang berlaku disebabkan oleh ketidakupayaan Kalenjar tiroid mengeluarkan Hormon Tiroid, tapi sebaliknya ia disebabkan oleh kegagalan kalenjar Pituitary atau hypothalamus untuk memberi isyarat yg betul kpd Kalenjar tiroid supaya melaksanakan tugasnya iaitu mengeluarkan Hormon Tiroid dengan betul.

Dalam situasi ini, Kalenjar tiroid dlm keadaan normal, tapi ia tidak menerima isyarat dari Kalenjar Pituitary atau hypothalamus bagi membuatkan Ia mampu menghasilkan Hormon Tiroid .


Pencetus (triggers) Myxedema coma:
Beberapa faktor mungkin tiba2 menjadi pencetus Myxedema coma. Ia boleh berlaku kepada mereka yg tidak mengawal tahap Hypothyroidsm.

Ini termasuklah;
-pengambilan ubatan (drugs - terutamanya ubat sedatif,narcotics,anesthesia,lithium (Eskalith,Lithobid) dan amlodarone(Cordarone)

-jangkitan

-stroke

-trauma

-kegagalan jantung

-pendarahan gastrointestinal

-Hypothermia( suhu badan yg luar biasa rendah)

- gagal mengambil ubat Tiroid seperti yg diarahkan.

Apakah simptom2 Myxedema coma?
@suhu badan akan jadi luar biasa rendah. Mungkin akan serendah 26.6 darjah C.

@gangguan mental yg teruk termasuklah berhalusinasi, disorientasi, sawan, dan akhirnya koma.

@pembengkakan diseluruh tubuh (edema) dengan mata juga bengkak dan lidah menjadi tebal.

@rambut kering,jarang dan kehilangan bulu kening.

@sukar utk bernafas

@pengumpulan cecair di paru-paru dan jantung (pleural effusion and pericardial effussions)

@jantung mungkin perlahan (slow down) dan keupayaan mengepam darah merosot.

@saluran gastrointestinal tidak berfungsi dengan baik dan kadangkala ia menjadi lumpuh,oleh itu ia memerlukan pembedahan.

@kelainan dlm ujian darah adalah hasil daripada peningkatan cecair dalam badan. Sebagai contoh, tahap sodium merudum disebabkan oleh pencairan, yg disebabkan oleh badan yg menyimpan air berlebihan.

Gangguan Hormon Tiroid yg ringan , boleh dikendalikan dibawah pengawasan Doktor.
Manakala Myxedema coma pada umumnya dikendalikan oleh Pakar Tiroid (Endocrinologist) sebab rawatannya boleh jadi sangat rumit dan kritikal.

Bagaimana Myxedema coma boleh dicegah dari berlaku:
- cara yg paling baik utk menghalang keadaan ini ialah dengan mencegahnya lebih awal .

-individu dengan Hypothyroidsm sepatutnya membuat rutin rawatan dan ujian darah utk pastikan dos pil penggantian Hormon Tiroid adalah sesuai.

-sekiranya mempunyai simptom2 yg membimbangkan, tapi belum di diagnose sebagai pengidap Hypothyroidsm, mereka sepatutnya segera ke hospital untuk menguji Hormon Tiroid mereka.


~ kpah k-poh ~

Tiroditis Hashimoto | Tiroid Dan Anda(ori)

$
0
0

Tiroiditis Hashimoto: Penyebab, Gejala, & Pengobatannya


SUMBER: (Amazine | Online Popular Knowledge)


Penyakit pertama yang dikenali sebagai penyakit autoimun adalah tiroiditis Hashimoto (Hashimoto’s thyroiditis).


Dr. Hashimoto Hakaru, merupakan orang pertama yang berhasil mengidentifikasi kondisi ini di Jerman pada tahun 1912.


Tiroiditis Hashimoto adalah suatu kondisi dimana antibodi menghancurkan sel-sel kelenjar tiroid.


Apa Tiroiditis Hashimoto?


Tiroiditis Hashimoto mempengaruhi kelenjar tiroid yang terletak di pangkal leher.


Kelenjar tiroid adalah bagian dari sistem endokrin. Kelenjar ini menghasilkan hormon yang membantu mengkoordinasikan banyak fungsi tubuh sekaligus mempengaruhi pertumbuhan dan metabolisme.


Tiroiditis limfositik kronis adalah nama lain untuk menyebut tiroiditis Hashimoto.


Kelenjar tiroid yang diserang oleh sistem kekebalan tubuh menyebabkan peradangan dan hipotiroidisme.


Penyebab Penyakit Hashimoto


Dalam keadaan normal, sistem kekebalan tubuh terdiri dari antibodi dan sel darah putih.


Sel-sel ini hadir dalam tubuh untuk melindungi tubuh terhadap virus, bakteri, dan antigen lainnya.


Pada penyakit autoimun, antibodi dan sel darah putih justru menyerang sel tubuh yang sehat.


Pada kasus tiroiditis Hashimoto, antibodi menyerang kelenjar tiroid sehingga menyebabkan peradangan, kelenjar tiroid yang kurang aktif, dan kekurangan produksi hormon tiroid.


Kekurangan produksi tiroid menyebabkan kelenjar pituitari memerintahkan kelenjar tiroid memproduksi hormon lebih banyak lagi.


Hal ini menyebabkan pembesaran kelenjar tiroid, suatu kondisi yang disebut gondok.


Penyebab dari penyakit tiroid autoimun masih belum diketahui. Banyak ahli berpikir bahwa virus atau bakteri memicu berkembangnya penyakit ini.


Faktor genetika juga dituduh sebagai penyebab tiroiditis Hashimoto. Orang yang memiliki riwayat keluarga diabetes tipe 1 atau penyakit celiac cenderung mengembangkan tiroiditis Hashimoto.


Ada berbagai faktor lainnya seperti umur dan jenis kelamin yang mampu memperbesar risiko.


Penyakit ini biasanya mempengaruhi lebih banyak wanita paruh baya dibandingkan pria.


Gejala Penyakit Hashimoto


Tidak ada gejala khusus tiroiditis Hashimoto karena penyakit ini membutuhkan waktu bertahun-tahun untuk berkembang.


Selama beberapa tahun, kerusakan tiroid kronis terjadi. Secara bertahap, terjadi penurunan tingkat hormon tiroid dan gejala tiroiditis Hashimoto akan mulai nampak.


Berbagai tanda dan gejala tiroiditis Hashimoto antara lain sbb:


Kelelahan

Peningkatan sensitivitas terhadap dingin dan panas

Sembelit

Kulit kering

Wajah membengkak

Suara serak

Peningkatan kadar kolesterol darah

Peningkatan berat badan

Nyeri otot

Kekakuan pada sendi

Depresi

Gejala tiroiditis Hashimoto juga termasuk paresthesia, serangan panik, bradikardia, takikardia, hipoglikemia reaktif, sembelit, migrain, infertilitas, dan rambut rontok.


Pengobatan Penyakit Hashimoto


Pengobatan tiroiditis Hashimoto akan mencakup terapi hormon pengganti hormon tiroid.


Pasien mungkin disarankan menggunakan hormon tiroid sintetis seperti levothyroxine.


Hormon sintetis ini mirip dengan hormon tiroid dan membantu mengembalikan tingkat tiroid sehingga mengurangi gejala tiroiditis Hashimoto.


Pengobatan ini dilakukan seumur hidup dengan dosis bervariasi sesuai tingkat TSH setiap 6 sampai 12 bulan.


Pasien harus mengurangi asupan kafein, gula, dan berbagai pengawet makanan.


Makanan yang dianjurkan untuk penderita tiroiditis Hashimoto termasuk brokoli, kangkung, kol, bayam, lobak, kedelai, kembang kol, sawi, dll.


Pasien harus menghindari makanan kaya yodium ( iodine) seperti rumput laut. Penting untuk memiliki asupan harian protein tanpa lemak seperti ikan, ayam, kacang-kacangan, putih telur, dan daging.


Protein dalam makanan akan membantu mengurangi rambut rontok yang merupakan salah satu tanda hipotiroidisme.


Makanan berserat tinggi seperti kacang merah, apel, pir, brokoli, sayuran berdaun hijau, biji-bijian, almond, dan biji rami juga harus dimasukkan dalam diet tiroiditis Hashimoto.


Suplemen vitamin serta suplemen seng akan membantu mengurangi gejala Hashimoto.


Jika dibiarkan tidak diobati, tiroiditis Hashimoto (Hashimoto’s thyroiditis) dapat menyebabkan kegagalan otot, bahkan gagal jantung.


~copy paste~

KENAPA PERLU MAKAN PIL KALSIUM | TIROID DAN ANDA (ORI)

$
0
0

Copy paste Dari Blog : 

Dr. Muhammad Hafiz Sulaiman 

(Bukan Hafiz Sulaiman yer..kebetulan nama sama) 


antara faktor kenapa perlu makan pil kalsium ialah, sewaktu pembedahan kelenjar tiroid, kelenjar PARATIROID juga turut dibuang oleh pakar bedah. walaupun ia boleh dielakkan, namun adalah sukar untuk elakkan dari memotong kelenjar PARATIROID. 


oleh sebab kelenjar paratiroid berfungsi mengekalkan paras kalsium dalam darah, individu yang kehilangan kelenjar ini perlu dapatkan kalsium dari luar. Jadi besar kemungkinan anda perlu makan pil tersebut seumur hidup atau mendapatkan rawatan gantian hormon. 


Cuba ketuk bahagian bawah tepi mata (lebih kurang 4 cm dari mata)menggunakan hujung jari, jika muka menghasilkan reflex maka anda sememangnya kekurangan kalsium walaupun setelah memakan pil (aktiviti mengetuk ini dinamakan -chvostek sign). 


Jadi kemungkinan keberkesanan pil boleh dipertikaikan. Ini mungkin terjadi kerana pil tersebut mungkin kurang diserap 

dalam badan (akibat kurang paratiroid dan vitamin D dll) jadi anda perlu berbincang dengan doktor cara lain memasukkan kalsium dalam darah anda / menggunakan pil yang lain.

(update: blog tidak ditemui) 

Kpah: sila bukak youtube utk lihat cara nak buat CHVOSTEK SIGN) 

Maksima dos Radioiodine | Tiroid dan Anda (ori)

$
0
0
Sumber : tidak dicatat

Assalamualaikum.. Sekadar perkongsian daripada saya 😀

Selama ni saya tak pernah terfikir,rawatan radioactive iodin pon sampai masa akan memudaratkan pesakit itu sendiri. sehinggalah saya terbaca comment di fb daripada pesakit daripada US..

Minggu lepas saya ada follow up dengan nuklear Pulau Pinang. At first Doktor just review result operation yg ke-5 saya baru baru ni..since operation kali ni saya terselamat daripada penularan kanser lagi,so tak perlu lah ambil radioactive lagi (lega gila!)

Memandangkan pertemuan baru ni xda benda serius utk doktor terangkan,saya ambil kesempatan utk bertanya,memandangkan saya pon cuak jugak sbb total uptake dh 500mci 😭

Apa yg doktor terangkan,guideline perubatan,kita blh ambil sampai 1000mci.. kalo terpaksa ambil juga, doktor akan jarakkan tempoh pengambilan; mksdnya kalo sekarang ni 6bulan sekali, so kalo dah over 1000mci, maybe doktor akan jarakkan kepada setahun sekali (tertakluk kepada pemerhatian dan guideline yg dibenarkan).....ataupon,pesakit akan dirujuk kebaha gian onkologi utk ambil ubat (tak ingat ubat apa). tp rawatan ni doktor kata mahal

So,itu saja lah update daripada saya since posting saya yg dulu bertanyakan pasal ni saya ada ckp nnt dah dpt jawapan saya update 😀 kalau ada kesalahan di mana2 info diatas,mohon betulkan saya yer😂😂

pss: saya ingat sekali 2 perjumpaan lagi,saya dh blh discharge drpd nuklear (skrg ni jumpa 2 doktor; SOPD & nuklear),rupanya angan angan jer lah😂😂😂... ibarat kata hingga nyawa bercerai drpd badan lah dok kena mai melawat kawasan😉


~ kpah k-poh ~

Negative feedback | TSH T4 | TIROID DAN ANDA(ORI)

$
0
0

Kalau T4 normal.. TSH rendah. 

Kalau TSH normal.. T4 pulak akan rendah. 


Kita panggil negative feedback. Ia berlaku kepada Hypertiroid dan juga Hypothyroid. 


#ProfRohaizak

#tiroiddananda


Mereka yg tak mengidap tiroid saja yg semua Normal. 

Doc yg cek tiroid kpah.. Dia tengok T4 jer. Katanya jika T4 masuk dln range normal, ia sudah cukup baik.

Lepas ni tak perlu fikir cara nak dapat TSH normal..


Utk kanser tiroid, T4 mesti ke arah hyper. Sbb jika ke arah hypo, dibimbangi kanser masih ada / bertambah.



Doc Hana Hadzrami | Fakta Pembiusan

$
0
0

Fakta tentang pembedahan dibawah pembiusan:


SEBELUM PEMBEDAHAN (Pre-operation)

🔹Pesakit perlu berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam, namun dibenarkan minum air kosong (teh tarik atau milo ais tak termasuk) sehingga 2 jam sebelum pembedahan. Usah tipu doktor bius tentang ini kerana yang terbakar paru-paru akibat termasuk asid perut nanti anda sendiri, bukan doktor. 

🔹Pesakit perlu berhenti merokok sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan supaya paru-paru boleh berfungsi dengan baik sepanjang pembiusan, lebih-lebih lagi selepas pembedahan. Jika paru-paru bermasalah, nyawa anda boleh terancam.

🔹Pastikan anda faham tentang pembedahan. Usah turunkan tandatangan tanpa mengetahui prosedur apa yang bakal dilakukan. Sebaiknya bincang tentang pembedahan dengan doktor yang bakal membedah anda, bukan dengan doktor lain.

🔹Sila beritahu semua masalah perubatan yang anda ada dan semua ubat yang anda ambil termasuk maklumat alahan anda. Beritahu juga jika anda ada mengambil herba atau ubatan tradisional kerana ia memberi kesan kepada fungsi organ dan boleh menyebabkan pendarahan berlebihan. Jika anda merokok, mengambil alkohol atau mempunyai sebarang penyakit berjangkit, usah sorokkan maklumat ini.

🔹Bincangkan tentang cara pembiusan yang terbaik untuk anda dengan doktor bius. Jika doktor bius mencadangkan bius tambahan (epidural atau pembiusan regional), ada baiknya anda ambil demi mengurangkan kesakitan selepas pembedahan. Fahamkan tentang kesan sampingan bius serta risiko yang mungkin terjadi, terutama jika anda ASA* 3 dan keatas.

🔹Tanggalkan mekap, pewarna kuku dan perhiasan diri sebelum masuk dewan bedah. Sebaiknya mandi sebelum dibedah kerana anda akan terlantar beberapa hari atas katil selepas dibedah. Bau badan jika tak mandi boleh memeningkan kepala petugas dewan bedah.

🔹Tanggalkan cermin mata dan gigi palsu namun bawanya ke dewan bedah. Anda mungkin memerlukan cermin mata untuk pengesahan consent. Beritahu jika ada gigi yang longgar ataupun crown/ bridge gigi yang pernah dibuat. Tercabut gigi mahal nanti anda yang susah.


SEMASA PEMBEDAHAN (Intra-operation)

🔹Dewan bedah adalah sangat sejuk dan anda hanya memakai pakaian khas yang tipis. Jangan risau, kami akan berikan anda berlapis-lapis selimut dan selimut pemanas juga.

🔹Petugas dewan bedah akan memastikan keizinan (consent) bedah, jadi jangan marah jika soalan sama ditanya beberapa kali (sekurang-kurangnya 3 kali). Nanti salah pesakit atau salah potong pula.

🔹Tenangkan diri sejurus sebelum dibius. Bacalah doa atau bermeditasi. Selain itu bertawakkallah kepada Tuhan. Pada yang atheis, pandai-pandai anda sendirilah.

🔹Berbaiklah dengan doktor bius kerana kami yang akan memastikan anda selamat dan tak sakit sewaktu tubuh dikerat-kerat dan darah melimpah-limpah dibedah.


SELEPAS PEMBEDAHAN (Post-operation)

🔹Doktor bius akan menyeru nama anda kembali ke alam nyata setelah pembedahan tamat. Buka mata dan bertenang. Usah panik jika ada tiub besar didalam mulut. Buka mulut dan batuk jika ada kahak supaya ianya boleh disedut keluar.

🔹Anda akan diselia di recovery bay (unit pemulihan) untuk suatu tempoh masa sehingga stabil. Pintalah ubat tahan sakit jika masih berasa sakit. Kemungkinan berasa pening dan muntah adalah perkara biasa sehinggalah beberapa jam selepas dibius. 

🔹Sejurus sampai ke wad, jururawat akan menyelia tanda vital dan memberitahu tentang ubat tahan sakit. 

🔹Untuk pembedahan yang melibatkan abdomen, dada atau pembedahan yang mengambil masa lama, anda akan disuruh menggunakan incentive spirometer (IS). IS ialah alat yang membantu mengembang dan menguatkan paru-paru selepas menjalani pembedahan. Paru-paru yang tak kembang dan berkahak akan menyebabkan jangkitan kuman lalu pesakit akan lambat pulih. 

🔹Kerapkali stokin ketat dan ubat pencair darah seperti heparin akan diberikan kepada sesetengah jenis pesakit untuk mencegah darah beku. Darah beku dalam badan boleh menyebabkan maut jika termasuk jantung atau paru-paru. 

🔹Doktor akan menggalakkan pesakit supaya bergerak secepat mungkin bagi memulihkan pengudaraan paru-paru dan pengaliran darah. Usah diikutkan rasa malas atau takutkan kesakitan. Ubat tahan sakit yang diberi bukan untuk anda selesa berbaring tetapi supaya lekas bergerak. Lebih cepat anda bergerak, lebih cepat pemulihan terjadi.


***


Biarkan luka bedah pulih dengan sendiri. Usah ambil pati haruan, pati gamat dan sebagainya. Anda manusia, bukan haruan atau gamat. Jadi memanglah pemulihan akan mengambil masa. Penggunaan suplemen tersebut hanya menyebabkan luka dalaman pulih secara huru-hara dan melekat-lekat dengan organ lain.


Hana Hadzrami

Membius dengan kasih sayang dan amanah


KANSER TIROID SECARA UMUM | TIROID DAN ANDA (ORI)

$
0
0
KANSER TIROID SECARA UMUM

Tiroid merupakan kelenjar endokrin di bahagian hadapan leher setiap manusia normal, berfungsi untuk mengawal metabolism badan. Pelbagai penyakit boleh menyerang kelenjar tiroid dan ianya merupakan masalah kesihatan biasa dengan jumlah pesakit yang ramai di setiap hospital, Namun demikian, sehingga kini lebih separuh dari bilangan pesakit tiroid masih belum menyedari mereka sebenarnya menghidap penyakit itu. Dalam berpuluh-puluh jenis penyakit tiroid yang ada, penyakit yang paling ditakuti ialah kanser tiroid.

KANSER TIROID

Terdapat empat jenis kanser tiroid iaitu papilari, folikular, medulari atau anaplastik.
Kanser tiroid papilari dan folikular merupakan jenis kanser tiroid paling lazim dijumpai berbanding jenis lain di mana ianya bermula pada sel folikular pada tiroid. Kanser jenis ini secara amnya tumbuh dengan perlahan dan jika dikesan lebih awal, kebanyakan pesakit akan dapat bebas dari kanser jenis ini setelah menjalani rawatan
Kanser tiroid medulari pula terdiri daripada lima hingga 10 peratus kes kanser tiroid yang muncul dalam sel C kelenjar tiroid tetapi ia lebih mudah dikawal jika dikesan dan dirawat sebelum merebak ke bahagian lain. Kanser ini juga berkait rapat dengan beberapa kanser dan tumor pada organ-organ lain dan perlu diberi perhatian lebih khusus oleh pakar bedah endokrin
Kanser tiroid anaplastic merupakan jenis kanser tiroid yang paling kurang ditemui (hanya satu atau dua peratus) dan timbul dalam sel folikular. Sel kanser jenis ini amat luar biasa dan sukar dikenal pasti. Ia juga sukar dikawal berbanding sel kanser lain kerana biasanya tumbuh serta merebak dengan pantas. Kebanyakan pesakit dengan kanser anaplastic kebiasaannya mempunyai harapan yang tipis untuk disembuhkan

SIMPTOM

Peringkat awal kanser tiroid lazimnya tidak menimbulkan sebarang simptom namun apabila kanser itu membesar, beberapa tanda yang boleh dilihat adalah;

- Benjol atau bintil di depan leher atau berhampiran halkum.
- Suara menjadi parau dan sukar bercakap dalam nada normal.
- Nodus limfa bengkak terutama di leher.
- Sukar menelan atau bernafas
- Sakit pada tekak atau leher.

Bagaimanapun simptom berkenaan tidaklah sensitif dan spesifik menjamin wujudnya kanser tiroid kerana pelbagai penyakit tiroid bukan kanser yang lain juga boleh menyebabkan symptom yang
Sesiapa yang mempunyai tanda-tanda tersebut dinasihatkan berjumpa doktor secepat mungkin kerana doktor sahaja yang mampu mendiagnosis dan merawatnya.

DIAGNOSIS

Sekiranya pesakit menghidap simptom yang mencadangkan kewujudan sel kanser tiroid, doktor akan memulakan sesi dengan bertanyakan mengenai sejarah perubatan diri dan keluarga diikuti dengan pemeriksaan fizikal serta beberapa siri ujian pengimejan dan makmal untuk mengesahkan kehadiran kanser tiroid.

Ujian darah: Doktor akan menguji darah pesakit untuk sebarang ketidak normalan paras hormon rangsangan tiroid (TSH) serta aras tiroid hormon dalam darah.
TSH terdiri daripada kelenjar pituitari dalam otak dan mampu merangsang pelepasan hormon tiroid serta mengawal kepantasan pertumbuhan sel folikular tiroid.

Ultrasonografi: Alat ultra bunyi menggunakan gelombang bunyi melantun pada tiroid dan komputer menggunakan gema untuk menghasilkan imej dipanggil sonogram dimana dari imej yang terhasil, doktor boleh mengenal pasti bilangan nodul, saiz dan mengenalpasti karekter nodul yang mendatangkan bahaya kepada pesakit.

Pengimbasan Radionuklida: Doktor mengarahkan pengimbangan perubatan nuklear yang menggunakan sedikit bahan radioaktif untuk menimbulkan imej nodul tiroid.

Biopsi: Pembuangan tisu untuk mencari sel kanser dipanggil biopsi. Ia boleh menunjukkan kanser, perubahan tisu yang boleh mengakibatkan kanser dan keadaan lain. Biopsi merupakan satu-satunya cara terbaik untuk mengesan sama ada nodul itu bersifat kanser atau tidak.

RAWATAN

Rawatan untuk kanser tiroid adalah bersifat individu bergantung kepada tahap penyakit pada masa diagnosis dibuat. Pada masa ini, pendekatan terbaik adalah melalui kaedah pembedahan diikuti rawatan susulan yang lain termasuk radio-iodin terapi, radioterapi serta kawalan hormon. Pesakit yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk disembuhkan dengan kaedah rawatan moden diikiuti dengan rawatan susulan seumur hidup.


~ Kpah k-poh ~

PENYAKIT TIROID | FB PAKATAN BAAH-ABAH

$
0
0

PENYAKIT TIROID (THYROID)

Apa yg abah perhatikan, penyakit ni memang popular, cuma ramai tak berapa yg arif tentang apa itu penyakit thyroid?

.

Thyroid ialah satu KALENJAR kecil yang terletak di bahagian hadapan leher. Kalenjar ini berfungsi menghasilkan HORMON bernama thyroxine.

Jadi, jika cakap pasal thyroid, ai adalah tentang penyakit kegagalan 1. KALENJAR dan 2. HORMON. 

.

1. KALENJAR

Apa yg selalu kita nampak, pembengkakan di leher itulah kalenjar thyroid. Ia juga digelar goiter. Pembengkakan kalenjar thyroid boleh jadi disebabkan oleh kekurangan zat iodine, tumor ataupun kanser. Iodine diperlukan dalam penghasilan hormon thyroxine. kekurangan iodine menyebabkan kalenjar thyroid membesar bagi menghasilkan lebih thyroxine. Umpama macam kilang, bila permintaan semakin tinggi, maka kilang pun dibesarkan bagi memenuhi supply. Walaupun kebanyakkan kes kalenjar thyroid adalah tidak berbahaya, pemeriksaan perubatan harus dilakukan demi mengesan kanser.

.

2. HORMON THYROXINE

Hormon thyroxine berfungsi sebagai penggalak tumbesaran dan perkembangan, juga mengawal kadar metabolisme. Kekurangan atau terlebih hormon ini mempunyai kesan kepada kesihatan. kekurangan hormon ini menyebabkan kadar metabolisme rendah, berat badan naik, tubuh mejadi lesu tidak bermaya dan membantutkan perkembangan kanak kanak. Hormon yg terlebih pula menyebabkan jantung menjadi laju, kuat berpeluh, menggigil, dan berat badan susut. Akhirnya, boleh menyebabkan kegagalan jantung. Namun perlu diingat, penyakit ini berbeza dengan kalenjar thyroid. Dalam penyakit ini, selalunya tiada bengkak di leher.

.

Kedua2 penyakit kalenjar dan hormon ini ada rawatannya, dari segi ubatan, radiotherapy dan juga pembedahan. Rujuk kepada doktor anda jika disyaki ada masalah thyroid



Selepas operation Tiroid | TIROID DAN ANDA(ORI)

$
0
0

#gengtiroid 


Selepas operation akan rasa sakit (bukanlah sakit mcm nak beranak tapi ada rasa perit dalam tekak  bila menelan) sebab semasa operation, tiub pernafasan dimasukkan ke dalam salur pernafasan. 


Nak hilangkan perit tekak tu, Bolehlah ambik ais kerim vanilla atau yogurt. Jangan pulak ambik ais kerim yg bercoklat (rasa panas dlm tekak nanti). Ais kerim berkacang pun jangan ambik (batuk nanti terbukak gam kat luka tu..#padanmuka) 


Nanti akan ada rasa sakit / lenguh tengkuk pulak. Maklumlah.. Masa operation tu, kita kena mendongak kaw2 punya. Katalah 4 jam mendongak, mau tak cramp tengkuk. 


Bolehlah nak sapu minyak angin ke minyak panas atau minyak urut. Minyak wangi tak boleh laa.. Atau basahkan tuala dgn air sejuk / ais dan letak kat tengkuk tu. Dan satu lagi, boleh jugak guna bantal berbentuk U semasa nak tidur utk elakkan jari jemari tu menggaru pada luka operation. Boleh tidur dengan bantal tinggi jugak jika itu lebih selesa. 

Ada senaman utk leher yang nak kena buat. Pandang kiri.. Pandang kanan.. Atas dan bawah.. Janganlah beria sangat.. Slow2lah yer.. Kalau tak buat senaman leher ni.. Risau pulak kalau jammed leher tu.. Tak boleh gerak pulak.. Kes naya. Senaman leher jugak, utk melancarkan perjalanan darah ke tempat luka agar luka dalaman tu cepat sembuh. 


Ok lah kot #tuantanah malas nak membebel 😅😅

Pemeriksaan nodule / ketulan tiroid | TIROID DAN ANDA(ORI)

$
0
0
Sumber: fb Grup Tiroid dan anda (ori) 

Doktor akan melakukan pemeriksaan pada leher anda. 

Semasa doc memeriksa leher anda pada bahagian kalenjar Tiroid, anda akan diminta utk menelan. Seperti menelan air liur. 

Semasa anda menelan, jika nodule / ketulan pada kalenjar Tiroid itu bergerak turun dan naik...maka nodule / ketulan tersebut memang masalah kalenjar Tiroid. 

Jadi.. Bagi anda yg berasa ketulan turun naik.. Itu bukan luar biasa.. 


MENGANDUNG | PENGIDAP TIROID | TIROID DAN ANDA(ORI)

$
0
0

#gengtiroid 


MENGANDUNG 


Sumber :

-Pakar O&G dan MFM

(maaf terlupa nak catat nama) 


SECARA UMUM, pesakit hyperthyroid perlu untuk paras hormon thyroid dikawal. Tidak ada had masa.... bukan 6 bulan, setahun atau 2 tahun. Ia bergantung kepada betapa cepatnya paras hormon puan boleh di'normal'kan. Ada yang cepat, ada yang mengambil masa.


Jadi nasihat saya, dari memfokus kepada 'bila saya boleh mengandung', lebih baik puan fokus dulu pada 'saya nak paras hormon saya normal'. Makanlah ubat mengikut nasihat doktor anda. Jika dia suruh tambah ubat, sila tambah. Jika dia suruh tukar ubat sila tukar. Jangan tinggal ubat doktor dan guna rawatan alternatif/supplemen.


Hanya apabila paras thyroid puan normal, barulah rancang untuk mengandung.


Ingat. Ibu haruslah sihat, untuk bayinya sihat. Tidak guna jika ibu tidak sihat tetapi mengandung. Kemudiannya gugur pula.


Semoga puan bersabar. Inshaallah rezeki itu akan ada.


PS. Carbimazole boleh diambil sewaktu mengandung TETAPI atas nasihat PAKAR sahaja. (Bukan absolute contraindication)


#tiroiddananda

Fb Grup Tiroid dan anda (ori) 

Iodine | TIROID DAN ANDA(ORI)

$
0
0

#gengtiroid

#tiroiddananda 


Seafood bukan untuk dielakkan terus. Tetapi untuk dikurangkan sahaja. Badan kita masih juga perlukan bekalan iodine.


Kalau ber #shellout tu, jagalah kuantiti Seafood yg diambik.. Nanti jantung laju - tangan gigil - berpeluh sejuk - jadi tidak keruan.. #zonmerah

PENYAKIT TIROID SEMASA HAMIL

$
0
0

Sumber Utusan Online

Penyakit tiroid semasa hamil.

Penyakit tiroid memberikan risiko pada ibu dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya si ibu menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.


Dengan rawatan, si ibu boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan yang diberikan juga mungkin diubah dos ubat secara berkala di samping ujian darah dan ujian lain yang difikirkan perlu akan dilakukan.


Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit yang hamil. Ada sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil postpartum tiroiditis. Lazimnya aras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke normal dengan pantas. Namun, ada segelintir ibu mungkin mengalami hipotiroidisme pada masa hadapan. Perlu ditegaskan ujian pengesanan atau ujian darah hormon tiroid bukan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.

Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera, apatah lagi kepada ibu hamil serta bayi dalam kandungan yang menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang, janin kecil dan kecacatan mental. Kes ini biasanya di bawah pengawasan doktor pakar yang biasanya akan dipantau di 'combine clinic' iaitu doktor pakar perbidanan dan doktor pakar endokrin. Akan tetapi, jgn risau, ia selamat dan mudah dirawat.

 

Viewing all 324 articles
Browse latest View live