Quantcast
Channel: K-POH / THYROID (TIROID DAN ANDA)
Viewing all 323 articles
Browse latest View live

Fisiologi dan Patofisiologi Tiroid | Sumber FB TheDiagnosa. | TIROID DAN ANDA (ORI)

$
0
0

Fisiologi dan Patofisiologi Tiroid.

Penghasilan hormon thyroxine dipengaruhi oleh satu hormon lain yang dikenali sebagai hormon perangsang tiroid (Thyroid stimulating hormone - TSH). Hormon perangsang ini dihasilkan oleh satu struktur di bahagian otak yang dikenali sebagai kalenjar pituitari.

Hormon perangsang ini akan menyebabkan satu reaksi berlaku pada sel tiroid dan ia akan menyebabkan penghasilan hormon thyroxine. Oleh itu jika hormon perangsang itu dihasilkan secara berlebihan, ia juga akan menyebabkan penghasilan hormon thyroxine yang berlebihan.

Tetapi badan kita mempunyai satu mekanisma untuk menghalang penghasilan hormon perangsang secara berlebihan. Iaitu ketika mana hormon thyroxine menjadi tinggi, ia akan dikesan oleh kalenjar pituitari.

Kalenjar pituitari sendiri akan mengurangkan penghasilan hormon perangsang tiroid jesteru mengurangkan penghasilan hormon thyroxine.
Mekanisma ini akan mengelakkan seseorang itu mempunyai hormon tiroid yang tinggi. Kecuali jika ia mempunyai masalah yang lain.

Seperti yang telah diterangkan di atas bahawa terdapat satu mekanisma yang mengawal penghasilan hormon thyroxine supaya ia tidak dihasilkan secara berlebihan.

Tetapi terdapat keadaan di mana mekanisma itu dikacau oleh faktor luar. Sebagai contoh dalam penyakit Graves(graves disease), multinodular goiter, pituitary adenoma dan sebagainya.


Sumber TheDiagnosa.

~ Kpah k-poh ~

Anxiety Disorder dan Panic Attack |TIROID DAN ANDA (ORI)

$
0
0
Sumber Fb Grup TIROID DAN ANDA (ORI) .

Anxiety disorder dan Panic Attack

full write-up pasal AD/PA : Thank you Encik Joe
penulisan daripada VirginRose di group anxiety.
Sbb tiroid ni ada kaitan besar jgk dgn anxiety.

APAKAH SIMTOM2 YANG TERLIBAT?
Kita bahagikan ia kepada simtom Fizikal & Emosi.
SIMTOM FIZIKAL.
-sakit kepala, kepala berdenyut2, rasa ada bnda bergerak2/berjalan dlm kepala,
kepala rasa panas, kepala rasa sejuk, kepala rasa mencucuk2, kepala rasa berat,
kepala rasa ringan, kepala rasa kebas, rasa ada benda ikat sekeliling kepala;
-dahi rasa berkerut tp tgk cermin tk berkerut, dahi rasa tegang, dahi rasa ketat, dahi
rasa ditempek koyok, dahi berdenyut2, dahi seperti kena ikat dgn getah, dahi kebas,
kening berdenyut2/bergerak2;
-hidung rasa tersumbat di bahagian rongga, hidung rasa seperti keluar cecair, hidung
sensetif dgn bau, nafas dari hidung terasa bahang/panas;

mulut rasa kering, bibir kering, bibir berdenyut2, mulut kebas, lidah kebas, susah
nak menelan, rasa ada cecair/kahak di tekak, percakapan jadi tak teratur, kerap kena
ulser mulut, rasa seperti sesuatu menyekat di tekak, rasa ada ketulan di leher, rasa
tercekik;
-muka rasa kebas sebelah, muka rasa kebas keseluruhan, muka rasa panas, muka
rasa sejuk, muka berdenyut2;
-telinga kebas, telinga berdesing, telinga berdengung, telinga tersumbat, dengar
bunyi loceng dlm telinga, telinga panas, telinga sejuk, telinga rasa bergerak2, sakit
dlm telinga;
-mata kabur, mata berkelip2/berdenyut2, mata sensetif dgn cahaya, mata menggoda
(eh, tk yg ni aku tipu je
-leher rasa kebas, leher tegang, leher rasa tercekik (aku mcm dh ulang benda ni kan)
leher rasa ada lump, leher rasa panas, leher rasa sejuk, leher rasa meremang, leher
berdenyut2;
-bahu rasa tegang, bahu rasa berat, belakang bahu rasa kebas, bahu sakit, bahu
lenguh, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul;
-badan belakang (tulang belikat) rasa lenguh, rasa berat, rasa kebas, rasa ditampal
koyok, berdenyut2, meremang, mencucuk2, sakit tulang belakang, tulang pinggul
rasa lemah, tulang belakang rasa lenguh, sakit pinggang;
-dada rasa ketat, dada rasa berat, dada mencucuk2 mcm rasa sakit jantung, rasa
mencucuk2 di dada kanan dan kiri juga, nafas sesak, nafas pendek, nafas laju, nafas
rasa tk puas, jantung berdegup laju mcm nk terkeluar, jantung mcm rasa tk berdegup
pulak, jantung berdebar2;
-perut rasa memulas, rasa kecut perut, perut kembung, perut rasa pedih, perut rasa
mencucuk2, perut rasa berdenyut2, pedih ulu hati, kerap sendawa;
-tangan rasa kebas, tk bole tido ditindih nnt tangan jadi numb; lembik mcm tkde
nyawa, tangan berdenyut2, tangan rasa kebas, tangan rasa mencucuk2, hujung jari
rasa panas, hujung jari dan tapak tangan rasa mencucuk2;
-kaki rasa kebas, cepat cramp, kaki berdenyut2, hujung jari rasa mencucuk2, kaki
rasa panas, kaki rasa sejuk, kaki rasa mencucuk2, kaki cepat lenguh, kaki tk bole nak
berdiri lama, kaki rasa bergetar, tapak kaki rasa panas, tapak kaki rasa sejuk, tapak
kaki berdenyut, tapak kaki mencucuk2;
-keperluan seks jadi menurun atau menaik;
-denyutan di seluruh badan;
-menggigil, badan rasa bergetar;
-melayang2, dizziness, tekanan darah rendah, tekanan darah tinggi;

berat badan menurun mendadak atau berat badan menaik mendadak;
-hilang selera makan atau bertambah selera makan
-depersonalisation, rasa dlm mimpi, berkhayal, rasa bukan realiti;
-mimpi buruk, gangguan tidur, insomnia;
-cepat letih, mudah mengantok di siang hari, pattern tido berubah;
-utk wanita yg dlm tempoh menstruasi: bdn jadi lemah/lemau, cramp, kitaran haid
tak teratur, kembung perut, sakit kepala, sakit pinggang, sakit tapak kaki, melayang2,
rasa nak pitam, cepat letih, rasa nak tido
SIMTOM EMOSI.
-perasaan rasa nak dekat mati, takut mati;
-cepat marah, sensetif, agresif;
-perasaan rasa akan pitam dan terus pengsan bila sesak nafas;
-perasaan takut nak mandi sbb takut pengsan dlm toilet;
-rasa takut nak pergi tempat yang tiada access pd klinik/hospital;
-rasa diri ada penyakit kronik, akan ditimpa musibah;
-bimbang ahli keluarga tersayang ada penyakit kronik, ditimpah musibah atau mati;
-rasa takut nak mengaji/solat sbb otak fikir seolah2 buang tebiat dan nak dekat mati;
-rasa rimas/sesak bila di khalayak ramai/kesesakan lalulintas;
-takut dengar berita kematian, takut dengar berita2 musibah;
-tak bole tengok gambo2 yang menakutkan/menyeramkan;
-terlampau berfikir hal sekecil2nya dengan sedalam2nya;
-tercetus pemikiran ttg hal2 keTuhanan sehingga bimbang menjadi murtad;
-ketakutan pd perkara unik/subjektif (e.g takut bunyi gagak/takut denyut2 di badan);
-takut naik lif krn bimbang jika lif ada mslh teknikal;
-takut pada mimpi2 buruk (batu nisan, mimpi org yg dh mati, kain putih, etc.);
-takut nak buat baik sgt sbb bimbang dikatakan buang tebiat;

selalu rasa down, bersedih, salahkan takdir, salahkan org sekeliling yang tk faham
keadaan diri;
-takut keluar rumah sbb takut ditimpa musibah;
-takut utk makan certain makanan sbb bimbang trigger pada Panic Attack;
-takut nak makan apa2 pun;
-fikiran terlampau negatif pd setiap perkara;
-tak bole rasa sakit kt kepala sbb otak dok fikir ada kanser otak;
-tak bole rasa sakit kt perut sbb otak dok fikir akan kena kanser perut;
-tak bole rasa tk selesa pd bahagian peranakan (utk wanita) krn otak dok fikir kena
kanser rahim;
-takut sesak nafas sbb otak fikir ada mslh paru2;
-takut bila jantung berdebar sbb otak fikir ada sakit jantung;
-takut pada setiap ketidakselesaan pd badan sbb rasa itu adalah simtom kpd suatu
penyakit lain;
-takut nk g movie sbb bimbang kena Panic Attack n tk bole escape;
-selalu rasa diri akan jadi gila;
-selalu rasa diri akan berakhir di hospital mental dan takkan sembuh dari penyakit;
-otak selalu terbayang cara kematian diri sendiri;
-tak bole tgk keadaan orang yang menyedihkan krn jiwa rasa sgt2 tersentuh, bole
buatkan sendiri menangis;
-kerap menangis, meratap;
-putus harapan pada semua org disekeliling;
-hilang rasa kebergantungan pada Pencipta;
-cenderung utk bersendiri dan hilang nikmat utk bersosial;
-cepat rasa bersalah pada diri sendiri;
-selalu rasa didampingi makhluk halus;
-mood swing;


~ Kpah k-poh ~

FEES

$
0
0
Sumber : Fb Grup TIROID DAN ANDA (ORI)

- Prof Marina Mat Baki, prosidur utk apa yer seperti itu?

Prosedur ini namanya FEES, ( Functional Endoscopic Examination of Swallowing)
Satu cara untuk menilai fungsi menelan seseorang.

Untuk menilai kebolehan menelan air,makanan lembut,solid dan keras yang kering seperti roti dan biskut.


An Upper endoscopy or EGD ( esophagogastroduodenoscopy)
Scope melalui mulut untuk periksa keadaan saluran makanan di leher,seterusnya perut dan saluran duodenum antara perut dan usus kecil.



~ Kpah k-poh ~

Bengkak Lelangit | TIROID DAN ANDA (ORI) | ECTOPIC THYROID

$
0
0
Assalamualaikum. Kpah ada bertanyakan Prof tentang Tiroid yg seperti ini. Sebab kpah pun pertama kali baru dapat tahu.

Sumber: Prof Rohaizak Muhammad UKMSC.

Bengkak Lelangit Kiri dan Bengkak Lelangit tengah, apakah Bengkak Tiroid? Prof..

- TIDAK PASTI. KENA BUAT ULTRASOUNDS, BARU TAHU.

Sama jugak dengan kes bengkak tepi leher.. Kena Ultrasound jugak ke Prof?

-YA

Maksud Prof, bengkak tiroid boleh jugak ada di Lelangit dan tepi leher?
Kemungkinan ada?

-ADA

bagaimana boleh bengkak tiroid ada di lelangit, Prof?

-ITU JARANG BERLAKU. KITA PANGGIL ETOPIC THYROID. BIASANYA KENA BUAT ULTRASOUNDS, CT SCAN ATAU THYROID SCAN.

Terima kasih, Prof.

Tak semua bengkak dalam mulut tu thyroid. Kebanyakannya bukan thyroid cuma rarely ada kes ectopic thyroid. Jangan pula semua panik! Yang penting, dapatkan pemeriksaan doktor


~ Kpah k-poh ~

Simptom-simptom Hypertiroid dan Hypothyroid | TIROID DAN ANDA

$
0
0

Sumber Fb Grup TIROID DAN ANDA(ORI)

Gejala hyperthyroidism:

·  bengkak di leher

·  degupan jantung yang cepat

·  cepat marah

·  cepat berpeluh

·  tidak tahan cuaca panas

·  tangan bergetar

·  kitaran haid tidak teratur

·  sentiasa gelisah

·  penurunan berat badan

·  rambut gugur

·  masalah sukar tidur (insomnia)

·  bengkak di sekeliling mata

·  kelopak mata tertarik ke dalam hingga menampakkan mata putih di bahagian atas

·  cirit-birit

·  tubuh badan lemah

·  osteoporosis

Gejala hypothyroidism:

·  kurang tenaga

·  rasa sejuk

·  denyutan jantung perlahan

·  kemurungan

·  berat badan bertambah

·  kurang daya ingatan

·  kulit kering

·  rambut gugur

·  sembelit

·  beguk

·  nafsu seks turun

·  suara serak

Sumber Utusan Online.

DARAH TINGGI | DOC. HANA HADZRAMI

$
0
0
Panduan untuk diri sendiri yg menjadi pengidap darah tinggi sejak 2009

DARAH TINGGI

Ada seorang kenalan yang menghidapi darah tinggi pernah memberitahu saya yang dia hanya mengambil ubat apabila perlu saja. Iaitu apabila dia berasa sakit kepala. Padanya darah tinggi hanya berbahaya apabila ada tanda.

Ramai pesakit darah tinggi tak ambil ubat secara berkala kerana mereka berasa sihat. Ia berbahaya kerana penyakit ini adalah pembunuh senyap. Anda takkan berasa apa-apa hinggalah mendapat serangan jantung ataupun stroke secara tiba-tiba.

Salur darah yang sihat adalah lembut, licin dan fleksibel. Penyakit darah tinggi akan memberi tekanan kepada dinding salur darah menyebabkan ia mulai berlekuk-lekuk dan tidak licin lagi. Ini menyebabkan kalsium dan lemak mudah tersangkut dan membentuk plak dalam salur darah dan menyumbang kepada pembentukan atherosklerosis.

Plak ini bukan saja menyebabkan salur darah menjadi keras, malah menyempitkan lumen salur darah. Ini mengakibatkan tisu dan organ kurang mendapat aliran darah dan oksigen yang mencukupi; seterusnya menyebabkan kegagalan organ dalaman tubuh.

Dinding salur darah juga boleh menipis dan menggelembung akibat tekanan yang tinggi menjadi aneurysm. Aneurysm adalah seperti bom jangka yang boleh meletup bila-bila masa.

Kesemua ini terjadi tanpa anda sedar. Tekanan darah melambung hingga 170-200 pun ada pesakit yang tak rasa apa-apa. Tahu-tahu dah pengsan.

Apa akibat jika penyakit darah tinggi dibiarkan?
🔹Serangan jantung akibat pengumpulan plak di salur koronari jantung
🔹Lemah jantung kerana otot jantung bekerja kuat mengatasi tekanan darah yang tinggi
🔹Kerosakan buah pinggang
🔹Stroke akibat salur darah pecah, ataupun stroke akibat salur darah tersumbat.
🔹Mata menjadi rabun akibat kerosakan retina

Siapakah yang berisiko mendapat darah tinggi?
🔹Faktor usia
🔹Keturunan
🔹Obesiti
🔹Merokok
🔹Aktiviti fizikal yang kurang
🔹Stress
🔹Pengambilan alkohol

Kini semakin ramai belia yang mendapat darah tinggi pada usia muda. Mereka lebih susah mendapat kesedaran berbanding orang berumur. Makan ubat pun tak mahu sebab luaran berasa kuat dan sihat; padahal dalaman dah haru biru.

Bayangkan mendapat stroke atau sakit buah pinggang pada umur 30an dan terlantar hingga usia 60? Siapa yang kita susahkan nanti?

Buatlah pilihan yang bijak.

.
.

Hana Hadzrami
Terima sajalah kenyataan ada penyakit, barulah boleh mula berubat dan usahakan cara hidup sihat.


~ Kpah k-poh ~

Kalenjar Tiroid membengkak | Thyroidectomy | TIROID DAN ANDA (ORI)

$
0
0

-Kalenjar Tiroid membengkak kiri dan kanan. Tetapi lebih menonjol bengkak yg sebelah kanan. Jika buat operation , doc akan buang semua atau bagaimana?

Prof:
Itu namanya multinodular goitre. Sebaiknya buang semua dan makan thyroxine for life. Kalau tak nak buang semua, boleh buat subtotal thyroidectomy, tak perlu makan ubat tapi 15-20% akan berulang dalam tempoh 10-15 tahun. Prosedur ini sesuai utk mereka yg berusia 60 keatas yg tak nak makan ubat


~ Kpah k-poh ~

GOITER | NODULES | MULTINODULAR GOITER

$
0
0
Goiter adalah pembengkakan pada Kalenjar Tiroid .
Goiter boleh terjadi bila Hormon Tiroid tinggi rendah atau Hormon Tiroid normal.

Nodule:
Benjolan pada tisu dlm Kalenjar Tiroid.

Bila ada nodules dlm Goiter,ia disebut Nodular Goiter.

Bila lebih dari satu nodule dlm Goiter,ia disebut Multinodular Goiter.


~ Kpah k-poh ~

LUGOL IODINE

$
0
0
Ada pengidap HYPERTHYROID yg kena ambik cecair iodine beberapa hari sebelum operation.

Ramai diantara kita yg sudah operation ,tidak kena ambik sebarang cecair iodine sblm operation .

Cecair iodine ni,warnanya sprt coca-cola dan rasanya..yaaa ampunnn ( menurut mrk yg pernah ambiklah ). Berbeza dgn (RAI)Radioiodine yg tak ada rasa apa...

Mrk yg ambil cecair iodine ( LUGOL IODINE) tidak kena kuarantin sbb cecair ini bukan beradioaktif.

Bagaimana cara nak ambik Lugol Iodine ini? Kita harap mereka yg pernah ambik,akan respon.

Titisan Lugol iodine diambil sebelum operation thyroidectomy ( buang semua kalenjar tiroid)utk Hyperthyroid.

Iodine yg diambil dlm dos yg tinggi ,akan membuatkan pesakit kurang Hyper sebelum pembedahan.

Seseorang pengidap Hyperthyroid mempunyai kadar rentak jantung yg tinggi dan tidak terkawal, adalah tidak ideal untuk pembedahan. Jadi iodine digunakan untuk merendahkan kadar jantung ( dan kadar pernafasan ).

Mrk yg kena tiroid storm pun ada ambik lugol ini.


~ Kpah k-poh ~

ANTARA KESAN SELEPAS PENGAMBILAN (RAI)Radioiodine | TIROID DAN ANDA (ORI)

$
0
0
- Rasa payau / hilang selera makan / hilang deria rasa sementara / lidah rasa seperti tebal

- ( Metallic taste in your mouth )

- mulut rasa kering

- sakit tekak

- sakit pada leher - (RAI)Radioiodine boleh buatkan leher anda membengkak atau sakit

- loya atau muntah ( tak teruk )

- sembelit atau cirit birit

- keletihan

- tahap Hormon Tiroid yg luarbiasa rendah ( Hypothyroid ) / tahap Hormon Tiroid yg luar biasa tinggi ( Hyperthyroid )

Sekiranya anda mengidap ‘Tiroid Mata’ (Thyroid Eye Disease / Grave’s Ophthalmopathy) ia akan menjadi lebih teruk (sementara) selepas ambik (RAI)Radioiodine.

Translate from:
https://www.webmd.com


~ Kpah k-poh ~

Pantang larang utk yg ada sakit slip disc,urat dan kebas | TIROID DAN ANDA (ORI)

$
0
0
pantang larang utk yg ada sakit slip disk,urat dan kebas:

Sumber: Marian Moss.
fb grup TIROID DAN ANDA (ORI)

Sayur-sayuran yg tidak boleh diambil oleh pesakit ini ialah , sayur yg menjalar atau memanjat .

contoh :
- sayur labu
- kangkung
- peria
- kacang panjang
- kacang botol
- kacang buncis
- segala jenis kekacang

sayuran ini diandaikan seperti urat kita yg menjalar dan melingkari badan. Makin banyak kita makan, maka bersimpullah urat dlm badan.

Juga elakkan Buah-buahan seperti :
- tembikai
- honeydew
- anggur
- dan buahan yg menjalar lain

Daging lembu kalau boleh sropkan terus.

Yang ini pula untuk yg ada darah tinggi: JANGAN AMBIL:
- longan
- buah mata kucing,
- tembikai
Memakan buah-buahan ini seumpama tidak makan ubat darah tinggi. Sebab itulah,tekanan darah tidak turun-turun.

kencing manis pn sama tapi paling utama jgn sesekali makan pisang dan manggis. Tahap gula dlm darah,tidak akan berkurang walaupun makan ubat dengan konsisten.

Inilah yg diajar oleh pakcik yg mengurut tradisional melayu dan juga dari sensei yg merawat patah tulang dan urat.

**
Untuk yg kebas kaki dan tangan.Dinasihatkan jgn mandi selepas pukul 7-12 mlm. Mandilah sebelum pukul 7 mlm atau selepas 12 tgh mlm ,sbb 7-12 mlm,badan kita sedang dlm proses berehat. Dan urat sedang mengecut, maka risiko utk urat kejang dan bersimpul adalah tinggi ketika itu.Lebih-lebih lagi untuk yang mengidap Hyperthyroid atau Hypothyroid. Badan kita sedang panas dan sejuk.

**
Jika badan terasa bisa,sbb urat kita masuk angin dan mengembang, bolehlah tuam atau mandi dgn air sejuk utk kecutkan urat yg sedang mengembang.

Pantang untuk yg selalu kembang urat:

- pulut
- petai
- jering
- nangka
- kacang
- kacang goreng
- ikan bilis
- ikan sembilang
- air kelapa
- buah duku
- kundur
- nira

untuk yg sudah operation slip disc dan ada besi dlm badan, makanan ini semua mmg pantang,sbb pesakit yg sudah ada besi , lebih sakit dari yg belum operation.. ada besi lebih sakit dari yg belum operation.

**
Yang nak sihat,bolehlah ikut. Yang tak nak, Marytak boleh nak tolong. Mary share apa yang Mary dengar dan ikut.
Mary tulis dan senaraikan.
slip disk dan sakit berkaitan tulang yg bukan akibat kemalangan,mmg tak ada ubat selain dari pain killer dan berehat.
Kena positif ..sakitpun jadi positif.

Kpah:
Jika ada yg nak bagi pendapat atau penambahan, silakan tulis di ruang komen. Terima Kasih .

~ Kpah k-poh ~

Berhati-hati mengambil ubat ketika kehamilan | Kementerian Kesihatan Malaysia

$
0
0

Berhati-hati mengambil ubat semasa kehamilan

Kehamilan sudah tentu merupakan saat yang dinanti-nantikan bagi setiap pasangan yang berumah tangga. Namun, dalam keadaan tertentu, penyakit dan pengambilan ubat-ubatan semasa kehamilan merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan.
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penggunaan ubat semasa hamil. Ubat-ubatan perlu diambil untuk merawat penyakit biasa seperti demam, selesema, batuk, jangkitan atau lain-lain penyakit ringan. Bagi ibu hamil yang mengalami masalah kesihatan kronik pula, pengambilan ubat-ubatan diperlukan untuk mengawal dan mengekalkan kesihatan sepanjang kehamilan. 
Perubahan hormon dan juga fisiologi ibu hamil, proses metabolisma dan proses penyingkiran ubat daripada tubuh ibu hamil mungkin mengalami sedikit perubahan. Oleh itu, ibu hamil perlu mengambil langkah berwaspada ketika mengambil sebarang ubat-ubatan terutamanya pada trimester pertama kehamilan, iaitu 3 bulan pertama kehamilan.
Trimester pertama kehamilan adalah kritikal di mana berlakunya proses pembentukan organ-organ penting bagi janin di dalam kandungan. Janin amat sensitif kepada ubat-ubatan yang boleh mengakibatkan kecatatan kongenital. Pengambilan sesetengah ubat dalam tempoh ini mungkin menyebabkan sama ada keguguran atau kecacatan janin.
Justeru, ibu-ibu hamil disarankan supaya berhati-hati dalam pengambilan ubat-ubatan ketika hamil. Walaupun sesetengah ubat telah dikategorikan sebagai selamat untuk diambil ketika hamil, ubat harus diberikan kepada ibu hamil hanya jika perlu dan dalam dos yang minima.
Terdapat juga keadaan di mana kehamilan berlaku tanpa dirancang dan tanpa pengetahuan si ibu. Oleh itu, wanita dalam lingkungan usia produktif hendaklah sentiasa prihatin dan berbincang dengan ahli profesional kesihatan berkaitan risiko dan faedah ubat-ubatan yang mereka ambil, termasuk ubat am yang boleh dibeli sendiri tanpa preskripsi (OTC).
Sekiranya anda dipreskripsikan dengan sebarang ubat-ubatan baru, pastikan anda berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang keselamatan ubat tersebut sekiranya anda hamil. Sesetengah ubat mungkin perlu dihentikan pengambilannya, ataupun ditukarkan kepada rawatan ubat lain sepanjang tempoh kehamilan. Ahli profesional kesihatan akan memberikan penerangan berkaitan risiko dan faedah ubat yang baru dipreskripsikan kepada diri anda dan juga janin dalam kandungan.
Vitamin prenatal
Kebanyakan vitamin prenatal yang disarankan oleh doktor atau ahli farmasi adalah selamat diambil ketika kehamilan. Namun begitu, ramai wanita hamil percaya bahawa sebarang produk ‘semula jadi’ adalah selamat untuk diambil ketika hamil untuk melegakan simptom-simptom kehamilan seperti loya, sakit belakang, keletihan, dan lain-lain.
Perlu diingatkan bahawa terdapat sesetengah sediaan herba dan suplemen tidak dibuktikan secara kajian klinikal dalam menentukan keselamatan untuk diambil semasa kehamilan. Kebanyakan produk ini tidak pernah diuji keberkesanannya serta kesan kepada wanita yang sihat, apatah lagi dalam kalangan wanita hamil. Oleh itu, adalah penting untuk berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sebelum memulakan sebarang suplemen atau ubat-ubatan alternatif semasa hamil.
Ubat-ubat yang telah sedia diambil sebelum hamil
Bagi sesetengah wanita yang menghidapi penyakit kronik, mereka perlu mengambil ubat bagi tujuan rawatan penyakit, sebagai contoh, asma, sawan (epilepsy), tekanan darah tinggi, kemurungan dan sebagainya. Kebanyakan pesakit ini perlu meneruskan pengambilan ubat-ubatan untuk mengekalkan tahap kesihatan ketika hamil. Sekiranya keadaan ini tidak dirawat, kesihatan wanita hamil atau janin mungkin akan terancam.
Wanita hamil dalam situasi ini perlu berbincang dengan doktor untuk memastikan pilihan ubat yang selamat diambil sepanjang kehamilan. Doktor akan merawat pesakit selepas menimbangkan antara faedah dan potensi risiko ubatan tersebut kepada ibu mahupun janin.
Kesimpulan
Kebanyakan kesan-kesan mudarat ubat tertentu terhadap janin dikesan daripada kajian atau laporan yang dijalankan. Sebagai contoh, ubat Thalidomide dan Isotretinoin boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya diambil oleh ibu semasa hamil. Ubat tersebut hendaklah dielakkan pengambilannya oleh wanita hamil dan wanita yang merancang untuk hamil.
Perkembangan teknologi komunikasi yang berkembang dengan pesat pada zaman ini membolehkan pengguna mendapatkan maklumat berkaitan ubat-ubatan melalui pelbagai sumber bacaan. Namun awas, jangan membuat keputusan berdasarkan hasil bacaan anda sahaja. Ibu yang hamil dinasihatkan supaya berbincang dengan pengamal perubatan mahupun ahli farmasi sebelum mengambil sebarang jenis ubat, vitamin, produk herba termasuk makanan tambahan atau sebarang suplemen yang dijual dalam pasaran atau dalam media sosial.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, orang awam boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian bebas tol 1-800-88-6722. NPCC beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5 petang.

Disediakan oleh:

Rabiatul Salmi bt Md Rezal
Pegawai Farmasi
Klinik Kesihatan Datuk Kumbar,
Alor Setar, Kedah.

Pembedahan Tiroid - Drain Tube - Tiroid dan anda (ori)

$
0
0
Ada pesakit yg perlu dipasangkan drain tube utk takung darah kotor manakala ada pesakit yg tidak perlu dipasangkan drain tube. Kenapa?

Bergantung kepada pembedahan yang dibuat. Kalau tiroid besar dan banyak pendarahan semasa pembedahan, lebih sesuai letak drain. Kalau yang kecik dan straight forward, tak letak drain pun takpa.
Bergantung juga kpd pakar yang melakukan pembedahan

            ~ Prof Rohaizak Muhammad Ukmsc ~

Hidung berdarah

$
0
0
Sumber: FB The Diagnosa

Jika berlaku pendarahan hidung, jgn dongakkan kepala utk hentikan pendarahan. Sbb darah tu akan masuk ke dlm perut. 

Tetapi tundukkan badan dan picit bhgn depan hidung atau letak ais. Ia akan mengecutkan salur darah dan menghentikan pendarahan.

KESAN SAMPINGAN LEVOTHYROXINE

$
0
0
Sumber: Fb grup TIROID DAN ANDA (ORI) 


soalan:

Apakah pengambilan Thyroxine utk jangkamasa yg lama, boleh mendatangkan kesan kepada buah pinggang? 


Prof Rohaizak komen:

Thyroxine ni hormone. Kalau makan takda kesan sampingan. Kalau tak makan dengan betul akan bermasalah sebab boleh jadi hypo atau hyper.

Yang penting, ikut nasihat dr, InshaAllah takda masalah

Buah pinggang rosak kebanyakan disebabkan supplement yang mengandungi bahan berbahaya seperti steroid

Atau pengambilan pain killer berlebihan, kencing manis yang tak makan ubat dan darah tinggi tak terkawal.


PENERANGAN ANESTESIA | TIROID DAN ANDA (ORI)

$
0
0
Sumber : Google 

Pembiusan Umum

Menjadikan seseorang pesakit berada dalam keadaan tidak sedar sebelum pembedahan dimulakan. 

Ia bagi memastikan pesakit tidak menyedari apa yang berlaku dan tidak merasa sakit semasa pembedahan. 

Pembiusan umum dilakukan dengan memasukkan ubat bius ke dalam salur darah atau melalui gas bius yang disedut dari mesin bius. 

Tiub pernafasan akan dimasukkan ke dlm mulut atau hidung pesakit untuk membantunya bernafas dengan mesin. 

MENGANDUNG | HYPERTIROID | TIROID DAN ANDA(ORI)

$
0
0

Sumber : Fb Grup Tiroid dan Anda (ori) 


#andatanya

Assalamualaikum Prof. 

Selalunya atas alasan apa bila doc tak bagi pengidap tiroid utk mengandung? 


#profjawab

Semua pesakit Thyroid boleh mengandung cuma penjagaan hyperthyroidism dia lebih rumit berbanding dgn Orang yang hormon normal.


Tetapi biasanya Allah akan jadikan orang hyperthyroidism ni susah nak mengandung


Doc memang tak galakkan mengandung kalau hyperthyroidism yang tak terkawal sebab membahayakan ibu


Utk yang kanser dan tidak menjalani rawatan radioiodine, atau telah tamat lebih 6 bulan radioiodine, takda masalah.


KETEPATAN RESULT BIOPSY FNAC | TIROID DAN ANDA

$
0
0
Sumber : fb grup Tiroid dan anda

#andatanya

Saya disahkan kanser selepas menjalani pembedahan. Sedangkan semasa buat Biopsy Fnac, result hanya tiroid saja. 


#profjawab

Memang boleh berlaku sebab Biopsy itu, ketepatannya sekitar 90% sahaja. 

Biopsy juga tidak boleh diagnose folikular Thyroid cancer. 


#ProfRohaizak

#tiroiddananda 


DINGIN DLM HUBUNGAN | TIROID DAN ANDA(ORI)

$
0
0



Sumber : Fb Grup Tiroid dan anda (ori) 

#andatanya

Assalamualaikum Prof.

1-Soalan sy adakah kita pesakit thyroid ni akan mengalami gangguan hubungn suami isteri..macam agak dingin. Bukan kata tak nak berhubungan intim,tetapi jarang2lah keinginan tu. 

Apakah yg menyebabkan keadaan itu berlaku?


#profjawab

- Tidak berkait dengan thyroid tetapi lebih kepada emosi pesakit yang banyak berfikir



#andatanya

2-Adakah pesakit thyroid yg dh buang total thyroid boleh dpt kanser??


#profjawab 

-Tidak. 


#ProfRohaizak

#tiroiddananda 

NODULER HYPERPLASIA | TIROID DAN ANDA (ORI)

$
0
0

Sumber: Fb Grup Tiroid dan Anda (ori) 

#andatanya

Boleh Prof terangkan ttg Nodular Hyperplasia. Ini adalah lab result saya slps op remove left thyroid.

#profjawab 

Nodular hyperplasia ni bengkak biasa, bukan kanser. Juga dipanggil nodular goitre , multinodular goitre dan goitrous nodule.

#ProfRohaizak

#tiroiddananda

Viewing all 323 articles
Browse latest View live