Quantcast
Channel: K-POH / THYROID (TIROID DAN ANDA)
Viewing all 324 articles
Browse latest View live

PROF DR IMELDA |  'Hypothyroid phase of Postpartum Thyroiditis'

$
0
0

Selepas darah nifas kering (iaitu tamat tempoh pantang), ada ibu-ibu rasa sejuk-sejuk badan, lesu dan cepat letih, berat badan mula naik semula, sakit-sakit badan?

-----------------------------------------------


Ramai ibu yang dapat simtom macam ini dituduh sebab tidak berpantang makan atau tak berpantang secara traditional betul-betul. Jangan bimbang, mummies. Ini bukan kesalahan ibu. Sebenarnya, Ini bukanlah sebab tidak berpantang. Tidak ada kena mengena dengan angin masuk dan tidak ada urat sejuk atau urat kembang.


Ada kemungkinan anda mengalami

 'Hypothyroid phase of Postpartum Thyroiditis'


Ini lah cara mengenalinya. Ibu-ibu mengadu:


1)Tak tahan kesejukan badan selalu, 

2)Kelesuan dan cepat letih, 

3)Sakit badan, 

4)Kulit kekeringan, 

5)Cepat pelupa dan tak boleh menumpukan perhatian,

6)Berat badan pada permulaannya turun tetapi kemudiannya naik balik dan 

7) Mungkin juga Kemurungan

-----------------------------------------------


Postpartum thyroiditis (PPT) ialah keradangan kelenjar thyroid di bahagian leher yang berlaku kepada 8 dalam 100 ibu selepas bersalin. 


Ia berlaku kerana terdapat perubahan sistem immune kebal badan selepas bersalin. Ini ialah penyakit autoimmune yang sementara sahaja. Pada permulaan, terlebih hormon thyroid dikeluarkan (hyperthyroid) tetapi kebanyakan ibu tidak merasa symptomnya, kemudiannya tidak cukup hormon thyroid (hypothyroid) pula kerana kelenjar thyroid tidak membuat cukup hormon thyroid untuk keperluan badan. 


Jika diserang penyakit PPT, ia akan berlaku antara 2 bulan hingga 12 bulan selepas bersalin. Jika ibu dapat PPT, selalunya ia berpanjangan sampai 4-6 bulan sebelum sembuh sendiri. Tetapi lebih kurang satu perlima ibu, atau 20% yang mungkin mendapat hypothyroid yang berterusan selepas 1 tahun. 


Penyakit PPT ini berlaku dengan lebih kerap lagi jika terdapat masalah ini:


A) Risiko mendapat PPT ialah 3 kali ganda lebih tinggi (iaitu 25 dalam 100 ibu) jika anda juga ada penyakit autoimmune yang lain, seperti diabetes type 1, sebagaimana yang saya sudah terangkan di posting sebelum ini. https://www.facebook.com/imelda.balchin/posts/10155048317576659


Jika anda ada penyakit autoimmune yang lain, PPT boleh bermula dengan lebih awal selepas bersalin, dan boleh juga mendapat keradangan sendi. 


B)Risiko mendapat PPT ialah 2 kali ganda lebih tinggi jika anda juga dikenalpastikan dengan penyakit kencing manis semasa hamil (gestational diabetes, GDM), iaitu boleh berlaku kepada 16 dalam 100 ibu yang ada GDM semasa hamil. 


C) Pernah mendapat PPT bila bersalin sebelum ini. Risiko PPT berulang selepas kelahiran di masa hadapan ialah 70%.


D) Terdapat ahli-ahli keluarga yang mempunyai masalah thyroid (baka keturunan juga boleh menyebabkan lebih risiko mendapat PPT)


E) Kekurangan zat iodine dalam pemakanan kita. Iodine diperlukan oleh badan untuk membuat hormon thyroid. 


Kajian telah menunjukkan yang di negara yang masyarakat kekurangan zat Iodine, seperti negara Brazil, PPT berlaku lebih kerap lagi, kepada 15 dalam 100 ibu selepas bersalin. 


Kajian di negara Malaysia pula telah menunjukkan yang setengah (50%) masyarakat Semenanjung Malaysia kekurangan zat iodine, terutamanya di Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Zat iodine boleh didapati dari makanan laut, ikan laut seperti kembung, selayang, tongkol, makanan laut lain seperti rumpai laut (seaweed), udang, sotong atau anda boleh beli Iodised salt, iaitu garam yang telah diperkayakan dengan Iodide.


Ikan haruan dan Ikan keli ialah ikan air tawar dan bukan Ikan laut, anda tidak akan mendapat cukup iodine daripada Ikan haruan. 


Petua orang lama kata makan ikan kering selepas bersalin. Ini sesuai untuk zaman dulu. Tetapi, zaman sekarang, ramai yang ada darah tinggi sebab berat badan yang berlebihan. Jadi ikan laut segar adalah lebih baik daripada ikan kering, sebab ikan kering tu terlalu banyak garam dan tak elok untuk tekanan darah. Anda tidak perlu membeli supplement. Anda tidak perlukan Jamu yang kita tak tahu apalagi bahan yang dicampur-aduk di dalamnya. 


Ada kemungkinan ibu di Malaysia lebih ramai mendapat PPT dari di negara lain, kerana negara Malaysia lebih ramai yang kekurangan zat Iodine. Sememangnya ibu yang hamil dan ibu yang menyusu memerlukan lebih lagi iodine dari pemakanan daripada mereka yang tidak hamil atau menyusu. 


Jika anda memerlukan bantuan doktor, sila berkunjung ke klinik kesihatan. Ramai Doktor yang tidak cukup pengalaman untuk memberi rawatan  PPT sebab ibu-ibu selalunya tidak datang bertanya tentang masalah ini dan penyakit PPT selalunya sementara dan sembuh semula. Jika perlukan bantuan, mintalah doktor memeriksa anda dan tanya sama ada Puan ada Postpartum Thyroiditis. Minta doktor mengambil darah untuk ujian thyroid function test (TFT). Jika TSH didapati sangat tinggi, anda boleh mendapat manfaat menerima rawatan ubat thyroxine buat sementara sehingga sembuh. 


Bukan sebab angin, bukan sebab urat kembang, dan bukan sebab tidak berpantang. Ada sebab lain kenapa ibu kita tidak sihat. 


Semoga ilmu pengetahuan ini boleh membantu ibu-ibu kita.


Prof Dr Imelda,

Pakar Perunding Maternal dan Fetal Medicine,

Pusat Perubatan Universiti Malaya,

Kuala Lumpur


TIROID GANGGU EMOSI

$
0
0
SUMBER:
Oleh Nor Hatina Shuib
hatina@bh.com.my


TIROID bengkak pada bahagian leher dengan keadaan individu bertubuh kurus dan mata terjojol, mungkin ada yang beranggapan ia sebagai penyakit biasa.

Bagaimanapun, ramai tidak sedar gejala itu dan ciri serangan seakan-akan penyakit lain. Jadi, individu yang nampak ketara bengkak sebegitu pada lehernya, seharusnya lebih perhatian dengan membuat pemeriksaan doktor.

Malah, kebarangkalian wanita diserang lebih tinggi berbanding lelaki. Berdasarkan rekod wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun lebih berisiko mendapat penyakit itu.

Secara anatomi, kelenjar ini terbahagi kepada dua bahagian, seakan-akan rama-rama bertanggungjawab menjaga fungsi utama badan.

Kelenjar tiroid itu juga bertindak sebagai perisai leher dan kerongkong, berfungsi mengeluarkan hormon tiroid yang memberikan tenaga dan metabolisme kepada tubuh.

Apabila aras hormon tiroid tinggi, hipertiroidisme akan menyerang, dalam keadaan hormon terlalu rendah pula, individu berhadapan risiko serangan hipotiroidisme.

Sistem antibodi lemah

Serangan disebabkan beberapa punca antaranya kekurangan iodin dan sistem antibodi tubuh lemah.

Pakar Endokrinologi, Pusat Pakar Perubatan UiTM, (PPUiTM), Dr Fatimah Zaherah Mohamed Shah, berkata setiap orang termasuk kanak-kanak memiliki kelenjar tiroid ini.

Beliau berkata, tiroid sejenis kelenjar normal dalam tubuh, bagaimanapun apabila kelenjar ini terlalu tinggi dan rendah akan memberi masalah kesihatan.

"Hormon tiroid rendah mempunyai gejala berbeza dengan hormon tiroid yang tinggi. Namun, kedua-duanya perlu dikawal dan dirawat," katanya ketika ditemui BH.

Dr Fatimah Zaherah berkata, hipertiroid membuatkan badan penghidapnya kurus walaupun banyak makan. Badan terasa panas, sentiasa berpeluh, rasa gementar pada tangan dan jari. Pesakit juga mengalami jantung berdebar dan mudah penat.

Pengesahan awal, mudahkan rawatan

Pengesanan awal seperti ujian darah memudahkan rawatan hanya dengan mengambil ubat dalam satu jangka masa ditetapkan.

Katanya, jika individu terbabit gagal mendapatkan rawatan segera, mereka berhadapan masalah lemah jantung disebabkan organ berkenaan mengepam darah terlalu laju disebabkan gejala seperti berdebar.

"Rawatan lain dicadangkan iaitu radioaktif iodin (minum atau pil), bertujuan membunuh sel kelenjar berlebihan ini.

"Pesakit perlu mematuhi beberapa prosedur seperti pengasingan dengan kanak-kanak dan tidak boleh keluar rumah dalam tempoh seminggu ," katanya.

Beliau berkata, wanita hamil yang diserang perlu mendapat rawatan kerana penyakit ini boleh menyebabkan kandungan berisiko mengalami keguguran, janin kecil dan kelahiran bayi pramatang.

Pesakit hamil sering muntah

"Biasanya, pesakit yang hamil diberikan ubat yang selamat dimakan dalam keadaan memerlukan.

"Ada kes pesakit hamil mengalami peningkatan hormon bagaimanapun keadaan ini berlaku sepanjang tempoh kehamilan.

"Mereka tidak memerlukan rawatan tetapi jika keadaan melarat seperti kerap muntah doktor akan memberikan ubat bagi mengurangkan keadaan itu," katanya.

Dr Fatimah Zaherah berkata, penyakit ini juga disebabkan faktor genetik, sekiranya ada keluarga yang menghadapi masalah sama, ahli keluarga lain berisiko diserang.

Fakta:

Kesan gangguan serangan

* Gangguan emosi

- Resah

- Gugup

- Emosi tidak stabil, cepat marah

- Gelisah sukar tidur

- Cemas

- Cirit-birit

Keadaan fizikal

- Mata terjojol

-Kurus

Gangguan hormon

- Putaran haid tidak teratur


Copy paste ~ Kpah k-poh ~

GANGGUAN KELENJAR PUNCA TIROID

$
0
0
SUMBER : BH Online
Oleh Nadia Hamid
KONGSI ARTIKEL

KEBANYAKAN orang sentiasa menyalahkan aktiviti pengambilan makanan tinggi kalori seperti nasi lemak, burger dan makanan berminyak sebagai punca penyakit jantung dan kegemukan terlampau.

Mereka beranggapan tekanan di tempat kerja, keletihan terlampau, kurang tidur, pemikiran negatif dan perhubungan komunikasi serta kegagalan dalam perhubungan sosial sebagai punca kemurungan.

Presiden Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Prof Dr Nor Azmi Kamaruddin, berkata ramai tidak menyedari mereka sebenarnya sakit dan mengalami masalah gangguan kelenjar tiroid tidak aktif, hipotirodisme.

Katanya, ini berikutan gejala sering dialami pesakit hipotiroidisme hampir sama dengan gejala penyakit lain seperti kegemukan, kemurungan, keresahan terlampau, menggeletar dan sakit sendi.


PESAKIT digalakkan membuat pemeriksaan awal bagi penyakit tiroid.
"Biasanya orang menganggap gejala tiroid sebagai kesan daripada tekanan, gaya hidup tidak sihat atau penuaan.

"Wanita misalnya, beranggapan masalah dihadapi disebabkan perubahan hormon dan emosi. Bagaimanapun, kajian menunjukkan wanita biasanya lebih mudah mendapat serangan hipotiroidsme dengan satu daripada lapan wanita berisiko menghidap masalah kelenjar tiroid tidak aktif itu," katanya.

Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), lebih 300 juta orang di seluruh dunia mempunyai masalah gangguan tiroid dan tidak mendapatkan rawatan berikutan menganggapnya sebagai masalah biasa.

Sementara itu, laporan dikeluarkan Pertubuhan Klinikal Endokrinologi Amerika (The American Association of Clinical Endocrinologists) menunjukkan kira-kira 15 juta penduduk Amerika tidak didiagnos daripada penyakit itu.

Pakar perubatan mengaku mereka gagal mengesan penyakit pada peringkat awal berikutan pesakit sendiri tidak menjalankan pemeriksaan lanjut ketika mendapat simptom penyakit.

Pesakit hipotiroidisme di negara kita turut mengalami nasib yang sama, namun masyarakat masih belum sedar dan kurang mengambil berat usaha menjalani pemeriksaan lanjut untuk mencegahnya daripada awal.

Kajian MEMS terhadap pesakit di Hospital Bahagia Ulu Kinta (Tanjung Rambutan) misalnya, turut mendapati lapan peratus daripada pesakit jiwa mempunyai masalah kelenjar tiroid.

Selain itu, Dr Nor Azmi berkata, penyakit berkenaan kerap menyerap individu berusia lebih 50 tahun dengan kekerapan dua kali ganda dalam kalangan wanita berbanding lelaki.

Begitu juga mereka yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit sama perlu berhati-hati dan membuat pemeriksaan atau ujian darah lebih awal bagi mengesan masalah yang dihadapi dengan segera.

Katanya, pesakit berisiko mengalami komplikasi apabila kelenjar tiroid tidak aktif berikutan hormon tiroid dihasilkan terlalu sedikit dan tidak mencukupi.

Selain itu, pesakit terdedah kepada risiko penyakit lain seperti jantung, sembelit dan kanser usus.

Gangguan lain, termasuk kanser tiroid dan tekanan darah tinggi serta gangguan ke atas kelenjar hipothalamus atau kelenjar pituitari bagaimanapun kes ini jarang berlaku.

"Bagi ibu mengandung yang alami gangguan tiroid, mereka berisiko melahirkan anak dengan tahap kecerdasan rendah terutama mereka yang sudah melepasi lima kali tahap sasaran IQ (kecerdasan).

"Anak tadi cenderung menghadapi masalah hilang fokus, gagal menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara sehingga menyebabkan perkembangan sosial serta pembelajaran mereka terganggu," katanya.


PESERTA menjalani ujian darah pada kempen kesedaran hipotiroidisme. - Foto Amirudin Sahib
Dr Nor Azmi berkata, pesakit boleh menjalani kehidupan normal sekiranya mereka mendapatkan rawatan dalam jangka masa panjang dan bergantung terhadap pengambilan pil atau rawatan yang ditentukan doktor.

Pesakit tidak perlu melakukan pembedahan kecuali untuk kes tertentu dan berisiko menyebabkan penyakit lain seperti kanser.

Sehubungan itu, Dr Nor Azmi menyarankan orang ramai supaya melakukan ujian pemeriksaan tiroid dan ujian darah dengan segera di mana-mana lokasi klinik, hospital kerajaan atau swasta.


Copy paste ~ Kpah k-poh ~

RAWATAN TIROID ELAK KOMPLIKASI KEPADA IBU,BAYI

$
0
0
SUMBER : BH ONLINE
Oleh Nasuha Badrul Huzaini
nasuha@bh.com.my
KONGSI ARTIKEL


SUDAH menjadi kebiasaan untuk bakal ibu dan bapa melakukan semua yang termampu sebagai persediaan untuk menyambut kelahiran bayi mereka.

Daripada menghadiri kelas antenatal, membeli-belah untuk barangan keperluan penjagaan bayi, hinggalah memilih warna yang paling sesuai untuk bilik bayi, semuanya dilakukan bersama.

Semua inginkan permulaan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun, walaupun kita sudah berusaha sedaya upaya, mungkin ada sesuatu yang tidak dijangka berlaku ketika kehamilan kerana sesetengah perkara adalah di luar kawalan.

Ia merujuk kepada perubahan besar ke atas tubuh seseorang wanita untuk disesuaikan dengan bayi yang sedang membesar di dalam kandungan.

Ini termasuklah kewujudan organ berbentuk rama-rama di pangkal leher iaitu kelenjar tiroid yang sering tidak mendapat perhatian.

Pakar Perunding Endokrinologi, Profesor Dr Nor Azmi Kamarudin memberi penjelasan lanjut mengenai perkara berkenaan kepada BH Sihat.


PAKAR Perunding Endokrinologi, Profesor Dr Nor Azmi Kamarudin.
Kelenjar Tiroid

Beliau yang juga Pengerusi Program Kesedaran Hipotiroidisme, berkata kelenjar tiroid yang sihat dan berfungsi dengan baik penting untuk semua orang, tetapi lebih penting kepada wanita pada usia kehamilan mereka.

"Apabila seseorang wanita itu hamil, tubuhnya memerlukan hormon tiroid yang mencukupi untuk menyokong keperluan metaboliknya yang semakin meningkat, serta untuk bayi dalam kandungan. Kelenjar tiroid yang sihat mampu memenuhi keperluan untuk hormon tiroid yang meningkat bagi ibu dan bayinya secara semula jadi.

"Ada sesetengah wanita mungkin mengalami masalah di mana kelenjar tiroid mereka tidak mampu untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat ini lalu membawa kepada hipotiroidisme maternal - sejenis penyakit tiroid di mana hormon tiroid yang dihasilkan tidak mencukupi.

"Ini boleh membawa kesan serius kepada ibu dan bayi, malah bahayakan kesihatan mereka," katanya baru-baru ini.


WANITA hamil yang mengalami masalah kelenjar tiroid mungkin membawa kepada hipotiroidisme maternal berikutan keperluan hormon tiroid yang meningkat bagi ibu dan bayi.
Kehamilan dan komplikasi ketika kelahiran

Menurutnya lagi, apabila bekalan hormon tiroid di dalam darah tidak mencukupi, pelbagai fungsi tubuh boleh terjejas hingga menyebabkan simptom seperti keletihan dan berat badan meningkat.

"Namun, ibu hamil selalunya sudah lali dengan simptom ini dan mungkin menganggapnya sebagai kesan biasa daripada kehamilan. Sesetengah wanita mungkin menghidap hipotiroidisme ringan (subklinikal) di mana simptomnya sama ada ringan atau langsung tiada.

"Ini boleh menyebabkan penyakit ini tidak dikesan dan seterusnya tidak dirawat. Jika keadaan ini berterusan, mungkin membawa kepada hipertensi akibat kehamilan, kematian bayi sewaktu lahir, kelahiran pramatang dan pemisahan plasenta dari dinding rahim.

"Semua komplikasi ini boleh mengancam nyawa anda dan bayi anda," jelasnya.

Selepas melahirkan bayi

Tambahnya lagi, sesetengah wanita yang mempunyai kelenjar tiroid normal mungkin mengalami tiroiditis selepas bersalin atau postpartum thyroiditis (PPT), sejenis keradangan pada kelenjar tiroid dalam tahun pertama selepas melahirkan bayi.

Beliau berkata, walaupun sebab utama PPT tidak jelas tetapi ada kemungkinan bahawa wanita yang mengalami masalah ini sebenarnya mempunyai masalah tiroid autoimun yang tidak dikesan yang menjadi semakin teruk selepas melahirkan bayi akibat perubahan pada fungsi imun.

"Malangnya PPT sukar dikesan kerana keadaan ini biasanya dianggap sebagai tekanan menjaga bayi baharu lahir dan gangguan perasaan selepas bersalin yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan perubahan emosi ibu.

"Selain itu, wanita ini juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk membentuk hipotiroidisme kekal dalam masa lima hingga 10 tahun selepas mengalami PPT," katanya.


HIPOTIROIDISME maternal adalah penyakit tiroid yang paling lazim berlaku ketika hamil.
Ketahui status tiroid

Dr Nor Azmi menegaskan bahawa hipotiroidisme maternal adalah penyakit tiroid yang paling lazim berlaku ketika hamil.

Namun, wanita biasanya tidak sedar akan penyakit ini. Oleh itu, mereka meneruskan kehidupan dengan penyakit yang tidak dikesan dan dirawat.

Beliau menasihatkan supaya wanita hamil menjalani ujian darah yang ringkas di mana-mana klinik atau hospital untuk mengesan sekiranya anda mempunyai masalah ini.

Mereka mungkin menghadapi risiko jika mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit tiroid, pernah mengalami keguguran atau kelahiran pramatang, diabetes Jenis 1 atau penyakit autoimun lain.

Jejas perkembangan otak

"Kebiasaannya, wanita yang terbabit mungkin diberi pil tiroksin, sejenis hormon tiroid sintetik yang membantu mengawal hipotiroidisme. Pil ini penting untuk kesejahteraan bayi dalam kandungan," katanya.

Beliau berkata, hipotiroidisme boleh membawa kesan serius kepada tumbesaran dan perkembangan bayi anda.

"Apabila tidak dirawat, hipotiroidisme menjejaskan perkembangan otak, terutamanya pada trimester pertama. Ini adalah satu tragedi kerana masalah ini sebenarnya boleh dirawat dengan mudah dan boleh dicegah.

"Kita mesti memandang serius terhadap hipotiroidisme demi keselamatan ibu yang hamil dan bayi mereka. Mereka mesti digalakkan menjalani pemeriksaan hipotiroidisme kerana ia penting supaya mereka faham peranan tiroid dalam mengekalkan kehamilan dan bayi yang sihat," katanya.


INFO: Simptom Hipotiroidisme

Keletihan
Peningkatan berat badan mendadak
Sembelit
Lebih sensitif kepada kesejukan berbanding orang lain


Copy paste ~ Kpah k-poh ~

Biopsy Fnac | TIROID DAN ANDA(ORI)

$
0
0
Sumber FB Grup Tiroid dan Anda (ori) 

Boleh dikatakan, setiap mereka yg ada bengkak Tiroid dan dilihat ada kelainan pada result Ultrasound, doc akan cadangkan untuk buat Biopsy. Iaitu mengambil sedikit sample pada tisu kalenjar Tiroid dan diuji untuk mengesan kehadiran sel kanser. 

Ada yg kata Biopsy tak sakit. Ada pulak yg kata sakit. Ada yg kata sakit sikit ada yg kata sakit sangat. 

Kenapa boleh jadi macam tu? 

Menurut Prof Rohaizak Muhammad (UKMSC) 

Bergantung kepada orang yang membuatnya. Memang tak bagi bius setempat sebab jarumnya sama besar.

Ada kes tertentu, dia pakai jarum yang besar atau “gun”, buat trucut biopsy. Kalau yang tu bagi bius setempat.

Jenis-jenis Biopsy:

Biopsy ni banyak bentuk. Paling kecil, biopsy jarum halus fnac. Cara ni hanya guna jarum yg buat ambil darah.

Cara kedua tisu diambil lebih besar trucut / core biopsy, biasanya inject ubat bius kat kulit sedikit. Jarang dilakukan utk tiroid tapi mungkin dilakukan utk bengkak kelenjar.

Cara ketiga ialah biopsy secara operation buang sebahagian dari bengkak incision biopsy - juga jarang dilakukkan

Kalau semua cara diatas tak berjaya memberi diagnosis yg conclusive, barulah kita buang kelenjar atau bengkak tiroid utk menentukan kanser atau tidak. Excision biopsy atau lobectomy atau hemithyroidectomy

Biopsi 1 dan 2 dilakukan supaya kanser dpat didiagnos lebih awal dan membolehkan hanya sekali operation

Kalau biopsy 3 dan 4, lepas operation didapati ada kanser, pesakit kena datang utk operation kali kedua, utk buang semua thyroid

-Prof. Rohaizak Muhammad


CALCITONIN

$
0
0

Calcitonin:

Calcitonin ni dihasilkan oleh parafolikular cells, bukan sel tiroid. Tetapi berada didalam kelenjar tiroid. Kanser medulari terjadi dari para folikular sel . Oleh itu, calcitonin digunakan sebagai tumour marker kepada kanser medulari.

~ Prof Rohaizak Muhammad UKMSC~

Telan ubat hanya dengan air kosong sahaja.

Boleh makan atau tak boleh makan | TIROID DAN ANDA(ORI)

$
0
0
Boleh makan atau tak boleh makan?

Tak ada masalah makan secara spesifik. Tak kiralah hyper,hypo atau Subclinical. Semua bergantung kpd penerimaan badan sendiri. Jika rasa tak selesa slps makan, maknanya tak sesuailah utk diri sendiri. Tapi tak bermakna tak sesuai jugak utk org lain. Tapi soya terutamanya air soya mmg tak boleh ambik tak kiralah mengidap apa jenis tiroid pun.


TIROID BIASA ATAU KANSER?

$
0
0
Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN (Sumber Utusan Online) 

 PENYAKIT berkaitan tiroid merupakan masalah kesihatan biasa yang mampu menjangkiti sesiapa pun. Malah separuh daripada bilangan pesakit tiroid sehingga kini masih belum menyedari mereka sebenarnya menghidap penyakit itu.

 Malangnya, bagi kebanyakan orang yang belum dikenal pasti jenis masalah tiroid mereka juga tidak sedar ia berkait rapat dengan masalah berat badan mereka. Ini kerana pesakit tiroid sukar menurunkan berat badan yang dikatakan meningkat akibat penyakit itu meskipun setelah puas berdiet dan mengikuti program senaman secara konsisten. 

Justeru masalah berkaitan tiroid harus diambil serius dan pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera kerana ia juga boleh dikesan sebagai kanser! 

 Kanser tiroid  

Kanser tiroid merujuk kepada empat jenis tumor malignan pada kelenjar tiroid iaitu papilari, folikular, medulari atau anaplastik.

 Kanser tiroid papilari dan folikular: -Merupakan jenis kanser tiroid paling lazim dijumpai berbanding jenis lain. Kedua-duanya bermula pada sel folikular pada tiroid. Kebanyakan kanser jenis ini tumbuh dengan perlahan tetapi jika dikesan lebih awal, ia mampu dirawat dengan jaya.

 Kanser tiroid medulari: -Terdiri daripada lima hingga 10 peratus kes kanser tiroid yang muncul dalam sel C tetapi ia lebih mudah dikawal jika dikesan dan dirawat sebelum merebak ke bahagian lain. 

 Kanser tiroid anaplastik: -Jenis kanser tiroid yang paling kurang ditemui (hanya satu atau dua peratus) dan timbul dalam sel folikular. Sel kanser jenis ini amat luar biasa dan sukar dikenal pasti. Ia juga sukar dikawal berbanding sel kanser lain kerana biasanya tumbuh serta merebak dengan pantas. 

 Nodul tiroid boleh menjadi sama ada tidak berbahaya (benign) atau berbahaya (malignan). Sel nodul tidak berbahaya, merebak ke organ lain dalam badan mahupun mengancam nyawa. Kira-kira 90 peratus nodul tiroid adalah tidak berbahaya. 

 Namun nodul malignan bersifat kanser. Ia lebih serius dan kadangkala boleh meragut nyawa. Sel kanser boleh menceroboh, merosakkan tisu, organ dalam badan dan memasuki saluran darah atau sistem limfa. Menerusi cara inilah kanser disebarkan daripada sel asalnya (tumor utama) untuk membentuk tumor baru dalam organ lain. 

Penyebaran kanser ini dipanggil metastasis. Sekiranya metastasis berlaku di luar tiroid, sel kanser biasa ditemui pada nodus limfa berhampiran, urat saraf atau pembuluh darah. Apabila kanser sampai di nodus berkenaan, sel kanser mungkin juga telah merebak ke nodus limfa atau organ lain seperti paru-paru dan tulang. 

Simptom Peringkat awal kanser tiroid lazimnya tidak menimbulkan sebarang simptom namun apabila kanser itu membesar, beberapa tanda yang boleh dilihat adalah; -

Benjol atau bintil di depan leher atau berhampiran halkum. 

-Suara menjadi parau dan sukar bercakap dalam nada normal. 

-Nodus limfa bengkak terutama di leher. 

-Sukar menelan atau bernafas 

-Sakit pada tekak atau leher. 

Bagaimanapun simptom berkenaan tidak menjamin wujudnya kanser tiroid sebaliknya keadaan di atas boleh dicetuskan akibat jangkitan goiter tidak berbahaya atau masalah lain. 

Sesiapa yang mempunyai tanda-tanda tersebut dinasihatkan berjumpa doktor secepat mungkin kerana doktor sahaja yang mampu mendiagnosis dan merawatnya. 

Diagnosis 

 Sekiranya pesakit menghidap simptom yang mencadangkan kewujudan sel kanser tiroid, doktor mungkin menjalankan pemeriksaan fizikal dan bertanya mengenai sejarah perubatan diri dan keluarganya. 

 Doktor yang merawat itu boleh menjalankan ujian makmal dan pengimejan untuk menghasilkan gambaran tiroid serta kelenjar lain. 

Pemeriksaan fizikal: Sebelum itu, doktor akan merasa tengkuk, tiroid, peti suara dan nodus limfa untuk memeriksa sebarang ketumbuhan atau bengkak.

 Ujian darah: Doktor mungkin menguji darah pesakit untuk sebarang keluarbiasaan paras hormon rangsangan tiroid (TSH) dalam darah. TSH terdiri daripada kelenjar pituitari dalam otak dan mampu merangsang pelepasan hormon tiroid serta mengawal kepantasan pertumbuhan sel folikular tiroid. 

 Ultrasonografi: Alat ultra bunyi menggunakan gelombang bunyi melantun pada tiroid dan komputer menggunakan gema untuk menghasilkan imej dipanggil sonogram. Dari gambar itu, doktor boleh mengenal pasti bilangan nodul, saiz dan adakah mendatangkan bahaya kepada pesakit.

 Pengimbasan Radionuklida: Doktor mengarahkan pengimbangan perubatan nuklear yang menggunakan sedikit bahan radioaktif untuk menimbulkan imej nodul tiroid. 

 Biopsi: Pembuangan tisu untuk mencari sel kanser dipanggil biopsi. Ia boleh menunjukkan kanser, perubahan tisu yang boleh mengakibatkan kanser dan keadaan lain. Biopsi merupakan satu-satunya cara terbaik untuk mengesan sama ada nodul itu bersifat kanser atau tidak.

Prof Jawab | FB TIROID DAN ANDA (ORI)

$
0
0
Prof, Apakah maksudnya diffuse goiter with hyperactive thyroid gland ?

 Hyperthyroidism ada banyak jenis. Yang common ialah diffuse (Graves disease) dan satu lagi toxic nodular goiter ( bengkak berketul).  Graves disease biasanya menyebabkan mata berbonjol keluar dan dirawat dgn ubat, radioiodine atau operation. 

Kalau toxic nodular goitre, ubat hanya sementara dan rawatannya ialah pembedahan. 

Prof,  Mata nampak berbonjol. Apakah mata boleh jadi normal semula? Jika penyakit seperti ini,yg mana lg baik , buat RAI atau operation? 

 Kalau jenis mata berbonjol keluar, kita galakkan buat operation utk mengurangkan antibody. Radioiodine boleh menyebabkan mata semakin teruk. 

 ~ Prof. Rohaizak Muhammad UKMSC ~

RADIOIODINE | TIROID DAN ANDA (ORI)

$
0
0
Sumber: FB Grup TIROID DAN ANDA (ORI)
Prof. Rohaizak Muhamad UKMSC

#andatanya
#profjawab

- Apakah perbezaan antara NATURAL IODINE dan RADIOIODINE

*** NATURAL RADIOIODINE tidak ada Radioaktif. Untuk rawatan tiroid dan kanser tiroid, kita guna Radioiodine 123 atau 131 yang mempunyai Radiasi.
Radiasi ini berfungsi untuk membunuh sel yang menyerap Radioiodine, iaitu sel tiroid dan kanser tiroid. ***

- Apakah kesan Radioiodine terhadap TSH?

*** Untuk Radioiodine berfungsi dengan baik dan berkesan, level TSH yang diperlukan mestilah melebihi 30. Ini dicapai dengan memberhentikan Thyroxine selama satu bulan atau menggunakan suntikan ubat Thyrogen.***

#tiroiddananda



~ Kpah k-poh ~

Hana Hadzrami | Tiroid dan Anda(ori)

$
0
0
Alhamdulillah.. Tujuan kpah tubuhkan FB Grup utk tiroid ni, asalnya utk memudahkan kpah menjawab dan membantu sesiapa sahaja yg buntu dengan penyakit ini. 

Tapi tak sangka pulak, ia berkembang dengan cepat dan rupanya terlalu ramai di luar sana yg mengidap penyakit ini. 

Alhamdulillah, Lama kelamaan, kpah berjaya masukkan beberapa orang doc yg berkait dalam bidang ini. 

Termasuklah Pakar Endocrine iaitu Prof Rohaizak Muhammad dari UKMSC. 

Prof Marina Md Baki, Doc Pakar ENT. 

DOC Hana Hadzrami,  Pakar Bius. 

Dan juga Prof Arif Shahar yg memberikan maklumat utk panduan kami. 

Kpah copy paste dari FB Doc Hana Hadzrami. Tak sangka pulak, grup ini mendapat perhatian dari beliau. 

Terima kasih semua.. 


Sumber : Fb Hana Hadzrami

Terdapat banyak kumpulan sokongan pesakit di media sosial. Contohnya kelab sokongan ibu hamil dan ibu menyusu, kumpulan cancer survivors, kelab sokongan anak kurang upaya dan sebagainya.

 Antara banyak-banyak kelab, saya mengagumi kelab Tiroid dan Anda. 

Antara moderatornya ialah Puan Kpah K-poh SharifahNor yang juga rakan Facebook saya. 

 Apa yang bagus tentang kelab ini? 

Antaranya ialah moderatornya tegas tak membenarkan ahlinya membawang tak tentu pasal. 

Iyalah, pesakit tiroid mudah mengalami tekanan emosi. Jika ditakutkan dengan fakta palsu, maka lebih tertekanlah perasaan pesakit tiroid. 

Jika ada maklumat dirasa meragukan, moderatornya akan segera merujuk kembali kepada doktor untuk mendapatkan kesahihannya. Kan bagus begitu, takdelah pesakit yang nak melalui pembedahan tak jadi dibedah akibat dimomokkan dengan cerita palsu.

 Lagi satu, moderatornya tegas tak membenarkan apa jua penjualan suplemen masuk dalam kumpulan mereka. 

Mana-mana penjual yang cuba mencucuk jarum akan segera diblok sebaik saja dikesan.

 Ini adalah amat penting supaya rawatan pesakit boleh dilakukan dalam keadaan optimum. 

 Selain dari itu, mereka yang cuba menyebarkan aura negatif kepada ahli kelab juga akan ditegur supaya semangat pesakit yang menjalani rawatan tidak terganggu. 

 Tak seperti sebuah kelab sokongan ibu hamil yang suka berkongsi maklumat palsu dan lebih gemar membawang dari mendapatkan kesahihan. 

 Hingga tersebar artikel bayi kuning (jaundice) perlu direndam dalam mandian air sirap. Juga perkongsian artikel rawatan bayi jaundice dengan memberi minuman beer kepada bayi tersebut. Kan jahil tu namanya!! 

 Syabas ya Kumpulan Tiroid dan Anda!!

LID | THYROXINE | ANTIBIOTIK

$
0
0

Sumber: FB Grup : TIROID DAN ANDA(ORI)

*Mereka yg dlm pantang makan (LID) dan pantang Thyroxine, sblm ambik Rai kanser, dibolehkan utk mengambil antibiotik * ~ PROF. Rohaizak Ukmsc ~


Anaplastic thyroid carcinoma

$
0
0
Sumber:

FB GRUP: TIROID DAN ANDA(ORI)

Assalamualaikum Prof.  

Sedikit pertanyaan tentang Anaplastic thyroid cancer. 

 1-mrk yg dah buang total, ada tak risiko utk dapat kanser anaplastic? 

Prof: Kalau dah buang semua dan radioiodine dan thyroglobulin dah clear, dah takda risiko.  

2- mrk yg kanser Papillary, folikular dan medullary, ada tak risiko utk menjadi anaplastic.

 Prof: Kalau kanser tak dibuang memang ada risiko utk bertukar jadi anaplastic atau undifferentiated (tidak dibezakan) 

 3- anaplastik ni berlaku kpd mrk yg lebih berusia. Had umur berapa, Prof?

 Prof : Biasanya umur 50 keatas tapi pesakit saya ada juga yang baru berusia 42 tahun Terima kasih Prof..

 #andatanya 

 #profjawab

 #tiroiddananda

DEEP BREATHING | PANIC

$
0
0
Copy FB comment from  : RN Abdul Razak 

PANIC

Jika anda mengalami panic, atau melihat orang lain mengalami panic... Apa yang anda boleh lakukan adalah memberikan ruang udara pada pesakit itu dan mengajar dia deep breathing teknik. Iaitu menarik nafas dengan dalam sehingga kembang paru2nya (melihat dada ke hadapan) tahan 3 saat dan hembus menggunakan mulut. Amalkan. 

December 19, 2017


PERSEDIAAN KE HOSPITAL (OPERATE) | TIROID DAN ANDA(ORI)

$
0
0

Dari Grup Tiroid dan Anda (ORI)..


PERSEDIAAN KE HOSPITAL (operate) 


-Bawa satu persalinan pakaian utk balik


- berus gigi, ubat gigi, sabun, bedak dan yg sewaktu dgnnya. (set2 skincare mcm toner, serum, mosturizer, sunscreen tinggallah kat rumah.. 😅)


- Kipas kecik pun boleh bawak. (tq rakan grup) 


- tisu kotak bwak la sekotak dua. lepas operate  akan batuk dan berkahak.(tq rakan grup) 


-datang hospital pakailah kasut yg selesa. Jangan lupa bawak selipar Jepun (buatan China, beli di Malaysia 😆) utk ulang alik ke bilik air. Jangan pakai terompah.. Bising 😆


- telekung dan sejadah.


-kain batik / kain pelekat , tuala mandi


-bekas simpan makanan dan minuman(tupperware / tipuware).Kdg2 tak nak makan lagi.. Boleh simpan dlm bekas. 


- Sudu dan mug / cawan plastik


- kalau nak bawak flask air pun boleh..tapi kpah tak pernah bawak sbb tak suka minum air manis. Jadi kpah minum air yg diberi saja. 


-Photostat ic (ic jgn lupa bwk) 


- GL

jangan lupa GL kalau penjawat awam. kalau first class kosong, boleh minta first class. bayar sikit je kalau gred bawah 44. Rm15 semalaman. nanti sediakan duit yg cukup kalau duk first class. kalau gred 48, percuma.(tq rakan grup) 


-ubatan yg diambik jika ada penyakit lain. 


- kad alergic ubat atau bagitau doc jika ada alergic dgn sebarang ubat. 


-Baju sejuk klu dok wad yg ada aircond.


-air mineral botol kecik dan straw


- susu Anlene kotak jika operate Total.  (minum slps operation dan sepanjang ada di ward utk membantu tahap kalsium agar tak drop).  Selagi tak ok tahap Kalsium,  selagi itulah jadi penunggu ward 😭😭)

Jika operate buang sebelah, bawaklah susu jenama apa pun.. Tak ada masalah. Tak bawak susu pun tak apa. Sbb tak ada ganggu tahap kalsium jika buang sebelah. 

 

-mknan ringan lain tak perlu sangat bawak sbb ..hari ni masuk ward..esok nak operate,  mlm dah puasa. Lepas operation makan bubur jer.. 


- pesanlah pada waris.. Yg mana nak datang melawat tu.. Jangan bawak makanan. Nanti penuh pulak almari kecik kat ward tu jadi pasar mini. Bukan boleh makan pun.. Ambik bubur jer sehari dua. Kalau selit 'Rm Rm' ok jugak.. 😊


-minyak angin. Yg jenis bila nak tido jer kena sapu minyak angin tu.. Bawaklah. Kalau boleh.. Jgnlah bawak yg berbau kuat sangat.. Atau sapulah sikit2 saja agar tak ganggu pernafasan pesakit lain. 


-Bantal busyuk... Kalau ada.. Bawaklah sekali. Karang tak tenang pulak nak tido 😂. Bagi pakai sarung bantal elok sikit.. Malu kat orang.. Siap ada peta takut tak jumpa jalan balik 😱


-jika bawak talipon, bawaklah power bank sekali. Janganlah cas talipon dlm ward jika duduk ward kelas 3. 

Gunalah talipon tu utk baca Yassin ke.. Mengaji ke.. Kemudahan dah ada. 

Kawal nada dering fon.. Kalau boleh mute / bisukan. 


-Jika kena giliran awal utk operate, malam tu, serahkan dompet, talipon dan power bank kpd waris. Sbb kita akan tinggalkan katil utk beberapa jam. 

Pernah berlaku kecurian di mana pelawat mengambil (curi) talipon milik pesakit yg ditinggalkan di bawah bantal. 


-barang kemas sprt cincin, rantai, subang semua bukak siap2. Tinggalkan di rumah.  Kena keluarkan gigi palsu sblm operation.  Rambut palsu pun kena bukak jugak 😱


-jika agak2 mcm nak datang bulan,  beli siap2 pad yang bergelung. Mcm yg digunakan oleh mrk yg lepas bersalin. Boleh beli di farmasi. 

Tujuan.. Tak kan nak kena bagitau jugak ni?? 😊😊

Tujuan gunakan pad bergelung.. Supaya boleh ikat dgn tali pada pinggang. Masa operation, tak boleh pakai spender dan bra..

Mengapa tak boleh pakai spender? Operate di leher ..bukan di anu nya.. 

Sbbnya.. Utk elakkan kuman.. Spender kita bukan dibasmikuman pun.. ☺☺


-Ermmmm.... Yg mana ada bulu ketiak lebat.. Silalah cukur yer.. Sama mcm kes spender tadi.. Sbb elakkan kuman. 

Sama jugak mcm bulu kemaluan lah yer...  Jgn nanti.. Sblm operation mcm hutan belukar..lepas operation dah botak 😊😊 misi dah tolong cukur.. Hahahaaaa.... 

(operation yg lebih lama.. Kena pasang tiub kencing) 


- bangun awal utk mandi. Solat subuh dan berdoalah...


Lain2 tu rasanya tak de lah kot. Boleh tambah di bahagian komen yer.. 


Sekian..

KETULAN MENGECIL ? | TIROID DAN ANDA (ORI)

$
0
0
Sumber : FB TIROID DAN ANDA (ORI)

#andatanya
#profjawab

Q : Ada kemungkinan kah ..ketulan tiroid boleh mengecil?
A : YA. Kalau Tiroid cyct

Q : Jika tiroid cyst mengecil, ada kemungkinan kah untuk membesar semula?
A : Ada.

Semua bengkak tiroid dipanggil goitre. Cuma yang paling biasa ialah nodular goitre. Kanser dan cyst juga menyebabkan goiter atau bengkak tiroid. Itu yang perlu buat ultrasounds dan fnac utk menentukan penyebab goitre.

Kalau cyst, boleh membesar dan mengecut tapi kalau sebab lain tak mngecut.


~ Kpah k-poh ~

Carbimazole | Berat badan | Tiroid dan anda(ori)

$
0
0

Sumber: Fb Grup TDA(ORI)

Carbimazole membantu utk menstabilkan hormon tiroid yg berlebihan. 

Bila hormon tiroid belebihan, berat badan turun mendadak tapi risiko  masalah jantung sangat tinggi.

Bila hormon tiroid stabil.. Berat badan akan mula naik.. 

Terpulang kpd individu bagaimana nak uruskan tentang berat badan tu. 

Ada yg berani stop carbimazole sbb tak nak berat naik..tanpa memikirkan serangan Thyroid storm yg membawa risiko koma. 

Agaknya.. bila koma.. Berat badan akan turun lebih cepat??

Tolong jangan bunuh diri | TIROID DAN ANDA(ORI)

$
0
0

Sumber: Fb Grup TDA(ORI)

Tolong jangan fikir nak bunuh diri.. nyawa kita yg Allah bagi ni pun pinjaman saja. Tunggu jer ...Satu hari nanti.. Tak awal tak lewat.. Allah ambik balik.. Sementara tu.. Sebagai peminjam nyawa.. Bayarlah faedah dgn amalan yg baik.. 

Kalau dunia yg luas ni pun anda dah rasa sempit.. Mcm mana nanti dalam kubur.. Dah tentu-tentu sempit. Baring mcm tu jer.. Tak gerak2. 

Kalau dalam dunia ni anda tak ada kawan.. Tapi anda boleh kawan dgn kami dlm Grup ni. Anda boleh tengok iklan Lazada.. Shopee.. 😆 Boleh layan youtube, baca Quran..

Kalau dlm kubur.. Ulat2 meratah anda. Takut sebenarnya mati ni. Jangan menuju mati dgn cara yg salah. 

Rugilah Allah bagi anda nyawa.. Tapi anda nak cabut nyawa sendiri pulak. 

Banyak benda lagi dalam dunia ni yg anda boleh buat.. 

Kalau mati.. Baring jer..boringlah. gelap.. 

YOU NEED HELP...! 

Fikirlah... 

Selagi ada nyawa.. Hargailah. 

ALLAH KAN ADA.. 

Allah tak pernah tinggalkan kita disaat org lain menjauh... 

HYPERTHYROIDSM

$
0
0

Assalamualaikum :

Kpah ada copy tulisan di bawah..tapi terlupa nak catatkan siapa nama doc yg menulis. Jika ada sesiapa yg tahu, tolong  bagitau kpah yer.. Kpah nak tulis nama doc sebagai tuan punya penulisan ini. Tq.

💋

Dah kerap sangat aku jumpa sekarang ni, kes di mana patient mengadu penat penat badan...letih...susah tidur....dan mereka pandai pandai buat diagnosis, dan self treat dengan beli produk yang kata nya boleh mengembalikan kesegaran tubuh. Ataupun,ada yang terus pergi jumpa ustaz nak check kot kot kena gangguan jin, lebih lebih lagi bila dia kata dia kuat makan tapi berat tak naik..mungkin jin punya kerja :P


OK, BACA INI BETUL  BETUL : Aku tak kata jangan makan supplement, atau jangan mintak second opinion dari ustaz...sebab memang ada kes badan letih lesu tak bermaya, susah tidur sebab kurang rehat + kurang vitamin & mineral..dan memang ada kes jadi macam tu sebab ada jin bertenggek kat badan. Tapi sebelum nak come to conclusion kurang vitamin ke, jin bertenggek ke...sila check dulu keadaan kesihatan betul betul...


Benda yg aku tulis ni memang real case scenario, dan kerap jadi...


Tengok ada tak simptom2 ni, terutama nya kalau korang perempuan:


1- Cepat letih / tak bermaya / takda tenaga

2- Badan selalu sakit sakit / sakit sendi

3- Sakit kepala / pening yang kerap

4- Susah nak tidur malam

5- Selalu rasa panas badan, macam demam tapi tak demam.

6- Demam on off yang kerap tanpa simptom lain ( takde batuk, selsema, sakit tekak)

7- Perut selalu meragam / kembung 

8- Kerap / mudah cirit

9- Period yaang heavy / panjang tempoh

10- Mood swing...mudah terasa hati / marah

11- Mudah rasa risau tak tentu pasal / anxiety

12- Kuat berpeluh dari biasa

13- Tangan selalu menggeletar / shaking

14 - Rambut gugur

15 - Asyik lapar / kuat makan

16- Berat badan statik atau turun walaupun kuat melantak( sebab lapar selalu)


Perasan tak semua simptom tu, memang nicely fit dalam testimoni mana mana produk yg melambak kat pasaran? Minumlah Jus XYZ yg boleh menghilangkan letih badan dan merawat sistem pencernaan anda. Atau makan lah kapsul ABC yg diperkaya dengan makanan sunnah yg boleh melancarkan perido dan beri tenaga, dan menyeimbangkan hormon   :P


Padahal simptom2 tu ialah simptom HYPERTHYROIDISM. 


Hyperthyroidism ialah keadaan di mana kelenjar thyroid mengeluarkan terlalu banyak hormon thyroid. Kelenjar thyroid ni keluarkan 2 jenis hormon thyroid, iaitu T3 dan T4.


Fungsi T3 & T4 ialah utk mengawal atur sistem metabolisme semua sel dalam badan. Ya, semua. Jadi T3 & T4 ini mengawal sistem pernafasan, sistem jantung, sistem pencernaan, sistem reproduktif, sistem kawalan suhu badan. Jadi bila sistem sistem ini di rangsang secara berlebihan ( oleh T3 & T4 yang tinggi), maka everything jadi over, jadi berlebihan, jadi hyper.


* jantung pam laju --- rasa dada berdebar / nadi laju/ boleh jadi darah tinggi

* pencernaan jadi laju ---- selalu lapar, kuat makan, tapi berat badan tak naik/ boleh menurun, perut selalu rasa angin/ gastrik

* kawalan suhu terganggu  --- rasa panas / kuat peluh / macam demam on off

* sistem reproduktif & hormon dikacau -- period jadi panjang / tak menentu

* sistem saraf pusat terganggu - --- mood swing, selalu risau, tak boleh fokus, insomnia


Nak cerita pasal hyperthyroidism ni, atau nak cerita pulak pasal kelenjar thyroid yang bengkak / membesar....memang panjang lebar. Cukup lah utk post kali ini, aku nak buka mata & tarik perhatian korang, tentang simptom simptom hyperthyroid yang selalu di salah erti sebagai tak cukup rehat / kurang vitamin / gangguan jin. 


Kalau ada simptom2 tu, nak buat apa?

Jumpa doktor..cerita kan simptom2 anda.

Doktor akan buat blood test utk check bacaan hormonT3 & T4.

Viewing all 324 articles
Browse latest View live