Quantcast
Channel: K-POH / THYROID (TIROID DAN ANDA)
Viewing all 324 articles
Browse latest View live

KANSER TAIROD | 7 HARI ELAKKAN MAKAN SEBELUM RAI

$
0
0
Sumber : TAIROD DAN ANDA : Norlianti Ahmad
Bagi pesakit kanser tirod jika doc minta anda menjalani kimoterapi atau RAI ( radioactive iodine), lbh baik buat. Sbb sel kanser selalunya aktif dan cepat menular. Melalui kimoterapi ini ia blh membunuh sel2 kanser tersebut. Dkt sini saya ada sertakan makanan yg perlu dielakkan 7 hari sblm menjalani kimoterapi dan slps. Kalau blh makanan ni dikrgkan walaupun slps kimoterapi. Yg plg baik jgn mkn daging merah..ini yg saya buat lah. Terpulang pd individu.


~ kpah k-poh ~

PENTINGNYA KALSIUM DAN VITAMIN D UNTUK TULANG KUAT

$
0
0
Kalsium dan vitamin D sangat diperlukan untuk membina tulang yang kuat dan sihat. Jumlah pengambilan kalsium yang syorkan dalam sehari ialah 1000mg dan jika anda berusia 50 tahun ke atas,anda dinasihatkan untuk mengambil sebanyak 1200mg. Jika anda terasa jumlah kalsium yang diambil tidak mencukupi,ambillah vitamin dan mineral ini dalam bentuk makanan tambahan. SUMBER -RAPI.


~ kpah k-poh ~

RAKAN TAIROD | 12 BIJI CARBIMAZOLE

$
0
0
SUMBER : page TAIROD DAN ANDA.

Salam perkenalan hehe.. Haah dulu Na masa awal2 dikesan ada tiroid na kena makan 12 bijik carbimazole dan 3 bijik propanolol selama 2 bulan.. Masa tu mmg teruk, tahap gigil na sampai kancing gigi n lutut berlaga2. Dada mcm nak meletop. Badan panas sepanjang masa tp tak demam, sehari rasanya buang air besar smpai 5-6 kali, rambut gugur toksah cakap laaaa, mmg nipis kepala sb na nie jenis rambut lebat n hitam bkilat alhamdulillah tp bila dh byk gugur; mmg stress sgt. Makan pulak banyak..Na dhlaa mengajar. So hadap bdk2 kecik yg nakal mmg satu cabaran. Tu blom masuk bab bgaduh dgn pakwe; pakwe plak menyakitkan hati huhuu...

Tp dulu mmg na pantang soya dan kobis. Pg KFC mmg buang coleslaw. Sampai skrg na tak makan. Skrg na kena makan sbijik carbi dan separuh propa (jenuh kena potong propa tu selang sehari bg jd half kdg2 over potong terhancur pulak hehe)..
Rambut pun dh tak gugur even sikat kuat2 (saje test hehe), na jugak cuba utk tidak fikir sebarang masalah, ada masalah na buat bodoh, hepi2 kan diri tp tak dinafikan if ada masalah na down juga, dan ada rasa macam nak gila. Tp jika boleh cuba kurangkan fikir. Na juga explain kat smua org na jenis yg takleh sedih, takleh stress. Sb ada org nie tak paham penyakit kita n saje menyakitkan hati.
Shingga hari nie mmg no soy and cabbage. Kobis purple tu pon na tak makan. Sb penah test bila makan kobis ya allah bpusing kepala, rasa rumah bpusing, pastu dada laju, dan ada sedikit loya2. Satu je na takleh nk tinggal. Iaitu coffee. Sb coffee boost my day. Kalau na tak minum coffee nanti na cepat mengantuk kat sekolah pastu rasa malas nk bgerak (org tiroid kalau dh malas, dua minggu rumah tak sapu tau! Mmg malas tahap kronik) so i really need my coffee tp hadkan satu mug sehari pd waktu pagi..

~ kpah k-poh ~

Hypertairod menjadi Hypotairod

$
0
0
Sumber: fb grup #tairoddananda#

Pengidap hyper yg menjalani pembedahan membuang semua kalenjar tairod,akan berubah menjadi Hypo. Pengidap hyper yg menjalani rawatan RAI, ada yg berubah kepada Hypo sementara atau selamanya. Ada juga pengidap tairod yg memang Hypo tapi tidak menjalani pembedahan,ini sebab mereka mempunyai hormon tairod yang semulajadi sudah rendah.

~ kpah k-poh ~

Tairod mengecut 80 peratus:

$
0
0
Sumber Facebook TAIROD DAN ANDA
Status: Sehajali Yaya

Assalamualaikum semua..nk kongsi sedikit pkmbangan tiriod..alhamdllh dah nk masuk 5 bulan sy ambil prodak AHB tiriod sy da mngecot 80%...cepat penat sy seperti lelah tu da xde sy pon dah boleh buat kerja ape2 mcm dlu2 dh tampa lelah d sbub kan tiriod...kembas2 kaki tangan badan sejuk2,sakit dekat sendi2 n pelikat dh xde..mudah2an sy sembuh tampa oprction..kalau kawan2 kat c ni nk cuba prodak tu pon boleh ibu mnyusu pn boleh.sy pon dh 4tahun menghidapi tiriod.sy nk share gamba leher segan kalau nk tngok pekembanganye boleh pm sy ok.mod rase bersyukur sngat berkat ketabahan besabar jugak dri sokongan kawan2 kat c ni.4 mama Kpah K-poh SharifahNor hehehe n kak Rina Glominerals thnks atas semua info2 n pengalaman yg di kongsikan..


~ kpah k-poh ~

TAIROD DAN GASTRIK

$
0
0
Sumber FB : tairod dan anda

Salam kwn2..sy nk tya klu gastrik ni ade kaitan ngan gastrik ke? Sblm ni sy xpernah ade gastrik tp skang ni ada plak...aritu last appointment 7/4 dh dpt result darah semua normal pastu doc bg appointment 6bln tanpa bg sebarang ubat..skang simptom2 slalu dtg menyerang ape sy nk buat?


~ kpah k-poh ~

PROPRANOLOL DAN HYPERTAIROD

$
0
0
Fb. TAIROD DAN ANDA;

Ubat jantung propranolol tu utk pengidap hypertIrod yg rentak jantungnya sangat laju. Ia utk menstabilkan rentak jantung. Hanya utk yg ambik carbimazole saja...
Yg ambik thyroxine tidak perlu ambik propranolol sbb rentak jantung mmg slow.
Tapi bukan slow sesangat yer... Lebih kurang normal.

~ kpah k-poh ~

RAWATAN RADIOAKTIF IODINE BOLEH SEBABKAN MANDUL?

$
0
0
Sumber : FB #tairoddananda


slam kak pah.. nk post kt group line xkuat... de owg senasib sy tok wat RAI ni, dia ckp jgn minum iodine lau dia bg minum, elak minum, sb dia ckp kesan minum tu xley ngndung dlm mse beberape thun...btol ke?


-Wslm. Bukan tak boleh mengandung sampai bila2... Tapi kena elakkan dari mengandung utk tempuh tertentu. Ada yg doc suruh elakkan dari mengandung enam bulan..ada yg setahun..ada yg setahun enam bulan dan seterusnya. Sebab...kena elakkan dari termengandung itu...supaya kesan radioaktif dari dlm badan dapat dikeluarkan...jika mengandung dlm tempuh yg dielakkan..kemungkinan besar bayi akan terkesan dgn radioaktif.

Pengidap kanser tairod...jangan sesekali elakkan RAI... tujuan RAI ini sama dgn kimoterapi...utk membunuh dan menghalang sel sel kanser dari merebak... Bayangkan...awak tak ambik RAI...dan sel sel kanser merebak..dan merebak dan terus merebak ke bahagian organ lain dlm badan.... Dari tahap satu..terus ke tahap dua...dan.... Seterusnya....

Memang...kanser tairod ini merupakan kanser yg paling rendah risikonya....tapi... Sebab namanya kanser... Ia tetap merbahaya.


Komen rakan grup ;
betul ckp kakpah..kl kena buat rai jgn xbuat..kanser tu boleh merebak kl xcegah awal2..mcm sorg kakak tu yg sy jumpa ms g appoinment.dia ckp sel kanser dh merebak ke peparu sbb lwt buat rwtn..nauzubillah min zalik.ujian Allah turunkan buat kita berbeza2,kena kuat n positif sokmo..bkawan dgn org2 positif agar sikap tu jgkit sama dgn kita.inshaa Allah.sokongan keluarga dan insan2 tsyg amat diperlukan..

yg bertanya ni belum kawin ye Kpah K-poh SharifahNor?

jgn rsau pasal anak..sbb awk blm kawin baik buat rai dlu..nt byk ms blh plan ada anak..mcm sy ni dlu rs sdih jgk bila doc ckp xleh preg lepas suami buat rai..tp bila fikir smula,kl xbuat rai pn blm tntu Allah nk kurniakan sy anak dlm ms tu..so.demi kshtan suami sy fikir positif..rezki anak ajal maut smua ni Allah yg tentukan..jgn smpai kita fikir nk anak smpai x utamakan kshtn diri..bncg n explain biar fmly tau..biar smua tau n fhm keadaan awk..inshaa allah..smua akn jd mudah..

panjang pulak coret2 hihiii


~ kpah k-poh ~

TAIROD DAN ANDA | add fb TAIROD DAN ANDA | fb kpah k-poh sharifahnor

$
0
0

Ummi Aliyah (FB- TAIROD DAN ANDA)

Ummi wrote: "Dari Abdullah RA.katanya:"Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:"Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk." Jawab baginda,"Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab baginda:"Semoga!" Kemudian sabda baginda pula:"Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya."
(Hadis Riwayat Imam Muslim).

Huraian: ~ Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.
Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." ~ (HR At-Tirmidzi dan Ibn Majah)
p/s :Sabar Mengahadapi Dugaan !

hehehe..mcm ustazahlah pula ni..sekadar peringatan diri dan perkongsian bersama..utk ketenangan jiwa..
Trimakasih pd semua admin di page ini..yg sudi meluangkan masa utk kita semua.. Kpah K-poh SharifahNor.."


~ kpah k-poh ~

Papillary Throid Carcinoma

$
0
0
FB : TAIROD DAN ANDA

Salam,
Rasa tak percaya tapi memang itu hakikatnya.
Kpah K-poh SharifahNor, akhirnya result biopsi menunjukkan saya kena 'Papillary Throid Carcinoma'. Muka saya dah cuak sebab ingat nak cakap nodul ke apa, pastu doktor panggil pakar profesor dan bila dia cek, borak2, terus dorang kata kena operation asap. Lagi lah saya rasa nak pitam, sebab sebelum ni tak penah ada simptom macam rakan yang lain, cuma seminggu je sakit nak menelan.
Lepas discuss dengan doktor, so saya akan dibedah isnin ni, (sebenarnya full, tapi mereka terpaksa tolak patient tonsil) untuk kes saya. Lagi lah rasa down sangat, tinggal tak nangis jer. So, saya tanya doktor, tu jenis kanser ke? dia kata ya, untuk umur saya 20-30an. So, doktor akan buang terus 2 kelenjar.
Walaupun dari luar tak nampak besar pun, sebenarnya kat dalam tu kita tak tahu besar mana, dan untuk mengelakkan pembedahan 2x. So lepas ni, saya akan diberi ubat pengganti kelenjar tiroid dan kalsium juga. Jumaat ni kena buat cek darah dan sebagainya. Ahad masuk wad, isnin bedah. Pastu saya tanya pasal RAI, doktor kata akan buat pemantauan dulu, kalau rasa sisa2 cancer tu ada, kena buat juga.
Macam cepat sangat. Nak tanya xperience kawan2 lain yang penah buang kelenjar tiroid ni, berapa lama masa diambil, pantang makan macam mana, cuti berapa lama dan lain2. Mohon doa semua, terima kasih.


~ kpah k-poh ~

INFO | METASTATIC CANCER

$
0
0
READING CORNER | GOOGLE | INFO

What is metastatic cancer?

Metastatic cancer is a cancer that has spread from the part of the body where it started (the primary site) to other parts of the body. When cancer cells break away from a tumor, they can travel to other areas of the body through the bloodstream or the lymph system (which contains a collection of vessels that carry fluid and immune system cells).

This image shows some parts of the lymph system, like lymph nodes and lymph vessels, as well as organs and tissues that contain many lymphocytes (immune cells)





(Image from google)

If the cells travel through the lymph system, they may end up in nearby lymph nodes (small, bean-sized collections of immune cells) or they may spread to other organs. More often, cancer cells that break off from the main tumor travel through the bloodstream. Once in the blood, they can go to any part of the body. Many of these cells die, but some may settle in a new area, begin to grow, and form new tumors. This spread of cancer to a new part of the body is called metastasis.

Cancer cells have to go through several steps to spread to new parts of the body:.

They have to be able to break away from the original tumor and enter the bloodstream or lymph system, which can carry them to another part of the body.
They need to attach to the wall of a blood or lymph vessel and move through it into a new organ.
They need to be able to grow and thrive in their new location.
They need to be able to avoid attacks from the body’s immune system.
Going through all these steps means the cells that start new tumors may no longer be exactly the same as the ones in the tumor they started in. This may make them harder to treat.

Even when cancer has spread to a new area, it’s still named after the part of the body where it started. Treatment is also based on where the cancer started. For example, if prostate cancer spreads to the bones, it’s still prostate cancer (not bone cancer), and the doctor will recommend treatments that have been shown to help against metastatic prostate cancer. Likewise, breast cancer that has spread to the lungs is still breast cancer, not lung cancer, and is treated as metastatic breast cancer.

Sometimes the metastatic tumors have already begun to grow when the cancer is first found and diagnosed. And in some cases, a metastasis may be found before the original (primary) tumor is found. If a cancer has already spread to many places when it’s found, it may be very hard to figure out where it started. If this happens the cancer is called cancer of unknown primary. This is discussed in a separate document, Cancer - Unknown Primary.

~ kpah k-poh ~

HYPERTAIROD DAN SESAK NAFAS

$
0
0
Sumber :Fb TAIROD DAN ANDA

Salam.. Sy ade hypertiroid mase mengandung anak nom 2 mase sebulan nak bersalin dah ok...tapi pas pantang jadi teruk sampai ade mase menggigil n ade mase rase nak pengsan nak2 lagi bile cuaca panas... Sy makan carbimazole n propanol asenye name die tapi sampai skunk bdan ok cume setiap hari sy rase sesak nafas sgt.. Skunk dah 3 bulan makan ubat ni..dlu badan trun mendadak skunk naik pulak tp payah nak trun...sampai pg sedut gas pakai neb kat spital baru ok.... Nak tido mlm rase sgt ssh sbb x blh nafas kadang sampai tercungap2... Tanye doc die ckp klau hormon dah normal baru blh operate.... Mintak pandangan semua ubat ape yg sesuai supaya sy x sesak nafas lagi....

~ kpah k-poh ~

RADIOAKTIF IODINE (RAI) DAN MENYUSUKAN ANAK

$
0
0
Sumber :fb grup TAIROD DAN ANDA


Pnglmn sy hari tu,masa buat RAI bb sy umur 9 bln.jd ms umur dia 5 bln sy start ajar stop bf sbb dr prepare kan kita utk RAI dgn bg ubat dos lbh tinggi.ms tu kena ambk double dr 4 biji ke 8 biji.jd umur 6 bln tu dh stop terus bf.takut bb pun ambk susu+ubat tiroid sekali.mmg sedih la.bila hari buat RAI sister kt kaunter klinik nuklear suh bincang blk dgn doc sama ada nk buat RAI atau x sbb bb attached dgn kita.jd kt bilik doc sy tanya blh ke nk extend.dr jwb bkn mslh blh ke x blh.sbbnya kita dh ambk ubat dos tinggi utk rosakkan kelenjar tiroid tu.jd x blh tiba2 cancelkan sbb mgkn akan effect kt kita dgn dos ubat yg kita dh mkn.jd,pd pndn sy (Siti Ct )kena buat keputusan dl,klu mmg nk bf bb bgtau dr awal2 b4 kena ambk ubat dos tinggi.klu dr kata x blh elak maknanya kena buat jgk RAI dlm masa terdekat.

Sy pun sedih masa tu.tp kena pk positif.dr tau apa yg dia buat.sy hanya pk klu sy sakit mcm mana akan dtg nk jg anak2 dgn lbh baik.kita doa la.smg rwtn ni yg terbaik utk kesihatan kita dn penjagaan anak2.


~ kpah k-poh ~

PERSEDIAAN MENJALANI RAWATAN RADIOAKTIF IODINE UNTUK KANSER TAIROD

$
0
0
Kepada yang bakal menjalani rawatan RAI di IKN (INSTITUT KANSER NEGARA).Sedikit perkongsian dari rakan grup TAIROD DAN ANDA.( Beliau pun dah beri cadangan pada matron wad itu tntg hal ini)

1. Perihal sejuk.
Keadaan di situ memang sangat sangat sejuk. Mmg nurse ada bagitau supaya bawa baju sejuk dan stokin. SAYA hanya nak berpesan supaya bawa juga dua tiga helai T'shirt lengan panjang utk dipakai di bawah baju hospital. Ini dpt mengurang rasa sejuk dengan lebih efektif.

2. Bawa juga dua tiga helai stokin yg BENAR2 tebal. Sbb jari kaki kita mmg brrrr....hahhaa

3. Bilik mandinya masyaallah sejuuuuuuuuuuuuuuuuuuuk !! So sebelum nak mandi runningkan air panas selama lima minit dulu hingga bilik mandi tu berwap panas. Bila sudah mandi dan siap berpakaian, barulah tutup air panas. Ini ilmu SAYA dpt masa duk kat negara empat musim dulu.

4. Sumbat lubang udara di pintu bilik air tu dgn kain hospital utk mengelakkan udara sejuk dr masuk ke dalam bilik air. Klu taaaaaaakkk....tersentuh aja mangkuk tandas, terencat segala perancangan....hahahhaha


P/s: sebelum jalani RAI, pastikan anda mematuhi arahan doktor sebelum menjalani prosidur tersebut.


~ kpah k-poh ~

TAIROD | MASALAH PERIOD?

$
0
0
Sumber : FB TAIROD DAN ANDA:

Salam n terima kasih admin kerana sudi meng"approved"kan saya untuk join group ni..saya nak tnya ada x sesiapa kat sini bila tkena tairod suddenly xdtg period utk beberapa bln?? saya confuse sbb dh 2 months xperiod... Dr ckp sbb tairod..normally berapa lama agaknya akn xperiod yer?? Akak2 n adik2 please sharing with me tq

~ kpah k-poh ~

TAIROD | SUSAH MENELAN ?

$
0
0
Sumber FB Grup TAIROD DAN ANDA:

Assalamualaikum..sy ada soalan, sy selalu gigil bhg tgn n jari..cepat marah, bpeluh2 neves,period x tetap n more worse skrg ne klu nak menelan something sy rasa sakit bhg tekak..agak susah nak telan something mcm ada benda yg stuck..kat leher..ada kh sy mhidap penyakit ne? Lg satu ibu sy jga phidap penyakit ne..adakh sy mewarisinya??


~ kpah k-poh ~

TAIROD | selepas operation ingatan menjadi tidak berapa nak ingat.

$
0
0
salam semua.atin pengidap cancer tairod , alhamdulilah dah operation dan buad rawatan RadioIodine. Cuma tunggu 5bulan ja lagi untuk minum sekali ubat tuh .
Btw Atin Nak tanya, sakit tairod ni memang selepas operation ingatan jd tak bpe nak ingat ke? dan rasa cepat nak marah, tak leh duduk tempat yang bising jadi cepat serabut , mood kadg2 ok kadg2 tak ok. cepat mengelamun. kenapa ek

Sumber: Fb Grup TAIROD DAN ANDA


~ kpah k-poh ~

TAIROD DAN MASALAH KULIT

$
0
0

Assalamualaikum. Rakan taulan grup TAIROD DAN ANDA. Apa khabar kalian? Kpah baru saja pulang dari bercuti di kampung halaman di Pasir Mas,Kelantan.
Semasa di kampung, kpah telah berkunjung ke rumah ibu mertua Abang Long kpah.ibu mertua (MA) beliau merupakan seorang pengidap tairod juga.
Bermula dengan menghadapi masalah pada jantung..kemudian menghadapi masalah pada kulit, kemudian baru dikesan mengidap tairod.
Jika dilihat pada gambar, MA mempunyai kulit putih melepak sepenuhnya. Bulu2 roma,kening beliau juga putih sepenuhnya. Penglihatan beliau jadi kabur dan sangat sensitif kepada cahaya matahari. Kelihatan seperti pengidap masalah ALBINO.
Tetapi beliau bukan Albino.. Beliau seperti kita juga..malahan berkulit agak coklat sebab bekerja bercucuk tanam. Bermula dengan kulitnya bertompok2 putih di tangan kemudian sikit-sikit di bahagaian badan sehinggalah sepenuhnya putih,cuma ada satu dua tompok dari warna kulit beliau yang asal.
Sekarang beliau hidup sebagai pengidap tairod. Tidak pasti pulak kpah sama ada hyper atau hypo tetapi beliau memang tidak ada bengkak.


~ kpah k-poh ~

TAIROD | PENGALAMAN MENJALANI PEMBEDAHAN TAIROD

$
0
0



SUMBER : facebook grup : TAIROD DAN ANDA
Nur Sharliza Mohd Rapi'ain

Pengalaman OP Tyroid khas utk panduan rakan2 lain yg sdg menunggu utk OP

Sehari sblm OP:
Masuk wad sebelah pagi. Dapat katil dan tukar baju hospital. Sampel darah diambil for many reasons- nak tahu jenis darah, hepatitis, hiv dll. Tekanan darah dan ECG diambil utk baseline masa OP nanti. Dr akan turut bertanya mengenai sejarah perubatan kita- cth history mcm mana kita tahu ada bengkak, family members yg ada, alergik ubat. Kita juga ditanya smada sdg mengalami demam, batuk atau selsema so make sure kita sihat pd hari itu, sbb dr kata dia akan batalkan pembedahan jika ada simpton tersebut. Kita diminta sain borang kebenaran pembedahan dan borang utk pemindahan darah. Pakar bius pon dtg utk explain apa akan berlaku ( nanti saya explain masa saya cerita hari pembedahan), dia juga akan minta kita buka mulut utk tgk rongga udara, akan tanya kita pakai gigi palsu, gigi longgar, pakai contact lense dll yg saya x ingat. Kita juga diminta sain borang utk bius. Kemudian pakar bedah dtg utk tgk keadaan kita n explain apa akan berlaku nanti dlm kes saya dia kata pembedahan adalah sebelah saja, berdasarkan luka yg saya tgk panjang 2 1/2 inci di bhgn depan leher. Sampel akan dihantar ke lab utk ujian lanjut. Lengan dicucuk utk standby masuk drip so make sure lengan yg kita bg adalah lengan yg betul. Mcm saya kidal so saya bg tgn belah kanan so nak gosok gigi dan lain2 aktiviti x kekok. Sepjg hari tu saya didatangi oleh beberapa doktor tanyakan soklan yg lebih kurang sama dan beberapa nurse utk ambil BP. Byk masa free so kita bykkan lah berzikir, solat sunat hajat, solat taubat, baca surah Yassin. Time ni saya down byk menangis teringatkan kematian, pikirkan cukup ke amalan jika dijemput Allah, terpikirkan anak2, suami, ibu, ayah dan mcm2 lagi so bawa towel kecil utk lap air mata so takle membazir tisu tp dlm masa yg sama ada ketika saya rasa bersemangat utk OP sbb inginkan sembuh dan pk jika saya x buat ni saya seolah2 menyimpan bom jangka dlm badan saya. Perasan ini bercampur2...waktu mlm saya diisi dgn solat dan berzikir hingga saya penat dan tertidur. Cukup kot penceritaan pengalaman saya sehari sblm OP. Nanti saya cerita on the OP day plak.



~ kpah k-poh ~

TAIROD | PEMBEDAHAN TAIROD | PENGALAMAN

$
0
0



Nur Sharliza Mohd Rapi'ain

Sambungan semalam..Hari Operation 8.8.2014

Saya terjaga dr tidur seawal 4.45 pagi, mulut automatik berzikir...saya mandi dan solat tahajud minta Allah perkenankan doa2 yg telah saya mohon selama ini..pohon saya diberi peluang utk hidup lagi bg mbaiki kesilapan2 lalu. Lepas waktu subuh saya dah prepare mental sbb asalnya giliran saya operAte no 1, tp ditukar last minute ke no 2 sbb ada kes throid yg melibatkan org lebih tua dan dr bg tahu dia x mahu org tua tersebut tunggu lama. Mula2 sedih..tp bila fikirkan kesian kat pakcik tu saya redha so tunggulah saya sehingga 11 lebih. Sementara menunggu itu saya dan suami bermuhasabah bersama-sama, mesti ada sbb ujian ini diberi pada saya. Saya juga turut text sahabat dan saudara mara yg rapat dgn saya utk tlg doakan saya dan saya juga turut mengucapkan terima kasih utk solat hajat yg mereka lakukan utk saya.
Dlm kol 10.30 pg, saya pun tukar ke baju putih dan bersedia, pukul 11 pagi nurse dtg utk bg tau spy bersedia, saya call kedua ibubapa saya dan pohon kemaafan dan minta mereka tlg doakan. Sblm saya ditolak ke dewan pembedahan, saya diminta baring di atas katil dan nurse bertanyakan nama, ic, minta saya sahkan sain saya di pelbagai borang...pastu saya ditolak ke tingkat 1 dr tingkat 3 utk ke dewan bedah...saya rasa masa inilah saya betul2 redha dan bersedia dgn apa saja kemungkinan yg akan berlaku...saya berdoa jika saya selamat, Allah jadikan saya muslimah yg lebih baik, pohon spy jgn dilalaikan dgn perbuatan sia2..ntah kenapa saya turut bersyukur dgn ujian ini sbb saya terfikir ini ujian Allah utk tahu tahap keimanan kita...mcm kita test ambil exam kat sekolah..saya juga terbayang jika ini akhiran hidup saya, minta Allah ampunkan dosa2 saya, jauhi siksaan kubur...ini semua terfikir masa disorong ke OT. Smpai di OT, saya sekali lagi ditanya nama dan lain2 spt diatas.
Lebih kurang 20 minit juga menunggu sbb bilik OT sdg dibersihkan. Bila tiba masanya saya ditolak ke bilik OT no 6, masya Allah canggihnya bilik OT bau bilik pon harum...byk mesin2 besar...terus rasa confident...pakar bius pon x buang masa...terus tanya nama dan masukkan ubat melalui drip...ada 2 org pakar bius...saya dengar morfin disebut dan pakar bius meletakkan topeng gas suruh saya sedut...mula2 ok sedut tp lama2 kelamaan rasa makin susah skit dan terus kita tak sedar...dlm masa sama...dengar suara pakar bius suruh mengucap dan dia juga ajar mengucap...sambil mengucap 2 kalimah syahadah terus x sedarkan diri....
Tepat 2:15 ptg saya dikejutkan...dan nurse kata saya dah boleh ditolak ke bilik wad. Smpai di wad saya ditukarkan baju wad. Saya tgk luka pembedahan 2 1/2 inci dan satu tube drain diletakkan ditmpat pembedahan bg mengeluarkan darah kotor. Lepas terjaga kita dinasihatkan tidak terus bgn sbb kita mmg rasa pening...so bertenang dulu atas katil...awal2 mmg susah minum..saya basahkan bibir dan cuba jugak seteguk air. Alhamdulillah saya x muntah sbb mmg berpuasa bersungguh..6.30 ptg sebelumnya saya makan dinner heavy...lepas tu hanya minum air wpon dr suruh start puasa mulai jam 12 tgh malam. Ptg semalam lepas OP saya asyik tertido sbb kesan bius masih ada. Solat zohor pon guna isyarat mata sbb x larat nak bgn...by the time asar br boleh duduk tu pon support dgn bantal kecil yg saya bawa. Saya rasa pedih kat tmpat luka tu so nurse masukkan ubat pain killer melalui drip saya barulah boleh solat asar duduk dgn selesa. Saya bertayammun je guna debu tayammum sbb ada drip air kat tgn kanan lagi pon x larat nak ke bilik air. Saya cuba juga utk makan soft food aka bubur nasi...dptlah 3-4 mulut. Susah skit nak telan sbb saya rasa leher saya sgt tegang esp bila nak menelan. Rasa mcm tali yg diikat tegang tp x leh sakit sgt..urusan ke bilik air pun perlu dibantu sbb ada drip air dan wayar darah kotor tu. Mintalah sapa2 tlg temankan kita nanti.
Mlm ok..tak sakit.cuma bila time terbatuk yg siksa skit..saya terus berzikir dan berdoa agar keputusan lab adalah positif. Insya Allah esok saya dibenarkan keluar apabila darah kotor yg keluar kurang drp 30 cc, td bacaan tepat2 30 cc. Dr juga suruh exercise kepala pusing kiri kanan bawah dan atas spy darah kotor keluar.
Inilah pengalaman saya serba sedikit yg saya boleh berkongsi bersama. Takut...mmglah takut tp insya allah bila tiba masanya kita akan jadi kuat dan redha. Saya doakan semua rakan2 yang akan menjalani pembedahan semoga tabah dan selamat semuanya. Saya juga pohon doa rakan-rakan sekali spy saya x perlu mengulangi proses ini lagi. Insya Allah. Aamiin.


~ kpah k-poh ~
Viewing all 324 articles
Browse latest View live