Quantcast
Channel: K-POH / THYROID (TIROID DAN ANDA)
Viewing all 324 articles
Browse latest View live

LAGI TENTANG TAIROD / THYROID

$
0
0
DARI GRUP FB TAIROD DAN ANDA

Satu:
salam..semua...saya mengidap hiper kemudian skrg hypo..masih mkn ubat thyroxine..
jumaat lepas doc suruh saya scan hati,buah pinggang..doc kata kolestrol saya tinggi di sebabkan thyiriod..result scan:hati bengkak,hempedu ada batu karang dan buah pinggang ok..skrg ni doc tak bole buat apa dgn hati saya..ubat kolestrol mmg tak bole mkn da sebab hati da bengkak..hempedu plak doc suruh buang...tak tau nak buat apa..down sgt...lepas satu2 masalah..belom melibatkan sakit puan lagi...sedih...ader tak kat sini yg alami masalah sama mcm saya..

Dua:
Hi, sy nk kongsi crta...sy pesakit hypothyroid sjk umur 20thn..skg umur dh 27thn..sbnrny sy xda pnykit ni sblm ni sehinggalah sy prsn ada bengkak pd leher tp x bsar n x ktra sgt..then sy refer g hsptl, dctr ambik cecair pd leher..sebulan pastu dctr ckp SUSPEK KANSER..sy admit wad then operate..lps operate tu ttba bdn kejang lnsng x leh nk gerak x leh bckp sbb dh kebas 1 bdn..smpai sy ngis kskitn..bla dctr jmpa dgn sy, dctr bgtau thyroid dgn kilang kalsium pd leher sy dh d buang tkut sel kanser merebak..so sy tpksa mkn thyroxine, calcium carbonate dgn alpha calcidol seumur hidup..daging yg tlh d buang pd leher sy tu d hantar ke mkml utk pgesahan smada sy btl2 mghidap kanser @ tidak..sebulan lps tu sy terima result yg mgesahkn bhwa sy x mghidap kanser sebaliknya cuma goiter biasa yg boleh d rawat hanya dgn memakan ubt..setahun sy x ble terima keadaan sy mcmni dn slu mngis..skg sy dh bkwin dn mpunyai 2org chya mta..sepnjg mgndung mmg slu bmslh, so kna rujuk dgn pakar setiap bln..tp syukur kedua2 ank xda mslh thyroid..cuma dctr sarankan sy spya x mgndung lg krn risiko smkin tngi utk sy dn jg bby dlm kndungan..


Tiga:
Salam n tq accept sy dlm group ni..sy ade mslh tiroid msa pregnant...msa ngadung ank 1st pon hormon tiroid dlm drh tggi...stiap bln follow up kt spital..but..2 months after delivery...doc sahkn sy normal...tp bila pregnant ank ke 2..mslh yg sma berulang...msa pregnant 1st sy x amek ubt pon tp yg ke 2 ni doc bg 2 jenis ubt n skang bacaan 24..sape kt group ni yg ade mslh cm sy???

Empat:
Saya nak tanya, adakah sesiapa di sini yang menghidapi penyakit tiroid dan pada masa menyusukan anak sepenuhnya? saya baru disahkan penyakit ini hari ini. saya risau sekiranya ubat yang dimakan memberi kesan pada anak saya yang masih berumur 10 bulan. terima kasih.


- Posted using BlogPress from my iPad

Faktor-faktor Yang Meningkatkan Risiko Osteoporosis

$
0
0
SUDUT BACAAN:
Sumber: Grup FBook | TAIROD DAN ANDA




Berikut adalah faktor yang meningkatkan risiko bagi mendapat osteoporosis:

1. ATLET profesional yang menggunakan tenaga di tahap optimum, seperti pelari maraton.
2. KURANG bersenam dan diet kalsium rendah, badan akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikal individu. Bagi mereka yang kurang bersenam, badan tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yang tinggi walaupun dengan nutrien yang cukup. Beberapa kajian menunjukkan senaman ringan seperti aerobik, angkat berat ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan kepadatan mineral tulang (BMD) wanita yang telah menopaus.
3. WANITA, lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan hanya hilang 0.3 peratus kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding 0.5 peratus setahun untuk wanita.
4. BERBANGSA Asia atau campuran Asia, warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi daripada warga Eropah atau Asia.
5. TERLALU kurus dan memiliki kerangka tulang badan yang kecil, berat badan berlebihan melindungi daripada osteoporosis melalui peningkatan beban berat badan atau hormon leptin.
6. SEJARAH keluarga menghidap osteoporosis, ibu yang pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko dua kali ganda lebih tinggi.
7. MENGALAMI keretakan atau patah tulang ketika dewasa.
8. MEROKOK dan pengambilan alkohol berlebihan.
9. PENYERAPAN nutrien dari makanan tidak sempurna, nutrien tidak diserap dengan sempurna oleh sistem gastrousus.
10. MENOPAUS (putus haid), wanita boleh kehilangan sehingga empat peratus kepadatan tulang setiap tahun untuk tempoh lima hingga 10 tahun pertama selepas menopaus. Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30 peratus dalam tempoh 10 tahun tersebut.
11. PARAS hormon estrogen yang rendah, ketika menopaus atau selepas melakukan pembedahan membuang kedua-dua belah ovari.
12. RAWATAN kemoterapi.
13. AMENORRHEA, tiada haid di kalangan wanita muda yang mana menyebabkan estrogen rendah. Amenorrhea boleh terjadi kepada wanita yang melakukan senaman secara ekstrem untuk menguruskan badan atau akibat masalah pemakanan anoreksia nervosa.
14. INFLAMASI kronik, radang sendi dan penyakit hati kronik.
15. HIPERTIROIDISME, penyakit di mana pengeluaran hormon paratiroid berlebihan oleh kelenjar tiroid atau disebabkan pengambilan terlalu banyak ubat mengandungi hormon tiroid.
16. KURANG vitamin D, yang membantu badan menyerap kalsium. Apabila vitamin D kurang, badan tidak mampu menyerap amaun kalsium yang diperlukan untuk mencegah osteoporosis.
17. PENGAMBILAN sesetengah ubat yang menyebabkan osteoporosis seperti heparin (untuk mencairkan darah).
18. PENDEDAHAN kepada logam berat, pendedahan kepada logam kadmium dan plumbum telah dibuktikan menyebabkan kepadatan tulang semakin merosot dan membawa kepada osteoporosis tanpa mengira usia dan jantina.
19. MINUMAN ringan, beberapa kajian mendakwa minuman ringan yang mengandungi asid fosforik mungkin meningkatkan risiko osteoporosis.

Nutrisi bagi Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Amalkan pengambilan suplimen berikut bagi mengurangkan risiko osteoporosis:

1. Kalsium
Setiap individu dengan osteoporosis memerlukan antara 1,200 hingga 1,500 miligram kalsium setiap hari melalui pemakanan atau pengambilan suplemen kesihatan.Badan hanya dapat menyerap kira-kira 500 miligram kalsium pada satu-satu masa. Oleh itu, pengambilan kalsium perlu dilakukan beberapa kali setiap hari. Beberapa kajian pula menunjukkan pengambilan kalsium yang terlalu banyak memberi kesan buruk kepada kepadatan tulang. Selain hasil tenusu, kekacang dan sayur-sayuran juga menjadi sumber makanan yang kaya dengan kalsium. Di samping pengasidan, pengambilan terlalu banyak kafein juga dikatakan akan menyebabkan pelarutan kalsium di dalam tulang.

2. Vitamin D
Penyelidikan terkini menunjukkan pengambilan lebih banyak vitamin D dapat mengurangkan kejadian keretakan tulang sehingga 25 peratus di kalangan warga emas. Selain itu, pengambilan vitamin D juga dapat membantu menguatkan otot memandangkan kebanyakan kes pesakit jatuh adalah akibat otot yang lemah. Penyelidikan di rumah penjagaan warga emas juga menunjukkan penurunan sehingga 72 peratus kes penghuni yang jatuh hasil pengambilan 800 IU vitamin D bersama kalsium setiap hari. Terdapat juga beberapa bukti yang menunjukkan pengambilan suplemen boron, magnesium, zink, tembaga, mangan, silikon, strontium, asid folik, and vitamin B6, vitamin C dan vitamin K (bersama kalsium dan vitamin D) bermanafaat untuk menjaga kepadatan tulang.

3. Protein berlebihan
Tiga faktor memainkan peranan penting dalam menentukan kandungan kalsium dalam sistem badan seseorang iaitu pengambilan (makanan), penyerapan dan perkumuhan. Bagaimanapun, pengambilan protein yang terlalu tinggi (makanan) akan menyebabkan peningkatan kekerapan membuang air kecil dan banyak kalsium hilang bersama air kencing seterusnya meningkatkan risiko keretakan tulang akibat kepadatan tulang menurun.


~ kpah k-poh ~

TAIROD:JIKA MENGAMBIL UBAT / SUPLIMENT YANG BUKAN DARI ARAHAN DOKTOR.

$
0
0
Kepada yang mengambil sebarang ubat tambahan / supliment yang bukan atas arahan doktor. Bila anda berjumpa dengan doktor untuk temujanji,sila beritahu kepada doktor anda jenis2 ubat / supliment tersebut.
Bila anda membuat ujian darah, dan keputusannya tidak memuaskan dan simptom2 tairod tidak berkurang atau bertambah teruk, maka doktor pun tidak dapat membuat keputusan yg tepat,bagaimana harus mereka membuat rawatan untuk anda. Sebab doktor tidak mengetahui yang anda ada mengambil ubat tambahan / supliment tertentu.
Jika anda berasa tidak selesa seperti kadar denyutan jantung yg laju,terketar2, lemah badan,demam dan simptom2 lain,maka berhentilah ambil ubat tambahan / supliment tersebut.
Pastikan ubat tambahan / supliment yang anda itu,sesuai dgn simptom2 anda. Kenali apakah simptom2 anda...

~ kpah k-poh ~


TAIROD :Kekacauan hormon Tiroid masalah sepanjang hayat

$
0
0
SUDUT BACAAN:

Oleh Hafizah Iszahanid (hafiza@nstp.com.my) (mohon share dari blog) c/p
tingkatkn ilmu pengtahuan..

Hipotiroidisme tidak terhad pada usia tertentu, gagal dikesan kerana gejala tidak ketara, sangat umum

PENYAKIT tiroid sebenarnya masalah kesihatan yang kerap berlaku di seluruh dunia. Malah, ada kajian yang menunjukkan penyakit tiroid menjejaskan lebih 200 juta warga dunia. Antara masalah tiroid yang kerap terjadi adalah hipotiroidisme, tetapi kebanyakan pesakit tidak menyedarinya.

Secara lebih jelas, hipotiroidisme merujuk kepada satu daripada masalah gangguan hormon. Ia terjadi apabila kelenjar tiroid gagal menghasilkan hormon tiroid yang cukup untuk memenuhi keperluan tubuh.

Kelenjar tiroid adalah kelenjar endokrin berbentuk rama-rama yang secara normal terletak pada bahagian hadapan bawah leher dan berfungsi menghasilkan hormon tiroid. Hormon tiroid yang utama ialah T4 yang mengandungi molekul iodin.

Hormon tiroid penting dalam membantu setiap sel tisu dan organ berfungsi dengan baik. Justeru, ia membantu tubuh bertenaga, memastikan tubuh sentiasa panas selain otak, jantung, otot dan organ lain berfungsi dengan baik.

Dari segi angka, seorang daripada enam wanita dan seorang daripada 12 lelaki akan mengalami masalah hipotiroidisme pelbagai peringkat dalam jangka hayat mereka. Selain itu, antara 10 hingga 20 peratus wanita berusia 40 tahun ke atas akan mengalami kekacauan tiroid.

Pakar Perunding Endokrinologi Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussien, berkata kekacauan tiroid secara umum terjadi di kalangan tujuh hingga lapan peratus wanita manakala dua peratus lelaki. Malah, bagi kes hipotiroidisme kongenital (sejak lahir) ia membabitkan janin yang masih dalam rahim.

“Masalah yang paling utama, ia gagal dikesan kerana gejalanya yang tidak begitu ketara dan sangat umum. Selalunya pada peringkat awal, pesakit akan mengadu rasa letih dan mengantuk selain sakit serta sengal dengan daya ingatan atau tumpuan yang lemah. Justeru, pesakit dan doktor yang merawat akan mengaitkan simptom itu sebagai kesan tekanan atau sebahagian proses penuaan,” katanya.

Katanya, hipotiroidisme tidak terhad pada usia tertentu kerana ia boleh berlaku pada janin, malah pada warga emas berusia 80 tahun ke atas.

Beliau berkata, bagi kes hipotiroidisme kongenital, janin selalunya berhadapan dengan masalah tiroid tidak terbentuk atau tidak terbentuk dengan sepenuhnya secara normal. Ada juga kes membabitkan sebahagian atau keseluruhan tiroid berada di tempat yang salah.

“Bayi yang berhadapan dengan hipotiroidisme kongenital memerlukan penggantian hormon tiroid sejurus selepas lahir bagi mencegah kecacatan mental yang serius,” katanya.

Faktor

Penyakit Hashimoto – merujuk pada sistem imun mengganggu fungsi kelenjar tiroid
Pembedahan tiroid – pembedahan untuk hipertiroidisme, barah tiroid atau beguk.
Hipotiroidisme konjenital – ada sesetengah bayi yang lahir tanpa tiroid atau hanya sebahagian saja tiroid. Ada juga bayi yang lahir dengan sebahagian atau kesemua tiroidnya berada di tempat yang salah (dikenali sebagai ectopic thyroid). Justeru, sel tiroid atau enzim tidak berfungsi dengan baik menyebabkan mereka mengalami hipotiroidisme sejak lahir. Ada sesetengah kes, tiroid boleh menghasilkan cukup hormon untuk seketika tetapi apabila dia dewasa, jumlah itu tidak mencukupi.
Rawatan untuk hipertiroidisme – hipertiroidisme merujuk pada penghasilan hormon tiroid yang berlebihan. Ia dirawat dengan ubat-ubatan anti tiroid, iodin radioaktif atau pembedahan. Kesan daripada rawatan begini mungkin hipotiroidisme
Kekurangan iodin – Kelenjar tiroid mesti memiliki jumlah iodin yang cukup bagi menghasilkan hormon tiroid. Iodin diperoleh menerusi makanan. Memastikan penghasilan hormon tiroid seimbang memerlukan jumlah iodin yang betul. Bagaimanapun, jumlah iodin yang terlalu banyak boleh menyebabkan atau memburukkan lagi hipotiroidisme.
Diagnosis

DIAGNOSIShipotiroidisme selalunya mudah. Ujian darah diperlukan bagi mengukur hormon (dikenali sebagai ujian TSH). TSH yang normal berada dalam kadar 0.4 hingga 2.5 mU/l. Bagaimanapun, jika ia melebihi 2.5 mU/l, ada kemungkinan anda berhadapan dengan hipotiroidisme pada masa depan.

Jika tahap TSH melebihi 4 mU/l, ada kemungkinan anda menderitai hipotiroidisme. Justeru, ada pelbagai lagi ujian perlu dibuat bagi mengesahkan diagnosis dan menentukan punca ia terjadi.

Rawatan

MASALAH kekacauan tiroid adalah masalah sepanjang hayat. Justeru, rawatan hipotiroidisme bermaksud terapi penggantian hormon tiroid. Rawatan ini menggantikan apa yang tubuh tidak boleh hasilkan secara semula jadi.

Bergantung pada berat badan, keperluan metabolik dan fungsi asas tiroid, dos akan diberikan. Justeru, jika anda bertukar jenama ubat, satu ujian lain perlu dibuat kerana setiap ubat tidak sama. Di pasaran terdapat beberapa jenama terapi penggantian tiroid. Antara yang terbaru dilancarkan ialah Euthyrox daripada Merck.

Dr Arlene berkata, walaupun semua jenama penggantian hormon bertindak dengan cara yang sama tetapi pengambilan dos penggantian hormon tiroid mestilah tepat dan ia berbeza-beza mengikut jenama.

Penggunaan dos lebih rendah di kalangan pesakit yang lanjut usia contohnya sangat penting kerana risiko kardiovaskular bertambah tinggi dengan peningkatan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.

“Pada masa sama, dos lebih tinggi perlu diberikan kepada wanita hamil yang menghidap hipotiroidisme pada tempoh kehamilan mereka. Dos yang tepat sangat penting kerana ia membolehkan doktor memulakan, menguruskan dan memantau rawatan pesakit,” katanya.

Beliau berkata, dos yang fleksibel memudahkan pesakit mengambil tahap jumlah betul yang diperlukan kerana jumlah ini berbeza antara pesakit.

“Kanak-kanak memerlukan dos yang lebih tinggi apabila mereka meningkat dewasa manakala wanita hamil juga memerlukan dos yang lebih tinggi untuk memenuhi keperluan bayi dalam kandungan,” katanya.

Apa yang anda perlu tahu mengenai hipotiroidisme

Wanita hamil berisiko tinggi berhadapan dengan hipotiroidisme. Hormon estrogen dan hormon wanita yang lain akan menjejaskan cara tubuh mengendalikan hormon tiroid dalam sistem tubuh. Wanita yang hamil buat pertama kalinya berhadapan dengan risiko hipotiroidisme pada bulan pertama selepas bersalin kerana sistem imun yang tidak bertoleransi. Imbasan untuk hipotiroidisme pada awal kehamilan boleh mencegah masalah ini bukan saja kepada ibu tetapi kepada janin.
FAKTA: Simpton tiroid

Kadar denyutan nadi yang lemah (60 kali dalam seminit)

Kelenjar tiroid yang membesar
Kulit yang pucat, kekuningan, kering
Kuku yang rapuh
Rambut yang kering dan mudah gugur
Suara berubah menjadi parau dan serak
Pertuturan yang lambat
Sejuk apabila orang lain berasa panas
Letih
Kemurungan
Berat badan bertambah
Sembelit
Lidah tebal
Kejang otot
Jari jemari yang kebas
Tidak subur, jika hamil kandungan mudah gugur dan aliran haid bertambah

~ kpah k-poh ~

TAIROD : BIOPSY UNTUK MENGESAN SEL KANSER

$
0
0
Prosidur "cucuk leher" untuk mengesan kehadiran sel kanser.


~ kpah k-poh ~

Kemurungan / Kebimbangan / keresahan (Depression and Anxiety)

$
0
0



-Adakah anda rasa muram,murung,resah,gelisah,moody? Tanpa ada sebab2 yg munasabah?Kemungkinan besar anda mengalami simptom2 tairod. (Tairod bukan sekadar bengkak di leher)

-Kemurungan atau keresahan - termasuk secara tiba-tiba mendapat gangguan panik - adalah di antara simptom penyakit tairod.

-Kemurungan biasanya dikaitkan dengan HYPOTAIRODISME.

-Kebimbangan dan panic attack sering dikaitkan dengan HYPERTAIRODISME.

-Kemurungan yang tidak bertindak balas kepada ubat antidepresen,merupakan petanda kepada gangguan tairod yang tidak dirawat.

-Kemurungan boleh menjadi salah satu daripada simptom penyakit tairod .Walaupun selepas diagnosis dan mendapatkan rawatan untuk tairod,berkemungkinan besar berulang kembali. Paling menyedihkan,kadang-kadang pengidap akan alami tempoh rawatan secara berterusan.

-Kemurungan juga merupakan kesan sampingan yang tidak diingini dalam menghadapi penyakit kronik jangka panjang seperti penyakit tairod ini.





~ kpah k-poh ~

Kaedah perancang keluarga dan Hypertairod

$
0
0
Pengidap Hypertirod tidak boleh mengambil sebarang kaedah perancangan keluarga,samada pil perancang / implan / melalui suntikan. Kaedah-kaedah tersebut tidak akan memberi kesan kepada pengidap Hypertairod. Kaedah yang berkesan,ialah merancang sendiri.

P/s: sebelum gunakan sebarang kaedah perancangan,sila buat ujian darah untuk hormon Tairod dulu. Jangan salahkan kaedah perancangan,jika tiba-tiba anda hamil...


~ kpah k-poh ~

BENGKAK TAIROD

$
0
0
Pic:google


Bengkak di bahagian leher memang dipanggil goiter. Cuma bengkak ni,ada bermacam-macam jenisnya. Ada bengkak besar ada bengkak kecik. Ada bengkak yg satu2 tapi banyak bijik,ada jugak yg bergugus mcm anggur. Ada jugak bengkak yg lembek dan kecik. Manakala twmpat-tempat membengkak ni,ada yg di tengah2 leher..ada yg atas sikit..ada yg bawah sikit. Ada yg kiri ada yg kanan. Ada juga yg seluruh leher. Jadi mana2 bahagian leher tu..dari bahu kiri ke bahu kanan,berkemungkinan besar utk terjadinya bengkak memang ada...

~ kpah k-poh ~

TAIROD | PERSOALAN

$
0
0

KENAPA PERLU OPERATE TAPI HORMON NORMAL?
- sbb bengkak anda mendatangkan bahaya pada diri anda,di bimbangi kanser tairod.

KENAPA BENGKAK KECIK TAPI KENA OPERATE?
-sbb cecair dlm bengkak boleh membiakkan sel kanser.

KENAPA SELEPAS OPERATE,MASIH TIDAK SEMBUH?
-sbb Tairod ialah penyakit sepanjang hayat.

KENAPA KENA MAKAN UBAT SEUMUR HIDUP,SELEPAS OPERATE BUANG SEMUA?
-sbb kilang tairod dah tak de utk keluarkan hormon,jadi ubat akan jadi pengganti.

KENAPA TIDAK BOLEH SKIP UBAT?
-sbb ubat itu sahaja yang boleh mengubah tahap hormon anda. Jika tahap hormon,ok,maka result darah anda akan bertambah baik. Dgn ini akan menyebabkan dos ubat anda akan diturunkan perlahan-lahan.

KENAPA ANDA ADA DUA-DUA SIMPTOM HYPER DAN HYPO?
- sbb hormon tairod ni susah di jangka,ianya mengikut mood dan juga tahap kesihatan anda.

KENAPA ADA YANG DAPAT SIMPTOM TERUK DAN ADA YANG TAK TERUK?
-sbb kadar hormon tak sama. Ada yang terlalu tinggi dan ada yang sudah stabil.

TAIROD NI BAHAYA TAK?
-bahaya jika tidak di rawat. Ianya seperti penyakit yang 'makan dalam'. Tairod juga boleh membawa anda kepada penyakit2 yang lain.

APAKAH RAI (radioaktif iodine) ITU PERLU DI AMBIK?
-YA,jika dinasihatkan oleh doktor. Tujuan utk menurunkan tahap hormon. Tahap hormon yg tinggi akan menyebabkan tahap kesihatan anda merudum ( dapat simptom2 yg teruk).

BENGKAK YANG MACAM MANA YANG BAHAYA?
-segala jenis bengkak tak kira besar,kecil atau terlalu kecil yang tumbuh (seluruh kawasan dari bahu kanan ke bahu kiri),memang merbahaya,jika tanpa rawatan.

BOLEHKAH UBAT TAIROD DI GANTIKAN DENGAN SUPLIMENT?
- TIDAK BOLEH sama sekali. Ubat tairod utk hormon tairod manakala supliment untuk simptom2.

KENAPA SOYA PERLU DI ELAKKAN:
-sbb soya mengandungi bahan yg melemahkan sistem badan pengidap tairod. (Sila google GOITROGEN). Soya juga merupakan baja subur kepada bengkak anda.
Mempercepatkan tumbesaran bengkak.

P/s: setakat ni dulu...


~ kpah k-poh ~

HYPOTAIROD DAN SUKAR BERNAFAS

$
0
0

HYPOTAIROD juga akan mengalami masalah kesukaran bernafas. Cara bernafas akan jadi pendek2 dan tak puas tarik nafas. Jika berlarutan sehingga ada rasa pening dan nak pitam.kena segera pergi ke hospital. Pergi ke bahagian kecemasan. Hypotairod juga boleh alami sakit dada bahagian kiri...bukan masalah jantung..tapi sakitnya seperti sakit jantung.

~ kpah k-poh ~

TAIROD | TERLUPA TELAN UBAT?

$
0
0

Terlupa telan ubat Tairod?
Sebagai manusia biasa,pasti ada yang akan terlupa untuk menelan ubat. Jangan bimbang,kerana tidak merbahaya jika terlepas waktu yang anda biasa untuk menelan ubat. Jika anda terlupa mengambil satu dos,sila ambik sebaik saja anda teringat..tapi mestilah dalam masa 2 atau 3 jam. Jika anda terlepas juga..abaikan saja dos tersebut. Ambil dos ubat pada waktu yang sama,keesokan harinya. Jangan sekali-kali mengambil dua dos untuk menggantikan dos yang tertinggal. Walau bagaimanapun..hendaklah pastikan anda mengambil dos ubat pada waktu yang sama setiap pagi..agar anda tidak terlupa. Kerap terlupa ubat..atau sengaja tidak menelan ubat,akan membuatkan hormon anda terganggu.Tujuan ubat tairod ialah seboleh-bolehnya untuk cuba menstabilkan hormon tairod anda. Telan ubat anda dengan air kosong..bukan dengan air suam..bukan dengan air ais..bukan dengan air manis.

~kpah k-poh~


~ kpah k-poh ~

TAIROD DAN PROPANOLOL

$
0
0
Propanolol digunakan untuk merawat beberapa keadaan yang berbeza. Jangan berhenti mengambil propanolol tanpa merujuk kepada doktor anda. Berhenti dengan sendiri dari mengambil propanolol boleh mendatangkan masalah pada kesihatan anda.


Masalah tiroid: kelenjar tiroid yang terlalu aktif menyebabkan gejala-gejala seperti denyutan jantung yang laju dan tangan menggeletar. Propranolol boleh melegakan gejala-gejala ini,sementara anda menunggu masa untuk rawatan antithyroid yang lain. Untuk anda memulakan rawatan antitairod mungkin mengambil masa beberapa minggu. Maka sesetengan dari mereka yang mengambil propanolol akan mennghadapi kesan sampingan.

Antara kesan sampingan:

-pengsan.
-pening,
-berasa sakit pada perut.
-sejuk kaki dan tangan.
-perasaan tidak tenang.
-sesak nafas.
-tidur terganggu.
-perubahan mood.
-sakit kepala.
-penglihatan kabur.
-keletihan.

Sila dapatkan rawatan jika kesan sampingan tersebut bertambah teruk.



~ kpah k-poh ~

TAIROD TIDAK DI DIAGNOSED

$
0
0

Sakit tairod yang tidak di diagnosed,boleh meningkatkan risiko obesiti,penyakit jantung,kemurungan,anxiety,kehilangan rambut,disfungsi seksual,kemandulan dan pelbagai gejala lain yang boleh membawa kepada masalah-masalah kesihatan yang lain juga. (Anda tidak perlu mempunyai semua gejala-gejala ini untuk mempunyai masalah tairod)

~ kpah k-poh ~

TAIROD DAN PEMAKANAN

$
0
0
Pengidap tairod mesti pantang minum air soya dan pantang rumpai laut. Makanan berasaskan soya,kena kurangkan. Seafood juga kena kurangkan.kobis,brokoli dan bunga kobis kena kurangkan. Kopi atau teh sekali sehari saja. Nak pantang makanan...apa2 pun kena tgk pada ketahanan badan kita. Ada yg tak tahan makan sesuatu makanan..ada yg okey jer kalau makan. Tengok lepas dua jam..kalau lemah badan..mengantuk atau rasa sembab muka atau rasa nak demam..maka makann tu tak sesuailah dan mesti di elakkan di masa akan datang.


~ kpah k-poh ~

TAIROD DAN SUMBER IODINE

$
0
0

Pengidap tairod mesti peka dengan segala pemakanan yang diambil. Disebabkan hormon tiroid adalah seperti pengatur kepada seluruh tubuh anda,jadi anda jangan mengkucar-kacirkan hormon tairod anda dengan kesilapan dalam memilih makanan. Anda juga mesti berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan bagi penyakit tairod anda. Selain dari itu,makanan yang tinggi iodine diharap bukan menjadi hidangan utama anda setiap hari,terutama kepada pengidap Hashimoto's disease! (Hypo)

(Hashimoto's disease is a common cause of hypothyroidism (underactive thyroid). It is an autoimmune condition. Immune system cells attack the thyroid gland, causing inflammation. This reduces the thyroid's ability to make hormones. The condition is also called Hashimoto's thyroiditis, chronic lymphocytic thyroiditis or autoimmune thyroiditis.)

Antara makanan yg tinggi iodine seperti rumpailaut,kentang,makanan laut dan garam beriodine. Hanya rumpailaut saja yang anda tidak digalakkan utk ambil (walaupun sedikit). Makanan lain yg mengandungi iodine masih boleh diambil dlm kuantiti satu hidangan sehari,sebab badan anda masih perlukan bekalan iodine. Jadi untuk mengawal agar hormon tairod anda tidak kucar-kacir,maka kawallan pengambilan iodine. Jangan terlebih iodine dan jangan terkurang iodine.

(Sumber google) Untuk mengelakkan kekurangan iodine,anda mesti kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan goitrogen.
- Goitrogen adalah sejenis bahan yang boleh menghalang penyerapan zat iodin oleh kelenjar tiroid. Makanan yang kaya dengan goitrogen antaranya ialah pucuk ubi, ubi kayu, kobis, bunga kobis, brokoli dan rebung.

- Memakan terlalu banyak dan kerap makanan yang tinggi kandungan goitrogen untuk jangkamasa panjang boleh memberi kesan kekurangan zat iodin yang teruk.

Ada juga yang berpendapat (sumber: google) bahawa kekurangan iodine lah yang membuatkan leher (kalenjar tairod) membengkak.


~ kpah k-poh ~

TAIROD | TIDAK ADA PERBEZAAN SELEPAS PENGAMBILAN UBAT TAIROD

$
0
0
Soalan: sumber google:

"Saya tidak merasa apa-apa yang berbeza / lebih baik, jadi mengapa saya perlu mengambilnya?"
Jangan mengharapkan ubat tairod untuk bertindak seperti panadol untuk sakit kepala. Jika anda baru sahaja mula mengambil ubat penggantian hormon tiroid, ia boleh mengambil beberapa minggu, atau bulan untuk mula perasan perbezaannya.Jika anda telah mengambil ubat anda untuk beberapa bulan, dan anda masih tidak merasa perubahan yang baik,anda mungkin memerlukan pelarasan dos ubat atau perubahan dalam ubat - tetapi jangan berhenti sama sekali dalam regimen ubat .


~ kpah k-poh ~

TAIROD | Makan ubat membantu mengurangkan simptom-simptom

$
0
0
Makan ubat membantu mengurangkan simptom2 dan membuatkan kita lebih sihat jika kena dgn dosnya yg tepat. Kdg2 utk dapatkan dos yg tepat mengambil masa berbulan2 dan banyak kali ambik darah. Jika makan ubat...InshaAllah kita dapat kurangkan risiko penyakit kita jadi tambah teruk... Jika tak makan ubat..dalam diam penyakit kita akan jadi makin teruk..simptom2 akan muncul satu persatu dan yg paling kita tak nak..simptom2 tu membawa kpd penyakit lain pulak...


~ kpah k-poh ~

TAIROD DAN KESEJUKAN

$
0
0
Pengidap Hypotairod tidak tahan dengan kesejukan. Jika orang biasa tahap sejuknya hanya 1, kami pengidap Hypotairod akan mengalami tahap sejuknya mungkin 3 atau 4 atau 5 atau lebih dari itu. Jangan pelik yer,jika kami kelihatan seperti "ibu dalam pantang" atau seperti "eskimo dalam iglu". Simptom-simptom kebas kaki dan tangan akan mula muncul.Lebih teruk lagi jika kebas-kebas sampai ke bibir. Kepada yang sakit-sakit sendi, keadaan sejuk akan menambahkan lagi kesakitan.

~ kpah k-poh ~

HYPO | HYPER | GOITER | NODUL | KANSER | THYROIDITIS

$
0
0

Hipotiroidisme - Tidak mempunyai hormon tairod yang cukup.
Hipertiroidisme - hormon tairod yang tinggi
Goiter - Kalenjar tairod yang membesar.
Tairod Nodul - Ketulan dalam kelenjar tiroid.
Kanser tairod- kanser dalam kalenjar atau tisu
Thyroiditis - Radang tiroid.


~ kpah k-poh ~

TAIROD: BENGKAK DI LEHER?

$
0
0
Dari grup Facebok :TAIROD DAN ANDA

Salam Sume...sy br join group ni ...sy Ada bengkak d leher...pergi klinik kerajaan doc kata besar lbh kurang 5mm...ms g situ sy Blum mengalami siptom2 penyakit tiroid....sejak 2,3 ari ni br sy mengalami spt bdn seram sejuk,Lemah bdn , jtg berdebar2 ...adakah confirm sy Ada tiroid? Apa kah cara mengubati penyakit ini....

~ kpah k-poh ~
Viewing all 324 articles
Browse latest View live