Pertama kali grup facebook TAIROD DAN ANDA, dikunjungi oleh rakan yang mengidap KANSER TAIROD. Tahap yang amat digeruni oleh kami, pengidap tairod. Semuga BELIAU tabah menghadapi dugaan dari ALLAH dan sudi untuk bersama kami sama-sama mengharungi kepayahan hidup sebagai pengidap tairod.
Apa yang kpah catatkan di sini merupakan apa yang di copy paste di grup facebook TAIROD DAN ANDA:
Assalamualaikum.. Saya cuma nak berkongsi sdkt pengalaman dgn ahli2 group tirod ni. Saya pengidap pappilary carcinoma atau kanser tirod tp msh di prgkt awal. Tirod saya terjadi mgkn dah lama tp saya x tau sbb hormon saya mmg x stabil dr remaja. Stlh mengandung anak ke 2, kelenjar tirod tu dah jelas kelihatan sebesar syiling 2 plh sen. So sy pegi cek darah di klinik krjaan, tp darah normal. 5 Slps bersalin saya ke hsptl pusrawi berjmpa pakar tirod. Dr scan dan kata x blh mkn ubat kecuali buat pembedahan dan buang. So hsbn dan saya setuju utk buang. Slps pembedahan pertama tu dr hntr sel tisu saya ke lab dan kptsn nya x baik. Dr kata saya ada kanser dan perlu buang kelenjar tirod yg lg satu. Masa tu saya x rasa sdh sbb saya x tahu yg tirod ni ada kanser cuma rasa bingung. Tp saya ikut arahan dr utk buang lg satu. Reasonnya adlh kanser yg ada akan menjalar ke kelenjar yg normal kalau x buang sbb dkt situ msh terkumpul iodin. Saya msh jg buat rawatan islam dan brjmpa dgn ustaz di syifa darul aman. Menurut ustaz pnykt kanser adlh pnykt syaitan. So saya buat apa yg ustaz tu ckp.
Saya smbg lg ye...jgn boring pulak nak baca panjang sgt.sblm minum RI yg pertama td tu dr dah terangkan satu persatu sbb kenapa perlu buat RI dan kesannya. Sbb kena minum RI tu adlh utk mengecilkan saiz tirod dan bg kanser pulak adlh utk mematikan sel2 kanser dr merebak ke seluruh bdn. Apa2 rawatan pun mesti ada kesan wlpun kecil. So kesan nya slps minum RI tu perlu minum byk air slps 2 jam kitq buat Ri supaya radioaktif tu keliar melalui air kencing. Jika kita krg minum air kesannya kelenjar air liur kita akan rosak selamanya, maknanya kita x ada air liur dan menyebabkan mulut kita kering. Kesan lain, bg perempuan sistem pembiakan akan rosak dimana ianya x dpt menghasilkan benih lg. Dan kalau x rosak ttp hamil sblm tempoh yg dibenarkan akan melahirkn anak cacat. Biasanya tmph utk hamil semula dlm1thn stgh. Ok saya smbg cite. Lps hr ke 3 minum RI Dr buat scan utk lihat keadaan cancer. Result pertama saya x elok sbb knser saya dah nk turun ke paru2, kimo tu x dpt hbskan sel kanser saya. So saya terpaksa buat RI yg kedua dlm tmph 6 bln slps kimo pertama. Result tu pun x elok. Saya kena buat lg kali ke 3 slps 6 bln dr kimo ke 2. Result nye ok. Sel kanser saya dpt dimatikan keseluruhannya. Tp saya perlu mkn ubat dgn tertib dan betul krn kanser saya mgkn akan kembali semula. Saya bertuah jg dpt tahu awal. Kalau saya lmbt mgkn kanser tu bkn setakat knser tirod tp mgkn akan jd kanser paru2, kanser tulang, darah atau sbginya sbb kanser saya dah menuju ke paru2. Bg sesiapa yg mkn l tyrodcine mgkn tahu kan kesanya kalau kita x mkn..
Sambung kisah hidup besok pulak. Kepala dah sakit, mata dah nak terkeluar ni..hehe..apa2 pun pesanan saya, sekuat mana pun ujian allah pd kita tabah dan redha menerimanya. Semangat perlu kuat utk melawan penyakit. Ubat yg plg cpt berkesan adalah dgn semangat yg kuat utk berjuang, jgn putus asa dan berusaha utk mencari penawarnya.
KAMI harap pengidap tairod seperti kami ini, akan mendapat manfaat setiap kali membaca pengalaman hidup sebagai pengidap taiord dari rakan2 grup ini.