Akak ambik minyak kelapa dara pertama kali selepas doktor kata nak kena buat pembedahan kali ke dua. Cuma, doktor bagi masa utk cuba kawal dgn ubat..Doktor kata, major operation for a very small cell. Sbb pembedahan kedua tu utk membuang baki baki dari sel tairod yg mungkin tertinggal masa pembedahan yg pertama 5 tahun dulu.
Pembedahan yg pertama, kalenjar tairod akak di buang semua..menyebabkan akak kena makan ubat tairod seumur hidup sbb badan dah tak boleh hasilkan hormon tairod. Apa yg agak mengecewakan, semasa pembedahan tersebut, bahagian yg menghasilkan kalsium berada berdekatan dgn kalenjar tairod,turut dibuang sama. Jadi badan akak tidak dapat hasilkan sumber kalsium..dan akak mesti telan kalsium lactate seumur hidup juga.
Ok..disebabkan akak mesti dlm keadaan yg stabil utk buat pembedahan, jadi akak sentiasa kena buat ujian darah..dan tekanan darah tinggi juga mesti stabil. Segala prosidur seperti suntikan radio aktif iodin dan nuclear scan telah menunjukan yg sel tairod akak sangat aktif. Masa tu. akak mengalami simptom seperti mrk yg mula mula kena tairod.
Yg terakhir, akak akan di rujuk kpd pakai tairod di HOSPITAL BESAR PULAU PINANG utk menilai sama ada akak perlu di operate atau tidak. Ok, dlm kekalutan dan runsing sbb tak mahu di bedah utk kali ke dua., akak mula mengambil MINYAK KELAPA DARA. Dalam sebulan selepas tu..akak kena jalani ujian darah sekali lagi. Selepas seminggu, keluar result.. Masa tu. doktor pakar..akak dah yakin dah..mesti jadi kena operate ni. Melihat pada result tu.. Doktor tanya..kakak sakit apa? Akak cakap, saya sakit tairod. Well..i tengok.. result you ok.. Your tairod hormon stabil jer.. ( doktor pakar pernah tandakan result darah akak dgn pen merah..heee.. Fail katanya) Stabil? Bayangkan..apa yg akak rasa masa tu... Stabil means normal..mcm org biasa? Yer,,kata doktor..tapi kena teruskan ubat jugak sbb akak dah buang semua kalenjar tairod tu. Selepas itu, ujian darah demi ujian darah..sebulan dua kali.. Selama dua bulan..akhirnya doktor berpuas hati dan akak tak perlu jumpa pakar lagi.hanya perlu ke pesakit luar sahaja. Alhamdulillah... Semua simptom banyak berkurangan.. Debaran ..kelesuan..lupa..semua dah berkurang banyak.
Di sbb hormon dah stabil, maka akak tak perlu di operate. Mulanya akak tak yakin jugak..tak kan sbb minum minyak kelapa dara..hormon jadi stabil? Jadi, suami akak telah bagi sebotol kepada kawan dia..isterinya mengidap tairod. Dua bulan lepas tu..(sbb ikut tarikh apoimen ambik darah), selepas dapat result darah, isteri kawan tu pun hormon tairodnya jadi normal juga. Rasanya bukan kebetulan..tapi dgn izin Allah..memberi khasiat minyak tu berkesan pada hormon tairod. Ambiklah berterusan..selain dr tairod,byk khasiat lain...darah tinggi akak pun stabil...
Kepada pengidap tairod yang masih ragu-ragu untuk mencuba minyak kelapa dara... Yakinlah..InshaAllah...
- Posted using BlogPress from my iPad